Going on a solo adventure!- Would you do it?

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

ha ahaa... kat sana tepi sungai yang ada jambatan buleh aaa bukak fly cengginih... klu kat sini tepi sungai bawah jambatan kompom lain jadi nyer kih kih kih...... kira bukan hutan yang core ler nih ek

sowi tak penah g obe,c.... target nak solo kat medinah jer nih... eh silap bedua hee heee
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Jambatan ada macam macam. Kat ata peta dia tanda jambatan je. Bila sampai kat situ baru la kita nampak "jambatan" dia. Pastu murphys law la. Bila hari cantik jambatan dia semua cantik2. Bila hujan ribut licin, muncul lah balak reput yang diorang panggil "jambatan".
ImageImageImage Suspen gak la bila beg 30 kilo nak lalu. Air baik punya laju.
Image
Berbatu batu takde orang :) Kalu korang perasan tali pinggang aku gila panjang. Masa start takde macam tu.

Madinah tu oversea la tu. Pastu boleh try tempat lain lak...
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by forestgump »

irmuaaz wrote:Dekat Europe terutama di Scandinavia byk trail yang best best. Selalu dia pecahkan satu trail tu dalam stage lebih kurang 100km atau seminggu la kalau jalan rilek rilek dalam 10-15km sehari. Kalau jalan laju boleh jugak habis dalam 4-5 hari. Peta topo senang dapat dan selalu dekat start trail ada mountain outpost kita boleh beli. Boleh jugak resupply dekat situ, mcm makanan, gas, equipment pun boleh beli atau sewa. Antara trail yang famous adalah Kungsleden(beginner trail, senang dan byk tempat nak beli supply), Padjelenta (intermediate kalau dah pengalaman sket tapi lawa gila),Femundsmarka & Sarek (advanced, tough trek, altitude, bad weather, takde tempat resupply dan takde orang tapi adventure gila). Boleh google lah untuk maklumat lebih lanjut.

Image
ngarut kan equipment aku? pagi2 jemur sleeping bag dulu. Pasal peluh kita. Boleh save dalam 300g woo

Dia kat sana takde la binatang buas ular, rimau dan sebagainya. Tapi beruang ada jadi tanya dulu lah sebelum start trek dgn ranger atau local. Moose pun ada. Jgn kacau dia lah dia pijak bengkok gak kita. Weather sejuk, basah dan selalu hujan. Bwh treeline tak sejuk sangat tapi nyamuk byk, Tapi ada pokok lah boleh buat unggun api memalam. Atas treeline (700m)takde pokok (exposed) tapi takde nyamuk. Nak buat unggun api pun tak boleh jadi gas kena bwk lebih la. Kalau pernah panjat kinabalu lebih kurang camtu la terrain dia. Berbatu-batu macam permukaan bulan.

Equipment sangat critical. Fuel kena budget dalam 1.5-2 can satu minggu untuk seorang kalau cuaca sejuk. Kita tak guna untuk memasak sahaja tapi guna untuk heating sekali. Gore tex adalah kawan baik anda dalam climate sebegini. Jacket goretex, seluar goretex, kasut goretex. Sleeping bag bwk at least 3 season punya (saya punya -20°). Selalu saya trek memang pakai raingear terus. Pasal renyang bila hujan baru nak pakai. Bwh kommando takyah pakai spender. Goretex penting pasal peluh boleh keluar. Tapi air hujan takleh masuk. Kita nak raingear breahtable pasal kalau peluh tak keluar baju basah. Baju basah sejuk. Sejuk hypothermia.

Bwk therma rest sebab angin adalah insulator terbaik. Pack pun lagi kecik dari carrymat. Saya rasa elok bwk yang jenis self inflating dari jenis air mattres mcm therma rest neo air tu. Sebab dia simple. Pasal bila hujung hari kita penat nak tiup therma rest biasa tu pun dah semput. Ini kan lagi nak tiup air mattress. Tidor pun selesa terutama kalau kita nak trek lama2. Khemah pun kritikal gak. Khemah elok carik yang elok sikit macam msr, salewa, nemo equipment. Kalau khemah karrimor ke coleman ke tak cukup kuat. Kalau awak tgk angin macam mana kat sana nanti awak paham la maksud saya. Penting ada apsis/vestibule yang besar untuk kita letak equipment atau nak masak bila hujan. Orang sana suka pakai khemah style tunnel. Dia memanjang dan space to weight ratio dia sangat la tinggi. Tapi saya suka style dome atau geodesic pasal boleh free standing. Ini saya kata terpulang lah kepada citarasa masing2. Saya solo bwk khemah 2 person. Berat yang bagus untuk khemah 2 person adalah bwh 2 kilo. Kena ingat bila bersolo semua equipment kena angkut sendiri jadi weight adalah faktor yang kita kena utamakan sangat. Saya siap buang tag semua dalam pakaian, beg etc :). Lighter pun bwk satu je (tapi pernah sekali ada fail tapi itu cerita lain lah haha)

