PERSEDIAAN KESELAMATAN by Outdoor dynamics_ SWG09

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

PERSEDIAAN KESELAMATAN by Outdoor dynamics_ SWG09

Postby rembau » 31 Mar 2011, 10:46

PERSEDIAAN KESELAMATAN
HUTAN DAN GUNUNG
Oleh: Ahmad Nadir Askandar
Outdoor Dynamics Sdn Bhd
www.outdoordynamics.com.my
10 – 11 hb Januari 2009
Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Pengenalan :
Pertama sekali , kenapa kita harus menjaga keselamatan kita semasa kita
berada di kawasan hutan dan gunung?
* Tiada sesiapa yang akan berrekreasi di kawasan hutan atau gunung
sekiranya mereka tahu mereka akan tercedera. Nyawa adalah lebih penting dari
kepuasan diri.
* Keadaan hutan dan gunung juga memberi suatu suasana yang mencabar
dan agak mudah untuk menghadapi situasi kecemasan sekiranya kita tidak
sentiasa berwaspada . Tunggul kayu, akar, pokok reput, gaung, kilat , hujan ,
batu tajam , kegelapan malam, serangga dan binatang buas adalah antara
cabaran cabaran yang mungkin dihadapi oleh sorang pendaki atau penggemar
hutan. Faktor persekitaran ini mungkin menyebabkan kita menghadapi
kecemasan.
* Kerana di kawasan hutan, bantuan kecemasan payah dan lambat
diperolehi.
A ) Hak Penjagaan
Dua sudut berbeza - Organisasi dan Individu :
Langkah langkah menghadapi kecemasan dapat dilihat dari dua sudut , iaitu dari
sudut organisasi dan juga dari sudut individu.
Takrif organisasi: Badan / individu atau persatuan yang menganjurkan sesuatu
aktiviti rekreasi dengan keuntungan sebagai salah satu agenda. Contohnya:
program mendaki Gunung Tahan anjuran Kelab XYZ
- Penganjur mempunyai hak penjagaan ( duty of care ) terhadap peserta -
Takrif Individu: Satu kumpulan atau seseorang individu yang menganjurkan
sesuatu aktiviti rekreasi dengan tujuan berrekreasi / berseronok semata mata ,
tanpa apa apa keuntungan. Contohnya : Jom gi naik tahan?
Apakah hak penjagaan ( duty of care ) ????
“Hak penjagaan adalah tuntutan undang undang yang mengatakan bahawa
seseorang individu / organisasi itu harus mengambil langkah berjaga jaga dalam
persediaan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti agar peserta yang mengambil
bahagian dalam aktiviti tersebut tidak tercedera akibat tindakan atau kegagalan
penganjur untuk bertindak “
Maksudnya ialah : sebagai seorang penganjur, anda haruslah memastikan
keselamatan para peserta diambil kira semasa perlaksanaan program.
Contoh : Menyediakan kayak dan life jacket yang sempurna bagi aktiviti berkayak
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
/ senarai barang perlu dibawa oleh setiap ahli ekspedisi / first aid kit.
B ) Maklumat sedia ada
- Polisi / Standard Operating Procedure ( SOP ) :
Apakah yang dimaksudkan oleh polisi / SOP
SOP / Polisi adalah satu dokumentasi yang menerangkan langkah langkah yang
perlu diambil / dibuat bagi mencapai sesuatu matlamat.
Polisi adalah penting bagi sesuatu organisasi oleh kerana beberapa sebab:
o Keseragaman dari segi prosedur – tidak lagi ikut “stail” sendiri atau
ikut adat turun temurun.
o Dapat mengkaji amalan sekarang dan mewujudkan satu prosedur
yang lebih lengkap dan teratur.
o Ujud dalam bentuk hitam putih dan bukan ikut mulut.
o Boleh dirujuk pada bila bila masa / oleh sesiapa.
o Dapat membantu semasa hendak membuat sesuatu keputusan
penting.
o Mudah diubah suai mengikut peredaran masa.
o Mudah bagi orang baru memahami susunan kerja / tugas tugas
o Lebih professional dan teratur – bagus untuk PR
- Merangkumi:
a) Persediaan sebelum melaksankan sesuatu ekspedisi. Contohnya :,
