Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by nazryst »

Salam,

Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Services

Isu ini akan menjadikan topik pergunungan akan menjadi lebih kontroversi sekiranya yang membaca tidak memperoleh kematangan sebaiknya dalam menimbang tara apakah mesej yang akan sampai kepada segenap aktivis gunung. Duit adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat tidak untuk digunakan dengan optimum dan kepuasan diri tercapai. Tetapi sekiranya perolehan dalam menukar satu material dengan kadar nilai tertentu maka ia boleh di timbangkan berbaloi atau tidak. Bagaimana pulak dengan perkhidmatan?

Banyak kes yang terjadi, dari Peserta kepada Gogo dan Gogo kepada Guide... Guide pula kemungkinan kepada porter mau pun sherpa dan pelbagai lagi yang boleh dikaitkan. Dan urusan nilai perkhidmatan akan dicapai dalam bertolak ansur, kesukaran, keadaan pelbagai.. maka kita simpulkan disini dalam perkhidmatan gunung ia adalah ABSTRAK... Apabila kata putus dicapai maka persetujuan AKAD berlaku. Maka tiba lah event yang dinanti. Sama ada hari pendakian akan berlangsung dengan baik atau sebaliknya.

Sebut Harga yang telah ditawarkan didalam dunia pendakian di Malaysia tiada kata standard. Ia fluctuate oleh kerana faktor faktor ikhsan berlaku dan tawar menawar diberi. Maka wujud lah pakej pakej tertentu buat mereka mereka yang cuba meminima kan kadar bayaran. Jangkaan kepada mereka yang memberi khidmat servis iaitu guide, porter atau apa sahaja bahawa mereka yang mahu satu sebut harga terendah sudah tentu lah arif bahawa kamu akan mendapat perkhidmatan dengan bayaran sahaja.

Tetapi apabila berlaku bencana serta krisis ketika aktiviti dijalankan, bila memohon pertolongan dan sebagainya, maka sedikit pun tidak rasa malu, segan atau bersalah dalam memohon perkhidmatan. Memang sudah sedia maklum bahawa guide yang ada di Malaysia ini lembut hati adanya. Memberi dan menawarkan perkhidmatan tanpa dipinta, berkongsi segala pengalaman dan ilmu tanpa batasan. Dan Semua ini adalah kerana satu perkara "TANGGUNGJAWAB & ETIKA IKHTIAR HIDUP".

Seperkara kebiasaan kadar nilai ini di tentukan lagi, iaitu jenis pendaki yang memohon perkhidmatan. Ada jenis pendaki yang rasa dengan kebolehan diri sendiri yang telah mencapai satu tahap yang dikatakan pernah mendaki beberapa gunung, lalu sewenang wenang dan memandai mandai akan melanggar titah perintah jurupandu. Kenapa? Ia dah menjadi kebiasaan dan budaya mungkin. Atau lebih buruk lagi apabila pendaki ini TAKSUB dengan mentornya dahulu atau nama PERSATUAN gunungnya atau apa sahaja yang mana Nilai bayaran perkhidmatan akan di ungkit dikemudian hari. Dalam pada itu, pendaki sebegini mempunyai kerjaya yang profesional serta income yang baik. Memang kebayanyakan kejadian, berlakunya soal kira bayaran adalah dari mereka yang berduit daripada mereka yang tidak mempunyai apa apa. Menceburi aktiviti gunung dengan motif tersendiri lalu menyusahkan sebahagian pihak.

Pada pihak saya yang tidak menyokong mana mana pun didalam masyarakat gunung, melainkan mereka yang mengIKHSANkan diri sendiri, yang memikirkan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat yang sebahagian kecil, ia adalah komuniti yang perlu dijaga pada saya. Manakala mereka mereka yang memberi masalah dalam berkerjasama segala segi, ,maka ini adalah peringatan supaya dapat menilaikan kembali, apakah kadar bayaran yang dibuat dapat memenuhi semua perkhidmatan yang di minta... atau anda adalah sebenarnya PENDAKI PAKEJ......

