Apa itu AMS?

Perbincangan dan tip rawatan kecemasan di kawasan terpencil
Post Reply
User avatar
Ben_Fitri
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 08 Aug 2006, 09:42
Contact:

Apa itu AMS?

Post by Ben_Fitri » 02 Dec 2006, 14:42

Assalamualaikum...

nak tamya sikit apa itu AMS?Apa tindakkan dan rawatan yg sepatutnya diberikan.Bukannya apa kitaorg nak g gunung kinabalu 12hb ni.

wASSALAM...

rotiturbo
Pendaki Gunung
Posts: 70
Joined: 08 Aug 2006, 08:50

Post by rotiturbo » 03 Dec 2006, 02:09

hah..
aku pun tertanye2 ape itu AMS??
ramai gak yg tanye kt aku psal benda tu....
siape boleh tlg ek..

User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by cwyap » 03 Dec 2006, 10:20

AMS - Acute Mountain Sickness = Altitude Sickness.

Semakin tinggi pendaki naik, kalau tak ambil masa untuk sesuaikan diri dengan tahap oksigen yang semakin berkurangan, badan kita akan berasa letih, lemah & kurang sihat. Sakit kepala dan rasa nak muntah pun ada.

Sewaktu kumpulan saya naik Gn. Kinabalu 2 tahun yang lepas, salah satu geng member hadapi AMS, tapi nasib baik AMS yg ringan aje. Muka dia tukar warna - macam kelabu & percakapan dia pun tersesak-sesak. Itu pun sebelum sampai Gunting Lagadan. Guide masa tu nak dia pusing balik, tapi I teman member I biar dia rehat 1/2 jam & minum air banyak-banyak. Nasib baik warna muka bertukar balik seperti biasa dan keesokan pagi dia berjaya sampai ke puncak.

Yg paling penting tu, kena go slow & steady sewaktu berjalan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi. Jgn jadi hero nak cepat cepat sampai ke destinasi. Asalkan guide tu tak gesa, just relaks. Dan sewaktu bermalam di aras 11,000 kaki tu, tidur la awal sikit & minum air suam/panas seberapa banyak yg boleh sebelum tidur.

Kali pertama I daki Gn. Kinabalu, I nampak budak perempuan dua tiga orang menangis tak terhenti-henti selepas Sayat-Sayat bukan kerana letih, cedera ataupun terpisah dari gang dia orang, tetapi kerana AMS boleh ganggu emosi seseorang. So, dari 11,000 kaki ke puncak, advice sama - jgn jadi hero. Take your time. Kalau bertolak antara 2:30am hingga 3:30am tu, sempat sampai ke puncak 7:30am kecuali la kalau nak tengok matahari terbit.

For me, pun kena AMS tetapi very mild. Nasib baik kat Gunting Lagadan sebelum tidur, I ambil NOVOMIN (pil utk counteract motion sickness & altitude sickness). JGN ambil bila nak start climbing - BAHAYA sebab dia buat seseorang itu lebih relaks; you need to be alert when you are climbing.

Tapi memang AMS tu bad news. I jalan 20 langkah, berhenti tercunggap-cungap & kena rehat 1/2 minit sebelum meneruskan perjalanan. Sampai Low's Peak about 7:45am selepas bertolak dari Gunting Lagadan jam 3:30am (lembab sikit la I :oops: ). And you akan teringat nak stop & quit - AMS really challenges you. Tapi kalau u tak terbatuk darah, pitam ataupun fokus semakin teruk, tak jadi masalah utk meneruskan. Lagipun guide akan memerhatikan you.

Anyway, hope ringkasan di atas akan sedikit sebanyak membantu saudara yg akan mendaki Gn Kinabalu nanti. Saya akan sekali lagi ke Gn Kinabalu tahun depan, bulan Mac. Kali pertama berjaya tetapi kali kedua terkandas kat Gunting Lagadan sebab demam panas :?: . Hopefully the third time will be another successful climb for me.

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir » 04 Dec 2006, 08:45

Posted: Sat Dec 02, 2006 4:30 pm Post subject:

--------------------------------------------------------------------------------

s'kum + hello cwyap
,
AMS adalah singkatan untuk Acute Mountain Sickness , tidak berkaitan / lain terus daripada hyporthermia. AMS terbahagi kepada dua ( kalau aku ingat betul ) HACE ngan HAPE , High altitude Cerebral Edema ngan High Altitude Pulmonory Edema. Kalau tengok nama , cerebral tu berkaitan dengan otak, manakala Pulmonory tu berkaitan dengan Peparu. Edema bermaksud swelling of an organ or tissue due to accumulation of fluid.

AMS berlaku apabila kita naik ke high altitude tanpa acclimatize. Lain badan, lain tahap tolerance terhadap altitude.


maka itulah alkisah sekelip mata pasal AMS. PMS lain cerita juga, pompuan mau crita heheheeeeeeee
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 04 Dec 2006, 10:05

kebiasaannya AMS berlaku kat gunung-gunung alpine....
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
Ben_Fitri
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 08 Aug 2006, 09:42
Contact:

time kaseh...

