Wilderness Medical First Responder

Perbincangan dan tip rawatan kecemasan di kawasan terpencil
Post Reply
User avatar
mflc73
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 02 Jun 2006, 09:11
Location: Belumut
Contact:

Wilderness Medical First Responder

Post by mflc73 »

Saya akan cuba berkongsi dalam mengupas tentang WMFR ini secara teori sedikit demi sedikit.Jika ada yang mahu menambah/memperbaiki adalah dialu2kan demi untuk kebaikan bersama..
mflc73
"life is one BIG ADVENTURE.No time for regrets,no time to get bored.We just have to KEEP GOING."

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan......

User avatar
mflc73
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 02 Jun 2006, 09:11
Location: Belumut
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by mflc73 »

MAKSUD
WMFR adalah pengetahuan/kemahiran didlm memberikan bantuan penyelamatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian(mengikut definasi lokasi kejadian sekurang2nya 2 jam dari lokasi bantuan profesional boleh diperolehi) dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada dipersekitaran.

TUJUAN
Tujuan utama bantuan Wilderness Medical(WM) diberikan adalah:
1. Menyelamatkan nyawa mangsa cth bantuan pernafasan,menghentikan aliran keluar darah.
2. Menganalisa mangsa untuk tujuan:
i.Memastikan keadaan mangsa stabil ketika proses menyelamat/membawa keluar.
ii.Memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada profeional(doktor/paramedik)ketika proses mengambilalih mangsa.Maklumat ini akan membantu mereka ketika rawatan lanjutan.

3.Memantau dan memastikan agar lokasi kejadian adalah terkawal.Maksudnya selamat untuk mangsa dan orang yang ada disitu.Terkawal bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental dan emosi.Kawalan ini penting untuk mengelakkan terjadikan kejadian/kemalangan sekundersebagai contohnya berlaku pendarahan teruk pada mangsa.Rakan mangsa pengsan apabila melihat darah yang banyak..hehe tak ke haru.
:D

LAIN2
Sebagai seorang anggota XPDC(tak kiralah ketua rombongan ke,ahli rombongan ke..)adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tahu serba sedikit tentang teknik menyelamat(Untuk ketua Rombongan adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan keselamatn XPDC..Dalam undang2 dipanggil Duty Of Care...anda layak disaman jika anda cuai dalam memastikan semua aspek keselamatan dipenuhiSetelah tahu teknik menyelamat kita juga perlu bertanggungjawab terhadap knowledge yang kita ada,maksud saya kena tahu betul2..bukan sekadar tahu je.Ini bagi mengelakan dari tersalah bagi rawatan atau cara kita menyebabkan kecederaan yang lebih teruk(ini selalu terjadi apabila melibatkan kecederaan spinal.
Di Malaysia masih takde lagi terjadi rasanya 1st Aider/Responder disaman kerana memberi rawatan yang salah tekniknya.Tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kita kenalah sentiasa mengasah kemahiran yang kita ada tu.Selain dari tu kita juga kena tahu bahawa sebagai 1st Aider/Respoder kita juga mempunya had2 kerja kita.Dalam kata mudah buatlah setakat knowledge yang kita ada.Jgnlah memandai nak buat benda yang kita tak tau.Takut nanti lain jadinya...

Oklah..cukup sebagai pengenalan..insyaalah jika ada kelapangan..kita akan berkongsi lagi dengan bab yang lebih detail..
mflc73
"life is one BIG ADVENTURE.No time for regrets,no time to get bored.We just have to KEEP GOING."

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

emmm..bagus nih. tak sabar tggu info selanjutnya
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

figure of 8
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 23 Jan 2007, 11:40
Location: TAPAH, PERAK

Post by figure of 8 »

ha, nak ikut
-SAA-

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Taniah bro..topik yg banyak leh diperbualkan....

aku bukak soalan le gini..nak refresh balik space lama tak kena defrag nie :shock:

Bro ...
1. ciri seorang responder tu camne?? serius tak ingat :oops:
2. Menggunakan apa saja dipersekitaran? ...ruang nie kalau dibincangkan apa yg dibawak didalam beg yg boleh diolah jadi bahan menyelamat lagi best...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

bro.... apa bezanya Wilderness Medical First Responder dengan Emergency First Aid.

figure of 8
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 23 Jan 2007, 11:40
Location: TAPAH, PERAK

Post by figure of 8 »

zzz
-SAA-

User avatar
mflc73
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 02 Jun 2006, 09:11
Location: Belumut
Contact:

Post by mflc73 »

rembau wrote:Taniah bro..topik yg banyak leh diperbualkan....

aku bukak soalan le gini..nak refresh balik space lama tak kena defrag nie :shock:

Bro ...
1. ciri seorang responder tu camne?? serius tak ingat :oops:
2. Menggunakan apa saja dipersekitaran? ...ruang nie kalau dibincangkan apa yg dibawak didalam beg yg boleh diolah jadi bahan menyelamat lagi best...