Navigating dgn map and kompass adalah mesti. GPS memang saya ada tapi takleh on je full time pasal batterie tak tahan dalam cuaca sejuk. Kalau kat mesia sepasang aa pakai seminggu. Kalau kat sana sehari je. Kalau trek 28 hari takkan nak bawak 56 bijik. Grid dia pun lain dari sini. Jadi familiarise dululah dengan grid system dia baru jalan :)

Musuh utama kita semasa buat trek ngarut cam ni adalah cuaca dan masa. Memang sejuk jelah rasa dia sepanjang masa. Kena gerak pasal kalau tak gerak tak keluar. Ration memang dah tak cukup. Kita budget sehari dalam 2500-3000 calorie. Tapi kita guna 4500-5000 calorie sehari. Jadi lepas trek kalau seminggu boleh la turun berat dalam 3-4 kilo. Lagi best dan murah kan dari marie france bodyline haha.

Byk sangat nak list down barang. Saya bagi summary jelah. Dalam article dalam Star pasal solo camping - http://www.footsteps.com.my/index.php/f ... ws/51-solo ni ada cerita lebih lanjut. Kalau ada apa kemusykilan lagi roger je saya :) Mana saya boleh bantu saya bantu.
Cuba google Swedish Survival Guild...
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by biNGai »

apa aku nk taip ni ek?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

Like


kah kah kah
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

seper4alif wrote:ha ahaa... kat sana tepi sungai yang ada jambatan buleh aaa bukak fly cengginih... klu kat sini tepi sungai bawah jambatan kompom lain jadi nyer kih kih kih...... kira bukan hutan yang core ler nih ek
Kat sana dalam hutan pun ada jambatan lawa2 tapi belah Sweden jela. Kalau belah norway, finland, iceland dia gamble sikit letak balak je. Ranger tu ganti tiap2 musim. Kalau betul cross sg besar baru dia letak jambatan yang ok sket. Gambar tu sebenarnya memang dah dalam hutan. Itu sebenarnya jambatan untuk orang je. Keta takleh lalu. Jambatan gantung tu sebonar eh.

Tapi best kan orang Sweden senda buat jambatan lawa2 untuk hiker?

Hutan dia kau kena bayang kan cam gini lah. Kalau atas 700m (treeline) memang pokok amatlah kurang, hampir takde sebenarnya. Kalau bwh treelin boleh thn gak la tebal dia. Takde duri rotan dengan miang buluh jela. Ada 7 jenis je mamalia kat sana. Reindeer, Moose, Beruang hitam, Polar Fox, Red Fox, Lemming, dengan Serigala. Kat sini ada beribu kot. Paling senang nak jumpa Reindeer. Paling susah nak jumpa Lemming (disebabkan global warming diorang jadi pening, lagipun kecik makhluk allah tu). Tapi aku berjaya nampak sekor. Sekilas pandang je masa berenti rehat. Masa aku letak beg nampak dia lari masuk semak. Tak sempat pun nak keluar camera. Aku cerita kat local. Dia kata dia orang Sweden dah hidup 50 lebih tahun tak pernah tgk lemming.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

shahrul wrote:going solo ni tak kira la hiking ke atau camping dlm hutan memerlukan mental yg betul2 kuat, ingatan yang baik, tenaga, stamina, asas mengubat diri sendiri dan ilmu survival antaranya..