Kertas kerja sebelum ekspedisi – Permit dan kebenaran pihak
berkuasa, borang pelepasan tanggungjawab , surat pengesahan
kesihatan ,
b) Kriteria / skill yang perlu ada pada seorang ketua ekspedisi – ciri
ciri ( pengalaman , kebolehan memimpin, persedian first aid )
c) Langkah langkah keselamatan - langkah langkah mengelakkan
kemalangan – sop / polisi untuk trekking / rock climbing / abseiling–
berapa orang guide / berapa peserta / cara penggunaan peralatan
( tali temali / radio / satellite phone / berjalan malam ) .
d) Langkah langkah sekiranya berlaku kemalangan ( EMP –
emergency management procedure ) – sususan kuasa – siapa
perlu dihubungi terdahulu – Presiden kelab? Ahli penyelamat ? mak
? ayah? Kawan? Langkah pertama yang perlu diambil – rawatan
awalan atau hubungi orang lain?
e) Penjagaan peralatan :
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Contoh SOP / polisi :
Prosedur Bila Berlaku Kecemasan ( Tahap 1 )
- Presiden Kelab mengisi borang Kecemasan dan memasukkan butiran
butiran mengikut perlaksanaan sebagai record
- Ketua ekspedisi menulis kronologi dan memasukkan butiran butiran
mengikut perlaksanaan sebagai record.
Kecemasan Berlaku
Ketua ekspedisi stabilkan Mangsa
/ Keadaan dan kumpulkan
maklumat.
Hubungi President kelab
sekiranya boleh dan
sekiranya kecemasan
adalah di tahap 1 ( serius).
President kelab menghubungi pihak
berkuasa untuk pertolongan
Ketua ekspedisi
berkomunikasi secara terus
dengan presiden kelab
Presiden kelab berkomunikasi
dengan pihak berkuasa /
media sekiranya perlu
Pihak berkuasa menyediakan
bantuan dan berhubung dengan
president kelab. Perhubungan
dengan ketua eskpedisi
dielakkan kecuali sangat perlu
Ketua ekspedisi mengawal
dan menjaga peserta di
tempat kejadian sambil
menunggu petolongan
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Contoh SOP / polisi ( penjagaan peralatan ) :
a. Equipment cleaning and storage
· At the end of each roping activity, all hardware (carabineers, pulleys
and grigris) must be cleaned by the crew before leaving the activity
site. After lubricating the hardware, they must be wiped dry. No oil is
to be left on the surfaces of the hardware. All hardware, spanners,
pliers, WD40 and rags must be kept in the hardware box. After all the
equipment has been checked and cleaned, fill in the equipment check
list and hand it to the quatermaster.
· Carabineers must be cleaned by spraying WD40 into the screw gates
and the joints. Twist the gates a few times and wipe off excess oil. The
screw gates must be able to turn freely and there must not be any
foreign material in the threads. If the gates do not turn freely, try
turning them a few times under a tap or in a basin of tap water to
remove the foreign material. Dry, lubricate with WD40 and wipe off
excess oil.
· Pulleys must be cleaned by spraying WD40 between the rollers and the
pulley body. Wipe off excess oil, especially between the roller and the
pulley body.
· Grigris must be sprayed (inside and outside) with WD40 and wiped
clean. Make sure there is no dust / foreign material between the
moving parts. Wipe off excess oil.
Spray WD40 into the screw gates
and twist the gates a few times
Wipe off excess oil and spray WD40
into the screw gate if needed
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
- Maklumat Kawasan
Maklumat kawasan adalah sangat penting bagi persiapan sesuatu ekspedisi atau
aktiviti. Maklumat kawasan in mempunyai maklumat terbaru yang merangkumi
laluan trek , bentuk muka bumi, landmark, lokasi sumber air, suhu , tempat -
