20120526 Kursus Asas Rekreasi (Tahap I)

Aktiviti selain dari mendaki gunung dan topik am

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

20120526 Kursus Asas Rekreasi (Tahap I)

Post by JeNaL »

Tarikh :
26 (ahad) - 28 (isnin) May 2012

Tempat :
Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor

Kos :
kalau kat dlm FB katanya tak lebih dr RM200

Salam Rekreasi, Salam 1 Belia & Salam 1 Malaysia,
ORL Green Nature dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan akan menganjurkan satu Kursus Asas Rekreasi (Tahap I) pada 26 Mei 2012 hingga 28 Mei 2012 bertempat di Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Sepanjang kursus selama 3 hari tersebut, peserta akan didedahkan kepada ilmu teori dan praktikal berkaitan rekreasi khususnya rekreasi luar. Di antara topik utama yang akan diadakan sepanjang kursus 3 hari tersebut adalah:

1. PENGENALAN KEPADA REKREASI LUAR
2. PENGENALAN KEPADA PERTOLONGAN CEMAS
3. PENGENALAN KEPADA AKTIVITI AIR (KAYAK)
4. PENGENALAN KEPADA ASAS IKHTIAR HIDUP
5. PENGENALAN KEPADA AKTIVITI KEMBARA
6. PENGENALAN KEPADA AKTIVITI PERKHEMAHAN
7. KONSERVASI ALAM
8. SUKARELAWAN DALAM REKREASI

Jurulatih jurulatih adalah daripada mereka yang telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan serta memegang kad pentauliahan jurulatih rekreasi Malaysia (KBS).

Bayaran akan dikemaskini.
*bayaran ini meliputi:
>kemudahan fasiliti kursus
>nota kursus
>jurulatih
>peralatan kursus
>t shirt kursus
>makan minum selama 3 hari 2 malam

Peserta akan menerima sijil daripada Jabatan Belia & Sukan yang diiktiraf serta sijil penyertaan daripada ORL Green Nature.

Jumlah minima peserta kursus adalah seramai 20 orang.
Jumlah maksima peserta kursus adalah seramai 40 orang.

Kepada kelab/persatuan/organisasi swasta & kerajaan/orang perseorangan yang berminat untuk menyertai kursus ini adalah digalakan untuk berhubung dengan pihak kami di talian:
012 4350530/03 4161 1037
yusree.orl@gmail.com / orlgn@unifi.my

Kursus ini adalah bersesuaian kepada mereka yang ingin meneruskan perjalanan yang jauh dalam bidang rekreasi luar di Malaysia ini.

Terima kasih.


Ref site : https://www.facebook.com/events/336408629717201/
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

pencinta gunung
Pendaki Gunung
Posts: 6
Joined: 02 Jan 2012, 18:29
Location: penang

Re: 20120526 Kursus Asas Rekreasi (Tahap I)

Post by pencinta gunung »

ini macam, kena join nih...

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: 20120526 Kursus Asas Rekreasi (Tahap I)

Post by rainmaker »

terbaikkkk
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

Post Reply