Rescue & paramedic Tips

Perbincangan dan tip rawatan kecemasan di kawasan terpencil
Post Reply
User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Rescue & paramedic Tips

Post by rembau » 20 Jan 2006, 17:18

Topic berhubung langkah keselamatan dan rawatan awal yang patut dilakukan bila trajedi berlaku di belantara khasnya sebelum mendapat rawatan penuh.

Cara lakukan CPR

1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.
3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.
4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).
5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.
Last edited by rembau on 25 Aug 2006, 12:53, edited 2 times in total.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 24 Aug 2006, 13:36

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.

7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.


Kumpulan yang perlu tahu melakukan CPR
· Sekurang-kurangnya seorang dalam tujuh orang.
· Semua orang yang bekerja di tempat berisiko tinggi.
· Penjaga orang tua dan kanak-kanak (termasuk pekerja di rumah penjagaan orang tua dan kanak-kanak cacat).
· Petugas institusi perubatan, termasuk pengawal keselamatan dan pekerja am.
· Semua ahli keluarga pesakit atau bekas pesakit jantung dan penyakit kronik lain.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir » 02 Sep 2006, 22:33

s'kum,
Tq rembau sebab bagi tips macam mana nak buat CPR. Seelok eloknya semua pendaki cuba atleast attend satu kelas CPR. Sebabnya, lebih banyak yang boleh kita pelajari sekiaranya menghadiri kelas.
Dulu CPR diaorang ajar 15 ECC ( extrnal chest compression ) dan 2 EAR ( expelled air resuscitation ) tapi sekarang ( dalam awal tahun ni ) depa tukaq pulak, 30 ECC dan 2 EAR - satu set ( kalau tak silap aku ). seminit kena buat 4 set... kalau try baru tau..... hehehhe lenguh belakang, lengan terketar, peluh menitik - nitik..... teringat masa kena scenario , aku kena buat cpr selama 20 minit, macam nak pitam jer........

sayang kat mesia ni tak ada orang buat wilderness first aid.... asas dia tak banyak berbeza dengan urban first aid, cuma beza dari segi calling for help , environmental hazards and improvisation. kalaulah ada orang yang berpeluang ikuti kursus wilderness first aid , dari Wilderness Medical Inst. atau NOLLS , memang berbaloi..... especially kalau jadik guide....
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 14 Sep 2006, 18:48

Hmm tepat sekali kata En Rembau dan Nadir tue... sedikit penambahan dari saya. Untuk memudahkan dan memperjelaskan lagi kaedah CPR

Bukan apa terutama bab tekan menekan nie kang salah tekan, patah pulak tulang dada..

Pastikan mangsa betul2 tiada NADI..
**sbb jika jantung sedang berdenyut, tapi kita beri CPR boleh menyebabkan JANTUNG tue stop.

Kaedah TERAWAL yang boleh dilaksanakan
DR ABC :

D - DANGER
- Perhatikan BAHAYA yang ada sekeliling yang memungkin magsa dlm keadaan sedemikian. Disamping mengelak kita dari menjadi mangsa seterusnya
R - RESPONSE
- Panggil nama mangsa utk memeriksa dia masih sedar atau tidak.. Untuk UNIVERSAL panggilan yang boleh kita gunakan dengan menampar2 BAHU mangsa dengan panggilan HELLO
A - AIRWAY
- Lihat sekiranya ada benda yang menyekat laluan pernafasan (muntah, makanan, gumpalan darah dll)
B - BREATHING
- Disini anda boleh gunakan 3 DERIA yang diperkatakan oleh Rembau tue DAN lebih tepat lagi
Pendengaran/Telinga - Dirapatkan pada mukanya untuk mendengar nafas kelua masuk.
Rasa/Pipi - Dirapatkan pada kawasan mulut dan hidungnya bagi memeriksa udara yang keluar masuk.
Pandangan/Mata - Melihat TURUN NAIK DADA mangsa bagi melihat berlakunya pernafasan
C - CIRCULATION
- Setelah pemeriksaan dibuat, penelitian perlu dilakukan untuk melihat PEREDARAH darah masih berlaku.
-periksa kuku jari, nadi ditangan, leher.