tempat bahaya, kapasiti sais tapak perkhemahan, laluan kecemasan , kampung
berdekatan, kawasan adanya talian telefon, kawasan kilat, kawasan binatang
buas dan lain lain lagi.
Dengan adanya maklumat kawasan ini, seseorang itu dapat gambaran yang
terbaru mengenai sesuatu kawasan. Ia juga dapat membantu ( ahli ekspedisi dan
juga pasukan penyelamat ) sekiranya terdapat apa apa kecemasan.
B) Wilderness first aid :
Apakah Wilderness First Aid?
Wilderness first aid ialah disiplin / cabang khusus pertolongan cemas yang
berkaitan dengan kawasan terpencil , dimana bantuan perubatan susah atau
lambat diperolehi. Penjagaan pesakit ( nursing ) yang selalunya bukan salah satu
bahagian pertolongan cemas biasa adalah satu bahagian penting dalam
Wilderness First Aid.
Sejarah wilderness first aid:
Kursus pertama Wilderness EMT ( Emergency Medical Technician ) diajar
pada tahun 1976 bagi membantu para EMT di Colorado Amerika Syarikat agar
mereka dapat mengadaptasikan kebolehan dan pengalaman mereka semasa
bekerja dengan pasukan- pasukan cari dan menyelamat . Pada tahun 1977 ,
organisasi seperi Stonehearth Open Learning Opportunities ( SOLO ) dan
National Outdoor Leadership School ( NOLS ) mula menawarkan kursus
Wilderness First Aid kepada para jurulatih mereka.
Pada tahun 1984 , SOLO telah membangunkan dan mula mengajar Kursus
Wilderness First Responder yang pertama. Tujuan menghasilkan kursus ini
adalah bagi membekalkan para Ranger, pemimpin luar dan jurupandu
maklumat yang secukupnya bagi membolehkan mereka menghadapi krisis
semasa di hutan belantara.
Pada tahun 1985, SOLO mula menawarkan latihan WFR kepada Outward Bound
di Florida. Sekarang pengiktirafan WFR merupakan antara prasyarat bagi
pekerja pekerja dalam industri outdoor.
Pusat pusat latihan terbesar bagi latihan WFA dan WFR kini adalah SOLO ,
Wilderness Medicine Institute dan Wilderness Medical Associates.
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Perbezaan antara WFR dan First Aid
Wilderness First Aid First Aid
Definasi :
Bantuan kecemasan yang diberi kepada orang
yang tercedera atau sakit sebelum bantuan
medikal professional diperolehi ( > 2 jam ) .
Bantuan kecemasan yang diberi kepada
orang yang tercedera atau sakit sebelum
bantuan medikal professional diperolehi
( < 2 jam ) .
Masa:
Masa bersama pesakit lebih lama , mungkin
mengambil masa beberapa hari.
Masa bersama mangsa cuma beberapa
minit, sementara menuggu bantuan tiba.
Keadaan persekitaran :
Terdedah kepada alam sekitar, Hujan, ribut, kilat,
sejuk , panas, seranggan, binatang buas ,
kegelapan malam, dll
Keadaan persekitaran yang selalunya
tidak begitu merbahaya.
Pengubahsuaian:
Peralatan bagi merawat atau membawa keluar
pesakit perlu dibuat dengan menggunakan apa
yang ada.
Tiada pengubahsuaian
Komunikasi:
Penyelamat mungkin perlu membuat keputusan
berkaitan rawatan pesakit atau keputusan untuk
membawa keluar pesakit tanpa merujuk orang
luar.
Komunikasi mudah tetapi tidak perlu
Mengelakkan kemalangan:
Pemimpin luar yang berpengalam sedar bahawa ia
adalah lebih mudah untuk megelak sesuatu
kemalangan daripada menguruskan sesuatu
kemalangan
Cara mengajar:
70% praktikal , 30% teori dan mengambil masa
lebih kurang 9 hari ( WFR )
Lebih kepada teori tetapi masih ada
praktikal. Lebih kurang 1-2 hari
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
D -
R -
A -
B -
C -
Medical problem
Trauma
Perbezaan: DRABC dengan “IMP”
Topik - topik yang diajar termasuk:
CPR , Chest injury, shock, head injuries, spinal injuries, musculoskeletal
Injuries, Wilderness Wound Management, Heat Illnesses, Altitude sickness,
