Bangkai Kapalterbang

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

aqu belek2 balik gambar koleksi jumpa satu gambar bangkai kapal terbang kot..tp aqu mmg da lupa kt mana gambo ni diambik sbb date thn 97..da cuba2 ingat tp lupa gak kt mana..

Image
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

orga wrote:aqu belek2 balik gambar koleksi jumpa satu gambar bangkai kapal terbang kot..tp aqu mmg da lupa kt mana gambo ni diambik sbb date thn 97..da cuba2 ingat tp lupa gak kt mana..

Image
heli ke alien...hehe3....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

ni gambar yang sama.

Image

tempat - area antara gunung telapak burok dan berembun, N9.

-=[ RuFFHiKeR ]=-
Pendaki Tegar
Posts: 225
Joined: 15 Dec 2005, 00:53

Post by -=[ RuFFHiKeR ]=- »

Woaaa.. menarik la plak ada xpdc camni.. mencari yg telah hilang..

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

kepuasan dia toksah ckp la. Pastuh seolah kita back to history...

ni pula bukan kat hutan tapi kat paya bakau tepi laut.

Image
Japanese Zero A6M3 Model22. Tak berbaloi utk recovery pasal dah berkarat teruk.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

cengitu wrote:heehe..

actually byk info pasal wreck dlm hutan cuma tak confirm sama ada wreck tu ada lagi atau tidak. Takut kena angkut jual besi buruk. Sayang la gitu

Info yang saya ada

1. Japanese wreck kat Gunung Rajah ( Putus Dua )
2. Single engine aircraft kat Gunung Buah ( near Nuri crash )
3. Single engine wreck kat Janda Baik
4. Twin engine aircraft dengan kubur kat belakang Selesa Resort
5. B-17 wreck kat Endau Rompin
6. Wreck kat Gunung Gedong
7. C-47 wreck kat Beruas
8. Valetta kat Gunung Tumang Batak


hehhe..banyak tu..kkee...
mana yg belum ditemui nie bro...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

ni sebahagian dari list saya yang belum dijumpai lagi

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

oo ok..
lelain yg penah aqu dengar citer lak dr org2 tua kt lenggeng,n9..dorang penah cakap dulu ada kapalterbang jepon yg terempas kt hutan berhampiran..bila aqu tya da jumpa ka..dorang pon cakap dorang dengar citer gak..tp sapa yg penah jumpa tu aqu pon tatau..
ImageImageImage

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

aa saya pernah ke sana dulu. Kat Hutan Lipur Lenggeng tu. Ada org asli ckp benda tu derang dah bawak keluar jual besi buruk. Tinggal sepit udang je ( landing gear ) sangkut kat celah batu...

hadda road
Pendaki Gunung
Posts: 11
Joined: 19 Dec 2006, 17:17
Location: putrajaya

Post by hadda road »

Salam..

kalu tak silap kami ada lalu berdekatan satu bangkai kapal terbang lama mase ke Hutan Belum.. ada dalam senarai ke cengitu?

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

setau saya kat belum ada beberapa bangkai heli tapi tak pasti samada bangkai yang u jumpa ni bangkai kapalterbang...ada ambik GPS koordinate tak? gambar? bentuk bangkai ni? sayap ke...kipas besar ke....warna ke..lambang ke?

User avatar
rakangunungpenang
Pendaki Gunung
Posts: 190
Joined: 31 Jan 2008, 12:20
Location: Butterworth
Contact:

Post by rakangunungpenang »

tak payah susah2 nak cari bangkai kapai terbang atau bangkai helikopter susah2 dlm hutan............dekat kem TUDM mana2 negeri pun belambak bangkai kapai terbang dan helikopter..................

kalu nak jual besi bruk tu ok gak.....tentu dah kaya.....

kalu makin lama makin belambak bangkai kapai terbang or helikopter di dalam hutan atau di kawasan pergunungan dah tentu jadi tempat pelupusan samapah atau besi buruk.............. :evil: :evil: :evil:

kalu juai mahai tu...................kutip jangan tak kutip jual bangkai heli or kapai terbang..........hehehe........

