127HOURS versi Malaysia

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
sid
Pendaki Terlampau
Posts: 505
Joined: 17 Apr 2006, 18:23
Location: Middle Earth
Contact:

127HOURS versi Malaysia

Post by sid »

Guru hilang ketika daki bukit ditemui mati tertiarap dalam lopak berair

27April2011 TAIPING: Hancur luluh hati isteri guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, sebaik melihat jip polis membawa mayat suaminya yang dibaluti plastik hitam tiba di kaki Bukit Larut, di sini, semalam.
Sebaik mengetahui kematian suaminya itu, Norziah Zulkifli, 26, yang mengandung empat bulan meraung sambil memeluk kedua-dua mentuanya, Ismail Yusuh, 57, dan Zaitun Ismail, 50.

Norziah yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dan kini menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, tidak dimaklumkan lebih awal kematian suaminya kerana keluarga bimbang dirinya tertekan, lebih-lebih lagi sedang mengandung anak sulung.

Abdullah Zubair dilaporkan hilang selepas mendaki bukit itu kelmarin, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan cerun bersebelahan Air Terjun Bukit Larut, lima kilometer dari kaki bukit itu pada jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mayat mangsa berpakaian baju sukan dan berseluar trek manakala kasut kaki kanannya tertanggal, ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan lopak berair.

“Ketika ditemui, ada kesan darah di kepala dan luka di kening kanan mangsa. Kesan tergelincir sepanjang tiga meter turut ditemui di lokasi berkenaan, dipercayai akibat terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Norziah yang ditemui berkata, dia melarang suaminya mendaki bukit berkenaan ketika arwah menghubunginya malam Sabtu lalu dan arwah sekali lagi menghubunginya jam 8.30 pagi keesokannya tetapi sekadar memaklumkan mahu keluar minum.

“Ketika menghubungi saya, arwah gembira kerana mendapat geran kereta yang baru dibelinya,” katanya sambil memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Jitra, Kedah.

Seorang guru sekolah sama, Mohd Noor Hisham Baharom berkata, arwah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan Enam Atas adalah seorang guru berdedikasi.

“Arwah mempunyai facebook menggunakan nama Ali Bana. Sebelum keluar rumah pada pagi Ahad, beliau sempat menulis di dalam facebooknya beliau mempunyai firasat akan berlaku perkara buruk pada hari itu,” katanya.

Guru warden sekolah berkenaan yang juga rakan baik mangsa, Ahmad Din Ahmad Zuki berkata, Abdullah Zubair gemar mendaki bukit dan melakukan kegiatan lasak sudah tiga atau empat kali mendaki bukit itu dan lazimnya tidak melalui jalan tar, sebaliknya trek hutan sesuai dengan minatnya.

Saya mohon maaf kepada keluarga atau saudara arwah kerana menyiarkan berita ini, bukan untuk memperlekehkan arwah tapi untuk menyedarkan kepada kawan-kawan saya dan diri saya tentang bahayanya. Kawan kawan semua, jadikan ianya 1 iktibar dari kejadian seperti ini.
Al-Fatihah...


http://www.bharian.com.my/bharian/artic ... k/Article/
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one"
________________________________________________
* * multiply * * facebook * * 9w2cyd * *
Image

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2787
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by matsaiko »

Al Fatihah..

banyak benar kes kematian ketika berekreasi sejak 2 menjak ini...berhati2 lah semua yer
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

sid
Pendaki Terlampau
Posts: 505
Joined: 17 Apr 2006, 18:23
Location: Middle Earth
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by sid »

Rentetan dari berita diatas,

Arwah memang suka mendaki solo, sering berseorangan ketika melakukan aktiviti. Dari hasil pemerhatian saya, setelah melihat gambar2 di dalam fb arwah, arwah suka memanjat batu-batu di air terjun tanpa sebarang safety line. Antara gambar yang saya lihat seperti di Air terjun Kinjang di tapah dan Air terjun Bukit Larut ni. Kali terakhir status di fb arwah pada hari kejadian jam 10am "aku rasa macam ada firasat tak baik hari ni.." lebih kurang macam tu lah kata-kata terakhir arwah didalam fb nya.

Arwah telah pergi seorang diri seperti biasa yang dia buat. Satu family dia semua tak tau mana arwah pergi, sampai kecoh dalam fb arwah cakap arwah hilang. Kebetulan seorang kawan arwah yang tak jadi ikut dia perasan yang arwah pesan kat dia "kalau aku takde, ko cari aku kat Bukit Larut.." kawan dia terus laporkan pada pihak keluarga dan seterusnya pihak penyelamat.

1 skuad SAR dibentuk antaranya golongan penggiat 4x4 taiping turut serta dan menjadi 1st man in scene. Gambar yang ditunjukkan kepada saya menunjukkan arwah terdampar di bawah air terjun setinggi 15 meter memakai baju t shirt putih. Jelas menunjukkan arwah sedang memanjat batu di air terjun tersebut lalu terjatuh. Akibat cedera hentakan di kepala mengakibatkan arwah meninggal.

Cerita ini saya dapat dari salah seorang dari skuad SAR 4x4 taiping sambil menunjukkan gambar sewaktu mereka terjumpa mayat.
Ambil lah iktibar dari kejadian ini wahai kawan kawan..
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one"
________________________________________________
* * multiply * * facebook * * 9w2cyd * *
Image

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

1. Kena ada orang lain tahu kemana anda pergi. Sepatutnya dia tidak berseorangan untuk melakukan aktiviti hutan atau aktiviti lasak. Jangan pergi sendiri kalaupun anda terrer benar pun.
2. Kaedah keselamatan yang betul. Hanya memakai Baju T putih, terlalu tidak memadai dan tiada peralatan keselamatan lain seperti tali.
3. bantuan yang diperlukan oleh aktivis alam sekitar ni rasanya sangat bagus. Geng 4x4 atau hutan sangat sensetif kepada orang kemalangan. Dapat berita mereka terus pergi. Terima kasih.
4. Jadikan kemalangan ini sebagai iktibar untuk kita semua.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by JeNaL »

al fatihah
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by deep purple »

salam takziah kepada keluara Allahyarham & Al-Fatihah...

teringat masa jatuh kat Bkt Tabor dulu sampai patah kaki...kalau gi seorg2 x tau lah saper yg nk nulong...terima kasih pd 6 member2 yg bersusah-payah ngusong sy keluar... :)

hati2 masa ber-outdoor & jgn lupa bawa rakan2...

http://phototrek.wordpress.com/

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by nazryst »

Salam Takziah...

User avatar
ahmad saufi
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 20 May 2006, 12:40
Location: kuala selangor

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by ahmad saufi »

takziah jgk....
tq 4 d info....

User avatar
Kasnalagat
Pendaki Tegar
Posts: 288
Joined: 26 Mar 2008, 08:30
Location: pelantar merenung bulan
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by Kasnalagat »

takziah buat kuluarga..al-fatihah buat arwah..
"TranQuiLLity.."

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by roket* »

Takziah, info dan peringatan untuk diri sendiri~
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by rainmaker »

takziah...
sama2 kita amik pengajaran
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: 127HOURS versi Malaysia

Post by shahrul »

innalillah..semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
_________________
_________________

Post Reply