Lightning, Submersion Incidents, Diving Emergencies, Cardiac Emergencies,
Respiratory Emergencies, Neurological Emergencies, Diabetes, Allergic
Reactions and Anaphylaxis , Poisoning , Abdominal Injuries and Illnesses,
Female / Male gender Medical Illnesses , Communicable disease, search and
rescue, considerations for a wilderness medical kit, considerations for an
expedition drug kit , dan banyak lagi.
Size
up the scene
Initial
Asessment
ABCDE
Head
to
Toe
Vital signs SAMPLE
Documentation MAEF / SOAP notes
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Kursus Wilderness First Aid di Asia Tenggara:
Kursus Wilderness First Responder dan Wilderness First Aid pernah diajar di
Malaysia. Wilderness Centre Sdn Bhd telah membawa tenaga pengajar dari
WMI Australia dan WMI Amerika, sebanyak 2 kali, pada tahun 2005 dan pada
tahun 2007.
Kelulusan yang diberi sah di seluruh dunia ( bagi negara - negara yang
mengiktiraf kelulusan WFR )
Kursus WFA juga diajar oleh Outward Bound School Singapore, tetapi diiktiraf
cuma di Singapura sahaja.
C ) Surat Pengesahan Kesihatan
Di Malaysia, amalan ini kurang diamalkan. Namun begitu, surat
pengesahan kesihatan adalah penting bagi seseorang penganjur . Ia bukan
sahaja dapat memberi maklumat kesihatan peserta , tetapi boleh dijadikan
rujukan pada masa hadapan.
Dengan adanya surat pengesahan kesihatan ini, pihak penganjur dapat
meneliti masalah - masalah kesihatan yang dihadapi oleh peserta, dan dapat
bersiap sedia sekiranya perlu.
Peserta peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang mungkin tidak
sesuai dengan aktiviti atau yang membahayakan peserta lain juga dapat
dikenalpasti dan mungkin dinasihatkan agar tidak mengikut aktiviti tersebut.
Langkah ini dapat serba sedikit, mengurangkan tanggungjawab pihak
penganjur.
D) Surat Pelepasan Tanggungjawab:
Sering kali apabila kita mengambil bahagian dalam sesuatu program yang
dianjurkan oleh sesuatu organisasi, borang yang sering perlu kita tandatangani
adalam borang pelepasan tanggungjawab:
“Saya ________________ no IC :_______________ bersetuju mengikut
program__________________ anjuran Kelab PQRTS selama 3 hari 2 malam. Saya juga
mengaku bahawa segala butiran yang diberikan adalah benar dan berada dalam keadaan sihat
dan sesuai melakukan aktiviti tersebut. Saya juga faham bahawa dengan mengambil bahagian
didalam aktiviti ini, saya tidak akan menuntut apa apa gantirugi terhadap pihak penganjur , AJK
atau urusetia sekiranya terdapat apa apa kemalangan / kecelakaan yang berlaku terhadap saya,
sebelum, semasa atau selepas aktiviti tersebut, samada berkaitan atau tidak.
________________
( Tanda tangan )
Tarikh:___________”
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
Adakah pihak penganjur selamat dari apa – apa tindakan sekiranya berlaku apa
apa kemalangan sebelum, semasa atau selepas aktiviti tersebut?
Tidak! Kerana dalam bidang perundangan, borang pelepasan tanggungjawab ini
terhad dan sekiranya penganjur tidak mengambil langkah langkah keselamatan
yang sewajarnya, mereka masih lagi boleh disaman / diheretkan ke mahkamah
sekiranya didapati lalai atau cuai.
Terdapat banyak kes dimana didapati pihak penganjur telah lalai dari segi
keselamatan atau tidak mengambil inisiatif sewajarnya bagi mengelakkan
kemalangan. Pihak penganjur ini telah diheretkan ke mahkamah dan didapati
bersalah dan dijatuhkan hukuman.
Kita harus sentiasa beringat bahawa walaupun kita telah menandatangani surat
pelepasan tanggungjawab, penganjur masih lagi mempunyai hak penjagaan
terhadap peserta. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini.
E) Peralatan keselamatan
Peralatan yang berfungsi dan berkualiti adalah amat penting semasa
berada di kawasan terpencil. Ini adalah kerana semasa berada di kawasan hutan
dan gunung, kita berada dalam kelompok kecik yang jauh dari bantuan luar.
Segala peralatan yang dibawa , terutamanya peralatan keselamatan haruslah
yang terbaik, tidak mudah rosak dan boleh dipercayai.
Berikut adalah senarai beberapa peralatan keselamatan yang disyorkan ada
samada pada setiap individu atau sekurang kurangnya dikongsi bersama dalam
sesuatu aktiviti. Senarai berikut adalah tidak lengkap dan boleh ditambah lagi.
- Kit minima ( setiap individu ) – Kit minima adalah peralatan minima yang
harus ada pada setiap orang pada bila - bila masa. Ia terdiri daripada satu
salinan pakaian, baju hujan , satu ground dan fly sheet , air sebanyak 3 liter,
makanan cukup untuk sehari, selimut atau sleeping bag, lampu suluh, pisau dan
pemetik api. Semua peralatan ini hendaklah disimpan dalam satu bekas kalis air,
dan disimpan didalam backpack.
Kit minima ini digunakan hanya bila berada dalam kecemasan , seperti
terpisah dari kumpulan atau tersesat.
- Peralatan komunikasi (individu atau kumpulan ) – Terdapat pelbagai peralatan
komunikasi , contohnya telefon mudah alih, radio, flare ( api atau asap ) dan
wisel. Secara amnya setiap peserta haruslah sekurang – kurangnya mempunyai
sebuah wisel yang boleh digunakan untuk mendapat perhatian.
GPS juga amat berguna sekiranya terdapat kemalangan dan memerlukan
bantuan para penyelamat.. Ini adalah kerana GPS dapat memberitahu lokasi
Sidang Warga Gunung 2008 – Persediaan Keselamatan Hutan dan Gunung
Disediakan oleh Outdoor Dynamics Sdn Bhd - www.outdoordynamics.com.my info@outdoordynamics.com.my
dengan tepat dan cepat. Ini amat membantu sekiranya bantuan segera
diperlukan.
- First aid kit ( individu dan kumpulan ) – Paling elok, setiap orang membawa
ubat – ubatanya sendiri. Ini adalah kerana lain orang, lain keperluanya ubat
ubatanya. Namun begitu, pihak penganjur hendaklah menyediakan sebuat first
aid kit umum bagi penggunaan ahli ekspedisi. First aid kit ini juga boleh diubah
suai dengan mengambil kira latar belakang kesihatan para peserta.
F) Tip tip praktikal
- Sentiasa mengikuti undang undang , eg memohon permit /
membuat surat laporan kepada balai polis berdekatan.
- Pastikan ada orang yang tahu anda kemana dan bila dijangka
pulang.
- Sentiasa adakan back up , ie penolong ketua, atau peralatan. Ini
adalah kerana sekiranya satu hilang / rosak, anda masih ada satu
lagi. Ingat system bersiri dan system selari?
- Sentiasa fikirkan “what if”
- Komunikasi adalah antara perkara paling penting untuk mengelak
atau mengurus kemalangan. Elakkan dari melakukan andaian:
ASSUME – is making an ASS of U and ME
- Keselamatan adalah tanggungjawab bersama, dan bukanya hanya
dipikul oleh penganjur.
Rujukan:
- http://newyorkinjurylawyers.wordpress.c ... gal-terms/
- http://en.wikipedia.org/wiki/Wilderness_First_Responder
- http://www.wms.org/
- Wilderness Medicine handbook , 10th edition – Wilderness Medicine Institute NOLS
- Medicine for mountaineering & other Wilderness Activities ISBN 0-89886-799-1
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

cikgunik
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 18 Sep 2013, 23:33

Re: PERSEDIAAN KESELAMATAN by Outdoor dynamics_ SWG09

Postby cikgunik » 22 Sep 2013, 19:44

Slm...mohon copy tq


Return to “Klinik Gunung”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron