Jemputan untuk semua pendaki gunung negeri johor

Pengumuman dari Gunung Online

Moderator: pentadbir

Locked
User avatar
pentadbir
Pentadbiran
Posts: 97
Joined: 05 Dec 2005, 10:49
Location: Tingkat 4, JPM
Contact:

Jemputan untuk semua pendaki gunung negeri johor

Post by pentadbir »

salam.
untuk perhatian semua pendaki gunung Johor, tak kisahlah anda adalah:
- warga Johor (lahir dan membesar di negeri ini)
- berasal dari Johor tapi menetap di negeri lain
- kini menetap di Johor atau berhijrah ke sini
- selalu mendaki gunung di Johor
- atau anda bangga mengaku sebagai pendaki Negeri Darul Takzim
- atau apa juga sebab lain tapi mempunyai persamaan di antara kita
(berbangga dengan gunung-gunung di Johor khususnya - Malaysia amnya, dan sudi menjadi jurucakap/penyebar info yang tepat mengenai dunia pendakian di negeri ini selain membantu perkembangan dunia pergunungan negeri Johor ini).

adalah dengan ini, anda dijemput beramai-ramai menjadi ahli Persatuan Pendaki Gunung Negeri Johor (JMA) yang bakal bersidang untuk Mesyuarat Agung persatuan ini pada Januari 2009.

anda boleh register kat Facebook PPGNJ atau hantar PM ke Pendaki Johor beserta data berikut:
1. nama penuh dan nama dalam GO
2. alamat penuh dan surat menyurat
3. no kad pengenalan
4. no telefon rumah atau mobile
5. email atau Facebook anda

terima kasih atas perhatian dan kerjasama.


Jawatankuasa Penubuhan
Persatuan Pendaki Gunung Negeri Johor (JMA)
johor.mountaineer@gmail.com
Warisan Khazanah Pergunungan

Locked