Jawapan 1.
Xde secara teorinya apa ciri2 yang mesti ada pada responder ni.Cuma bila dah dipanggil WMFR ni secara tak langsungnya mestilah ada knowledge.Yang keduanya dia mestilah kompeten dengan knowledge dia tu.Ini sgt penting sebab kalau ada knowledge tapi dah lama x practise pun bahaya juga..kan? :D Kalau mengikut teori Effective Outdoor Leadership Wall(Cushion Of Competency)oleh Simon Priest pun kita akan bertindak dalam situasi(kecemasan ke..bahaya ke...) apapun secara selesa kalau kita kompeten dengan knowledge kita...
Jawapan 2
Selain dari beg pertolongan cemas yang asas takde peralatan khusus yang kita kena bawa.Memanglah kalau memikirkan real risks yang ada ditambah dgn perceived risks kita sendiri byk barang yang kita nak bawa untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.Walau bagaimanapun antara peralatan yang dikira agak penting sebagai tambahan..(sila tambah kalau ada sesiapa yang tahu..hehe)
1.Pocket Mask -memudahkan proses bantuan pernafasan
2.Airway Guedal -mengekalkan bukaan laluan pernafasan bg mangsa yg pengsan.
3.Tourniquet panjang-membantu menghentikan secara sementara pendarahan arterial
4.Kayu Spatula-memudahkan proses mengeluarkan sengat lebah/penekan lidah(kalau sawan)
5.Selimut Kecemasan-hypothermia(Xde ni plastik sampah hitam tu pun boleh..hehe..saya dah cuba 2-3kali pada mangsa hypothermia..ok la..

5.Sam Splint-Berguna sgt untuk patah dan juga kecederaan spinal.[/size][/size]
Untuk makluman barang2 diatas tak memerlukan ruang besar pun.Kalau disumbat dalam beg peralatan cemas kita yang biasa pun lebih dari muat.


Jawapan Untuk Encik Orca
Emergency First Aid dan WMFR ni bezanya secara teori(pendapat peribadi setelah mengikuti kedua2 kursus) ialah.
1.Lokasi kejadian-WMFR menyediakan kita untuk bersedia bertindak dalam keadaan bantuan profesional adalah dalam jangkaan 2 jam.Biasanya jauh dari kawasan urbanisasi.
2.Yang penting dipentingkan..maksud saya kalau menyelamatkan nyawa mangsa adalah lebih penting..so siapa peduli kalau ikatan anduh kita tu pakai buku sila ke..bunga keti ke..manuk ke..yang penting anduh tu berfungsi secara efektik dan efisyen..(perbezaan ni memang jelas setelah menghadiri kedua2 kursus)
3.Fokus Latihan-Fokus latihan WMFR lebih kepada menyediakan kita untuk bersedia menghadapi apa sahaja risiko yang lebih relatif dan relevan kepada aktiviti luar cth serangan lebah,gigitan ular,hyperthermia dan lain2..

Oklah..untuk tambahan info lain insyaalah saya akan kongsi lagi.Saya akan cuba habiskan topik tentang WMFR ini secara teori.Diharapkan ada kudrat dan kesempatan untuk terus menyumbang.
mflc73
"life is one BIG ADVENTURE.No time for regrets,no time to get bored.We just have to KEEP GOING."

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

bro barang-barang ni mana boleh dapat

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

bro, benda ni ilmu je kalau tak praktiskan bahaya gak.... kalau nak belajar kena org yg bertauliah utk amali diperlukan...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Bro kes baru2 nie...asthma macam nak atasi...jikalau kes ini berlaku diatas permatang gunung....

apakah langkah awal yang boleh dilakukan oleh team member...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

rembau wrote:Bro kes baru2 nie...asthma macam nak atasi...jikalau kes ini berlaku diatas permatang gunung....

apakah langkah awal yang boleh dilakukan oleh team member...
asthma....
kalau nak bagi bantuan kecemasan macam mana lo.....

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by nadir »

waw.... bes nih..... mana sambunganya?
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by JeNaL »

nadir ko sambung la....ke solo ke
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by nadir »

payah nak mengajar first aid dalam forum nih....heeheeee jenal, konyer anaphylaxis kit dah lengkap? hhheeeee
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by JeNaL »

nadir wrote:payah nak mengajar first aid dalam forum nih....heeheeee jenal, konyer anaphylaxis kit dah lengkap? hhheeeee
cari tip la nadir....

aku takde inhealer la nadir...pastu aku nak cari stethoscope dan kalu boleh AED...hehehe yg lain tu OK dah kot..
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by nadir »

inhaler nak utk apa? asthma? gi beli kat pharmacy jer , salbutamol atau albuterol heeee

stethoscope payah carik, tapi jap lagi aku lalu kedai yang aku pernah tengok... ko nak ker?

AED aku boleh dapat, tapi mahal la bang oi.... lagi pun ko nak buat ambulans bergerak ke? hehehe
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by JeNaL »

nadir wrote:inhaler nak utk apa? asthma? gi beli kat pharmacy jer , salbutamol atau albuterol heeee

stethoscope payah carik, tapi jap lagi aku lalu kedai yang aku pernah tengok... ko nak ker?

AED aku boleh dapat, tapi mahal la bang oi.... lagi pun ko nak buat ambulans bergerak ke? hehehe
hehehhe stethoscope tu aku nak minta maksik aku dapatkan... dia suplier utk hospital....

nadir, ko sambung sikit sebanyak WFR ni... mcm pt asesment ke, buat segment la.... bg teori dulu
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Wanmanjung
Pendaki Gunung
Posts: 32
Joined: 01 Jun 2010, 21:34

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by Wanmanjung »

xmo buat kelas first aid ker???

mesti ramai kengkawan yg nak support nyer... :D

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by span »

Wanmanjung wrote:xmo buat kelas first aid ker???

mesti ramai kengkawan yg nak support nyer... :D

betul 2, kalo ada saya orang pertama yang bagi nama hehehhe....
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Wilderness Medical First Responder

Post by shahrul »

Wanmanjung wrote:xmo buat kelas first aid ker???

mesti ramai kengkawan yg nak support nyer... :D
ada awal tahun tadi.. mahal gak le..

Wilderness Advanced First Aid (WAFA) - http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... f=9&t=4420
RM1,900.00

Wilderness First Responder (WFR) - http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... f=9&t=4458
RM2,200.00

tunggu next year pulak.. sempat kumpul duit lagi
_________________
_________________

Post Reply