Page 2 of 2

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 13 Oct 2010, 08:42
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Aku sedang meneliti Perjalanan haji yang naik bas dari Tanah Melayu tu. Bas tu di taja oleh Transnasoional, laluan yang sama.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 21 Oct 2010, 12:18
by abe~G
Salam. saya tertinggal bas ,dah berbulan bro ketua lanun kita ni up topik baru saya tersedar, itu pun pasal dah dekat musim haji baru terlihat " ROAD to MACCA"

tersangat kagum dengan idea dan perancangan tersebut, di lihat menyerlah semangat2 waja rakan rakan pendaki semua. mudah mudahan ianya menjadi kenyataan bila sampai ketikanya nanti.
walau pun misi ini nampak rumit tapi ia tidak mustahil untuk di realisasikan.
tersedu hati tidak terkata. cabaran2 pasti banyak menanti di depan. apa pun ia bukan satu misi mustahil.andai kata ada ruang teringain juga melibatkan diri. :)

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 21 Oct 2010, 12:37
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Terima kasih Abe G.
Saya masih lagi memerhati Program yang naik bas tu, Mereka tidak melalui Kashmir.
Setakat ini kemungkinan penaja adalah
DRB Hicom
Proton
Dawina - Bramim
Satu syarikat tayar-
CIMB
AirAsia -[ saya telah berbincang dengan Dato Pahamin Rajab. (Tune Grup)
Seorang pegawai PETRONAS juga mungkin menyertai mewakili PETRONAS jika mereka menjadi penaja bersama.
TV3- Ketua pegawai Eksetifnya sendiri akan menyertainya dan sangat teruja dengan idea ini sampai sanggup datang sendiri ke kedai saya beberapa hari lepas sambil makan satay rusa dan nak ikut naik gunung dan kenal semua kawan gunung.

Kita membawa Jenama Malaysia

Masih lagi terbuka. Hasrat Abe G amat saya terharu dan dialukan

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 21 Oct 2010, 20:36
by nazryst
Ehemmm...bila mau meeting boss....pekena teh tarik kat markas manusalwa kaa esok... menarik jugak tu... nak jugak dengar respond dari sponsor camana gayanya...??? At least kalau TV3 nak sponsor.. kita boleh jual dokumentari segala kronologi gunung di Semenanjung kot... sebagai MoU hehehehe.... apa jua yang boleh di Batter Trade...

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Oct 2010, 08:34
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Nazry:'
Minggu depan saya dah bertemujanji ke Wisma Putra untuk maklumat mengenai Visa dan tentetif perjalanan, walaupun lama lagi tetapi kalau semua penaja dah bersedia mungkin program ini akan dipercepatkan waktunya.
Saya juga nampak yang itu. Saya kan berbincang balik dengan TV3 pasal burter trade program mendaki gunung nih , jadikan dokumenteri dan jual, Media Prima akan jual lak dengan media asing dan akan jadi iklan percuma untuk pelancongan ke negara kita.
Kita = penerbit rancangan mendaki gunung = bawak pelancong mendaki gunung + boleh komuniti kita jadikan sumber pendapatan.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Oct 2010, 09:47
by span
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Nazry:'
Minggu depan saya dah bertemujanji ke Wisma Putra untuk maklumat mengenai Visa dan tentetif perjalanan, walaupun lama lagi tetapi kalau semua penaja dah bersedia mungkin program ini akan dipercepatkan waktunya.
Saya juga nampak yang itu. Saya kan berbincang balik dengan TV3 pasal burter trade program mendaki gunung nih , jadikan dokumenteri dan jual, Media Prima akan jual lak dengan media asing dan akan jadi iklan percuma untuk pelancongan ke negara kita.
Kita = penerbit rancangan mendaki gunung = bawak pelancong mendaki gunung + boleh komuniti kita jadikan sumber pendapatan.

wahhh semakin nampak dah progress dia, harap2 dapat berjalan dengan lancar, ada gak benda yang boleh di buat tuk menaikan nama malaysia dan produk malaysia di mata dunia.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Oct 2010, 14:48
by azhaar
Salam abg Kamal,

Bila nak bukak kaunter pendaftaran? InsyaAllah ada rezeki, ada masa, ada keupayaan saya nak join.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Oct 2010, 15:45
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kaunter Pendaftaran tak bukak lagi sebab aku tak meniaga :kah:
Nak pegi aji leh daftar kat Tabung Haji
Kedai Satay akupun tak ada kaunter :kah: :keke:

Nanti saya maklumkan disini apa apa perkembangan

Chiff Lanun

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 24 Oct 2010, 12:37
by che'gu
[quote="
Kedai Satay akupun tak ada kaunter :kah: :keke:

[/quote]

Aih bang kamal, takkan la kedai satay takde kaunter bayaran....ke duit main tinggal atas meja cam tu ajer? hehehe :mrgreen:

teruja pulak bila abg kamal bg tau yg ceo TV3 nk join sama mendaki dan berkenalan dng rakan2 GO. utk permulaan, apa kata abg promote utk dia join prog yg sham buat kat gunung nuang bulan 11 nnt. Ok la utk permulaan....

Progress makin nmpk best, semoga projek ni berjaya....

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 26 Oct 2010, 09:19
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Sekarang saya handle semuanya. Bukan pasal saya terror... belum banyak keja :tembak:
Akan datang saya akan memecahkan kepada beberapa jawatankuasa contohnya Seranta -Abg Rosmal. Logistik, Makanan, Perubatan, Kejuteraan- engine, Komunikasi.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 09 Nov 2010, 15:28
by sany ADALAH alger
pandangan ulamak pon perlu jugak bang kamal...

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Dec 2010, 03:24
by haziq
Salam semua!

Mintak maaf lah sy mencelah kat sini, sbb aritu ada gak berazam nk pegi Mekah ngn jln darat, tak sangka lak bang Kamal dah tgh dlm proses nk ke sana..
Saya nk mintak pandangan/tanya bang Kamal, memandangkan abang dh bt byk research.. soalan saya: Wujud tak agaknya cara kesana dgn public transport (combo bas/keretapi/hitchike/etc..)? kalau buleh saya plan nk backpacking je dr sini..

Mintak maaf sekali lagi lah sbb mencelah mcm ni, ditambah plak ngn kekurangan research input dr sy.. harap2 abang dpt bg tunjuk ajar.. :oops:

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 23 Dec 2010, 10:42
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Saya memang suka mengembara. Itu jawapannya.
Kalau ada dah tentu saya dah pegi dengan cara tu. Suka suki cara aku ha haha.
Saya meneliti setiap perjalanan darat samada ke Eropah atau Saudi yang kebanyakannya cross ikut China, perjalanan tu jauh dan memang ada termasuk Mamat Jurutera yang naik Moto Kriss, dah balik pun dan satu lagi dengan Bas Transnasional bebaru nih. Saya nak pegi dengan Truck sebab lebih lasak dan komunitinya adalah pendaki gunung, stle dan corenya adalah Pendaki Gunung. Kita drive sendiri masak dan makan tido dalam hammoc atau berkemah macam kita pergi mendaki gunung serta HATI BUDINYA adalah PENDAKI GUNUNG.
Satu lagi KITA MEMBAWA JENAMA MALAYSIA. Barang keluaran Malaysia, makanan dan budinya juga adalah Malaysia Negara Ku Tercinta.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 23 Dec 2010, 11:36
by haziq
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Saya memang suka mengembara. Itu jawapannya.
Kalau ada dah tentu saya dah pegi dengan cara tu. Suka suki cara aku ha haha.
Saya meneliti setiap perjalanan darat samada ke Eropah atau Saudi yang kebanyakannya cross ikut China, perjalanan tu jauh dan memang ada termasuk Mamat Jurutera yang naik Moto Kriss, dah balik pun dan satu lagi dengan Bas Transnasional bebaru nih. Saya nak pegi dengan Truck sebab lebih lasak dan komunitinya adalah pendaki gunung, stle dan corenya adalah Pendaki Gunung. Kita drive sendiri masak dan makan tido dalam hammoc atau berkemah macam kita pergi mendaki gunung serta HATI BUDINYA adalah PENDAKI GUNUNG.
Satu lagi KITA MEMBAWA JENAMA MALAYSIA. Barang keluaran Malaysia, makanan dan budinya juga adalah Malaysia Negara Ku Tercinta.
Betul apa bang Kamal cakap tu: mengembara dengan bawa mission sebegitu dah tentu lagi bermakna dengan mengembara bawa diri sendiri sahaja. Akan saya praktikkan semasa trip saya satu hari nanti, Insya Allah..
Terima kasih buat input dari abang Kamal.. Saya doakan projek abang semuanya berjalan lancar dan diberkati :D

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 07 Feb 2011, 12:48
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Sebenarnya idea ini timbul semasa di Lojing. SAR Asan
Ingat lagi masa tidur kat Surau Lojing, aku datang dengan Jenal dan Rembau malam tu tido kat surau. Malm tu terfikir idea ni Road To Mecca.
Maklumat akan di update semasa Majlis Tahlil Lojing 14 Febuari nanti
Kalau Muss ada kelapangan juga kita buleh bincang pasal MARC nanti.
Maklumat terkini
9 buah Truck = crew akan jadi ramai la.
Missi yang dibawa adalah Penjenamaan Malaysia oleh komuniti pendaki gunung.
Penaja dan para crew adalah jenama Malaysia termasuk Dokumentari oleh TV3
yang disumbang oleh syarikat syarikat malaysia yang telah menjelajah perniagaannya keseluruh dunia.
Cikgu, Span, Nazry, Abg Rosmal, Orga, Jenal, Ir Rembau, Mizi, Abg G kalau berkesempatan ke Lojing nanti kita bincang bawah Fly.
Laporan Chiff Lanun

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 08 Feb 2011, 11:32
by deep purple
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Cikgu, Span, Nazry, Abg Rosmal, Orga, Jenal, Ir Rembau, Mizi, Abg G kalau berkesempatan ke Lojing nanti kita bincang bawah Fly.
salam,

InsyaAllah kalau ada kesempatan boleh kita bincang2 bwh fly ker, sesi TT ker...doa banyak2 moga2 idea yg baik ini akan dimakbulkan olehNya...weekend ni pun gi Chemerong, Lasir, Berembun bawak budak2 MSU... :lol:

"LIFE'S LIKE A RIVER" ~SCORPIONS~

http://phototrek.wordpress.com/

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 08 Feb 2011, 20:19
by mizi
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Sebenarnya idea ini timbul semasa di Lojing. SAR Asan
Ingat lagi masa tidur kat Surau Lojing, aku datang dengan Jenal dan Rembau malam tu tido kat surau. Malm tu terfikir idea ni Road To Mecca.
Maklumat akan di update semasa Majlis Tahlil Lojing 14 Febuari nanti
Kalau Muss ada kelapangan juga kita buleh bincang pasal MARC nanti.
Maklumat terkini
9 buah Truck = crew akan jadi ramai la.
Missi yang dibawa adalah Penjenamaan Malaysia oleh komuniti pendaki gunung.
Penaja dan para crew adalah jenama Malaysia termasuk Dokumentari oleh TV3
yang disumbang oleh syarikat syarikat malaysia yang telah menjelajah perniagaannya keseluruh dunia.
Cikgu, Span, Nazry, Abg Rosmal, Orga, Jenal, Ir Rembau, Mizi, Abg G kalau berkesempatan ke Lojing nanti kita bincang bawah Fly.
Laporan Chiff Lanun
wah-wah-wah suda ada nama ....insyaallah kalu ada masa aku trn dgn airnyaaa

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 10 Feb 2011, 22:42
by abe~G
insyaallah... kalau tak ada aral melintang teman sampai ler tu, mizi ! bawa air nyior lebih sikit. :lol:

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Feb 2011, 15:32
by che'gu
Majlis kat lojing tak dpt turut serta. Masih lagi di S'wak. Lagi pun bini tngh sarat....
InsyaAllah, cuti bln 3 nnt blk smnjng.....kalu ada kesempatan, kita jmpa....

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 16 Feb 2011, 12:35
by orga
kat lojing sempat sembang bawah fly ngan abg kamal ttg prog road to Mecca nih..

mmg teruja dgn komitmen abg kamal dlm merealisasikan prog terbaek seumpama ini..

perancangan dibuat dgn teliti dan segala kemungkinan diambilkira dpn belakang..

aqu akan membantu membuat website khas utk prog nih sbg tanda sokongan..

thumb up to abg kamal..

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 17 Feb 2011, 11:31
by azlinazaini
Assalammualaikum abg lanun...
seperti lyn nyatakan hari tu.... memang sangat berminat
bermusafir musabah diri... if nama lyn tidak disenaraikan pun... lyn akan terus menyokong... sangat best bila lyn baca dan dengar penerangan live dari abg dilojing....
Moga Allah memudahkan segalanya... amin...

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 22 Feb 2011, 18:23
by is_Nature Xpoler
En. Kamal...
sy berminat juga untuk turut serta...
tapi tak tau lah layak ke tidak...kalau dapat g alhamdullillah tak dapat g nak buat camne...makan ati je lah...
ape2 pun saya sokong idea abang kamal....
(sy nak ikut)

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 08 Apr 2011, 20:28
by pokcik gunung
salam abg kamal.sy berminat dgn program ni.mencabar tuh.sy bawak lori boleh lah.ada pengalaman sblum ni.klau diberi peluang sy nak start kumpul duit dah ni. :mrgreen:

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 13 Apr 2011, 00:08
by lie012
bang...

kawan nie member gunung sejak 2007.....tapi sepanjang idup kawan cuma beberapa kerat gunung jer yang kwn sempat panjat...
tapi semangat memang ada bang...

kawan nak volunteer kan diri join abang nye projek nie...
dah jadi impian nie...

at least kwn leh jadi tukang baca doa makan nasi nanti...hehehe...

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 13 Apr 2011, 09:51
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Masih berpeluang dan masih terbuka.
Semua ahli team ni adalah sama taraf
dan semua orang kena memandu, jadi tukang masak, serta tukang bukak tayar bukan sekadar baca doa, usaha juga. Mereka adalah Crew belaka malah semua orang berpeluang membentangkan laporan perjalanan harian di berita TV3 setiap hari untuk 3 minit.
Rasanya hujung tahun ni kita adakan perjumpaan untuk pemecahan jawatankuasa.
Saya ambil nott untuk semua orang yang berminat menyertainya dari Gunungonline.
Peserta adalah dari Pasukan Penaja dan Crew Gunungonline.
Tapi jangan harap nak tido Hotel atau makan di restoran mewah. Hammoc tu yang terbaik dan anda makan apa yang anda masak sama sama. kih kih kih

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 13 Apr 2011, 11:44
by lie012
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Masih berpeluang dan masih terbuka.

terbaikkk bro....

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 11:34
by pokcik gunung
ok rager abg kamal

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 12:42
by nazryst
Izin kan saya mencelah Tuan Kamal,

Apa yang dimaksudkan abang kamal, kriteria kriteria mereka yang ingin turut serta dalam projek yang melibat kan maruah, sama ada maruah Penaja seperti HiCom, Berahim, TV3, Bridgestone dan sebagainya memerlukan mereka mereka yang matang, bukan matang usia sahaja tetapi fikiran dan tingkah laku. Memang sesuatu projek gila sebegini memerlukan orang gila gila jugak. Tapi kegilaan tu biar lah bertempat. Antara mereka mereka yang terpilih mewakili persatuan persatuan gunung dan yang membawa martabat GunungOnline, maka dah tentu peranan untuk memartabatkan masyarakat gunung perlu dijaga.

Abang Kamal menekankan didalam kertas kerja, semua orang akan sama dari segala segi, tapi yang tua perlu dihormati, yang lemah perlu dibantu, yang tak tahu perlu lah diterangkan, maka kerjasama itu penting. Seronok dan enjoy memang perlu dalam kehidupan, tetapi berpada pada. Perjalanan yang jauh dan agresif semestinya ada pihak pihak yang beremosi dan tertekan. Rambut sama hitam hati lain lain. Tapi nak jaga hati ni lah yang problem nya kan... apa apa pun kita masih berkesempatan untuk memantapkan diri dan membetul kan apa yang perlu.... Memang seronok bila mendengar satu projek yang membawa nama negara, apatah lagi jika dapat terlibat serta... tapi tanggungjawab dengan nama negara dan sponsor sponsor itu adalah satu beban besar yang orang lain akan ingat kita 7 keturunan sekiranya tidak mencapai matlamat oleh kerana kesilapan kita sendiri....

just sharing my 2 cents

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 12:47
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
TQ Nazry
Aku setuju sangat pendapat engkau hari ni bernas dan penuh idea walaupun ada sedikit gila gila termasuk yang kena rembat dengan paip getah tu. Nampaknya kita macam serupa. Budak nakal yang bijak tapi hormat orang tua.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 13:25
by lie012
nazryst wrote:Izin kan saya mencelah Tuan Kamal,

Apa yang dimaksudkan abang kamal, kriteria kriteria mereka yang ingin turut serta dalam projek yang melibat kan maruah, sama ada maruah Penaja seperti HiCom, Berahim, TV3, Bridgestone dan sebagainya memerlukan mereka mereka yang matang, bukan matang usia sahaja tetapi fikiran dan tingkah laku. Memang sesuatu projek gila sebegini memerlukan orang gila gila jugak. Tapi kegilaan tu biar lah bertempat. Antara mereka mereka yang terpilih mewakili persatuan persatuan gunung dan yang membawa martabat GunungOnline, maka dah tentu peranan untuk memartabatkan masyarakat gunung perlu dijaga.

Abang Kamal menekankan didalam kertas kerja, semua orang akan sama dari segala segi, tapi yang tua perlu dihormati, yang lemah perlu dibantu, yang tak tahu perlu lah diterangkan, maka kerjasama itu penting. Seronok dan enjoy memang perlu dalam kehidupan, tetapi berpada pada. Perjalanan yang jauh dan agresif semestinya ada pihak pihak yang beremosi dan tertekan. Rambut sama hitam hati lain lain. Tapi nak jaga hati ni lah yang problem nya kan... apa apa pun kita masih berkesempatan untuk memantapkan diri dan membetul kan apa yang perlu.... Memang seronok bila mendengar satu projek yang membawa nama negara, apatah lagi jika dapat terlibat serta... tapi tanggungjawab dengan nama negara dan sponsor sponsor itu adalah satu beban besar yang orang lain akan ingat kita 7 keturunan sekiranya tidak mencapai matlamat oleh kerana kesilapan kita sendiri....

just sharing my 2 cents

setuju dengan pendapat tersebut......

bagaimanapun, tujuan utama projek ini, selain dari membawa nama Malaysia amnya, dan nama GunungOnline khususnya...adalah bertujuan untuk menunaikan UMRAH....jadi jika ingin menjadi tetamu Allah SWT, maka dengan sendirinya sesiapa yang terlibat harus membersihkan fizikal terutamanya rohani yang tentunya melibatkan emosi, hati dan perasaan....

kwn rasakan kepada warga go yang berniat untuk turut serta, haruslah peka dengan tujuan asal ini.....bab2 lain pasal penaja dan sebagainya adalah bonus bagi projek ini.....jangan anggap perjalanan ini sebagai kembara biasa...tapi kembara kepada Allah SWT....dari situ insyaAllah akan lahir team yang bersatu padu...

ini sebagai pandangan dari kwn...kwn pun berniat dan berharap dipilih untuk menjayakan projek ini....bukan disebabkan ke'gempak'kannya....tapi kepuasannya....mcm kepuasan bila tengok matahari terbit kat peak.....besttt...

"Diri kita ini adalah perjalanan rohaniah yang sedang menepuhi alam duniawi, bukan perjalanan duniawi yang akan ke roh"

renung2kan.....selamat beramal...

anyway...bro kamal....

projek nie terbaikkk.....

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 13:27
by lie012
Bro Kamal...

kalau hendakkan maklumat lanjut berkenaan dengan mamat naik motor tue, kwn boleh cuba adakan pertemuan...
kwn kenal dengan keluarga beliau....

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 14 Apr 2011, 15:43
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Sangat teruja dengan pendapat dan idea korang semua
Akan diambil kira. Majoriti anggota pasukan ni dari Gunungonline. Basenya Pendaki Gunung.
Sebab tu route tu ada bermalam di Nepal, Kaki Gunung Everest. Rasanya impian setiap pendaki gunung nak sampai everest tapi disebabkan kos, komitmen, fizikal dan mental, kakinya pun jadilah.
Perjalanan adalah membawa jenama Malaysia dalam perjalanan Pendaki gunung mengejar impian.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 09 May 2011, 09:42
by ajon
Ape perkembangan terkini Tuan...?

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 05 Sep 2011, 16:31
by scrlettfr
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Masih berpeluang dan masih terbuka.
Semua ahli team ni adalah sama taraf
dan semua orang kena memandu, jadi tukang masak, serta tukang bukak tayar bukan sekadar baca doa, usaha juga. Mereka adalah Crew belaka malah semua orang berpeluang membentangkan laporan perjalanan harian di berita TV3 setiap hari untuk 3 minit.
Rasanya hujung tahun ni kita adakan perjumpaan untuk pemecahan jawatankuasa.
Saya ambil nott untuk semua orang yang berminat menyertainya dari Gunungonline.
Peserta adalah dari Pasukan Penaja dan Crew Gunungonline.
Tapi jangan harap nak tido Hotel atau makan di restoran mewah. Hammoc tu yang terbaik dan anda makan apa yang anda masak sama sama. kih kih kih

assalamualaikum...
amacam apa perkembangan... saya sememangnya mengharapkan projek ini menjadi... dan jika masih ada kekosongan saya juga mahu turut serta... cukuplah klau nak jadi pembantu pasang tayar truck tu nanti... memandu of course saya volunteer... hehehehe.... :mrgreen:

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 05 Sep 2012, 11:53
by abe~G
chief de mission, macam mana perkembangan terbaru, udah lama tak dengar info, kata bulan april lepas ada meeting, so teman2 di GO ni pun nak tau juga hasil perbincanganya.
sangat berharap projek ni menjadi kenyataan.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 27 Sep 2012, 02:31
by biNGai
2010~2012..daa 2 taun daa umo anak aku nihhh..pejam celik, pejam celik nampak gak depan mate..

korg sume anak daa bape taun skang? hehe..

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 28 Sep 2012, 16:25
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Maaf.
Laluan tu masih belum dipersetujui oleh Wisma Putra. Risiko keselamatan yang tinggi.
1. Laluan masuk ke Myanmar
2. Keselamatan di India
3. Keselamatan di sempadan India dan Pakistan - laluan ni banyak sangat problem
4. Laluan sempadan Pakistan dan Iran
5. Sempadan Iran dan Iraq masih di kawal Tentera Amerika
6. Penggunaan Kenderaan di Saudi.

Re: ROAD TO MECCA - Jalan Darat

Posted: 01 Mar 2018, 21:55
by Lionel Messi
Bebaru ni ada dengar berita orang nak ke Mekah dengan Bas, Naik Moto dan 4 WD. Saya mencadangkan dengan Truck kerana membawa penumpang dan muatan yang lebih sebab kita berkemah dan makan secara masak sendiri. Orang yang dicadangkan mesti ada kemahiran Memandu Truck Tentera atau Lori Bawa Ayam. SantaiWong bulah juga.

ไพ่ ออนไลน์
Gclub