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

ler..... baca la thread dulu sebelum post..... :?
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

lastman
Pendaki Terlampau
Posts: 615
Joined: 14 Jan 2008, 23:51

Post by lastman »

rakangunungpenang
ko cite ape nie?
org nak cari bangkai kapal erbang nk buat research bukan mau
timbang kiloooooooo.....

kekerk
Pendaki Gunung
Posts: 177
Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Location: bawah pokok

Post by kekerk »

salam...

bangkai kapal terbang ni bkn nyer nk jual la encik rakangunungpenang..

tader org yg sangup pon nk pikol besi ni..dorang cume nk wat kajian sejarah je la..kt hutan mesia ni mmg byk bangkai kapal terbang ngan helikopter terhempas yg blum di jumpai.. klo kt penang ade bg tau la kt kte org 8)

User avatar
rakangunungpenang
Pendaki Gunung
Posts: 190
Joined: 31 Jan 2008, 12:20
Location: Butterworth
Contact:

Post by rakangunungpenang »

sorry gang jagn marah...........saja ja nak perangat.........
aku tau la apa yang ko orng cari....tapi saja aku nak kacau kao orang...jgn marah bro............sambunglah blik cita kao orng....aku nak cau dulu............hehehe.......

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

rakangunungpenang wrote:tak payah susah2 nak cari bangkai kapai terbang atau bangkai helikopter susah2 dlm hutan............dekat kem TUDM mana2 negeri pun belambak bangkai kapai terbang dan helikopter..................

kalu nak jual besi bruk tu ok gak.....tentu dah kaya.....

kalu makin lama makin belambak bangkai kapai terbang or helikopter di dalam hutan atau di kawasan pergunungan dah tentu jadi tempat pelupusan samapah atau besi buruk.............. :evil: :evil: :evil:

kalu juai mahai tu...................kutip jangan tak kutip jual bangkai heli or kapai terbang..........hehehe........
lawak la pulok hahahahahaha...gelak sampai koner baring :D

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

aaa..

dlm kem tudm tu semua kami dah buat research. So skrg yang tinggal yang duduk dlm hutan tu je...

User avatar
IAmSoDamSian
Pendaki Gunung
Posts: 116
Joined: 17 Sep 2007, 14:24
Location: Kluang Johor

Post by IAmSoDamSian »

Salam,

So Ade lagi ke.. bangkai2 kapal terbang yg tidak diketahui di hutan belantara kita ni?

Rasa2nya kalau ada pon dah kene kutip oleh TUDM.. hmmm.. Kalau ada sesiapa yg mempunyai maklumat.. Bleh kongsi skit.

Terima Kasih.
Image

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

Dikutip oleh TUDM? Rasanya tidak. Yang ada kat TUDM tu semuanya dari bekas2 kegunaan TUDM gak. Yang bangkai2 crashed tu semua dikutip dari hasil penyiasatan. Rasanya takde lagi org dari TUDM yang masuk dlm hutan cari bangkai dan bawak keluar dan pamerkan kat museum TUDM. Ada sekali masa tahun 1992 depa masuk ke Gunung Telapa Burok utk bawak keluar B-24 tapi abandoned the project.

Ni baru dpt info. Ada org ckp ada bangkai kapalterbang ww2 kat Batu18, Hulu Langat. Ada sesiapa yang boleh confirmkan tak? Rembau?

User avatar
IAmSoDamSian
Pendaki Gunung
Posts: 116
Joined: 17 Sep 2007, 14:24
Location: Kluang Johor

Post by IAmSoDamSian »

cengitu wrote:Dikutip oleh TUDM? Rasanya tidak. Yang ada kat TUDM tu semuanya dari bekas2 kegunaan TUDM gak. Yang bangkai2 crashed tu semua dikutip dari hasil penyiasatan. Rasanya takde lagi org dari TUDM yang masuk dlm hutan cari bangkai dan bawak keluar dan pamerkan kat museum TUDM. Ada sekali masa tahun 1992 depa masuk ke Gunung Telapa Burok utk bawak keluar B-24 tapi abandoned the project.

Ni baru dpt info. Ada org ckp ada bangkai kapalterbang ww2 kat Batu18, Hulu Langat. Ada sesiapa yang boleh confirmkan tak? Rembau?
Menarik nie... hmmm.. :idea:
Image

User avatar
solaris
Pendaki Tegar
Posts: 258
Joined: 10 Mar 2008, 17:47
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by solaris »

ermm... cengitu... teruskan usaha murni tu.. nk tolong pn bkan pandai sgat bab2 utan nie bru2 je nk kenal2 utan he2 masih bute hutan lagi.. kalu cite bab aeroplane crashed ke GPS ke TOPo ke Radio amatur ke aku tercengang jer la.. tapi kalu2 aku tahu info yg ko nk tu aku share la nnti sekian....

