tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Sebagai kenangan yang terindah.......

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

Kamera adalah bermain/melukis imej dengan cahaya.Untuk mengambil gambar yang sempurna darisegi pencahayaan,beberapa perkara asas perlu kita kuasai dan fahami agar kita tau apa yang perlu dilakukan jika hendak mengambil gambar pada keadaan2 tertentu.kefahaman terhadap sifat2 yang ada dikamera anda amat penting untuk hasil pencahayaan yang sempurna kerana kamera hanyalah tools.Ia tak tau ape situasi,keadaan cahaya dsb yg kita nak ambil.Ia hanya mengira atas apa yang kita pilih pada button2 yg ade di badan mereka basically kita yang mengawal kamera tersebut untuk mencantikkan gambar bukan kamera yg mahal dan mempunyai beribu2 function yang mencantikkan gambar.Sekiranya kita membeli kamera yang advance dgn berbagai2 fungsi tapi kita tak menguasainya secara total adalah amat merugikan kita

OK berbalik kepada tutorial kali ini,antara perkara basic yg perlu diambilkira adalah seperti
1-Metering Mode
2-ISO
3-Aperture
4-Shutterspeed
5-White Balance


Metering Mode
Sifat metering mode ialah dimana kita mengarahkan kamera agar mengira pencahayaan pada titik2 tertentu didalam framing yang kite lihat didalam viewfinder kamera kita.kebiasaannya digital kamera mempunyai 3 mode iaitu Matrix,CenterWeight dan Spot

A-Matrix
Sifat Matrix ialah dimana kita mengarahkan kamera mengira pencahayaan pada keseluruhan gambar didalam framing kita.

B-CenterWeight
Sifat CenterWeight ialah dimana kita mengarahkan kamera mengira pencahyaan pada keseluruhan gambar tapi lebih memberatkan pada kawasan tengah gambar didalam framing kita

C-Spot
Sifat Spot ialah kita mengarahkan kamera mengira pencahayaan hanya pada satu spot ditengah2 framing sahaja

bersambung....
Last edited by matsaiko on 07 Nov 2008, 16:37, edited 2 times in total.

User avatar
bEkamBinG
Ahli Kehormat GO
Posts: 232
Joined: 07 Jan 2006, 19:25

Post by bEkamBinG »

bagus...bagus..mcm2 blh belajar nee

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

ISO
Digunakan mengikut keadaan cahaya persekitaran.samaada kurang (kawasan yg gelap)atau cahaya yg cukup (kawasan terang).sifat ISO hanyalah 2
1-menerangkan gambar
2-melajukan shutterspeed (ketika guna aperture priority)

Menerangkan gambar(ketika guna manual exposure)
ISO ialah tahap kepekaan sensor kamera kita (yg capture imej melalui lensa) kepada cahaya.Semakin tinggi jumlah ISO semakin pekalah sensor absorb cahaya dan imej yg diambil semakin terang.

Melajukan shutterspeed (ketika guna aperture priority)
Jika kita menggunakan aperture priority mode (dimana kita yg setkan aperture,kamera akan memberikan kiraan shutter secara automatik) dengan keadaan cuaca yg sgt dim,kegunaan ISO yg tinggi akan membantu menaikkan shutterspeed dan bila shutterspeed semakin laju (1/30 keatas) maka risiko terjadinya imej yg blurr akibat ada pergerakan adalah amat tipis.

ISO boleh di setting di kamera bermula serendah dari 65-100-200-400-640-800-1000-1600-2000-3200

jika ketika shooting keadaan cahaya yg terang/cukup cahaya penggunaan ISO yg rendah seperti 65-200 adalah memadai.Manakala jika keadaan cahaya yg dim/malap penggunaan ISO dari 400 keatas diperlukan utk membantu menerangkan gambar/mengelak blur imej akibat shutterspeed yg slow.

Satu kelemahan apabila kita menggunakan ISO yg tinggi seperti 640 keatas,ada sesetengah model kamera tak support akan kehadiran *noise/grain pada imej yg diambil.Maka disini penggunaan model kamera yang bagus dan 'high spec' boleh membantu.

