Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

14 Februari 2013
KUANTAN - Seorang pendaki dilaporkan mati malam tadi selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat Kuala Lipis.

Mangsa menyertai pendakian bersama 23 pendaki lain sejak Isnin lalu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal kira-kira 9.30 malam.

"Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi. Usaha untuk membawa turun mayat mangsa sedang diusahakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk berhubung dengan pasukan pendaki itu berikutan cuaca buruk.

"Helikopter bomba gagal memasuki kawasan hutan berkenaan berikutan hujan lebat. Semua pendaki telah diarahkan turun mengikut jalan darat.

"Hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah. Operasi menggunakan helikopter bagi membawa mayat mangsa keluar dari kawasan hutan mungkin hanya dapat disambung esok pagi," katanya.

Sementara itu jurucakap polis Daerah Lipis berkata pihak polis juga sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan kumpulan pendaki itu serta identiti mangsa.

"Pihak polis menerima maklumat tentang kejadian kira-kira 11 malam tadi. Bagaimanapun operasi untuk membawa keluar semua pendaki itu mengalami kesukaran berikutan hujan lebat serta kedudukan mereka yang jauh di dalam hutan," katanya. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pe ... s-1.131281
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

arwah dikenali sbg Amir KZ, dari grup kumpulan pendaki Al-Isra' Associates (PruBSN)
https://www.facebook.com/amir.kz.916

saya kenal arwah masa trip mendaki gunung Tahan jugak (merapoh-merapoh) pada May 2011
memang baik orangnya..dan pada masa itu arwah bertindak sebagai marshall dlm grup kerana beliau mempunyai stamina yg hebat.. boleh lead didepan dan turun semula untuk sweep kumpulan rakan-rakan lain yang berada di belakang..

selain mendaki gunung arwah juga giat berbasikal.. jadi memang tak sangkalah beliau pergi dalam usia yg muda.. baru 35 tahun..

info yg dapat dari kumpulan yg turut sama dalam ekspedisi kali ini..jenazah masih lagi ada di Kem Belumut.. helikopter nak datang ambil tapi tak dapat landing sbb cuaca buruk

marilah sama-sama kita doakan semoga segala urusan jenazah dapat disempurnakan dengan lancar

dengan ucapan innalillahi-wainnailaihi-raaji'un saya mengucapkan takziah kepada isteri & keluarga arwah..
marilah sama-sama kita sedekahkah surah al-fatihah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan yg dimuliakan & golongan beriman
_________________
_________________

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by JeNaL »

tgk anak masih kecil.... hmm tersentuh lak hati ni.
semoga dipermudahkan segala urusan.
al-fatihah
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

trip diorang sepatutnya turun ke Kuala Tahan..
tapi jenazah ada kat kem Belumut.. seingat saya kem Belumut ni kalo dari Merapoh ke Puncak Tahan

saya cuba call abg Zul guide Tahan tapi tak dapat.. mungkin dia ikut jadi guide bawak team ni masuk rasanya

apapun..mudah-mudahan perjalanan pulang arwah dipermudahkan..
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

** Menurut adiknya jenazah beliau akan disolatkan dan dikebumikan petang nanti, in shaa' ALLAH. Mungkin selepas waktu solat Asar, 14/2/2013.

Alamat: No 11, Jalan 2/12A, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, KL
*Google maps coordinate: 3.211036,101.684655

https://www.facebook.com/TakafulWealth/ ... 2392908707
_________________
_________________

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by Denan »

Takziah... al-fatihah.

User avatar
burningredberry
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 May 2011, 09:43
Location: Balakong
Contact:

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by burningredberry »

Innalillah..al-fatihah
Nature.is.the.art.of.God | "Aim for the moon, at least you'll fall among stars"
Image Image

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

Usaha Membawa Keluar Jenazah Pendaki Gunung Masih Diteruskan

KUALA LIPIS, 15 Feb (Bernama) -- Jenazah pendaki yang mati sejak malam Rabu lepas setelah mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat sini, masih gagal dikeluarkan dari kawasan hutan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata sehingga 4 petang tadi, pihaknya masih tidak dapat mengeluarkan jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab Wahab, 35, dari kawasan itu berikutan cuaca buruk dan hujan lebat.

"Helikopter penyelamat juga masih gagal mendekati kawasan hutan itu berikutan cuaca buruk," katanya.

Beliau berkata hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah.

Katanya, pasukan penyelamat kini hanya dapat berhubung dengan kumpulan pendaki terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini.

"Seramai 23 lagi pendaki yang menyertai ekspedisi mendaki gunung itu kini dalam perjalanan keluar dari kawasan hutan berkenaan," katanya.

Amir Kamaruzaman, dilapor meninggal dunia selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas pada kira-kira 9.30 malam.

Seorang kenalan Allahyarham, Hafizul Hamdi, 37, yang menunggu di pekarangan Bilik Mayat Hospital Lipis berkata beliau terkejut selepas dimaklumkan kejadian itu.

"Allahyarham merupakan seorang yang mempunyai ketahanan fizikal kerana kerap mengikuti aktiviti lasak. Allahyarham yang bekerja sebagai pengurus di sebuah firma insurans di Petaling Jaya, Selangor meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung tujuh bulan dan tiga orang anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun," katanya.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang mahir dan berpengalaman kerana sudah beberapa kali mendaki Gunung Tahan sebelum ini.

Seorang lagi rakan, Solehah Salikin, 40, berkata beliau difahamkan Allahyarham yang mengetuai ekspedisi itu bertindak berehat di kem Belumut selepas mengadu sakit dada.

"Saya diberitahu oleh jurupandu arah dalam ekspedisi itu yang Allahyarham berehat di kem Belumut dan tidak meneruskan pendakian ke puncak gunung itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya.

Mangsa bersama 23 pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan di Taman Negara Relau, Merapoh sejak Isnin lepas.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/ne ... ?id=928238
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

info dr rakan2..jenazah dah berjaya dibawak keluar dgn heli pagi tadi.. petang ni insyaallah saya nak gi melawat..sapa2 free jom le hadir sama... alamat kata atas nun..

No 11, Jalan 2/12A, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, KL
*Google maps coordinate: 3.211036,101.684655
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

Alhamdulillah dah selamat dikebumikan selepas Asar tadi.. terima kasih kepada semua..walaupun ada yg tak kenal arwah tetapi tak lokek mengerah tenaga membantu operasi dan anda yang turut mendoakan.

*Dunia mendaki ni kecik je..pusing2 orang yang sama gak kita jumpak..so takyah gaduh2.. kita pun tak tau satu hari nanti macam mana pula nasib kita..adakah kalau terjadi kejadian buruk kepada kita/group mahukah org lain membantu dengan sikap kita yg mudah bermusuh & tak boleh ditegur.. kalo hilang adeke yg nak tolong cari..tak gitu

so peace yo.. terima kasih & wassalam
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

from http://drmahyuddin.blogspot.com/2013/02 ... n.html?m=1
Sunday, February 17, 2013

Peristiwa Kematian di Gunung Tahan
Assalamualaikum semua,

Saya ingin berkongsi perbualanku dengan Dr. Zakiran, pegawai perubatan ku yang sama2 oncall hari ni (Sabtu - 16/2/2013).

Kematian tidak mengenal usia. Dua tiga hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian seorang pemuda ketika ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Aku dimaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 13 Februari iaitu pada hari Rabu yang lepas. Kumpulan tersebut dikatakan telah hampir tiba puncak Gunung Tahan apabila kejadian berlaku.

Arwah adalah seorang pemuda yang berusia 35 tahun. Beliau amat aktif bersukan dan amat gemar melakukan aktiviti lasak. Beliau sudah bekeluarga dan aku difahamkan beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Ketika mendaki pada hari tersebut, arwah tiba-tiba sahaja mengadu sukar bernafas kepada rakannya. Secara tiba-tiba, arwah telah collapse dan terus meninggal dunia.

Manusia memang mudah membuat kesimpulan. Mulut mudah sahaja berbicara. Ketika jenazah arwah lewat tiba, ada suara2 sumbang yang mula mengata. Aku dimaklumkan bahawa usaha membawa jenazah pulang mengalami kelewatan disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta keadaan mukabumi di situ. Jenazah Allahyarham akhirnya berjaya di bawa ke Hospital Lipis oleh Helikopter Bomba hari ini (sabtu) untuk proses bedahsiasat.

Aku bertemu Dr. Zakiran kira-kira jam 2 petang di dewan bedah Hospital Lipis. Beliau ingin membantu aku melakukan 2 pembedahan kecemasan. Beliau ada bersama ketika proses bedahsiasat dilakukan ke atas arwah.

"Macamana Zek?" Aku bertanya ringkas.

"Ada clot di LCA la bos. Nampak macam kes MI ni." Beliau menjelaskan kepadaku. Aku hanya mengangguk. Terdapat darah beku di salah satu salur darah yang membekalkan darah ke jantung arwah (LCA-Left Coronary Artery). Ini menyebabkan kekurangan bekalan oksigen dan kematian tisu jantung (MI-Myocardial Infarction).

Aku difahamkan arwah merupakan seorang perokok. Merokok merupakan salah satu penyebab utama sakit jantung di dunia. Namun masih ramai yang merokok.

"Macamana keadaan arwah Zek?" Aku ingin sekali mengetahui. Aku difahamkan oleh sepupu ku, yang kenal rapat dengan arwah, bahawa arwah adalah seorang yang amat baik ketika hayatnya.

"Bos, muka dia tersenyum bos. Mukanya jernih dan tenang. Dia senyum bos. Kulit dia masih segar. Tak macam orang yang dah meninggal 3 hari. Biasanya kalau dah 3 hari meninggal ni, kulit dah mottled. Kulit arwah masih segar". Bersungguh-sungguh benar Dr. Zakiran menerangkan kepadaku.

"SubhanaLlah, masyaAllah". Aku kagum. Hebatnya arwah.

Arwah meninggal pada usia yang begitu muda. Meninggal dengan mudah dan Allah perlihatkan kepada kita semua di atas dunia lagi betapa jernih dan tenang wajahnya serta kesegaran jenazahnya. Husnul-khaatimah InsyaAllah. Allah Maha Besar dan Berkuasa melakukan apa sahaja.

Mari kita baiki diri kita. Jangan lah kita mudah mengata dan membuat kesimpulan yang tidak baik apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.

Aku ingin sekali berkongsi kisah ini agar ia menjadi inspirasi kepada kita semua.
Dr. Mahyuddin at 2:30 AM
_________________
_________________

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by kabusgunung »

innalilah...teringat kes seorang sahabat ....http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... f=9&t=3731

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by bargading »

Salam takziah buat keluarga arwah
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

UnderAge
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 16 Jan 2006, 11:45

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by UnderAge »

takziah . AL Fatihah...
::: SuCCESS :::

azizriadi
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 10 Feb 2010, 21:42

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by azizriadi »

shahrul wrote:
Usaha Membawa Keluar Jenazah Pendaki Gunung Masih Diteruskan

KUALA LIPIS, 15 Feb (Bernama) -- Jenazah pendaki yang mati sejak malam Rabu lepas setelah mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat sini, masih gagal dikeluarkan dari kawasan hutan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata sehingga 4 petang tadi, pihaknya masih tidak dapat mengeluarkan jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab Wahab, 35, dari kawasan itu berikutan cuaca buruk dan hujan lebat.

"Helikopter penyelamat juga masih gagal mendekati kawasan hutan itu berikutan cuaca buruk," katanya.

Beliau berkata hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah.

Katanya, pasukan penyelamat kini hanya dapat berhubung dengan kumpulan pendaki terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini.

"Seramai 23 lagi pendaki yang menyertai ekspedisi mendaki gunung itu kini dalam perjalanan keluar dari kawasan hutan berkenaan," katanya.

Amir Kamaruzaman, dilapor meninggal dunia selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas pada kira-kira 9.30 malam.

Seorang kenalan Allahyarham, Hafizul Hamdi, 37, yang menunggu di pekarangan Bilik Mayat Hospital Lipis berkata beliau terkejut selepas dimaklumkan kejadian itu.

"Allahyarham merupakan seorang yang mempunyai ketahanan fizikal kerana kerap mengikuti aktiviti lasak. Allahyarham yang bekerja sebagai pengurus di sebuah firma insurans di Petaling Jaya, Selangor meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung tujuh bulan dan tiga orang anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun," katanya.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang mahir dan berpengalaman kerana sudah beberapa kali mendaki Gunung Tahan sebelum ini.

Seorang lagi rakan, Solehah Salikin, 40, berkata beliau difahamkan Allahyarham yang mengetuai ekspedisi itu bertindak berehat di kem Belumut selepas mengadu sakit dada.

"Saya diberitahu oleh jurupandu arah dalam ekspedisi itu yang Allahyarham berehat di kem Belumut dan tidak meneruskan pendakian ke puncak gunung itu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya.

Mangsa bersama 23 pendaki lain memulakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan di Taman Negara Relau, Merapoh sejak Isnin lepas.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/ne ... ?id=928238
Terdapat beberapa kesilapan dalam berita nie...saya betulkan.

1. Arwah naik sampai Bonsai (bukannya berehat di Belumut dan meninggal di Belumut), lepas tu turun, dekat water point sebelum sampai Kem Belumut (ada bukit bertali) dari water point tu kena panjat tali (nak menghala ke Belumut), dan sampai kat tebing tu, tetiba Arwah dah flat habis...then, masa nak naik bukit tu pun sebenarnya Arwah dah free hand dan kawan Arwah (Shukor) yang naik letak beg dia dan turun balik amik beg arwah, masa tu guide yang bersama mereka adalah Sabrie Zoo. Oleh kerana tak larat sangat, jadinya guide decide bermalam kat atas tebing tu (kat tengah2 trek) dan pasang flysheet...then arwah sempat tukar pakaian kering dan bersih atas bantuan rakan (shukor dan Sabrie), then sempat buang air sebelum terbaring sebab sesak nafas dan beliau ada bertanya "Kenapa nafas aku berbunyi macam nie?"...bunyi weezing macam orang kena asma...then, antara ikhtiar Shukor dan Sabrie, berikan nestum panas dan sapu minyak angin kat dada arwah, then arwah sempat berkata "Aku rasa macam nak mati ni.."...Dengar je macam tu, Sabrie dan Shukor terus tenangkan Arwah, ajar mengucap dan support Arwah untuk ingat Allah..Allah..Allah, Alhamdulillah, Arwah sempat mengucap dan dalam beberapa second lepas tu, arwah macam kejang dan terus terbaring. Masa tu Shukor check nadi di pergelangan tangan dan leher memang dah tak de, then nak confirmkan lagi, mata pun dah terbukak separuh dan Shukor ambil lampu suluh, suluh anak mata arwah, tiada respond (sebab kalau anak mata kena suluh kan akan silau dan mengecil)...masa tu lah beliau confirmed Arwah sudah tiada dan terus menghubungi Abg Zul di Kem Kubang, untuk rescue.

In sha Allah, saya dalam process buat artikel penuh mengenai kisah nie, dan saya akan upload dalam blog saya....dekat 2 minggu jugak nak recover mental nie dan masih terbayang2 lagi wajah Arwah. Apa2 pun pengajaran untuk kita yang masih hidup, hanya amal baik kita akan bantu kita setelah kita tiada...jadi, banyakkan buat amal yang Allah suruh dan tinggalkan mana2 yang Allah larang....semoga kita mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Al Fatihah.

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Pendaki Gunung Tahan maut akibat sesak nafas

Post by shahrul »

thanks for sharing bang aziz

sesungguhnya merupakan pengalaman yg sangat berharga & semoga rakan2 tak patah semangat utk terus menikmati alam & mensyukuri ciptaanNya..

u/p rembau
_________________
_________________

Post Reply