Buasir

Perbincangan dan tip rawatan kecemasan di kawasan terpencil
Post Reply
User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

BUASIR

Post by rembau » 06 Jun 2006, 10:55

Buasir nie aku pernah tolong hamba Allah dalam hutan....

Buasir nie akan menunjukkan tanda apabila sakit bila buang air besar dan disertai darah.

apa yg aku pelajari le selepas kejadian tersebut

· Mengelakkan makanan pedas dan berempah
· Minum banyak air
· Amalkan makan makanan yang banyak serat seperti bijirin dan sayuran.
· Kerap bersenam.
· Cuba tetapkan jadual ke tandas.

Tambahan lain
· Jangan minum minuman keras.
· Kurangkan pengambilan kafein.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran » 05 Sep 2006, 15:27

ada satu lagi, kalau tidak silap saya..

kalau nak memakan bijirin, pastikan org yang sakit buasir nie, hancurkan betul2 ( kunyah ) sebelum di telan.

mengamalkan senaman tua melayu yang dapat menguatkan otot bahagian2 yang tertentu untuk mengurangkan sakit buasir.

Sekiranya ingin mengubati diri secara tradisional,

antara cara yg senang adalah:

dapatkan akar pokok senduduk biasa ( yg bersepah di tepi jalan tu, ) ambil sedikit daun dan akar lalu di bersihkan.

kemudian, bahan2 tersebut boleh di rebus dengan air sehingga airnya menjadi susut ke 1/3... kemudian di minum...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 05 Sep 2006, 16:16

Buasir adalah penyakit pada bahagian dubur. Ianya terdiri daripada dua jenis:
1. Buasir dalam-Pendarahan berlaku disebabkan oleh pemgembagan saluran darah pada dubur hingga membengkak. Tekanan pada otot dubur yg menyebabkan kesakitan.

2. Buasir luar- jenis nie adalah yang terjulur keluar daripada dubur...

Tanda-tanda awal
1.Rasa gatal pada bahagian dubur
2.Sakit dan tidak selesa ketika membuang air besar
3. Berdenyut pada otot dubur

Minum air banyak dan makanan sayur boleh mengurangkan kesakitan
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster » 12 Sep 2006, 06:52

tumpang tambah pasal buasir... ia ada beberapa tahap tertentu. Tahap pertama, cuma rasa gatal dan sembelit, tahap kedua bila sembelit, boleh nampak dubur terkeluar sedikit, ada masanya diiringi pendarahan. tahap ketiga dubur terkeluar terus dan susah nak masuk balik. biasanya perlukan pembedahan.

cara mengatasinya... tambah kepada yg kat atas:

. makan makanan yg berserabut tinggi (high fiber)
. kurang makan makanan berunsur sejuk (tembikai, kangkung dsb)
. kurangkan aktiviti yg menggunakan byk tenaga/kederat, terutamanya yg membawa kepada meneran.

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 14 Sep 2006, 17:20

Nak kasi sikit BUKAN petua tapi PERISTIWA benar..

Rakan saya yang mengalami BUASIR
Day 1 = Dia bagitau yg dubur dah terkeluar seinci lebih
Saya suruh dia makan LIFE ENZYME keluaran CNI (bukan promosi)

**saya dapat tahu kegunaannya memang sesuai berdasarkan laporan / feedback oleh pennguna lain.

Day 2 = Dubur yang terkeluar dah mula mengecut sedikit tetapi apabila buang air besar ada keluar darah
**saya nasihatkan supaya dia terus maintain makan dan bersabar
Day 3 = Alhamdullillah dia tidak lagi perlu pakai pampers
Day 4 = Dia telah boleh membawa peserta panjat gunung

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 18 Sep 2006, 14:46

Kawan saya nie tak pernah kena buasir...akibat beban dan perjalanan
yang memerlukan daya yg kuat...ianya terkena buasir pada hari ke 3'

disuruh tolak masuk..tidak berjaya...keputusan yg dibuat...hero terpaksa dihantar utk iringi kawan nie ke bawah..dengan perjalanan selama 2-3 hari keluar...

selama dua malam terpaksa membersihkan dubur dan dipakaikan napkin.. usus tu dah merah sebab seharian bergesel dengan andor...
makanan yg diberikan jenis bubur dah..die pon tak lalu nak makan sebab takut lagi panjang yg keluar...

tongkat membantu pergerakkan nyar...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

tombiruo
Pendaki Gunung
Posts: 96
Joined: 01 Jan 2006, 12:27

Post by tombiruo » 20 Oct 2006, 16:21

dpt info ..salah satu pantang org buasir nie..kurangkan minum air teh o.sebbnya teh o akan mmbuat najis mnjadi keras.pepun just info tuk kengkawan,kalau salah harap dperbetulkan.











..pEaCe...

Post Reply