gunung kinabalu - daytrip??

Kaunter khas untuk mencari maklumat berkaitan gunung dari rakan gunung yang lain.

Moderator: nadir

Post Reply
apexx
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 27 Jan 2006, 09:38
Location: S.A
Contact:

gunung kinabalu - daytrip??

Post by apexx »

salam to all,

dengar citer gng kinabalu ni boleh naik daytrip??
nk taw ngn detail cmner cr nk naik daytrip ni??kena ade special contact ke or just call sabah park??
nk naik ikt gate mane nie??,n naik jgk timing nye mcm maner??
pls help me..thanks

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: gunung kinabalu - daytrip??

Post by aliph »

boleh naek day trip kalau ada race climbathon kat saner...
kalau x,kena bermalam kat laban rata

P/S : tu je aku tau (menyibuk tul la aliph ni)
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: gunung kinabalu - daytrip??

Post by azkramm »

Memperkenalkan pendakian Gunung Kinabalu day climb. Pendakian normal Gunung Kinabalu adalah 2 hari 1 malam. Hari pertama dari Timpohon/Mesilau, rehat di Laban Rata dan sambung hiking pada keesokkannya pukul 2 pagi sehingga ke puncak dan terus turun ke Timpohon/Mesilau.

Bercakap mengenai day climb, segalanya perlu dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja . Nama pun day kan? Maka tidak la boleh bermalam. Kalau bermalam kira gagal…

Seorang guide untuk day climb hanya boleh escort seramai 3 hikers sahaja berbeza dengan trip biasa sehingga 6 orang untuk seorang guide. Kinabalu Park akan mengenakan syarat yang lebih ketat untuk pendaki day climb dan perlu tandatangan satu borang khas. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:

Perlu tiba di Laban Rata pada pukul 10 pagi.
Perlu sampai ke puncak Low’s Peak pada pukul 1 petang.

Jumaat
9.00 Malam - Tiba di LCCT dan check in bagasi
10.40 Malam - Terbang ke KK

Sabtu
1.00 pagi - Tiba di Airport KKIA Terminal 2
1.30 pagi - Check in dalam surau KKIA, tido…zzzz
4.50 pagi - Bangun tidur..solat subuh
6.00 pagi - Naik bas ke KK town bayar sehengget setengah.
10:30 pagi - Naik teksi ke Kinabalu Park. RM16 hengget seorang (4 orang)
12:14 tgh hari - Kinabalu Park. Daftar untuk hiking esoknya.
4:30 petang - Check in Bayu Hostel. Bilik RM20 hengget seorang.
8:30 malam - Tido …

Ahad
4.50 pagi - Bangun tidur..solat subuh
6.30 pagi - Bertolak dari Bayu Hostel ke Kinabalu Park untuk ambil pass.
7:25 pagi - Mula hiking dari Timpohon Gate
9:10 pagi - Tiba di simpang Tipohon/Mesilau/Laban Rata KM4 Layang-Layang
10:20 pagi - Tiba di Laban Rata
10.40 pagi - Setelah berehat 20 minit, sambung mendaki ke puncak
1:27 petang - Summit di Low’s Peak!
2:00 petang - Bergerak turun ke laban rata
3:00 petang - Tiba di Laban Rata
3:23 petang - Bertolak turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate
6:45 petang - Tiba di Timpohon Gate
7.30 malam - Tiba di Kinabalu Park
8.00 malam - Check in Bayu Hostel. Bilik RM20 hengget seorang. Rest, Dinner dan Tido

Isnin
8 pagi - 6 petang - Terus balik ke KK town naik bas. Aktiviti bebas, Tiba di KK town. Shopping sekejap di pasar pilipin. Check in bagasi . Flight balik ke KL

amacam ok tak info ni?

total all in dalam RM 499.00

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: gunung kinabalu - daytrip??

Post by kenoi »

fuh! daytrip Kinabalu memerlukan fitness setangkas atlit.
3 jam drpd gate ke LR tu sangat LAJU!!!hehehe
saya suka wat daytrip, biasanya bergerak selepas Subuh & smpi puncak sebelum 12pm.
w/bagaimana pun kalo ikut keadaan skg, rasanya blum mampu utk buat 3 jam smpi LR.
apa pun good info bro, insyaAllah ada rezki & telah bersedia.. saya akan hubungi utk mencuba daytrip Kinabalu!

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: gunung kinabalu - daytrip??

Post by ikan-lelumba »

baca ittenary pun dah rasa mengah..
tp rasanye dr Timpohon gate nak ke Laban Rata 3 jam tkde masalahnyer rasanyer sbb freebody jer. Tp sure ke bole start kul 7 pagi..sbb nk berurusan dgn kinabalu park pun rasanye dh amik masa sblm bole start trekking dr gate.
Kalu lepas kul 11 kat atas tu dah berkabus tebal.
Baik masuk climbathon terus...hahahaha.. ni result 2012.. haaa mamat Kilian Jornet tu buat 2 jam 11 min jer turun naik puncak..23km..

Post Reply