DIMANA BAHAGIAN DADA YANG PERLU DITEKAN
-Tekan ditengah-tengah DADA (jantung terletak disebelah KIRI)
**Untuk memeriksa bahagian tengah DADA
-ambil tangan dan letak pada DADA
-lekukan pertemuan DADA dan ambil ukuran 1 inci keatas

**Untuk orang DEWASA = Guna tangan dan tekanan 2inci
**Untuk KANAK2 = Guna tangan (tapi perlahan)@ tekan guna 2 jari untuk baby
**Pengiraan = 5 tekan 1 nafas (jika kita berdua - seorang tekan dan seorang beri nafas)
**Pengiraan = 15tekan 2 nafas (jika melakukan seorang diri)

Untuk melakukan CPR ini sebenarnya anda mendedahkan diri pada BAHAYA sebab risiko jangkitan penyakit melalui AIR LIUR dan DARAH (terutama jika ada luka dalam mulut).. Cth penyakit :
- Hepatitis, Tibi, AIDS dan beberapa lagi

**Bagaimanapun LANGKAH SEGERA sememangnya perlu diambil kerana KEMATIAN boleh berlaku jika tindakan segera tidak diambil.
**INGAT OTAK manusia hanya boleh bertahan tanpa OKSIGEN selama 2 minit..
-yang menghantar OKSIGEN ini adalah darah2 yg telah melalui PARU2 dan diPAM menggunakan PAM terhebat IAITU JANTUNG.


muzs
sos :arrow:
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
mflc73
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 02 Jun 2006, 09:11
Location: Belumut
Contact:

Post by mflc73 » 18 Sep 2006, 10:58

assalamualaikum bro..kat malaysia ni memang xde lagi yang offer wilderness 1st aid tapi alhamdulillah saya antara yang berpeluang untuk attend course tu.saya buat kat malaysia je tapi cikgunya dari singapore. sijilnya diiktiraf dan walaupun basicnya x sama dgn urban 1st aid tapi ianya lebih praktikal dgn situasi kita. setakat ni saya cuma ada level 2 wildderness 1st aid,ada niat nak sambung untuk level 3 dan ke atas,tapi belum ada rezeki dan kesempatan.
kalu la boleh kita kumpulkan suma geng2 GO ni dan berkongsi ilmu2 ni kan best..saya memang ada terfikir nak buat kolaborasi dgn pihak2 terbabit untuk buat certification course MOUNTAIN RESQUE N WILDERNESS FIRST RESPONDER..tunggulah kalau ada rezeki dan kesempatan...
satu lagi pembetulan..otak manusia boleh survive selama 4minit.walupun begitu tidak bermakna selepas tiada respon selepas 4 minit anda boleh berhenti...kita berusaha..ALLAH yang menentukan..
mflc73
"life is one BIG ADVENTURE.No time for regrets,no time to get bored.We just have to KEEP GOING."

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 19 Sep 2006, 12:31

otak manusia boleh survive selama 4minit.walupun begitu tidak bermakna selepas tiada respon selepas 4 minit anda boleh berhenti...kita berusaha..ALLAH yang menentukan
Terima kasih atas pembetulan yang dibuat, dan mengikut kajian terkini otak manusia mampu bertahan bukan sahaja 4minit malahan sehingga 6minit setelah ketiadaan OKSIGEN. Dan adakalanya bagi kejadian dikawasan suhu rendah/sejuk maka otak mungkin boleh bertahan sehingga 10 minit.

Bagaimanapun keperluan pemulihan dengan segera amat diperlukan apabila seseorang itu TELAH TERHENTI DEGUPAN JANTUNGNYA.

:arrow:

Hmm PENTINGNYA pengetahuan melakukan CPR terutama apabila kita berada ditengah BELANTARA yang jauh dari khidmat bantuan.

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran » 19 Sep 2006, 17:19

assalamualaikum bro..kat malaysia ni memang xde lagi yang offer wilderness 1st aid tapi alhamdulillah saya antara yang berpeluang untuk attend course tu.saya buat kat malaysia je tapi cikgunya dari singapore. sijilnya diiktiraf dan walaupun basicnya x sama dgn urban 1st aid tapi ianya lebih praktikal dgn situasi kita. setakat ni saya cuma ada level 2 wildderness 1st aid,ada niat nak sambung untuk level 3 dan ke atas,tapi belum ada rezeki dan kesempatan.
kalu la boleh kita kumpulkan suma geng2 GO ni dan berkongsi ilmu2 ni kan best..saya memang ada terfikir nak buat kolaborasi dgn pihak2 terbabit untuk buat certification course MOUNTAIN RESQUE N WILDERNESS FIRST RESPONDER..tunggulah kalau ada rezeki dan kesempatan...
satu lagi pembetulan..otak manusia boleh survive selama 4minit.walupun begitu tidak bermakna selepas tiada respon selepas 4 minit anda boleh berhenti...kita berusaha..ALLAH yang menentukan..
sekiranya ada kursus seperti ini lagi, harap diberitahu, saya sanggup ambil dan belajar....
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif » 19 Sep 2006, 17:42

lu tanye petis tekan.... dia budak kolam.... liftguard partime kat KJ
klu lu nak blajar buat lesen liftguard pon bleh RM180 jer beb


seper4alif
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 25 Sep 2006, 12:14

menarik tuh kalau ada kurus wilderness 1st aid
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir » 26 Sep 2006, 19:08

s'kum,
Muzs, yah.... dulu aku pun belajar DR ABC , yang WMI ajar pun lebih kurang macam tulah concept dia......
Course WMI memang mahal kalau amik kat aust / NZ / US , harga dia dalam rm2000.00 sorang..... kami pun semua kena bond setahun sapa yang ikut WMI First Responder Course.... tapi takpelah..... dahla dapat training, dijamin kerja selama 1 tahun pulak lepas tu....... heehhehe

harap harap akan ada course WMI di malaysia satu hari nanti yang dibuka secara public....
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

wilderness emergency medical treatment...

