Day 1 - Bukit Kayu Hitam - Sadao - Songkla - Hatyai - Rattapum - Phattalung - Nakhon Sithamarat - Suratthani - Chumporn - Tha Sae
breakfast di Sadao dan mulakan perjalanan pada jam 10am dan tiba di Tha Sae sekitar jam 1am.Kelajuan sekitar 60-80 km/h.Makan tengahari di Suratthani (dah pukul 3pm pon).Malam pertama kami tidur dlm keta di stesen minyak yang ada kemudahan tandas yang ada bilik mandi dan 7 eleven dan wifi free.Tapi tak semua barang di 7 eleven disana halal.Perjalanan pada hari pertama tiada yang menarik perhatian kami untuk berhenti bergambar kerana suasananya 'biasa2' je.Tak banyak beza dgn tempat kita.Perjalanan pad ahari pertama kami paling jauh kerana dah set akan drive paling jauh yang boleh untuk membolehkan peluang utk tiba destinasi kami yaitu Kanchanaburi pad ahari ke 2.
Day 2 - Tha Sae - Bang Saphan - Thap Sakae - Prachuap Kiri Khan - Kui Buri - Sam Roi Yot - Pran Buri - Cha am - Petchaburi - Samut Songkram - Ratchaburi - Kanchanaburi.
Seawal 7.30am kami mulakan perjalanan.singgah ditepi 'hiway' beli pisang tempatan..untuk 'breakfast' dan 'lunch' kami.Berada pada kedudukan menuju ke Central Thailand pada hari kedua,makanan halal semakin susah ditemui.Suasana sekeliling sudah berlainan..pokok2 seperti di 'musim luruh'.kami dapat merasakan perubahan suasana ini.Dari Ratchaburi - Kanchanaburi kami lalu kawasan pendalaman dan jalan kampung.Syukur GPS Navigator dari Iphone 4s member bertindak amat cemerlang sekali.Setelah berhempas pulas melalui kawasan pendalaman,akhirnya kami selamat tiba di Kanchanaburi sekitar jam 5 petang.Kami terus mencari tempat yang paling terkenal di Kanchanaburi yaitu Jambatan Sungai Kwai.Setelah puas melawat kami pon mencari hotel untuk bermalam.Pusing punya pusing kami ambil luxury hotel dengan bayaran 900 baht..dikongsi kami bertiga hehe.
dari info pekerja hotel, 1km dari hotel ada food court dan ada 2 warung muslim.Alhamdullilah kami bertiga memang dah tahap 'kebulur' nasi dah kerana sepanjang perjalanan siang hanya minum air,makan pisang dan roti buku je hehe..malam tu kami pergi ke food court dan warung tu menjual nasi beriani dan nasi ayam..tapi lain sket tak sama dgn tmpt kita...ini beriyani versi Kanchanaburi...tp sedap jugak (tengah lapar).

Berhenti sebentar untuk merakam suasana disini.agakj menarik perhatian kami dengan pokok2 nya dan puncak bukit didepannya.


Pemandangan lebuhraya sepanjang perjalanan menuju Kanchanaburi dihidangkan dengan pokok2 'savanah'.Gambar ini diambil ketika berada di Petchaburi pada hari kedua.

Awan Nano mengiringi sepanjang perjalanan kami...(shoot dari dalam keta)


Driver + Navigator ...seat belakang turn untuk kami rehat/tidor hehe.kamera memasing bebas untuk 'grab and shoot' hehe

Last 10 km Finally kami tiba di Kanchanaburi.Alhamdullilah..

Penduduk tempatan menggunakan 'boat penambang' untuk berulang alik melintasi sungai Kwai.

pemandu bot berehat dibawah jambatan bersejarah 'River Kwai' sambil menunggu mana2 pelancong yang ingin meronda sepanjang sungai.

Kelihatan sebuah bot membawa pelancong bersiar2 membelah sungai Kwai melewati salah satu restoran terapong di bandar Kanchanaburi.
to be continue