Perlu diingatkan GO telah menggunakan tag line "Warisan Khazanah Pergunungan"... Segala ilmu, pengalaman didalam laman web, ingin memupuk semua pendaki belajar dan sentiasa berkongsi ilmu dan ia adalah khazanah yang tiada nilai... maka hormati lah keadaan ini. Jangan jadikan diri anda sebagai "PENDAKI PAKEJ"... wasalam

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by biNGai »

uiihhh skemanye..

konklusi tkde ke bang?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by JeNaL »

ngai ko la konklud bagi pihak
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by mizi »

rata-rata pendaki yg aku jumpa terdiri dr bijak pandai,kumpulan yg ditubuhkan ats kenalan rapat,kelab2 kembara,org2 perseorangan,persatuan dan berbagai2 pihak...antara masalah yg selalu berlaku adalah tidak mengambil berat akan hal keupayaan diri,bekalan makanan,tidak mendengar nasihat dan etika hutan,buat cara sendiri,buat kepala tau...sembang pandai.

keupayaan diri:tidak membuat latihan asas sebelum xpdc.rata2 pendaki tidak bersedia dr segi mental dan fizikal.pendaki2 sebegini mendatangkan masalah pada guide selalunya.

bekalan makanan:makanan yg dibawa tidak mempunyai zat tenaga.silap buget dan menyediakan menu yg bukan2

tidak mendengar nasihat:tidak mengikut shedule yg telah diatur,tido lebih masa,tidak ambil endah tentang hal2 berkaitan trek

etika hutan:tidak menghormati alam,buang sampah sesuka hati,treking d waktu yg tidak sesuai

buat kepala taw/sembang pandai:yg ni dlm ramai2 tu pasti ada...apa bule buat hehehehe lantak ko la

berbalik pd khidmat dan upah yg d suarakan oleh brader nazri,aku ingin menegaskan bahawa kesukaran dan faktor hutan itu sendiri yg menentukan khidmat yg perlu dibayar..
climb long trail
p11at

User avatar
ahmad saufi
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 20 May 2006, 12:40
Location: kuala selangor

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by ahmad saufi »

mcm kwn aku kata:
beg branded= harga ribu2 - boleh beli!
kasut & headlamp= harga ratus2 - boleh bayar!
tp byr upah guide= masih mau nego sehingga tahap yg paling ciput?
sembang dlm FB -melambung!
xda hormat punya org!!

sabar aje mrNazryst...
biarkan pendaki poser tuuu....

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by am »

Bosan punya pasal sampai terjumpe topik Encik Nazryst nie.. lalu ku baca satu persatu daripada baris pertama sehingga akhir.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by am »

Bosan punya pasal sampai terjumpe topik Encik Nazryst nie.. lalu ku baca satu persatu daripada baris pertama sehingga akhir.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by biNGai »

btul punye bosan ko am sampai 2 kali post komen..hahaha
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
azwan23
Pendaki Gunung
Posts: 22
Joined: 04 Jul 2011, 12:30

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by azwan23 »

tu la psal..betul2 bosan..
ahakss..

User avatar
Kasnalagat
Pendaki Tegar
Posts: 288
Joined: 26 Mar 2008, 08:30
Location: pelantar merenung bulan
Contact:

Re: Kadar Bayaran & Nilai RM Vs Perkhidmatan

Post by Kasnalagat »

mizi wrote: keupayaan diri:tidak membuat latihan asas sebelum xpdc.rata2 pendaki tidak bersedia dr segi mental dan fizikal.pendaki2 sebegini mendatangkan masalah pada guide selalunya.

tidak mendengar nasihat:tidak mengikut shedule yg telah diatur,tido lebih masa,tidak ambil endah tentang hal2 berkaitan trek

etika hutan:tidak menghormati alam,buang sampah sesuka hati,treking d waktu yg tidak sesuai

buat kepala taw/sembang pandai:yg ni dlm ramai2 tu pasti ada...apa bule buat hehehehe lantak ko la
Aku sokong 4 perkara ni Mizi. Selalu kita dengar org yg nk conduct/pergi trip Mega, sembang nk pegi Trans Bintang, Tahan 4 step, Trans Noring, V2, tapi fizikal lansung tak bersedia, bersenam seminggu sekali pun payah, makan semua nk berulam air, mkn semua nk yg goreng2, yg high kolestrol..pergi trip nak yg paling hebat, later-on, menyusahkan guide serta team member lain. Tapi paling tak boleh belah kalau ada yg suka sembang pandai..konon tau trek, time trekking cakap guide tak nk dengar..peserta lain pula ikut cakap dia, suruh ambil air kat sini cakap kat depan ada lagi water point..last2 kat kemsait tarak air, kongsi la air 3-4 botol air 1.5L 20 orang. Terbaek..
"TranQuiLLity.."

Post Reply