Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Diskusi khas berkaitan peralatan review dan isu berkaitan.

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by poncho »

salam semua.
just nak share serba sedikit pasal teknologi ni untuk kebaikkan bersama.

bagi yang selalu beli barang outdoor terutama pakaian, korang mesti perasan terdapat banyak label menunjukkan teknologi yang digunakan dalam material atau finishing untuk produk tu. tujuannya ialah menambah daya penarik atau untuk memaklumkan pengguna pasal adanya teknologi tersebut dalam produk tu. jadi, bagi yang dah tau dan percaya dengan teknologi tadi akan mudah membeli walaupun pada harga yang sedikit mahal.

antara teknologi fabrik yang paling terkenal ialah GORE-TEX® (ada hak patent).

GORE-TEX® nie secara ringkasnya ialah satu lapisan khas seakan-akan kulit semulajadi (membrane dari kategori polytetrafluoroethylene atau PTFE) yang dikatakan kalis air, kalis angin dari luar tapi udara dari dalam boleh dirembes atau berkitar (istilah bernafas untuk beberapa situasi). ianya adalah hasil usaha (kini pemilik patent) Wilbert L. Gore, Rowena Taylor, dan anak kepada Gore iaitut Robert W. Gore untuk kegunaan di angkasa lepas.
Image
Gore-Tex bagaimanapun di hasilkan dari satu bahan kimia yang agak kontroversi iaitu perfluorooctanoic acid (PFOA, atau dikenali juga dengan C8 ringkasnya). ianya digunaan untuk memastikan Polytetrafluoroethylene (PTFE) tadi bertindakbalas terhadap haba dengan berkembang mengikut keperluan secara fizik.

teknologi fabrik ini banyak digunakan dalam fabrik berprestasi tinggi, implants dalam perubatan, medium penapis, penebat wayar dan kabel, gasket, dan bahan penampal. tapi Gore-Tex ni adalah lebih dikenali dalam pakaian kalis air atau baju hujan. kebiasaannya, baju hujan biasa hanya dilapisi oleh dua material iaitu di lapisan luar biasanya menggunakan nylon atau polyester untuk menguatkannya. lapisan kedua ialah dari material Polyurethane, atau PU, untuk lapisan kalis air yang mana bermasaalah untuk perembesan atau perkitaran udara (breathability).

pada permulaannya, fabrik Gore-Tex dihasilkan dengan menggantikan lapisan PU tadi dengan satu lapisan nipis Teflon dengan Polyurethane coating yang disapu pada fabrik lain seperti Nylon atau Polyester. membran ini memang dapat menahan limpahan air walaupun ia masih boleh ditembusi walaupun dalam jumlah yang sedikit. bagaimanapun, bila digunakan pada pakaian, lapisan membran Teflon tadi mudah rosak dan terdedah kepada ancaman peluh dari si pemakai. hasilnya, satu lagi lapisan iaitu PU ditambah untuk melindungi membran Teflon tadi dari sebelah dalam. terbaru, ada lapisan lain tercipta seperti eVent dan Epic boleh menggantikan PU dalam menghasilkan fabric Gore-Tex yang jauh lebih tahan dan mantap pembuatannya.

walaubagaimanapun, Gore-Tex nie masih ada kekurangannya terutama untuk iklim di negara kita nih.
paling utama ialah dalam cuaca panas jumlah peluh yang banyak tidak boleh dirembes keluar dengan cepat dan terhad. bayangkan teknologi ni cuma membenarkan peredaran atau perembesan keluar udara pada kadar yang minima tapi peluh keluar tak berhenti. haba dan kelembaban ini akhirnya menjadi satu beban untuk Gore-Tex merembes keluar dan membuatkan kita tak selesa.

dalam cuaca sejuk pula - terutama di waktu hujan, walaupun ianya masih tidak boleh digunakan sepanjang masa sebab apabila kita dah habis buat aktiviti kesan peluh dan lembab yang masih kekal dalam pakaian kita akan membuatkan kita sedikit kesejukkan dan ngilu, fabrik ni adalah yang terbaik dan sangat berguna. cuma pastikan korang tau bila patut dibuka dan cuba maintain kekeringan pakaian tu je. walaupun tiada benda yang boleh menggantikan kulit semulajadi kita sebagai anugerah dari Tuhan, hasil usaha manusia seperti fabrik ni adalah antara cara kita berlindung dari risiko lain. jadi fabrik nie tetap gua salute dan percaya. hehe.


untuk info lebih lanjut, bleh klik sini.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

cara penjagaan pakaian Gore-Tex

ada beberapa cara untuk menjaga pakaian yang menggunakan fabrik jenis ini. antaranya ialah:

jaga kebersihan sebaik mungkin.
memanglah kita gunakan pakaian/kasut ni kat hutan tapi tak semestinya kita tak bleh jaga kebersihannya kan? bukan benda murah fabrik nih (walaupun bleh jadi barang bundle, kalau kita sayang mesti takdenya nak dilenjan dengan teruk kan? huhuhu). sebab tu sepatutnya kita jaga dengan lebih perhatian. kalau dah kotor, camne nak bersihkan? mestilah dibasuh tapi kalau dibasuh selalu hauslah lapisan kalis air atau Durable Water Repellent (DWR) tu. semakin bersih pakaian ni semakin minima kita kurangkan kehausan DWR. jadi, jaga dari awal ye.

basuh dengan betul.
penggunaan dan pembasuhan yang kerap plak akan meluputan lapisan kalis air terutama di bahagian permukaan luar. bagaimanapun lapisan ni boleh dibaiki semula dengan cara basuhan kering pada suhu pertengahan (medium). guna Fabreeze pun buleh. hahaha. iklan jap. untuk basuhan biasa (basah), gunakan sabun yang tidak terlalu kuat atau khas untuk fabrik Gore-Tex/drysuit dan air yang agak suam.

kebocoran dan kaedah pembaikkan.
biasalah, barang mahal mesti ada solution untuk baiki. macam benda mewah yang lain, fabrik jenis ni ada cara untuk baiki atau maintain sebaik mungkin. masa pakaian ni dibasuh, kalau korang perasan pakaian tu cepat basah dan tenggelam tandanya ada kebocoran kat mana-mana. biasa terjadi kalau dah lama digunakan atau selalu dibasuh. lapisan kalis air tu dah haus. untuk baiki, mudah je. cuba gosok bahagian luar tu guna sterika wap. kalau agak teruk, kenalah spray atau rendam dengan produk kalis air (water repellent material) sebagai jalan terakhir. yup, jalan terakhir tau. jangan baru rosak sikit dah spray DWR nih. keras plak baju tuh. hahaha. dan jangan lupa, ikut arahan penggunaan dan nasihat dari pembuat pakaian tu dulu.

hilangkan kotoran yang degil.
biasanya untuk kes ni kita sepatutnya guna spray pembersih pakaian tu. pastikan terbukti tidak merosakkan fabrik. biasa produk ni digunakan sebelum basuhan. macam Dynamo, Easy Off Bang atau "Lupakan Kotoran..Pilihlah Merah Jambu". hahaha..Vanish memang terbaik. tapi pastu cepat-cepat bilas dengan air suam atau kalau nak basuh guna sabun jenis serbuk.

semburan atau rendaman.
seeloknya sembur dengan air menggunakan paip hos tu. atau rendam di bekas yang luas macam besen besar atau tub mandi.


err..ada lagi kot. kalau ada input tambahan, sile lah tambah nasi ye. timekasih.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

penjagaan dan pemuliharaan Gore-Tex

untuk produk pemulihan barangan Gore-Tex,
boleh cuba ushar link brand Nikwax nih. sangat bagus dan direkemen sendiri oleh banyak pembuat material Gore-Tex.
guna brand Granger's pun bagus.

nak gosok guna sterika wap?
ushar sini dan cari tajuk: reteflonizing gore.


elakkan mengguna sabun atau pembersih yang ada Zeolite. tak baik untuk kain yang teknikal seperti Gore-Tex nih. refer sini.

elakkan juga pelembut fabrik.
bleh refer sini
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

Powerlah Poncho! ko translate sendiri ka? :shock:

dulu memang Goretex aja yang wujud, tapi sekarang dah macam macam ada, setiap pembuat ada dia punya waterproof breathable coating / membrane sendiri- event , hyvent , tripple point , entrant , hydronaute , etc.

selalunya yang brand lain ni dia bukan lamination macam goretex ( 2 keping berbeza yang dicantumkan ) tetapi coating ( spray atas base fabric nylon / polyester ) sebab tu lebih murah.

betul apa yang ko kata, kalau pakai dalam cuaca kita, badan masih lagi lembap lembap, bukan sebab basah kene hujan, tapi dari kelembapan / wap air yang dikeluarkan oleh badan kita sendiri - nanti saya huraikan dengan lebih teliti dalam next post )
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by maclan »

kat mn ade byk jual sluar jenis ni...
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

popo
Pendaki Gunung
Posts: 15
Joined: 17 Aug 2008, 20:28
Location: bandar utama

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by popo »

Salam

Saya dulu ada beli topi North Face fishing hat daripada Damien Kie. Topi tu saya dah bawak ke banyak tempat lah dekat malaysia ni, kira dah lama jugak lah pakai. Topi tu ditulisnya GoreTex, warna hitam pulak, jadi bila pakai memang kepala jadi panas. Peluh susah nak keluar lah mungkin, jadi saya selalu buka topi, lap peluh dan pakai balik.

GoreTex ni sebelum ni saya pernah baca dekat sini juga, memang betul lah tidak sesuai dipakai di cuaca Malaysia.