bayangkanla duduk dalam hutan sorang2 terputus hubungan dgn dunia luar, dgn ration yg terhad
jadi yang pernah buat solo ni kita respekla sikit, mudah-mudahan dgn pengalaman diorang ber-solo tu dapat dikongsi bersama2 kita sebagai panduan

bukan calang2 orang juga boleh tahan cabaran berputus hubungan dengan dunia luar..tak payahlah nak kutuk keji sangat..kita ni manusia je...ambik positif dari pengalaman mereka

p/s: wajib inform family membe/org yg rapat dgn kita maklumkan nak solo ke mana, berapa lama etc. utk kegunaan kecemasan

selamat ber-solo :minum:
Thanks Shahrul utk kata2 awak ni. Saya cuma nak kata lagi sekali lah yang saya orang biasa je sebenarnya. Saya start thread ni pun dgn niat nak inspire orang lain untuk cuba benda yang belum dicuba. Bukan niat saya nak carik respect atau recognition. Semua ni dalam spirit yang nothing is impossible. Selagi kita tak cuba kita tak tahu. Dan lepas dicuba dan tahu kepuasan diri dia saya tak boleh nak describe.

Time solo kita byk muhasabah diri sebenarnya. Peranan dan impact kita sebagai individu dalam dunia. Tgk sampah la cukup. Bila kita angkut sampah kita, baru rasa pergh byk gila sampah aku buat. Itu dah plan tu paling minimum. Cuba kalau kat pekan lagi la byk. Lagi bila solo kejayaan dan kegagalan expedition kita bergantung hanya pada diri sendiri. Takde orang lain yang kita boleh harapkan. Saya pun byk kali gak sampai detik2 yang saya rasa uish bangang ke aku ni buat benda macam ni. Time detik2 merbahaya dan ketakutan memang byk lah. Bukan takde. Bukan confident je all the way. Ada gak keraguan diri sendir. Tapi bila lepas berjaya perghhh rasa dia memang la best. Tak sabar nak buat lagi sekali.

Bila kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru la kita sebagai umat ada can nak maju. Bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Collective experiences and knowledge as well as the ability to share this knowledge is what propels us as humans further than any other creature on the face of this planet.

Yang buat saya tergerak hati nak start thread ni adalah bila saya tgk video di bwh ni. Respek gila aku awek ni. Pasal tgk video dia la aku gatal nak pergi solo lagi. Dulu ingat dah pencen dah buat benda ngarut ni. Maklumlah dah tua... nak jadi bapak dah pun. Tapi saya jemput la rakan2 semua tgk video ni. Memang inspiring.

http://vimeo.com/31158028
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Tahniah Muaz
Boleh merentas benua macam tu dan terima kasih juga sudi berkongsi pengalaman dengan kengkawan lain
Memang ada hajat nak buat cam tu dari muda lagi tapi tak kesampaian sampai dah Tua.
Saya pernah gak buat keja gila macam tu dulu tapi takat di Semenanjung dan Pulau Borneo sahaja tahun 80... dulu termasuk survaival dari Miri ke Marudi Bekakalan dan masuk Sungai Melinau sehingga berakit ke Tarakan. Cross balik ke Samarinda dan keluar ikut Tawau selama 26 hari dan bukan Solo tapi 4 orang. Tapi puasnya bukan main
Memang ada cadangan untuk cross Eropah timur hingga ke Turkey ( dulu cadang bila pencen sojar) tapi bila dah pencen tak sempat sempat. Tapi niat tetap ada. Sy tetap ambil catatan anda sebab niat memang ada.
TQ Muaz :minum:

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Uisy dashat gak adventure abg Kamal!! Boleh tahan la jugak. Mana ada trek kat sanun. Pastu bab sungai ni memang gamble sket. Bukan boleh tahu bila tgk peta rupa sebenar dia camana. Tapi betul lah bila kita explore sendiri cari jalan sendiri rasa puas dia tak sama dengan bila ada guide yang tunjuk jalan.

Eastern Europe dah memang accessible kepada traveller dan hiker skrg. Tapi tak semaju Europe lain lah. Byk gak trail2 dia dan equipment pun dah senang carik dekat situ. Saya tak pernah hike la kat sana tapi Turkei pernah la. Orang Turkey friendly sgt. Elok pergi awal musim bunga atau musim gugur sebab musim panas panas yaamat. Kat sana Turkey susah nak dapat canister fuel atau spirit kat tempat2 remote, jadi elok bwk multifuel pakai petrol je. Public transport pun susah sket tapi byk teksi sapu haha. Cam kita gak.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Lupa lak nak tambah, bila kita nak kayak abang Kamal? Rilek2 je la kita gi mancing haha... Lagi satu pasal turkey. Dulu sebelum tgk tempat orang saya ingat kalau boleh bwk keta kat mesia boleh bwk kat mana2. Tak kot. Orang Italy bwk cam gampang, orang Greece pun boleh tahan gak gamble dia tapi takat ni bagi saya orang Turkey la champion. Kecut perut bila naik teksi sapu...
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by kambinggurun »

