Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Kaunter khas untuk mencari maklumat berkaitan gunung dari rakan gunung yang lain.

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by am »

Salam,

Meskipun penggunaan FB dah semakin meluas sehingga menenggelamkan era forum, namun am rasa pertanyaan ini lebih sesuatu di lemparkan disini. Pertanyaan dalam bentuk soalan dan punya pendapat dan fahaman daripada am sendiri. Mohon perbetulkan jika silap..

Soalan 1
Kepada pendaki-pendaki lama yang masih aktif di dalam forum GunungOnline ini, agak-agak pada tahun berapakah istilah mendaki/menakluk G7 mula diperkatakan? Kalau tidak silap am, G7 disini bermaksud gunung-gunung yang berketinggian 7000 kaki ke atas dan pada masa yang sama terdapat 7 buah gunung yang diiktiraf berketinggian 7000 kaki ke atas di Semenanjung Malaysia ini. Gunung-gunung tersebut merupakan Tahan, Yong Yap, Yong Belar, Korbu, Gayong, Camah & UluSepat.

Soalan 2
Jika kita ada G7 di Semenanjung.. di Sabah Sarawak pula terdapat 5 buah gunung yang lebih tinggi daripada G7 Semenanjung. Jadi, adakah G12 merupakan istilah gabungan gunung-gunung popular yang melebihi 7000 kaki di Malaysia (Semenanjung+Sabah+Sarawak)? Gabungan tersebut ialah daripada Kinabalu, Mulu, Murud, Trusmadi & Tabuyokon.

Soalan 3
Soalan ni agak tricky sebab am sendiri pun hanya dengar istilah G7-11 (seven-eleven) ini sekitar penghujung tahun 2008. Memandangkan sehingga sekarang am dapat dengar ada kumpulan-kumpulan pendaki ingin melengkapkan senarai gunung G7-11 mereka, maka pada am isitilah ini macam dah jadi official kerana digunakan oleh kebanyakan pendaki tempatan. Boleh am tahu siapa yang memulakan sahutan mendaki gunung-gunung dalam senarai G7-11 ini? Gunung2 tambahan kalau tak silap ialah Gerah, Irau, Benom & Batu Putih.

Harap para pendaki lama boleh membantu dalam mencapai jawapan yang diperlukan oleh saya. Bukan apa.. kadang-kadang sesuatu perkara yang sering disebut-sebut itu tentu ada sejarahnya dan orang yang memulakannya. Isitilah-istilah ini amat bagus dan memberi semangat kepada pendaki tempatan untuk mencapai sesuatu dalam dunia pendakian mereka.

Sekian. Wassalam.
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by mizi »

am wrote:Salam,

sapa2 yg da naik suma2 gunung ni sila jawapp aaaaa :lidah:
climb long trail
p11at

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by rembau »

aku x pernah grad bro..tak leh jawab
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by seper4alif »

G7 canon, G11 pon canon... skang dah G12 lah....

eh betul ke?

alamak aku tak game jugak
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by nazryst »

aku pun tak grad jugak... tak dapat jumpa dari istilah dan bahasanya... apa pun good questions...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by JeNaL »

hehehe IR tak grad pun tapi tau gak kan...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by biNGai »

G7 ke G12 ke G7-11 ke tapi kalo tatau kasi clear sampah mmg tk gune ler masuk utan..cite dentam dentum sana sini tp tk prihatin psal kebersihan pon tk gune gak..btui tak kawan2? hihihihi..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by bargading »

haha itu aku sokong sgt sama abam ngai....
Buang sampah merata-rata itu lah sampah masyarakat :keke:

Ngai kalau G7,G12,G7-11 dia x berapa nak minat skg, kalau G-string lain crita lah bro hehe :minum:
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

nrhyt75
Pendaki Gunung
Posts: 56
Joined: 26 Mar 2006, 15:32
Location: putrajaya
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by nrhyt75 »

Yang pasti istilah ini saya mula dengar in 2006- masa saya start semula hobi ini. Kenalan2 dok sibuk buat check list G7 yang telah ditawan. Dan tiap kali bual2 dgn kenalan baru, soalan cepu emas yg ditanya masa tu- "Dah grad G7?" :D Saya tatau apa G7.. Katanya, G7 adalah gunung2 tertinggi di Malaysia. Heran juga mndgr perkara sebegini dibualkan. Persoalan yg wujud difikiran adalah - Org skrg mendaki sbb ketinggian gunung ke? Ingatkan the journey (hiking, climbing, camping) tu yg jadi hiburan.... Tambahan lagi, kalau ketinggian ajelah mjadi ukuran, Gunung Kinabalu mmg tertinggi, tapi tak susah mcm Tahan (via Kuala-Kuala) pun..?

Dan kini, ada pula G11... :lol: Since G11 ni saya tak tawan laei... cite panjang pun x gune.. :lol:
"I can't" are sad words in any language

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by seper4alif »

eerk.... phob... seb baik aku minat G-sukan... haahahaha

erk?
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by rembau »

ini yg apa yg aku faham kenapa ayat G7 begitu di war-warkan dikalangan ahli gunung...

kebetulan semenanjung ada 7 gunung melebihi 7000 kaki...iaitu Tahan, Yong Yap, Yong Belar, Korbu, Gayong, Camah & UluSepat
maka G7 diringkaskan daripada gunung 7000kaki...

dan kebetulan ketika zaman gunung dibenarkan masuk selepas komunis menyerah penghujung tahun 1989 dan sesuai dgn tamatnya perang dingin SOVIET dan keruntuhan tembok jerman pada tahun 1990....kenapa tahun ini...

sebab lepas komunis menyerah operasi pembersihan masih berjalan didalam hutan dan tahun 1991 adalah antara tahun2 permulaan idea trans titiwangsa oleh ABM (full version) dan pembukaan jalan trans TT (version 1) oleh pendaki klang seterusnya popular selepas SRC UTM menjejaki laluan ini tahun 1996

ini adalah petikan dari internet
HOUSTON 1990
When President George Bush came to host the 1990 summit in Houston, Texas, the demands on the leaders had changed in two ways.
First, in addition to the familiar economic and foreign policy topics, a set of 'global issues' were emerging. These were new subjects, which had come onto the international agenda because their treatment required the involvement of all countries. The summit countries felt responsible for leading the search for solutions. Some of these global issues were economic, like the international environment, which gained growing attention with the approach of the UN Conference on Environment and Development (UNCED), held in Rio in June 1992. Others were more political, especially a range of issues linked to international crime: money laundering; drug trafficking; the revival of terrorism; and more recently nuclear smuggling and corruption in business.

A second, more historic, trend for the summits was that, by the time of Houston, the Cold War was over and the Berlin wall was down. The summits of the Bush era led the Western effort to help the countries of the former Soviet empire to rebuild market economies and working democracies. For Central and Eastern Europe, opening trade access and mobilising financial and political support was fairly uncontroversial. But for the Soviet Union the process was much more difficult. This had had been, for over forty years, a hostile super-power; its economy was in a mess; there was no tradition of democracy; and the ties binding the Soviet Union together were coming apart.
sejarah kejatuhan komunis dan persidangan G7 tahun 1990 ini antara yang aku faham kenapa ianya dikenali sebagai G7

Jenal: ada projek ke nak cop IR :lidah:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by kambinggurun »

pergh ada kaitan ngan konspirasi dunia nih nama G7! hahaha..

aku 1st dengar nama nih taun 2000. mmg tatau asal mana.
cuma time tu kat bilik kelab kitorang ada gambo 5 orang tua kat puncak Ulu Sepat, baru abes G7 taun 1998.

ntahapehape la G7 nih.

geng komunis tatau da bape G dorang complete!
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by shahrul »

naik gunung pun ada grad ke?

mimi, jom gi rabong :lidah:
_________________
_________________

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by JeNaL »

biNGai wrote:G7 ke G12 ke G7-11 ke tapi kalo tatau kasi clear sampah mmg tk gune ler masuk utan..cite dentam dentum sana sini tp tk prihatin psal kebersihan pon tk gune gak..btui tak kawan2? hihihihi..
kasi bakar laaa sampai abis.... ngai jadi ke projek bulan feb ni
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by rembau »

G12, G7-11 ini aku tak pasti lak asal dari mana???
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by am »

terima kasih atas maklumat tersebut abam rembau. sy amat hargai.. istilah G7 seperti sudah bertapak lama dan ada betulnya dimana kesemua gunung2 tersenarai dalamnya berketinggian melebihi 7000 kaki (kecuali yg berada di Sabah dan Sarawak).

kalau dapat masukkan dalam wikipedia b.m lg menarik. ramai yang tertanya2 apa itu G7.

pada am dengan adanya istilah2 macam ini dapat membangkitkan semangat pendaki gunung. at least diorang ada target. mungkin anda mendaki tidak melihat pada ketinggian, tp lebih kepada rentis/cabaran gunung itu sendiri.. namun bagi sesetengah pihak pula, mereka lebih suka dan ambil kisah mengenai ketinggian dan pencapaian.

erm G12 dan G7-11? masih menjadi tanda tanya. mungkin satu hari nanti kita sama2 dapat jawapannya. hingga jumpa lagi di lain waktu.
:D
find me more at multiply | blogspot | flickr

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by ajon »

aku pun tak grad lagi... memang klau bleh smua gunong nak panjat..

aku rasa sapa nak grad...buat masa muda,,bujang..
kalau dah kawin dah tua...mcm2 halangan

duit tak ada la,,kena mintak permit KDN la,,org umah masam muka bila cakap nak panjat gunung la,,klau ada cuti kena balik kampung la,,ada kenduri la,,badan dah berat la,,lutut longar la,,geng dah tak mau join la, nak join budak muda tak larat nak ikut,,

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: Mencari asal istilah G7, G12, G7-11

Post by rainmaker »

sy baru G1 je
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

Post Reply