Post by Ben_Fitri » 05 Dec 2006, 01:03

oooo...cam tu rupanya.ok dah paham sikit2.tq to all member yg banyak membantu....

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 05 Dec 2006, 09:13

Senang cerita ..dua -dua yg nadir kata melibatkan tekanan ....untuk megelak tekanan yang mendadak kita kena relak sikit jangan laju sangat naik....
biar badan kita boleh terima perubahan tekanan dalam badan baru melangkah lagi.....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
En Azlee
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 16 Nov 2009, 16:32
Location: putrajaya
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by En Azlee » 14 Jun 2010, 15:10

ade sape2 yg tau / penah terai Rhodiola rosea utk kurangkan AMS?
" Pengalaman adalah guru terbaik..."
azleemustafa@gmail
0172366218

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by nadir » 14 Jun 2010, 18:48

wooo bes tu... mana nak dapat ?
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by JeNaL » 15 Jun 2010, 21:58

ade sape2 yg tau / penah terai Rhodiola rosea utk kurangkan AMS?
cerita la apa benda tu Rhodiola rosea...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by rainmaker » 06 Jul 2011, 08:52

owh baru 1st time dgr psl AMS. nice info.tq all
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: Apa itu AMS?

Post by aliph » 07 Jul 2011, 08:34

NOVOMIN (Dimenhydrinate ) tablet 50mg : antivertigo drugs
For travel,motion sickness,nausea,vomiting&miniere's disease
dose: 1 tablet 3x sehari
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
9W2MNL
Pendaki Gunung
Posts: 32
Joined: 21 Aug 2011, 18:16
Location: SEPANG

Re: Apa itu AMS?

Post by 9W2MNL » 23 Aug 2011, 01:05

Salam.
Betul kata bang nadir tu. AMS ada HAPE ngan HACE. Satu cara lagi nak mengelakkankan AMS ialah acclimitization (betul tak eja tuh). kene panjat pelan pelan same gak macam diving, tak leh main terus turun samapi 50 kaki lam laut. naik gunung pun sama, kalau kene HAPE ngan HACE ni cepat cepat masuk chamber. kene bagi tekanan pure oxigen kat dia. pasal kalau HACE otak dia akan bengkak. aqu penah ada pengalaman rescue kawan masa kat kalapatar dulu. rasanya kalau gunung kinabalu susahgak nak jadi kot, tapi kalau menonong jer mendaki ke puncak leh gak kene. satu lagi cara nak mengelakkan AMS ialah CLIMB HIGH SLEEP LOW. konsep ni lebih kurang macam menipu otak kita supaya dia boleh maintain tekanan yang kita terima. caranya kita panjat lebih tinggi dari tempat perhentian (tempat tidur), lepak kat atas jap dan turun semula untuk tdor sebelum sambung esoknye. DIAMOX pun ble gak membantu tapi tak digalakkan sgt pasal takut terlebih dose...lagi satu sebelum terlupa..kalau semasa mendaki ada rasa cam tak best, pening ke loye ker langkah paling baik ialah turun semula....tu ubat yang paling mujarab dan tak yah modal..
HuTaNGuNuNG TeMPaTKu MeNCaRi RaKaN SeJaTi

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Apa itu AMS?

Post by shahrul » 25 Aug 2011, 13:05

lagi satu sebelum terlupa..kalau semasa mendaki ada rasa cam tak best, pening ke loye ker langkah paling baik ialah turun semula....tu ubat yang paling mujarab dan tak yah modal..
kenapa tak digalakkan mendaki bila ada simptom pening & loya ni? kalau dah muntah2 camne?
_________________
_________________

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by rainmaker » 25 Aug 2011, 14:32

lagi satu sebelum terlupa..kalau semasa mendaki ada rasa cam tak best, pening ke loye ker langkah paling baik ialah turun semula....tu ubat yang paling mujarab dan tak yah modal..
kenapa tak digalakkan mendaki bila ada simptom pening & loya ni? kalau dah muntah2 camne?
pregnent la tu :kah:
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Apa itu AMS?

Post by shahrul » 26 Aug 2011, 09:52

pregnent la tu :kah:
simptom ni boleh jadi kat laki-laki jugak
_________________
_________________

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: Apa itu AMS?

Post by aliph » 26 Aug 2011, 11:01

laki2 yang dah masuk mende bulat tu
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Apa itu AMS?

Post by irmuaaz » 15 Apr 2012, 18:21

Err kalu ikut saya belajar masa WFR
AMS, HAPE, dan HACE adalah 3 benda berbeza
Cuma HAPE dan HACE selalunya preceded by (diikuti) oleh AMS.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

Post Reply