Pada tahun 2004 beberapa buah pulau telah dijadikan Taman Laut Tun Sakaran kerana keindahan dan
juga kepentingan ekologi alam. Pulau-pulau tersebut ialah Bodgaya, Boheydulang, Sebakat, Selakan,
Maiga, Sibuan, Matabuan dan Kapikan.
Lebih dikenali dengan TSMP (Tun Sakaran Marine Park) Maiga, Sibuan dan Matabuan bukanlan sebuah
pulau, ialahnya dikategorikan sebagai ‘sand cays’. Kapikan pula dikategorikan sebagai ‘patch reefs’.
HARI PERTAMA
Perjalanan hari pertama aku mulakan dengan penerbangan Air Asia menuju ke Tawau.

Langit biru setia meyelubungi alam ketika penerbangan dimulakan. Namun bertukar menjadi pekat
malam ketika penerbangan menjejak kaki di atas landasan kapal terbang Tawau walaupun jam baru
menunjukkan pukul 6.30 petang.
Aku menaiki teksi untuk ke bandar Semporna. Jalan raya yang menghubungkan Tawau-Semporna tetap
sibuk walaupun malam telah menjelma. Tempat untuk aku melelapkan mata pada malam pertama ialah
Dragon Inn Floating House. Terletak di tepi bandar Semporna, Dragon Inn memberikan pandangan yang
menarik pada waktu malam.

HARI KEDUA
Turun ke jeti Semporna bagaikan pesta tahunan yang jarang dilihat. Himpunan ratusan manusia yang
menunggu menaiki bot mahupun turun berlabuh adalah pemandangan biasa di sini. Walaupun jeti kayu
usang yang diragui tahap keselamatannya, namun inilah pengankuktan utama di sini.

Setelah mendapat bot pada harga yang berpatutan, destinasi pertama lawatan aku ialah Pulau
Boheydulang yang terletak dalam TSMP. Rata-rata pemandu bot di sini menyarankan aku untuk ke pulau
Sibuan, namun hati aku masih belum terpaut untuk ke sana. Tujuan aku untuk ke Pulau Boheydulang
adalah untuk melihat bidang penyelidikan yang dilakukan di situ.
Perjalanan menaiki bot enjin sangkut berkembar 30 kuasa kuda setiap satu... mengambil masa hampir
sejam untuk ke Boheydulang. Boheydulang memang jelas kelihatan dari bandar Semporna dengan
puncak berbatu yang diliputi hutan menghijau. Sesuatu yang menarik sepanjang perjalanan ke
Boheydulang ialah melihat selautan rumpai air yang ditanam secara komersial.

Mengikut pemandu bot tersebut, rumpai ini dijual pada harga kira-kira RM2.50 sekilo.

Tiba di jeti Boheydulang, ribuan anak-anak ikan bermain di tepian jeti yang mengunjur ke tengah laut
bagai menyambut riang setiap kehadiran tetamu.

Antara penyelidikan utama di sini ialah kima gergasi yang kelihatan seperti gamat juga beberapa
hidupan laut yang lain.



Setelah menhabiskan masa lebih setengah jam di Boheydulang, aku meneruskan perjalanan ke pulau
Omadal. Perjalanan agak jauh dan lebih panjang berbanding hendak ke Boheydulang tadi. Rupa-rupanya
Omadal ialah perkampungan Bajau darat dengan tiang-tiang rumah yang di pacak ke dalam air.
Omadal bagi aku bukan lah sebuah pulau. Ianya hanyalah himpunan pasir sahaja… tiada tanah… dan
tiada pokok untuk berteduh. Selain itu…… kesemua pasir di sini ditenggelami air


Aku menghabiskan masa lebih dari setengah jam untuk snorkeling dan mandi bersama anak-anak Bajau
di sini. Perjalanan balik ke semula ke Semporna mengambil masa lebih 1 jam dengan mengelilingi pulau
Bum Bum yang merupakan pulau terbesar sekali di sini.

Petang hari kedua ini aku mengambil peluang menangkap gambar matahari terbenam di Semporna.
Malam nya aku bermalam semula di Dragon Inn Floating House.


HARI KETIGA
Pagi hari ketiga aku merehatkan diri sepuasnya di Dragon Inn dan check out tepat jam 12.00 tengah hari
untuk keluar mencari makan tengah hari di Bandar Semporna. Jam 2.00 petang waktu yang dinanti
akhirnya tiba jua menjemput aku berdua di Jeti Umum Semporna bagi meneruskan perjalanan ke
Pulau Mabul.
Menaiki bot enjin sangkut berkembar dengan 40 kuasa kuda setiap satu... perjalanan mengambil masa
sejam. Akhirnya aku menjejak juga kaki di bumi Mabul yang terkenal dengan keindahan pantai dan laut.

Selepas azan asar berkumandang di Pulau Mabul, aku menghabiskan masa petang dengan berjalan
mengelilingi pulau.



Menyusuri pantai Mabul memang terpesona dengan keindahan dan kejernihan lautnya. Di kawasan
perkampungan pula aktiviti harian mereka berlangsung seperti biasa. Kanak-kanak riang berlari ke sana-
sini, golongan dewasa pula tertumpu di padang bola, badminton, takraw dan juga bola keranjang.
Perniagaan runcit dapat dilihat di setiap sudut kampung. Rumah-rumah ada yang di bina di atas darat
dan juga air...namun rumah di atas air nampak mempunyai banyak kelebihan kerana merek bebas untuk
membesarkan rumah mengikut kemampuan sendiri.

HARI KEEMPAT
Hari terakhir di Mabul aku bangkit seawal jam 4.30 pagi. Berbekalkan fungsi auto yang terdapat pada
Olympus TG-820, dapat juga aku mengambil gambar matahari terbit.

Snorkeling awal pagi di Mabul bertuah kerana dapat melihat penyu berenang. Tapi terlalu laju untuk di
kejar dan mengambil gambar. Melainkan menangkap gambar hidupan laut yang kurang aktif bergerak.


Deretan bot yang berlabuh di Pulau Mabul akhirnya terjawab sudah sebelum aku bergerak pulang ke
Semporna. Sepanjang hari dan malam bot yang tidak bergerak ini menjadi persoalan besar kepada aku.
Bilakah waktunya nelayan-nelayan tersebut turun ke laut menangkap ikan? Stanley yang menjadi pemilik
Sperediver Homestay & Scuba Diving menjelaskan bot-bot tersebut adalah RUMAH bagi suku
kaum Bajau Laut. Kehidupan harian mereka ialah di atas bot... daripada memasak.. membasuh... tidur...
makan... minum.... hinggalah aktiviti buat anak.... dilakukan dalam bot.

Setiap bot-bot besar yang menjadi rumah ini akan ada sebuah bot kecil yang menjadi pengankutan
untuk mereka ke bandar Semporna membeli keperluan harian. Adakalanya bot besar ini akan bergerak
ke suatu sudut lain di lautan ini...dan mereka menetap di situ....sampai masa mereka akan akan
berpindah ke tempat lain pula. Dan kebanyakan mereka ini tidak mempunyai kerakyatan ataupun kad
pengenalan diri.

Aku meninggalkan mabul tepat jam 12.00 tengah hari untuk ke Semporna. Kemudian meneruskan
perjalanan ke Lapangan terbang Tawau dengan menaiki bas ekpress sebelum terbang ke Kuala Lumpur....
dengan perasaan ingin kembali semula ke sini.....