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

Kebanyakkan bangkai kapalterbang ni masih mempunyai nilai sejarah dan ada kalanya crew yang terbunuh masih berada di dalam pesawat nih. Bukan hendak menyokong sesiapa tapi tujuan kami untuk mengembalikan mereka2 yang dilupakan ni pulang ke tanah air masing2.

Baru je pulang dari area Weng Dalam, Baling Kedah. 10 Hari kat dlm hutan tapi tak jumpa bangkai B-24 walaupun dah dua kali pi. Kali ni lagi maha dasat. Menguji kami mental dan fizikal. Panjat sampai ke border Thai-Malaysia dlm ketinggian 1100kaki dan turun dan naik border. Dengan berat ration 10 hari, cuaca sampai bagpack putus tali..hehee...Sampai askar yang follow kami tu mengeluh. Trip 10 hari tu boleh cover 5 kali Operasi Resup mereka..hehehee...

Insyallah kami akan pi lagi dan harap jumpa bangkai tu dan berjaya menemui 9 org crew yang masih ada kat bangkai tu...

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Post by forestgump »

belakangpokok wrote:
Freelance wrote:kt hutan belum pun ada gak...ada amik gambar kt heli terhempas tu .. ada bergambar kt situ tapi gmbr filem ler..time tu tak dak kamera digital... :)
bangkai wreckage helicopter tu kat Sungai Sara , rasa-rasanya dah hilang sebab member bagi tau lokasi tu dah jadi jalan lori balak keluar masuk...dulu memang destinasi guide bawak tourist ...
Memang...pertama kali orang luar dapat trek ke sana dan jenguk heli tu pada 1994, kami bawa bekas Duta New Zealand Timothy Hannah dan kami juga tunjukkan lokasi bekas kubu SAS dan kubu-kubu kami semasa zaman bandit. Dengar cerita memang dah balak teruk sehinggakan pos kami yang lama, Pos Chiong, LP untuk heli serta OP2 lama kami di sempadan Perak/Kelantanpun dan hancus tarbus!!!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

forestgump..u dulu keje tentera ke?

mmg la..byk kesan2 mcm tunnel komunis abis hancus kena dek penangan balak.

lepas raya ni kemungkinan nak ke satu site area Kelantan/Perak border utk check satu bangkai Dakota crashed tahun 1948. Dekat ngan area gunung Chamah.

mie_bundut
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 18 Sep 2008, 01:54

Post by mie_bundut »

bro cengitu..

kalau tak silap saya, kat gunung relau, kampar ada bangkai heli british..
no plate heli nye masih terang lagi.. dan bekas peluru nye pun ade lagi kat situ.. cam mane? ada dalam senarai gak ker?

User avatar
batmac78
Pendaki Gunung
Posts: 54
Joined: 21 Feb 2008, 19:29
Contact:

Post by batmac78 »

bro cengitu..

biasa camne korang ke lokasi dalam utan tu..
dapatkan koordinat lokasi dulu ker?
pakai guides ker? gps ke?
ikut trek ker... atau redah sondol je ke?

rasa macam payah je kan.. mesti jauh dari trek.. tak ikut permatang.. pacak sana pacak sini.. huh lelah tu

User avatar
pendaki mabok
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 07 Sep 2008, 21:24
Location: key ell
Contact:

Post by pendaki mabok »

btol2...
time aku naik bujang melaka kt kampar. kami terlajak sampai gng relau. terpaksa la patah balik. member kat belakan menyumpah seranah sbb kena patah balik.
ada bangkai heli...
kotak peluru & peluru idup bersepah2...
"work of heaven"

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

pendaki mabok

tahun bila bro jumpa bangkai tu? ada ambik gambar tak? Heli pun mmg termasuk dlm kajian kami gak. Kat Gunung Bujang Melaka tu pun ada satu bangkai Dakota kat situ. Rasanya ada lagi. Siri no heli tu ada catit tak kat mana2?


batmac78.

Selalu kami berpandukan pada info yang didapati dari askar2 yang berkhidmat dulu, rekod kemalangan pesawat tersebut.. Ada juga berpandukan pada saksi yang menemui bangkai tersebut mcm pendaki mabok yang boleh guide terus ke wreck site. Tapi kalau dari org yang pernah dengar tapi tak pernah jumpa wreck tu, kami tak layan!... Buat penat masuk hutan tapi tak jumpa..hehe