Post by forestgump » 01 Oct 2006, 12:53

Nov 11th to 14th - Practical Jungle Survival Course @ www.ubat.com.my INCLUDES Emergency Plan of Action & Emergfency Medical Treatment practical classes.
Apa lagi...join le!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster » 01 Oct 2006, 16:44

waaa.... bagus tu. Lama tak dengar citer UBAT. memang experienced punye group tu. berapa yuran dia bang?

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Post by forestgump » 04 Oct 2006, 10:39

waaa.... bagus tu. Lama tak dengar citer UBAT. memang experienced punye group tu. berapa yuran dia bang?
Kalau NON-member gunungonline....RM 400-00 all in from KL, bawa diri je plus beberapa pakaian, lain kami bereskan.
Kalau member gunungonline.... RM 350-00... must be verified by gunungonline staff dulu.
Tu pun kita mesti ada at least 8 peserta baru boleh kita buat untuk gunungonline....
yang penting bukan fitness...tapi open mind and mudah ceria tapi prepare kena presasue sebab kita buat program ala simulasi survival.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster » 04 Oct 2006, 10:49

ooooo macam SERE la ni...

so kalu cukup lapan orang, boleh pilih date sendiri ke?

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Post by forestgump » 04 Oct 2006, 10:57

ooooo macam SERE la ni...

so kalu cukup lapan orang, boleh pilih date sendiri ke?
Yes... boleh pilih date sendiri dan akalu nak...boleh join sekali dengan grup Singapore Adventurers' Club sambil bertukar pendapat dan buat ramai lagi kenalan juga.
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun » 04 Oct 2006, 11:07

SERE tu ape?
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster » 04 Oct 2006, 11:50

SERE tu Survival Evasion Resistance & Escape... biasanya part of training komando utk survival dalam zon bahaya atau behind enemy line, sambil mengelak musuh dan cuba pulang ke zon selamat.... lebih kurang gitu le.

termite
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 11 Sep 2006, 11:56
Location: tepi busut
Contact:

Post by termite » 04 Oct 2006, 13:16

akum forestgump,

hang ni En Razali ke???
saje jek nk tau,

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 04 Oct 2006, 20:51

akum forestgump,

hang ni En Razali ke???
saje jek nk tau,
betoi lah tuh forestgump nie encik razali aka bandit leader of UBAT
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

termite
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 11 Sep 2006, 11:56
Location: tepi busut
Contact:

Post by termite » 05 Oct 2006, 05:47

oooo, betul la,
minggu lepas dia turun jb,
abg aku bawak buka puasa kt umah aku,
tp aku takde kt rumah time tu,
rugi siut x dpt jumpa... :cry:

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 05 Oct 2006, 08:40

waaa.... bagus tu. Lama tak dengar citer UBAT. memang experienced punye group tu. berapa yuran dia bang?
Kalau NON-member gunungonline....RM 400-00 all in from KL, bawa diri je plus beberapa pakaian, lain kami bereskan.
Kalau member gunungonline.... RM 350-00... must be verified by gunungonline staff dulu.
Tu pun kita mesti ada at least 8 peserta baru boleh kita buat untuk gunungonline....
yang penting bukan fitness...tapi open mind and mudah ceria tapi prepare kena presasue sebab kita buat program ala simulasi survival.
Bro salute u coz bagi rage diskaun kat memeber GO.....verification??
Bro good info...razali nie nama yg hebat ....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL » 14 Jun 2007, 15:05

just nak tambah tempat belajar First Aids. Aku dulu belajar kat PBSM. Setiap negeri mesti ada punya pbsm ofis. cost dia dalm RM100. satu ari course.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL » 14 Jun 2007, 15:41

We also need good Accident Management Plan during Emergency. my input masa pengalaman buat course Rescue Diver;

Six Step for Emegency Management
1. Assess the Situation
2. Act on Your Plan
3. Delegate
4. Attend to Injuries
5. Control the Scene
6. Arrange Evacuation to Medical Care

pas tu biasakan diri untuk mendapatkan maklumat kemalangan untuk rujukan jika perlu seperti;
1. Nama mangsa
2. Tahap keadaan kemalangan (COMA 1, COMA 2, COMA 3, COMA 4)
3. Rawatan kecamasan yg telah diberikan dan masa
4. lokasi (minta bantuan dari phone atau radio)

Post Reply