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by nadir »

Saya ada buat article sket pasal gore-tex di malaysian oudoor forum. Kalau paham bahasa inggeris, boleh la cuba baca. Kalau saya terjemahkan, takut tak faham....hehehe
http://outdoordynamics.myphpbb.net/vie ... =24&t=117

maaf tuan mod, saya cross post....
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by poncho »

belasah je Dir. masih dalam topik gak. hehehe.
sebenarnya, banyak teknologi yang kena selidik kat mana ia diuji. kalau di hutan tropika, negara seperti Brazil, Argentina dan Indonesia memang antara yang terbaik. jadi, refer kat website atau Customer Service produk tu kalau nak invest beli barang yang berkualiti nie. mahal sikit jadi perlulah berbaloi kan?
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by forestgump »

Saya ada berjela kain GORE TEX yang datang terus dari kilangnya.
X tahu nak buat apa nganya pulak!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
Kasnalagat
Pendaki Tegar
Posts: 288
Joined: 26 Mar 2008, 08:30
Location: pelantar merenung bulan
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by Kasnalagat »

♠ teknologi fabrik ni tak terhad pada pakaian saja...gore-tex juga digunakan dlm bidang perubatan, untuk membentuk lapisan dalaman tubuh badan manusia...mcm dlm kebanyakan kerja2 pembedahan memisahkan kembar siam..pembedahan sintetik implant untuk ubahan struktur kulit manusia etc..
"TranQuiLLity.."

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by nadir »

ya betul..... selain dari pakaian, dari segi rekreasi, ada jugak kain waterproof / breatable ni yang digunakan sebagai valve pada drybag , digunakan sebagai flysheet khemah , dll.
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

budakbaik666
Pendaki Gunung
Posts: 20
Joined: 16 Aug 2006, 16:57
Location: P3NaNg Vs K3y3LL
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by budakbaik666 »

salam otai2..kawan ada sepasang kasut gore-tex material..bila lepas basuh/rendam, kawan akan jemur undirect matahari sebab takut lifetime dia decrease..tapi ada masalah..dia ada bau ala2 tungkit gitu bau dia..wahaha..mcm mn nak kasik hilang eh..dah spray guna ambi-pure masih ada bau..(dah mcm iklan yg angkat sofa la pulak..)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Nak bagi hilang bau dia.
Lu campak dengan itu kasut kasut sekali. Gerenti itu bau akan hilang dengan kasut kasut sekali. :tembak:

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by nadir »

budakbaik666 wrote:salam otai2..kawan ada sepasang kasut gore-tex material..bila lepas basuh/rendam, kawan akan jemur undirect matahari sebab takut lifetime dia decrease..tapi ada masalah..dia ada bau ala2 tungkit gitu bau dia..wahaha..mcm mn nak kasik hilang eh..dah spray guna ambi-pure masih ada bau..(dah mcm iklan yg angkat sofa la pulak..)

cuba sumbat dengan arang , lama lama bau dia hilang kot. tapi bila pakai balik mungkin bau kembali......heheheh. cuba spray dengan dettol tengok.... bau tu dari bakteria kot.
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by adventure inc »

emmm sy pun ada satu TNF summit series yang guna Gore Tex material... dah 4 tahun
guna so far alhamdulillah... ok. cuma stich lining tu dah staft pecah...
waterproofing mmg excellent, tp macam yang ramai komen, mmg berpeluh kat dalam..
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by irmuaaz »

Gore tex ni bila lama memang breathable dia akan fail sebab habuk microscopic akan masuk dalam liang liang dia. Ini menyebabkan wap air tak boleh keluar dari dalam. Untuk mereversekan effect ini kena rendam lama lama baju goretex tu dan basuh dgn serbuk basuh yang delicate. Satu pantang goretex ini dan juga breathable material lain. Tak boleh pakai fabric softener macam woolite dan sebagainya. Juga jangan basuh mesin kalau boleh. Basuh tangan. Insyaallah Ok!. Pengalaman saya dengan Nikwash. Impregnator dia fail lah kalau yang wash in punya. Tapi yang spray lepas kering ok.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by kambinggurun »

forestgump wrote:Saya ada berjela kain GORE TEX yang datang terus dari kilangnya.
X tahu nak buat apa nganya pulak!
fuh ni mcm best nih..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by shahrul »

kambinggurun wrote:
forestgump wrote:Saya ada berjela kain GORE TEX yang datang terus dari kilangnya.
X tahu nak buat apa nganya pulak!
fuh ni mcm best nih..
taun 2009 punya post ..2013 baru ko reply ..tah ada ke tak lagi tu mimi wei :lidah:
_________________
_________________

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Teknologi Pakaian | Gore-Tex

Post by kambinggurun »

xpee kite tanye je mne tau kot dia ade stok baru... hehe
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply