mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kovea

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kovea

Post by mizi »

1.aku tebakar jaket sbb dapur fire maple
2.aku melecur tangan sbb dapor fire maple
3..bg aku dapo camping gaz gak terbaik..tp dapo fire maple duk guna juga huuuuu
climb long trail
p11at

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by poncho »

rasanya 3-3 jenis dapur nie ada potensi untuk bagi kita risiko yang sama. Kovea yang canggih tu pun tetap ada risiko.
aku pun dah kena Mizi. tiap kali buka dapur kalau tak terbakar bulu roma tu memang tak sah la kan.
brand apa pun kalau menda tu berkaitrapat dengan api, tetap bahaya.

tapi yang paling kurang risiko mungkin brand MSR. tapi ada pula kekurangannya untuk gaya masak dan hutan kita.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by soulfly »

mizi wrote:1.aku tebakar jaket sbb dapur fire maple
2.aku melecur tangan sbb dapor fire maple
3..bg aku dapo camping gaz gak terbaik..tp dapo fire maple duk guna juga huuuuu
jom kita guna SOLID FUEL..ada brani ka? :pig:
lama sangat...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by biNGai »

apa barang masak2 dalam hutan..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by aliph »

trangia!
trangia!
trangia!
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

Saya rasa dapur gas skrg dah byk choice dan harga pun besar range dia. Saya rasa pemilihan dapur ni paling penting kita tengok nak guna macam mana.
1. Kita nak masak solo ke atau berdua aja. Atau kita nak masak untuk group?
2. Kita nak buat trip lama sampai 7-8 hari ekspedisi ke? Atau takat daytrip weekend aje.
3. Availability fuel sendiri. Senang ke nak carik atau susah.
4. Location dan cuaca-kita nak pergi tempat altitude tinggi panjat gunung lebih 2000m ke atau lepak santai2 kat water fall.

Campingaz, Primus, Kovea, Firemaple (yg bukan multifuel) menggunakan canister butane propane.
Kelebihan butane+propane mix adalah kita boleh guna hampir 100% fuel dalam canister tu. Ini ada kait mengait dengan takat didih fuel tersebut. Takat didih butane adalah -9°c. Takat didih isobutane naik sikit pada -12°c (semua pada ATM iaitu atmospheric pressure lebih kurang 1 bar) Canister selalu dimixkan dgn propane pasal takat didih propane adalah -42°c. Maknanya Propane boleh berada dalam keadaan gas pada tahap suhu yang rendah. Butane dan isobutane kurang sikit. Tujuan dimixkan fuel itu adalah untuk merendahkan tahap didih dia supaya gas tu tetap akan keluar walaupun pressure dalam canister rendah (contoh bila gas dah nak habis). Kalau pakai butane aja (tong panjang 8 ringgit tu) kemungkinan tak semua gas dalam canister tu boleh keluar. Jadi kita tak guna butane tu sepenuhnya.

Trangia atau alcohol stove lain menggunakan alcohol sebagai bahan api. Kelebihan alcohol adalah bersih kalau tumpah pun takde la dramatik sangat. Tapi nett energy dalam satu liter alcohol masih kurang daripada nett energy dalam satu canister propane/butane. Jadi kalau nak pakai trangia kekurangannya adalah kita kena bwk lebih fuel. Tapi tak jadi masalah kalau takat camping weekend aja.

Multifuel pulak boleh pakai macam macam fuel seperti petrol, minyak tanah, diesel, dan ada yang boleh jugak pakai canister lpg (butane propane) mcm kovea dan primus. Kelebihan dia adalah boleh pakai mcm mcm fuel. Kekurangan dia adalah nak adjust api sangatlah payah kalau model old school seperti msr whisperlite, dragonfly etc. Kita kena pam dulu fuel bottle tu dan primekan dapur tu sebelum beroperasi. Lepas tu maintenance pun pening sikit pasa jet nozzle dia selalu block dan kena cuci.
Kalau nak beli multifuel pastikan
1. dia ada 2 regulator valve untuk senang adjust api.
2. Pam fuel bottle dibuat dari besi dan bukan plastik yang senang patah
3. fuel line dia cukup panjang supaya boleh letak fuel bottle jauh dari dapur. Kadang2 fuel meleleh dari botol tu. Kalau fuel line pendek ada can kena api dapur dan kalau pakai petrol atau minyak tanah saya tak payah la cerita panjang2 apa boleh berlaku.

Tapi paling penting adalah kita nak guna macam mana bila nak pilih stove
1. Kalau jenis pergi hutan solo atau berdua bertiga pakai canister top stove cukuplah. Ringan. Penting tgk tapak dia bergigi supaya periuk tak gelongsor sana sini. Saya recommend pakai lah stove lindal valve (canister yg valve screw tu) pasal dia lagi solid dari campingaz yang pakai lock plastic utk valve dia. Valve lindal punya canister pun dah senang nak carik skrg. Outdoor Center ada, lafuma ada, bro nadir pun ada jual, sam lusuh pun ada.
2. Kalau pergi group pakai la stove remote canister macam primus spider express stove dsbgnya. Lebih stabil dan boleh letak periuk berat berat nak masak untuk ramai orang.
3. Kalau nak masuk hutan kejap2 je pakai la alcohol stove macam trangia. Lightweight dan tak boleh rosak. Fuel pun tak terasa sangat kalau short trip aja.
4. Kalau nak ekspedisi tempat susah nak carik gas canister atau memang kaki 4 wheel motocross dan sebagainya multifuel adalah yang terbaik pasal pakai je petrol dari tangki untuk fuel.

Selalunya stove yang bagus dia ada preheater pipe maknanya fuel line tu lalu atas atau tepi stove untuk kembangkan lagi gas. Macam tu gas saving byk dan kalau cuaca sejuk api tetap stabil. Lagi satu stove yang bagus selalunya ada heating element seperti steel wool untuk sebarkan haba. Cuba lihat Primus Express Stove.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by mizi »

bgs cadangan ko ni bang...aku cuma x puas hati tang mula2 nak on api dia jaa..jap2 beso,jap2 kecik..jap2 menyambo bulu idung...pasai apa hahh..kira duk maki ja mula2 :evil:
climb long trail
p11at

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

mizi wrote:bgs cadangan ko ni bang...aku cuma x puas hati tang mula2 nak on api dia jaa..jap2 beso,jap2 kecik..jap2 menyambo bulu idung...pasai apa hahh..kira duk maki ja mula2 :evil:
Mizi pakai dapur apa yang jadi macam ni? Boleh elaborate sikit tak? Stove jenis apa, duduk atas tanah ke atas canister, multifuel ke yang biasa etc. Dia macam macam faktor boleh jadi macam tu. Yang nombor satu jadi macam tu (kalau keadaan cuaca stabil, takde angin, fuel canister yang quality (propane+butane)) adalah regulator valve yang kurang quality atau jet design atau fuel feed design yang sub-standard. Kalau mizi cuba cerita kat saya sedikit sebanyak stove apa mizi pakai mungkin saya boleh bagi pendapat yang lebih spesifik.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by deep purple »

salam...

menarik nengok thread ni, so singgah jap nk menyibuk...hehe :D

Saya guna stove dual fuel coleman sportster ii, 533. Performance mmg bagus, hampir2 x perlu priming. Cuma dapur agak bulky & berat, kadang-kala kena buat maintenance sket - bersihkan generator yg sumbat. 1 thing, senang nk kawal api, so simmering x jadi masalah sgt.

Di samping itu, saya guna gak gas stove jenis camping gaz, dah hampir 12 tahun...x pernah meragam & x prnh tukar apa parts pun.

"THE WINNER TAKES IT ALL" ~ABBA~

http://phototrek.wordpress.com/

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by poncho »

ulasan dan elaboration yang baik En. Muaz. keep sharing info sebegini
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by bargading »

Pada pendapat saya, campingaz adalah terbaik kerana praktikal dan tahan lasak (kepala burner dia)... api pun kuat tapi kena ada windshield lah kalau tmpt berangin. Yg aku maksudkan jenis yang ini;
Image
Mali pun pakai stove nih hehe

tapi masalah satu campingaz ni byk part yg latest nih diaorang buat pakai plastik dan getah (O-ring), lama-kelamaan getah dia akan jadi keras dan menyebabkan gas mudah bocor. Utk mengatasi masalah ini kenalah pakai valve yang lebih tahan lasak contohnya yang ini, diperbuat daripada errr besi kot... hehe ;
Image
Dah lama aku pakai stove nih, mudah dibawa, kompak (senang sbb muat sumbat masuk dalam mestin besar) dan pakai gas laptop.... mudah diserbis (Tips - jgn tidorkan canister gas tuh, biarkan dia berdiri tegak sbb dalam canister tuh ada liqiud, kalau dalam posisi tido liquid tuh akn masuk dalam paip dan seterusnya valve lubang jarum akan tersumbat dan seterusnya api pun jadi x cantik... kalau perkara ini berlaku, cuma bukak valve dia dan tiup dan bersihkan valve dia pakai dawai besi halus)

Fire maple apa yg aku perasan api dia kureng kuat, kakinya pun kurang stabil x sesuai utk periuk yg besar dan berat... maklumlah barang china hehhe...
Image

Tapi kalau kovea x pasti jugak, x penah pakai, tapi saya pernah lihat apinya agak marak dan power gak....

MSR multifuel mmg praktikal kalau pakai oversea kot... kalau local dan negara asia khususnya baik pakai canister laptop aja... senang dan mudah dicari. Multifuel bottle kalau nak naik flight, problemo sket.... Lagipun api susah nak kontrol x sesuai tanak nasik... nak masak air dgn kadar yg cepat sesuai sgt pakai multifuel.....
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by bargading »

Stability dia;
Image

Compacticity dia, eh ada term camnih ka?
Image

Tapi slack satu arr... x leh pakai ninja turtle huhu...
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

Betul cakap saudara bargading, nak pakai multifuel ni dia sama ada off atau full blast. Kita orang mesia mesti nak masak nasik jugak dan kat situ la fail dia multifuel ni. Nak simmer memang payah. Jadi tanak nasik asyik hangit je. Kalau camping group besar memang sesuai pakai stove tapak ala spider primus. Tahan nak letak periuk sampai 15 kilogram.
Tapi kalau nak kena pakai multifuel jugak ada multifuel yang boleh simmer dgn baik. Yang terbaik saya pakai adalah primus omnifuel. Nak prime senang. Omnifuel jugak ada 2 regulator valve untuk control api dgn senang. Lagi satu for the win primus omnifuel ini adalah dia boleh jugak pakai canister fuel. Big Plus!!! Kekurangannya adalah harga. Lebih kurang RM900 untuk complete set campur fuel bottle dan windshield. Tapi memang solid la dapur dia. Line fuel panjang. Pam buat dari besi. MSR memang murah multifuel dia tapi pam plastik. Fuel line dia pun tak hingat pendek dia. Dan kalau nak masak nasik memang lah payah pasal dia boleh full blast sahaja tak kisah la set valve dia camana pun. Masak air ok la.
Saya pun dulu pakai campingaz jugak. Dulu gas dia senang carik kat giant pun ada. Saya beli dulu masa form 3 tahun 1997. Skrg dah tahun 2011 elok je stove tu. Tak pernah kena tukar part apa pun. Tapi sejak saya terdedah kepada canister type lindal valve (screw type) saya rasa ini lah yang terbaik. Lagi2 kalau pakai stove canister top. Screw tu lagi stabil dari plastic lock campingaz. Pastu gas dia lagi murah. Tapi kalau modify pakai atas spider type stove tak jadi masalah sangat la kalau pakai campingaz punya canister macam saudara bargading buat tu. Load takder atas canister tu. Saya skrg pakai Primus Express Titanium. Ringan gila 78 gram saya timbang. Adjust api pun senang. Kalau saya camping dgn orang rumah saya saya pakai set trangia kecik tu. Tapi saya pakai gas burner (jugak dari primus) dan tak pakai alcohol burner dia.
Jadi seperti post saya sebelum ini. Kena fikir dulu kita nak pakai stove tu buat apa sebelum beli. Dan juga availability fuel. Saya hanya berpengalaman camping di eropah. Yang saya boleh kata rata2 semua pakai gas lindal, kecuali perancis dan belanda yang tetap jugak nak pakai campingaz.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by mizi »

biNGai wrote:apa barang masak2 dalam hutan..
abes ko nak isap curut je keww atau sap okok jeww hahahaha
climb long trail
p11at

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by mizi »

irmuaaz wrote:
mizi wrote:bgs cadangan ko ni bang...aku cuma x puas hati tang mula2 nak on api dia jaa..jap2 beso,jap2 kecik..jap2 menyambo bulu idung...pasai apa hahh..kira duk maki ja mula2 :evil:
Mizi pakai dapur apa yang jadi macam ni? Boleh elaborate sikit tak? Stove jenis apa, duduk atas tanah ke atas canister, multifuel ke yang biasa etc. Dia macam macam faktor boleh jadi macam tu. Yang nombor satu jadi macam tu (kalau keadaan cuaca stabil, takde angin, fuel canister yang quality (propane+butane)) adalah regulator valve yang kurang quality atau jet design atau fuel feed design yang sub-standard. Kalau mizi cuba cerita kat saya sedikit sebanyak stove apa mizi pakai mungkin saya boleh bagi pendapat yang lebih spesifik.
ok bang..aku pakai fire maple...gas biasa la jenis canister..bukan nk cerita keburukan brand ni yerr..just share mebi salah pengunaan..canister mmg tido la sbb hose dia pendek sikit kdg2 bule dirikan..cuma masalahnya mmg susah nk kawal api dia..aku dh puas belek mebi valve dia x berapa cantik dan cr kontrol api tu kdg2 buat kt marah...apepon masih buleh d gunakan dan last xpdc kt jeli aritu mmg gampang valve jem terus..sib bek ada camping gaz penyelamat hahha..errr camping gaz 5 thn gn se lasak-lasaknya..tanpa meragam..begitu la ceritanya...klu ada gambar dapor2 yg tahan lasak tunjuklah..
climb long trail
p11at

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

poncho wrote:ulasan dan elaboration yang baik En. Muaz. keep sharing info sebegini
Saya pun berterima kasih kepada saudara Poncho kerana meluahkan masa dan tenaga untuk menguruskan platform gunung online ini untuk penggiat aktiviti kembara. Saya faham sangat bukan senang nak membahagi masa peribadi saudara Poncho untuk menguruskan forum ini dan jasa baik saudara Poncho dan juga admin2 lain dalam forum ini amatlah dihargai.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

Tokwan dulu dulu suka pakai camping gaz dan jugak multi fuel stove seperti MSR Dragonfly.
Tapi camping gaz ni leceh sebab berat, nak kena bawak walaupun paling senang dan sesuai digunakan.
Multi fuel pulak, aku takut tengok paip dari botol ke dapur terdedah kepada api, dan kalau meletup, naya, serta buleh berlaku kebakaran hutan...jadi MSR aku tu dah koleh habuk gila *ditapis*, sapa nak murah murah mai amik.

La ni, ...Tokwan cuma gunakan dua dapaur kalau pi camping.

Selalu guna penny stove yang Tokwan buat sendiri, tapi la ni upgrade sikit ke Trangia mini (beli kat Nadir). Sebab mutabab ialah ringan dan satu liter fuel buleh masak sampai 3 atau 4 hari. (Tokwan masak nasi bubor saja dimana beras nya dah di blended...dan masak air untuk makan quaker oat dan minum air Bovril....saja)

Kalau nak masak banyak sikit, Tokwan bawak satu bekas tin yang Tokwan buatkan HOBO Stove...guna kayu kayu kering yang dipatahkan kecik kecik...atau bawak sedikit woodchips yang digunakan sebagai api permulaan untuk mengeringkan kayu hutan yang masih basah....Simple as that.

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by solo »

mizi wrote:
irmuaaz wrote:
mizi wrote:bgs cadangan ko ni bang...aku cuma x puas hati tang mula2 nak on api dia jaa..jap2 beso,jap2 kecik..jap2 menyambo bulu idung...pasai apa hahh..kira duk maki ja mula2 :evil:
Mizi pakai dapur apa yang jadi macam ni? Boleh elaborate sikit tak? Stove jenis apa, duduk atas tanah ke atas canister, multifuel ke yang biasa etc. Dia macam macam faktor boleh jadi macam tu. Yang nombor satu jadi macam tu (kalau keadaan cuaca stabil, takde angin, fuel canister yang quality (propane+butane)) adalah regulator valve yang kurang quality atau jet design atau fuel feed design yang sub-standard. Kalau mizi cuba cerita kat saya sedikit sebanyak stove apa mizi pakai mungkin saya boleh bagi pendapat yang lebih spesifik.
ok bang..aku pakai fire maple...gas biasa la jenis canister..bukan nk cerita keburukan brand ni yerr..just share mebi salah pengunaan..canister mmg tido la sbb hose dia pendek sikit kdg2 bule dirikan..cuma masalahnya mmg susah nk kawal api dia..aku dh puas belek mebi valve dia x berapa cantik dan cr kontrol api tu kdg2 buat kt marah...apepon masih buleh d gunakan dan last xpdc kt jeli aritu mmg gampang valve jem terus..sib bek ada camping gaz penyelamat hahha..errr camping gaz 5 thn gn se lasak-lasaknya..tanpa meragam..begitu la ceritanya...klu ada gambar dapor2 yg tahan lasak tunjuklah..
mizi, kalo gas baring api dia akan 'flare' ( jap kecik, jap besar, jap kuning, hap biru). Kalo gas tu berdiri takde masalah pada yang kami pakai. kalo gas baring sama problem cam ko gambarkan ni. kualiti gas turut bersubahat lam hal ni :mrgreen:
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by solo »

Tokwan wrote:Tokwan dulu dulu suka pakai camping gaz dan jugak multi fuel stove seperti MSR Dragonfly.
Tapi camping gaz ni leceh sebab berat, nak kena bawak walaupun paling senang dan sesuai digunakan.
Multi fuel pulak, aku takut tengok paip dari botol ke dapur terdedah kepada api, dan kalau meletup, naya, serta buleh berlaku kebakaran hutan...jadi MSR aku tu dah koleh habuk gila *ditapis*, sapa nak murah murah mai amik.

La ni, ...Tokwan cuma gunakan dua dapaur kalau pi camping.

Selalu guna penny stove yang Tokwan buat sendiri, tapi la ni upgrade sikit ke Trangia mini (beli kat Nadir). Sebab mutabab ialah ringan dan satu liter fuel buleh masak sampai 3 atau 4 hari. (Tokwan masak nasi bubor saja dimana beras nya dah di blended...dan masak air untuk makan quaker oat dan minum air Bovril....saja)

Kalau nak masak banyak sikit, Tokwan bawak satu bekas tin yang Tokwan buatkan HOBO Stove...guna kayu kayu kering yang dipatahkan kecik kecik...atau bawak sedikit woodchips yang digunakan sebagai api permulaan untuk mengeringkan kayu hutan yang masih basah....Simple as that.
msr model apa tok wan?

73s
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

Gas pun leh subahat ka? Macam gas orang dgn gas masak tu dating yer? MSR Dragonfly ler bro...pump dia kena beli lain...tak harap aku pump dia...dapur, tools, paip dan botoi dia cun lagi...pump dia ada jual kat Corezone...RM90+ kot.

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by bargading »

Pump dia standard kan tokwan?
rasanya dalam RM100+ lah kat corezone....
aku punya whisperlite punya pump pun rasanya dah kena angkat baru, sbb pump lama dah crack huhu
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by solo »

Tokwan wrote:Gas pun leh subahat ka? Macam gas orang dgn gas masak tu dating yer? MSR Dragonfly ler bro...pump dia kena beli lain...tak harap aku pump dia...dapur, tools, paip dan botoi dia cun lagi...pump dia ada jual kat Corezone...RM90+ kot.
Yup, campuran gas tu berkait rapat ngan burn time n btu ouput. so far yang beli kat mydin atau tesco takde masalah.

itu dragonfly ada flame control x silap. antara model MSR yang buat untuk cooking instead of just boiling.

saya ada whisperlite international, kalo nak masak nasi, saya letak penutup tin biskut kat atas stove. then letak periuk atas penutup tin tu. DIY heat/flame control. :mrgreen:
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by bargading »

hari, wah stylo laaa pakai penutup tin biskut.... tapi penutup tuh x berlobang kaa? :D
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

bargading wrote:Pump dia standard kan tokwan?
rasanya dalam RM100+ lah kat corezone....
aku punya whisperlite punya pump pun rasanya dah kena angkat baru, sbb pump lama dah crack huhu
Solo, itu hari Tokwan tengok online dalam RM90+...ingat nak beza pun dalam RM10 saja...

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

solo wrote:
Tokwan wrote:Gas pun leh subahat ka? Macam gas orang dgn gas masak tu dating yer? MSR Dragonfly ler bro...pump dia kena beli lain...tak harap aku pump dia...dapur, tools, paip dan botoi dia cun lagi...pump dia ada jual kat Corezone...RM90+ kot.
Yup, campuran gas tu berkait rapat ngan burn time n btu ouput. so far yang beli kat mydin atau tesco takde masalah.

itu dragonfly ada flame control x silap. antara model MSR yang buat untuk cooking instead of just boiling.

saya ada whisperlite international, kalo nak masak nasi, saya letak penutup tin biskut kat atas stove. then letak periuk atas penutup tin tu. DIY heat/flame control. :mrgreen:
Betui, flame dia leh kontol...ehh silap, kontrol....Tokwan guna petrol sebagai fuel dia sebab senang nak amik dari motor Tokwan.

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

solo wrote:
Tokwan wrote:Gas pun leh subahat ka? Macam gas orang dgn gas masak tu dating yer? MSR Dragonfly ler bro...pump dia kena beli lain...tak harap aku pump dia...dapur, tools, paip dan botoi dia cun lagi...pump dia ada jual kat Corezone...RM90+ kot.
Yup, campuran gas tu berkait rapat ngan burn time n btu ouput. so far yang beli kat mydin atau tesco takde masalah.

itu dragonfly ada flame control x silap. antara model MSR yang buat untuk cooking instead of just boiling.

saya ada whisperlite international, kalo nak masak nasi, saya letak penutup tin biskut kat atas stove. then letak periuk atas penutup tin tu. DIY heat/flame control. :mrgreen:

Tu kigha simmer ring la tu...hehehe

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by solo »

bargading wrote:hari, wah stylo laaa pakai penutup tin biskut.... tapi penutup tuh x berlobang kaa? :D
kalo ada periuk atas dia (with contents lam periuk) tak bocor. tapi kalo heat tu x transfer kemana, leh lebur :P
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

Ini thread dah boleh alih ke category peralatan dah nampaknya. Dah jadi technical gila :)

Minta maaf la saya lama tak post kat sini dan beberapa hari telah berlalu sejak saya last post kat thread ni. Saya nak cuba jawap soalan soalan yang timbul sejak beberapa hari ni dalam thread ni.

1. Kenapa gas baring api naik gila dan berdiri ok?

Gas tu walaupun nama gas tapi dalam tin tu dia dalam keadaan tertekan maknanya ada tekanan tinggi dalam gas. Ini kalau kita rujuk balik ke boyle's law of gases bila tekanan tinggi gas tu akan bertukar menjadi kepada keadaan cecair bila berada dalam tong tu yamg tertakluk kepada tekanan yang banyak tinggi lagi dari tekanan atmosfera. Itu pasal bila kita goncang dia ada bunyik macam air dalam tin tu bila penuh. Bila kita baringkan gas yg dalam bentuk cecair itu duduk dekat dengan valve lantas terus keluar dari valve dalam bentuk cecair dan berkembang dengan cepat apabila tekanan jadi rendah iaitu apabila keluar dari valve dan salur ke dapur. Itu pasal api marak bila gas baring. Kalau diri cecair tu duduk kat bontot dan tak terus keluar dari valve. Yang keluar adalah gas.

2. Gas beli kat mydin ok?
Gas beli kat mydin itu adalah gas butana (butane) 100%. Murah sebab butane murah. Propane mahal. Dia sama dengan gas lighter. Tapi seperti diulas dalam posting saya sebelum ni, takat didih gas butana adalah -9 darjah celcius. Pada tekanan ATM sea level (1 bar lebih kurang). Selalunya gas butana tak akan dapat kita guna 100% pasal tekanan dia dah tak cukup bila tong to dah dalam 70% kosong. Jadi kita tinggal gas yang tak digunakan dalam tong tadi. Dia akan nampak susah dia bila pakai tong butana ni adalah apabila kita naik ke altitude tinggi lebih 1000m dan keadaan cuaca sejuk. Mesti kita ingat alah -9 darjah bukannya malaysia ni sejuk nor. Tapi mesti jugak korang pernah perasan yang tong gas jadi sejuk bila kita guna. Proses pengeluaran gas dari tong adalah proses exothermic yang membebaskan haba. Kata kunci dia adalah 'bebas' itu pasal tong jadi sejuk. Dan pada masa tong itu sejuk lah gas jadi payah nak keluar. Dan pabila payah nak keluar itulah juga kalanya susah nak pakai. Tapi kalau keadaan tak extreme takde masalah untuk guna tong 100% butana. Kalau takat lepak2 waterfall altitude tak tinggi, apa salahnya jimat duit sikit pakai gas mydin :).

3. Pam msr selalu crack.
Ini adalah problem yang sangat common dgn dapur multifuel msr. Saya pun tak paham kenapa dia sampai skrg guna pam plastik. Kalau multifuel lain kebanyakkannya pakai pam besi. Bila crack ada jugak risiko fuel leak. Dan ditambahkan lagi macam tokwan cakap fuel line dia yang pendek gila, saya memang gerun sebenarnya bila pakai dapur msr multifuel. Jadi saya minta maaf kepada fan2 msr, brg lain msr memang best tapi multi-fuel dia saya memang tak boleh nak recommend. Tapi kalau msr bertukar design dgn menambahkan lagi panjang fuel line dan tukar pam besi saya mungkin akan mengubah pendapat saya.

4. Dragon-fly ada simmer function
Saya dah test byk multifuel sebenarnya dan terus terang saya memang bukan fan multi-fuel. Masalah saya terbahagi kepada 2 bila pakai multifuel. Priming dan simmering. Takat ini ada 2 aja multifuel yang saya pernah pakai yang saya akan recommend utk kaki gunung malaysia. 2 2 model ini adalah model yang saya berjaya masak nasik tanpa hangus dengan function kawalan api yang best. Satu adalah optimus nova. Tapi ada recall setengah model jadi jaga2 kalau nak beli. Yang kedua adalah primus omnifuel. Sorry dragon-fly tak termasuk dalam list ni. Saya nak adjust api payah gila. Plus omnifuel lagi adalah dia boleh pakai gas canister biasa. Big plus bagi saya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Mungkin saudara GO lain berpendapat lain. Tapi satu yang mungkin kita boleh bersetuju adalah kena test dulu sebelum beli. Terutamanya bila nak beli benda mahal macam multifuel ni. Dan tengok sendiri macam mana performance dan cara penggunaan dia.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by bargading »

Wah bro muaaz,
terbaik lah penerangan yg detail lagi jelas....

stove canister laptop tuh so far pakai tarak masalah pun kat puncak2 kat msia.
Tapi kalau cuaca extreme x pasti la pulak apa jenis dapur yg sesuai digunakan?
Contohnya pergunungan melebihi 3000m atau kawasan ais tebal, in case la kawan2 kita kat sini mau try benda baru hehe... Atau gas laptop masih boleh dipakai dalam situasi begitu?
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by roket* »

irmuaaz wrote:bukan senang nak membahagi masa peribadi saudara Poncho untuk menguruskan forum ini
memang susah pun, hehe. :tembak:
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

bargading wrote:Wah bro muaaz,
terbaik lah penerangan yg detail lagi jelas....

stove canister laptop tuh so far pakai tarak masalah pun kat puncak2 kat msia.
Tapi kalau cuaca extreme x pasti la pulak apa jenis dapur yg sesuai digunakan?
Contohnya pergunungan melebihi 3000m atau kawasan ais tebal, in case la kawan2 kita kat sini mau try benda baru hehe... Atau gas laptop masih boleh dipakai dalam situasi begitu?
Gas mix ni selalu disesuaikan mengikut cuaca dimana gas itu dijual. Kalau kat sini kalau perasan standard dia (tekgas contohnya) adalah 80% butane dan 20% propane. Ini ideal pada cuaca kita. Kalau di Eropah biasanya dia punya mix adalah 60/40. Kalau gas primus dia panggil 4 season performance mix di Eropah. Gas msr pulak adalah 100% iso-butane. Boleh pakai tapi kalau time extreme tak direcommendkan pasal isobutane tahap didih dia adalah -12 darjah celcius sahaja. Jadi sebenarnya gas tekgas yang murah tu lebih la best dari gas msr. Lain manufacturer lain mix dia. Macam snowpeak dan kovea tak silap saya 70/30. Mungkin diorang test itu paling sesuai utk kat Jepun dan Korea
Dia ada pros and cons dia. Kalau negara kita ni cuaca panas takleh letak propane banyak sangat. Macam saya sebut propane tahap didih dia -42 darjah celcius jadi tekanan dalam tin tu makin tinggi semakin byk propane dicampur dalam mix tu. Kalau tinggi sangat ada risiko tin meletup bila letak dalam keta bila cuaca panas contohnya. Mengikut boyles law of gasses, pressure is directly proportional to temperature. Dalam bahasa melayu lagi tinggi suhu lagi tinggi tekanan. Tapi bila suhu sejuk ini yang kita nak. Tekanan dalam tin yang masih tinggi walaupun sejuk dan altitude tinggi. Lagi tinggi kita naik tekanan udara makin rendah. Makin payah gas nak keluar.
Jadi pilihan gas adalah berbalik kepada penggunaan. Altitude dan cuaca adalah factor yang kita kena beri perhatian. Kalau 100% butane mungkin boleh pakai, tapi bila gas tinggal separuh dah takmau keluar contohnya. Jadi kena bwk lebih tin jadi lebih berat bag, jadi lebih penat dan jadi lagi menyumpah dan dan dan.....
Pendapat peribadi saya Tekgas tu lah yang paling cun sekali di pasaran Malaysia skrg. Harga lagi murah dari campingaz, Gas mix yang tepat, dan lindal valve yang amatlah kuat berbanding valve easy click camping gaz.
Kalau cuaca extreme memang takde apa yang boleh lawan gas canister. Baik alcohol (gila payah nak nyala bila sejuk) mahupun multi-fuel (memang payah nak nyala bila tak extreme pun dan kalau terror cuba la prime dalam khemah. Jangan la buat saya cakap ni main main je. Tinggi gila api bila prime). Lagi satu kelebihan pakai canister style tek gas adalah boleh pakai stove canister top. Ringan dan senang untuk solo hiker atau hiker berdua. Tiga pun boleh gak. Stove style spider berat dan bulky.
Gas lindal juga boleh didapati di kedai bro Asrul Outdoor World di Danau Kota dan Mines Downtown.

banyak dah ni taw pasal gas huhu..btw info terbaik..tau guna jaa tp tatau apa isi kandungan hahaha..
climb long trail
p11at

nrhyt75
Pendaki Gunung
Posts: 56
Joined: 26 Mar 2006, 15:32
Location: putrajaya
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by nrhyt75 »

Agak2, boleh x tlg up contoh gambar tekgas dan lindal valve? Masih dlm kesamaran ni. :oops:
Thanks...
"I can't" are sad words in any language

hazwan92
Pendaki Gunung
Posts: 12
Joined: 22 Nov 2010, 19:01
Location: shah alam
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by hazwan92 »

ada sesape tau kat mana nak dpat batang besi campingaz stove? batang besi utk letak periuk tu.. yg ada 4 tu...

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

mizi wrote:
irmuaaz wrote:
mizi wrote:bgs cadangan ko ni bang...aku cuma x puas hati tang mula2 nak on api dia jaa..jap2 beso,jap2 kecik..jap2 menyambo bulu idung...pasai apa hahh..kira duk maki ja mula2 :evil:
Mizi pakai dapur apa yang jadi macam ni? Boleh elaborate sikit tak? Stove jenis apa, duduk atas tanah ke atas canister, multifuel ke yang biasa etc. Dia macam macam faktor boleh jadi macam tu. Yang nombor satu jadi macam tu (kalau keadaan cuaca stabil, takde angin, fuel canister yang quality (propane+butane)) adalah regulator valve yang kurang quality atau jet design atau fuel feed design yang sub-standard. Kalau mizi cuba cerita kat saya sedikit sebanyak stove apa mizi pakai mungkin saya boleh bagi pendapat yang lebih spesifik.
ok bang..aku pakai fire maple...gas biasa la jenis canister..bukan nk cerita keburukan brand ni yerr..just share mebi salah pengunaan..canister mmg tido la sbb hose dia pendek sikit kdg2 bule dirikan..cuma masalahnya mmg susah nk kawal api dia..aku dh puas belek mebi valve dia x berapa cantik dan cr kontrol api tu kdg2 buat kt marah...apepon masih buleh d gunakan dan last xpdc kt jeli aritu mmg gampang valve jem terus..sib bek ada camping gaz penyelamat hahha..errr camping gaz 5 thn gn se lasak-lasaknya..tanpa meragam..begitu la ceritanya...klu ada gambar dapor2 yg tahan lasak tunjuklah..
A'kum Mizi,
Kalau fuel line pendek memang itulah masalah dia. Tin kena baring jadi api susah nak kawal. Macam saya cerita dalam posting saya lepas dia sebab gas dalam bentuk cecair keluar terus dari valve itu yang buat dia marak. Tak kira bahaya lagi pasal kalau bocor dekat je valve tu dengan api.
Kalau Mizi nak elakkan gas marak macam tu dan fuel line mizi pendek, saya sarankan pakai canister style tekgas tu lah. Valve dia kat atas dan sebab tu gas yang keluar dalam bentuk gas dan bukan bentuk cecair. Bila gas agak2 nak habis boleh terbalikkan tin kasi keluar lagi yang last2 cebis tu.
Kalau mizi nak pakai jugak tin panjang (tin butane) mungkin cariklah dapur yang hebat sikit valve design dia. Kalau style spider (saya assume mizi pakai style spider la yg baring atas tanah) saya boleh recommend Primus Spider Express. Valve dapur Primus saya rasa skrg paling best dalam industri dan yang paling senang kawal. Selain dari tu mungkin boleh try canister top stove. Ringan dan senang nak bawak. Packing pun kecik. Apa2 brand pun boleh saya rasa. Campingaz saya tak recommend la sgt pasal valve dia tak sekuat valve lindal yang screw terus.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

nrhyt75 wrote:Agak2, boleh x tlg up contoh gambar tekgas dan lindal valve? Masih dlm kesamaran ni. :oops:
Thanks...
Maaf saya reply lambat sikit. Sibuk kebelakangan ni.

Ini saya ada post gambar canister dgn lindal valve. Lindal ni sebenarnya syarikat valve. Hampir 90% valve kecik2 ni dia buat. Lebih kurang macam YKK la dgn zip.

Image

Ini rupa dia valve lindal. Threaded valve. Jadi dapur tu kita screwkan atas dia. Connection yang kedap dan kuat.

Image

Ini rupa canister dia. Atas tu discrewkan dapur Primus Micron Ti. Ada saya letak cerek kecik saya untuk tgk scale dia. Sama besar dgn canister Campingz 270
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by irmuaaz »

Setakat ni saya tengok harga gas ni lebih kurang dari RM15-RM17 setin. Saya kayak dgn orang rumah saya 2 minggu dekat Kenyir hari hari masak pakai 3 tin je habis. Itu pun tin ke tiga ada cebis2 lagi. Jadi agak saving jugak la gas dia. Boleh budget 2 orang punya masak seminggu dalam satu setengah tin la. Masak cam biasa nasik suma bantai.

Ini tin harga RM17 dari Corezone (mahal gilerrr.....)

Image

Untuk menigkatkan lagi saving fuel saya pakai windshield.

Image

Ini rupa api tanpa ada windshield. Angin masa ni tak kuat sepoi sepoi bahasa sahaja tapi effect dia agak la dramatik

Image

Ini rupa dia api bila saya letak cerek atas dapur tanpa windshield. Kalau masak nasik masak sebelah aja :)

Image

Dan ini rupa api bila ada letak windshield. Windshield ni bukan aja lindung dari angin tapi dia juga perangkap haba dan tak bagi haba tu keluar ke tepi. Saving fuel banyak bila pakai walaupun tak berangin.

Image

Image

Dapur canister top Primus jugak ada steel wool dekat tengah yg berfungsi sebagai heating element. Lagi tambah saving gas

Image

Dan lepas pakai kita boleh simpan windshield ni dekat canister mcm ni

Image

Bukan la kena ada windshield ni. Kalau takde boleh tahan pakai aluminium foil ke, batu ke, dinding, pokok, dan sebagainya. Kalau ada memang senang kerja dan selesa takyah nak masak tempat merepek2.

Tin Canister Lindal Valve cap Tekgas boleh didapati di

Kedai Bro Nadir
http://www.outdoordynamics.com.my

Kedai Bro Sam Lusuh
http://www.lusuh.com.my

Kedai Lafuma di Bangsar

Kedai Bro Asrul di Mines Downtown, Danau Kota dan banyak tempat lagi.

Kedai Outdoor Center di Ampang (Daphne Foo)

Tak lupa juga kedai Corezone di PJ SS2 (awas mahal!!!)

Dulu memang susah nak carik tapi sekarang dah merata!
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

Ini lapuran tentang penggunaan dapur Trangia Mini dari Tokwan semasa ride dari Penang ke Sungei Lembing dgn dirtbike pada 21, 22, 23, 24 dan 25 Julai , minggu lepas.
Tokwan suka guna dapur ni sebab ringan nak bawak dgn dirt bike, dan tak men jelagakan periuk.

Jenis dapur, Trangia Mini alcohol Stove.
Kuantiti alkohol yang dibawa: 500ml.

Dapur dan cookset dibeli dari Nadir.

Jenis masakan:
1. Jerang air sebanyak 600ml.
2. Masak bubor nasi.
3. Masak Quaker Oat campur Nestum.
4. Goreng Telor.
5. Masak nasi untuk 2 orang.
6. Goreng ikan tengas.

Ride selama 5 hari , 4 malam.

Makan pagi ialah minuman milo atau Bovril, masak Quaker Oat campur Nestum campur Kismis - masak 4 kali untuk 4 pagi.

Makan Tengahari: Untuk 2 hari, masak nasi, goreng telor dan juga ikan Tengas (hari hari lain makan kat kedai).
Minum, Bovril

Masak Malam: Bubor Nasi, campur Bovril dan halia dan ikan tengas...4 kali untuk 4 malam.
Minum, Air masak.

Minum petang: Minum teh atau Bovril dan biskut oats sebanyak 3 petang

Masa balik, alcohol masih ada baki sekitar 200ml.

Satu dapur Trangia bila diisi penuh dapat hampir 40 minit, tapi bila habis masak satu dish, padam, tambah alcohol dan nyalakan semula. Selalunya cuma nyalakan paling maksimum pun 3 kali.

Tak ada masalah dgn dapur ni, dan ternyata mudah. Lagipun ringan.

Periuk periuk yang diguna: Saucepan Trangia, Periuk Trangia, 1 set Mess Tin, dan satu periuk (bekas isi makanan dari aluminium) yang dibeli dari kedai hardware dgn harga RM12/-

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by Tokwan »

Kalau guna dapur Trangia Mini, masak nasi, kena cara betui, amik 35 minit.
Masak bubor nasi (beras sudah dikisar), amik masa 27 minit.
Jerang air, amik masa 11minit (termasuk rolling boil selama 3 minit)
Goreng telur...dan ikan, no problem punya...hehehe..kojap jo...

Tapi kena ingat...kena kepung dapur ini supaya angin tak tiup apinya kearah lain...Tokwan gunakan Shileding material dari MSR...dan api dapur sentiasa concentrate kepada dapur.

Pastikan alcohol grade 90%.

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: mana lebih best?? dapur camping gaz vs fire maple vs kov

Post by nadir »

yaaaa menarik thread nih.... banyak ilmu + gambar...

psssttt nak cepat masak, hitamkan bunutut periuk....hhahahha every little detail counts!
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

Post Reply