detik seram...di gunung ledang

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

detik seram...di gunung ledang

Post by lusuh adventure »

detik seram...di gunung ledang

Kali saja nak cerita kisah seram sikit....saja..tambah-tambah pengalaman..boleh?

Image

salam...peristiwa yang nak aku ceritakan ini berdasar pengalaman yang sebenar sewaktu membuat program mendaki Gunung Ledang pada tahun 2002. Aku sebagai penganjur program dan peserta seramai 10 orang ( 8 dari KL, 2 lagi dari Johor). Setelah semua persediaan dilakukan, kami berkumpul di Pudu Raya dan menaiki bas express menuju ke Johor.

Image

Kami sampai di tangkak lebih kurang 23:00, dan kami tidur dideretan kedai diluar resort. Malam itu kami sembang dan bercerita macam-macam. Pada malam itu juga, terdapat beberapa team lain yang melepak macam kami. Peserta semua dah tidur, tapi aku tidur-tidur ayam je...

Image

Waktu pagi menjelma, setelah semua urusan selesai, kami dibenarkan masuk untuk meneruskan perjalanan kami. mengikut perangcangan, kami akan mendaki terus kepuncak gunung (masa terhad), oleh itu kami bungkus beg dan sorok dalam hutan. Di masa pendakian itu ada peserta yang putus harap dan menangis....(peserta baru) tapi akhirnya kami sampai lebik kurang pukul 14:30 .Hampir satu jam kami dipucak gunung..kami turun

Kami sampai dikem site (site ke 2 atau ke 3 tak berapa ingat) dari kolam puteri lebih kurang pukul 18:45 . Perkara pertama yang kami kena ialah bau hanyir darah....tapi buat bodoh je...kami pasang khemah dan fly. Setelah semua siap kami mandi ramai-ramai. Satu lagi perkara pelik berlaku lampu lampten saya pecah...semua terdiam....cepat-cepat mandi naik atas dan bersedia untuk solat dan memasak.

Malam itu kami makan sepuas-puasnya, sembang-sembang. Oleh kerana keletihan kami tidur awal lebih kurang pukul 23:00. Peserta perempuan tidur didalam khemah lelaki biasalah tidur bawah fly. Disaat tidur yang lena, kawan saya kena kacau...malam tu kepalanya telah dicakar-cakar dengan perlahan-lahan. member punya takut sampai terpaku tak boleh buat apa-apa, malam itu juga ada benda ghaib yang berlegar-legar disekelilig kem site kami.

Awal pagi kami bangun untuk solat dan menyediakan sarapan. Kami berbincang perkara yang telah berlaku semalam, dan mengambil keputusan untuk periksa kawasan sekeliling kami dan terperanjat beruk, kerana diberang sungai tempat kami berkhemah ada sebatang pokok telah menjadi tempat pemujaan..macam-macam ada disitu..lahabau betul

10:00 kami berangkat untuk pulang, singgah bandar muar jap untuk makan mee bandung Muar dan rojak petis, bertolak ke KL pukul 17:30 dan sampai ke KL pukul 21:30. Setelah tiba bincang-bincang sikit dan bersurai.

( kepada kawan-kawan yang terbabit dalam peritiwa ini, bagaimanakah keadaan kamu sekarang , Murni, sham, wani, etc...)

Kisah benar dari:
lusuh adventure
ever-Green Experience
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

Post Reply