gila la korang.. respek respek...
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by forestgump »

irmuaaz wrote:Lupa lak nak tambah, bila kita nak kayak abang Kamal? Rilek2 je la kita gi mancing haha... Lagi satu pasal turkey. Dulu sebelum tgk tempat orang saya ingat kalau boleh bwk keta kat mesia boleh bwk kat mana2. Tak kot. Orang Italy bwk cam gampang, orang Greece pun boleh tahan gak gamble dia tapi takat ni bagi saya orang Turkey la champion. Kecut perut bila naik teksi sapu...
Try Pakistan...boleh tahan jugak depa pandu kereta....macam lahanat! Turkey banyak conman...
cuba isi minyak di Turkey SEBELUM masuk Iran and bandingkan harga minyak kereta baik petrol atau disel...gerenti pensan bila kena bayar dekat 400 euro di sebelah Turkey utuk isi oenuh disel Land rover 110 dan hanya lebih kurang duit kita RM 12-00 untuk 70 litre disel!!!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by forestgump »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Tahniah Muaz
Boleh merentas benua macam tu dan terima kasih juga sudi berkongsi pengalaman dengan kengkawan lain
Memang ada hajat nak buat cam tu dari muda lagi tapi tak kesampaian sampai dah Tua.
Saya pernah gak buat keja gila macam tu dulu tapi takat di Semenanjung dan Pulau Borneo sahaja tahun 80... dulu termasuk survaival dari Miri ke Marudi Bekakalan dan masuk Sungai Melinau sehingga berakit ke Tarakan. Cross balik ke Samarinda dan keluar ikut Tawau selama 26 hari dan bukan Solo tapi 4 orang. Tapi puasnya bukan main
Memang ada cadangan untuk cross Eropah timur hingga ke Turkey ( dulu cadang bila pencen sojar) tapi bila dah pencen tak sempat sempat. Tapi niat tetap ada. Sy tetap ambil catatan anda sebab niat memang ada.
TQ Muaz :minum:
AirAsia dah ada.... dari Gatwick naik banyak budhet airline skrang...RyanAir, EasyJet..Airberlin..dsbnya... easterneurope masih murah sedikit...cuma jaga2 sebelah jerman timur dulu dan juga seletan Poland - banyak skinheads...humban kat kandang rimaupun bagus depa ni.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Haha memang byk lagi orang bwk keta lagi gampang dari orang Malaysia dekat dunia ni. Pasal petrol ni memang lumrah alam lah. Bukan petrol kat luar negara mahal, petrol kita yang murah sebenarnya :) Tapi kalau 5.70€ seliter memang mahal gila la. Masa aku pergi dulu tak sampai kot tahun 2007. Dalam 1.70€ seliter rasanya. Tip yang bagus. Isi minyak hari Selasa dan Rabu paling murah. Sabtu, ahad, isnin memang mahal. Harga petrol berubah tiap2 hari. Isi kat highway rata2 lagi mahal dari isi kat pekan.

Pasal group rightwing ni dah tak seekstreme dulu kot. Orang german sendiri menyampah dengan diorang ni. Cuma kalau area ghetto tu sendiri mau ingat lah. Kat pekan ok. Tapi betul la apa FG cakap mmg ada lagi extremist. Tak byk dah aku rasa kat Germany anyway. Germany kalau korang risau nak carik makanan halal orang Turkey banyak. Kebab tu sebenarnya dah jadi national dish dah kat sana haha. Mesut Özil pun orang Turkey gak haha.

Kalau kat Germany antara trail yang famous dan best adalah Eifelsteig, Schwarzwald, Rennsteig, Trans Alps pun best gak tapi kita jalan atas permukaan bulan lah altitude atas 1000m. Cuma leceh sikit pasal tak semua tempat dia bagi camping dan buat unggun memang tak boleh dan dibannkan sama sekali. Selalu aku bila camp aku guerilla jelah dan cuba carik tempat tersorok jauh dari trail takut ranger nampak. Kalau diorang nampak confirm kena halau.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

ooow camtuh ke negara org... oh betapa kecik nyer lah tempurung kelapa aku haahahaa....

eh minyak diorang mahal ker? aku tak setuju gak kenkadang... diorang takleh nak kata mahal... aku dispetch gaji 1500 sebulan... kena lah ngan harga petrol semasa....
diorang dispecth gaji 1500x3 buleh ah ngan harga tuh kot heehehee.... eh betul ker nih info senak aku? heehee

kereta diorang murah plak... kita aduyai.... besi tin milo pon sama harga ngan honda
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by biNGai »

tuh la ko atan..dulu taim skolah ko tamo blaja btui2..kalo tk skang mesti ko daa jadik ketua pemuda..masyyuuukkkk
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

haa haa.... nak jadi ketua pemuda takyah belajar tinggi...
kua modal beli kipas jer kih kih kih
tabur janji macam tabur dedak kat reban ayam... kompom jadi waakakaka
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by forestgump »

irmuaaz wrote:Haha memang byk lagi orang bwk keta lagi gampang dari orang Malaysia dekat dunia ni. Pasal petrol ni memang lumrah alam lah. Bukan petrol kat luar negara mahal, petrol kita yang murah sebenarnya :) Tapi kalau 5.70€ seliter memang mahal gila la. Masa aku pergi dulu tak sampai kot tahun 2007. Dalam 1.70€ seliter rasanya. Tip yang bagus. Isi minyak hari Selasa dan Rabu paling murah. Sabtu, ahad, isnin memang mahal. Harga petrol berubah tiap2 hari. Isi kat highway rata2 lagi mahal dari isi kat pekan.

Pasal group rightwing ni dah tak seekstreme dulu kot. Orang german sendiri menyampah dengan diorang ni. Cuma kalau area ghetto tu sendiri mau ingat lah. Kat pekan ok. Tapi betul la apa FG cakap mmg ada lagi extremist. Tak byk dah aku rasa kat Germany anyway. Germany kalau korang risau nak carik makanan halal orang Turkey banyak. Kebab tu sebenarnya dah jadi national dish dah kat sana haha. Mesut Özil pun orang Turkey gak haha.

Kalau kat Germany antara trail yang famous dan best adalah Eifelsteig, Schwarzwald, Rennsteig, Trans Alps pun best gak tapi kita jalan atas permukaan bulan lah altitude atas 1000m. Cuma leceh sikit pasal tak semua tempat dia bagi camping dan buat unggun memang tak boleh dan dibannkan sama sekali. Selalu aku bila camp aku guerilla jelah dan cuba carik tempat tersorok jauh dari trail takut ranger nampak. Kalau diorang nampak confirm kena halau.
Kalau musim summer...camping di tempat2 remote yang ada sungaipun best - selalu boleh skodeng le :kah:

Pernah dulu ternampak production blue film kot...dekat Switzerland... :lol: negaraku bro... :kah:
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

erk... statement nih membuatkan aku rasa macam nak buat solo gak jer kah kah kah

bang benda nih takyah jejauh dah... kat lubuk petai jer dah leh dapat tahun 96 kih kih kih...
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by adventure inc »

best baca post nie

sy pun ada cita2 nak go solo, yela kadang2 kita pun nak rasa jugak experience camtu, bukan nak tunjuk kita ni
berani, hebat, etc.. setuju cam kata abg FG n muaz, tak cuba kita tak tau, tak rasa.

mmg teruja bila tgk / baca log pasal solo adventure ni... tq to abg FG n muaz for sharing

** en muaz, permit/fees kat sana camna? 2men tent tu bleh kasi recommend?
hehehe sy ada baca article yu kat the star dulu... gambar tu ada kat the star kan
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Salam,
Aah dulu saya kena interview dalam The Star pasal solo hike saya. Tak sangka ada jugak yang baca haha.
Saya dah pakai byk tent sebenarnya. First2 masa saya start solo masa tahun 2003 saya pakai MSR Hubba Hubba. Ok lah masa zaman tu tent msr je yang paling ringan masa tu. Dalam 2.5kg. Apsis dia kecik sikit tu yang saya tak kenan sangat. Saya pakai ada la 2 tahun. Tapi bila angin kuat goyang jugak la khemah tu. Ada pernah patah sekali pole dia. Sakit jugak nak kena field repair tent pole ni.
Kendian saya tukar tahun 2006 Salewa Ultima II. Ringan 2.2kg.Technology baru masa tu. Dia gam instead of jahit. Konon lagi waterproof la theory dia. Dan save weight dkt stitching. Dengan pole DAC T7 yang masa tu paling ringan dan kuat lagi dari T6. Fail dia bila hujan lama2 dan gam dia tetas jadi selalu saya kena buat field repair. Apsis dia ok lah besar sikit dari MSR Hubba Hubba. Tapi bab tough memang tough. Sebab pole dia kuat boleh tahan angin gila2.
Tahun 2009 saya jumpa company baru buat khemah. Nemo Equipment. Saya pakai model Obi 2p. Ringan gila dalam 1.6kg je dengan ground sekali. Design innovative. Byk benda2 kecik macam dia ada pocket untuk headlamp yang dia design supaya kita boleh guna headlamp tu jadi lantern dalam khemah. Apsis dia besar depan belakang boleh letak barang cam kasut, beg etc etc. Pintu pun ada 2 jadi kalau nak pakai untuk 2 person memang takde masalah. Nak masak pun selesa. Dgn ground boleh pitch fly sahaja jadi sangat la advantage bila kena break camp atau pasang khemah masa hujan. Pole dia EASTON T7 dan dianodizekan dalam proses mesra alam. Big plus bagi saya. Saya dah pernah pakai dalam keadaan angin yang merepek dan memang bombproof bagi saya lah. Jadi kalau ada budget ini yang paling saya recommend. Lain dari tu Nemo Equipment Esprit 2p pun ok gak tapi ada satu pintu sahaja. Weight lebih kurang sama.
Bab khemah ni masing2 punya preferance dan budget. Cuma bila bersolo kita rasa setiap gram sebab takleh share equipment. Kalau berdua khemah satu. Kalau solo khemah satu jugak. Lebih kurang camtu la teori dia. Jadi saya akan carik yang paling ringan yang saya mampu lah bila beli equipment. Saya equipment tak beli selonggok tapi dikumpul over a few years. Byk benda saya try. Ada yang bagus saya pakai sampai skrg. Ada jugak yang fail dan tidak seperti kita expect. Contoh cookware titanium, ringan takdela byk sgt dari aluminium tapi mahal berganda. Nak cuci pun payah sebab makanan melekat kuat kat titanium. Jadi saya pun cuba lah sket2 bagi balik knowledge saya supaya orang lain tak buat kesilapan yang sama. Tapi peribahasa alah membeli menang memakai memang lah betul sangat2. Saya tak compromise bab equipment pasal in the field kita bergantung nyawa pada equipment kita.
Permit takde. Redah je. Mungkin nak jadi member Swedish Tourism Board atau Norwegian atau Danish, boleh murah sikit bila nak duduk cabin. Tapi dulu aku carik cabin open sahaja dan jarang duduk cabin bayar. Lesen ikan je la kena beli kalau nak mancing.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by adventure inc »

hehehe... biasa sy tgk kat star weekender every sabtu, column ni dia lebih fokus kat outdoor & travel.
best n byk tips2 yng berguna. n dia punya reference pun not bad cam yu, nadir (outdoor dynamic), ms leong
(corezone).

dulu sy penah tgk member pakai msr (jenis tunnel), weight, waterproof mmg terbaik tp nak pasang pun terbaik gak la, then
vestibule dia sempit sgt.

anyway tks kongsi info
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

ooo mesti yang skinny atau skinny too tu. Pernah gak try tapi sebab condensation teruk sikit lah. Saya pun kena con gak haha pasal tgk weight dia ringan habis untuk 2p tent. Tapi pagi abis basah barang kat dalam dgn sleeping bag sekali pasal touch dinding haha. Tension je. Last2 lelong je kat ebay.

Itu disadvantage single wall lah. Breathable tak breathable sama je rasa. Pastu dia macam lendut2 sket lah bila pagi tu yang tak best sgt tu. Dan tak free standing lah. Kalau tanah keras takleh masuk pancang masalah gak la. Atau bila nak pasang khemah bwh wakaf dah takleh.

Tulah tension bila vestibule kecik. Nak masak pun sempit. Nak taruk barang yang kotor cam rucksack, kasut etc pun payah. Kalau masuk dalam khemah habis kotor khemah.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by bargading »

Gua respek dan saspek laa bro Solo-solo nih....
Mental kena kuat dan semua bergantung kepada diri sendiri.
Tahniah bro Muaz & FG yg berjaya mengharungi solo trip nih...

Mmg charar laaa :minum:
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

ko pon phob... dah lama sangat SOLO...
bila lagi? kih kih kih

erk 2mining
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by pakcik »

err muaz,kerja apa ek sampai boleh travel berpuluh2 hari?
Never Crack Under Pressure

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Saya kerja 3d constructor. Lukis dashboard dgn pintu kereta. Saya kerja dengan engineering consultant dulu kat Germany. Johnson Control. Tapi dari masa saya student saya dah buat hiking lama2 ni. Kat Germany standard cuti setahun 30 hari. Sebulan setengah :) tiap tahun boleh cuti. Bila balik Malaysia skrg ni saya buat footsteps business sendiri distribute brg outdoor yang saya pernah pakai masa saya duduk sana dulu:)
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by biNGai »

so groß ist. Ich bin stolz auf dich muaaz..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Danke, ist echt nett von dir :) Du kannst mir doch noch ein Gefallen tun und noch mehr Ausrüstung von mir kaufen haha...
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by am »

Dah masing2 nk kecek germen pulok doh! :D Ich will

Encik Muaz, satu pengembaraan yang TERBAEK dr ladang. Sy ada keinginan gak tp nk buat di sekitar Semenanjung, Borneo dan ke Indonesia dahulu. Test tengok travers jalan kaki dr satu negeri ke satu negeri camner... :D~

Dengan pengalaman awak juga saya perlukan pandangan untuk beberapa perkara mengenai peralatan "minimalist".
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

Boleh am tada hal. Hari tu kita dah sembang beg, kasut dgn pisau haha dah khatam. Pasni nak citer apa pulak?
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by am »

Encik Muaz: banyak lagi leh bwk berborak bro, sejauh mana kita pergi dlm dunia outdoor nie takkan khatam punyelah. sebab dunia nie berpusing, masa nie sentiasa kedepan, muka bumi sentiasa berubah. betul tak?

Nak tau gak planning bro untuk xpdc 28 hari kt oversea tu. Yg menariknya bab "no resupply" tu.. jumpe laie skali leh ngeteh~ :D

Dapur sy confirm akan amik dr tuan. Nt kite borak kut lain.. Masa je masih tak mengizinkan nie.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

am wrote:Dah masing2 nk kecek germen pulok doh! :D Ich will

Encik Muaz, satu pengembaraan yang TERBAEK dr ladang. Sy ada keinginan gak tp nk buat di sekitar Semenanjung, Borneo dan ke Indonesia dahulu. Test tengok travers jalan kaki dr satu negeri ke satu negeri camner... :D~

Dengan pengalaman awak juga saya perlukan pandangan untuk beberapa perkara mengenai peralatan "minimalist".
huk aloh mu nih... kecek jermen buke susoh pon.... huk aloh...
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by biNGai »

mehr kaufen? warten, bis die Person mit mir, um die Schulden vor Ablauf der mittleren Tasche trocken ni bezahlen .. .. später war ich reich sume Großhandel Ihre Waren .. aber ich warte Raya Haji Posted nächsten Jahr laa .. hahaha
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

Beli lebih? tunggu sehingga orang yang membayar kering dengan saya tentang hutang sebelum akhir ni poket tengah .. .. kemudian saya kaya sume borong barangan anda .. Tetapi saya menunggu Raya Haji dah laa tahun depan .. hahaha


kah kah kah.... macam nepal baru masuk kerja plak rasanya
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by am »

Hehehe main kasar eyh? mentang2 ade web untuk translate.. Kuar bahasa jepun karang! Baru tauuu~
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by seper4alif »

eeleh ہا... itupon کو sulk چاہتے ہیں... کو نیشنل انشورنس کنٹری بیرونی نہیں ہے
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

No resupply, unsupported mmg challenge woo am. Tapi tak mustahil. Kena plan betul2 je. Lepas keluar aku seminggu mkn mcm org gila haha. Takleh berenti
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by irmuaaz »

biNGai wrote:mehr kaufen? warten, bis die Person mit mir, um die Schulden vor Ablauf der mittleren Tasche trocken ni bezahlen .. .. später war ich reich sume Großhandel Ihre Waren .. aber ich warte Raya Haji Posted nächsten Jahr laa .. hahaha
Berterabur skit ayat ni haha...
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Going on a solo adventure!- Would you do it?

Post by mizi »

perghhh....respek la bradew2 nih...bkn ko la ngai ckp jerman pom terbalik :lidah:
climb long trail
p11at

Post Reply