Selalu kami akan ikut trek yang ada atau bukak terus trek baru. Itu depends pada GPS dan local guide. Selalu kami bukak trek. Potong terus banjaran atau ikut permatang turun naik. Setiap trek akan ditanda utk memastikan kami tak ikut jalan yang sama atau dpat pulang dengan selamat. Selalu kami bermalam tapi ikut tpt. Ada waktu kami masih di permatang tapi takde water point utk setup base camp. So kena turun 1000meter ke bawah lembah utk buat base camp kat tepi water point. Besok pagi naik semula..heheh begitu la ceritanya

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Post by span »

pendaki mabok aku pown penah sesat masa naik bujang melaka
aku ader jumpe kotak peluru tp x perasan lak bangkai heli. bila ekk ko pg
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
Ajis_AJ
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 17 Apr 2006, 19:19

Post by Ajis_AJ »

errrrr.......
korang xde ke jumpa kapal UFO terhempas kat mana2....
tentu kapal nyer lebih sopistikated....
aku nk amik GPS dia... hehehe...
maybe lg advance...
wakakaka...

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Post by kenshina »

setakat ni tadek jumpa lagi la UFO terhempas..
nanti kalu ada kiotrg roger kau suh p amik GPS... tp diorg tak pakai GPS... sbb tu utk bumi je.. diorg punya kita panggil EPS (Extraterrestrial Positioning System) huhuhu.. :lidah:


:mrgreen:
challenge your limit

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

lampu UFO ada la kot...huhhuhu

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

area hulu langat so far ada 2 kemungkinan bangkai kapalterbang. so saper2 asal situ boleh double confirmkan lah..

ada member pernah jumpa kat area Sahum ( ni dekat ngan Gunung Bujang Melaka ) ke?

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

saper2 yang arif tentang area Bukit Bubu kat Gantang, Bruas, boleh check tak wreck ni still ada kat situ?


Image
Last edited by cengitu on 15 Oct 2008, 15:30, edited 2 times in total.

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Post by gogoyeaha »

menariklah 'kerja part time' ni
aku rasa kalu en. cenggitu perlukan support team...ramai yg nak join ni.

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

oo tada masalah..bantuan anda semua diperlukan utk mencarik info dan recce2 kot2 ada wreck yg korang tahu atau diberitahu..

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

nak tanya kat korang, siapa yang selalu naik gunung nuang? dari pansun ke first camp tu tada jumpa apa2 kete kebal ke?

User avatar
ah_pie69
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 21 Feb 2008, 10:22

Post by ah_pie69 »

cengitu, yang Dakota Raf...jumpa kat Gua Musang, kau terlibat tak? kalau terlibat kasi story la sikit, bape ramai krew yg ade kat dalam kapal tebang tu, apsal die terhempas, atas sebab cuaca atau kena tembak ke?...dan ade gambar mnarik kasi up laa....

tq

User avatar
cengitu
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 05 Sep 2007, 11:13

Post by cengitu »

Itu Dakota KN630 dari Squadron ke 52 RAF yang berpengkalan di Changi, Singapura. Membawa 3 orang anak kapal. Turut serta 4 orang Despatcher dari RASC ( bertugas utk menurunkan kargo menggunakan payung terjun ), seorang berpangkat Mejar dari Malay Regiment, 1 dari Kelantan Dev. Corp, seorang polis dan 1 dari org asli. Kesemua 12 org terbunuh dan mayat mereka terpaksa ditanam berdekatan dengan bangkai pesawat kerana jarak perjalanan yang jauh utk membawa keluar jenazah dan juga kawasan tersebut masih aktif dengan komunis. Nama2 yang terkorban tak boleh diberikan kerana masih belum mendapat persetujuan dari pihak atasan.

Jika dibawa keluar, kesemua mereka akan ditanam di tanah perkuburan Cheras dan skrg kami masih menunggu berita dari PDRM utk mencari waris dari anggota polis yang terkorban.

Dakota ni terhempas disebabkan oleh masalah cuaca dan dari kesilapan pilot. Tugas Dakota ini adalah untuk mengugurkan marker flare untuk tujuan pengeboman besar-besaran oleh pesawat pengebom Lincoln. Pesawat malang ini berjaya mengugurkan beberapa marker flare pada ketinggian yang rendah di atas kawasan kuat komunis dan berpatah balik utk menggugurkan lagi marker namun selepas pusingan yang kedua, Dakota ni gagal melepasi banjaran bukit dan terhempas. Kedudukan bangkai pesawat ini terhempas berhampiran sungai dan patah dua. Pasukan penyelamat mengambil masa 5 hari utk sampai ke tpt nahas so kita paham la kalau nak bawak keluar, tentu ambil masa 5 hari or lebih. Heli winching pula sukar kerana hutan yang tebal.

Post Reply