* texture/bintik2 akan timbul yg mengurangkan kualiti gambar.

bersambung...
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Post by gogoyeaha »

perghhhh...
kalaulah boleh ngeteh sambil bawak kamera (w/pun kamera compact)

User avatar
CRAZYhAMStER
Pendaki Terlampau
Posts: 592
Joined: 05 Dec 2006, 12:12
Contact:

Post by CRAZYhAMStER »

salam......
wow abg mat..... bile bleh sembang2 kat NARA....?
leh la turunkan ilmu tu..... :lol:

[ADVENTURE IN LIFE] SURVIVAL through degrading nature

www.crazyhamster.multiply.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

kalo tak dapat ngeteh tanya je disini..mane boleh aku jawab aku jwb..kalo tak sifu jenal leh jawabkan.

dan
enitime bro...dtg jela dtg bwk kamera bru senang nak xplain..dan jgn lupa pizza sekotak ok baru syook nak mengajar sambil mamam piza perghhh :lol:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
CRAZYhAMStER
Pendaki Terlampau
Posts: 592
Joined: 05 Dec 2006, 12:12
Contact:

Post by CRAZYhAMStER »

ermm...
canteeek la abe mat....
sure ke pizza je...?.. hehehehe... :lol:

[ADVENTURE IN LIFE] SURVIVAL through degrading nature

www.crazyhamster.multiply.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

pizza dahla..lain takmo..aku dah insap :oops:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

Aperture
Aperture ialah lubang dimana cahaya yang masuk melalui lensa dan direkodkan oleh sensor kamera kita.Sifatnya ialah
1-Mengawal jumlah kemasukan cahaya
2-Mengawal Depth of Field (medan ketajaman gambar)

Mengawal jumlah kemasukan cahaya
Kita boleh mengawal jumlah kemasukan cahaya yg masuk kedalam kamera kita.Semakin kecil lubang cahaya semakin sikit jumlah cahaya yang masuk dan begitulah sebaliknya.setiap saiz lubang aperture mempunyai saiz yang berbeza.Ia diterjemahkan melalui f number bermula dari f1.2,1.4,1.8,2.8,3.5,4,8,10 .... hinggalah ke f32.Bermakna semakin besar f number yg kita pilih (f32) semakin kecillah lubang bukaan aperture tersebut tuk dimasuki cahaya..dan semakin kecil f number yg kita pilih (f1.2) semakin besarlah bukaan aperturenya.Jgn keliru bab ni.

Mengawal Depth of Field
Pernahkan anda melihat gambar dimana hanya objek/orang yang sharp dan backgroundnya blurr?
Image
contoh gambar diatas ialah penggunaan DOF yg sempit (lubang aperture yg besar) dimana sy hanya mahukan anak sy je yg sharp dan dibelakangnya blur so mata mereka yg melihat hanya tertumpu pada subjek sahaja dan tidak diganggu oleh objek2 yg tak sepatutnya dirakam dibelakangnya.gambar jadi lebih tinggi impaknya.

Manakala untuk mendapatkan DOF yg lebar perlu kecilkan bukaan aperture (f number yg besar seperti f8 dan keatas) maka gambar anda akan sharp keseluruhannya baik subjek maupun background

nota:
a)bukaan yg besar sesuai digunakan tuk mengambil potret dan keadaan lowlight manakala bukaan yg kecil sesuai tuk gambar2 landscape,structure dan group photo.
b)Pengawalan DOF yang juga disebut sebagai 'bokeh' boleh juga terhasil jika kita mahir pengiraan jarak focal lenght,distance antara kita dengan subjek dan jarak antara subjek dengan background.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

Shutter
Sifat shutter ialah ia pengatup lubang aperture.Bila ia dikatup,barulah sensor akan membaca jumlah cahaya yg masuk dan barulah imej akan terbentuk.Shutter boleh dikawal samada dikatup secara lama ataupun laju.perlahan atau lajunya shutter dikatup mempengaruhi imej anda darisegi terang dan gelap gambar dan statik atau blur/motion nya gambar yg anda rakamkan.

Kelajuan shutter diterjemahkan dengan nombor2.Selain BULB mode,kiraan 30 sat adalah bukaan paling lama manakala 1/4000 paling cepat/laju

Basically fungsi shutter 2 iaitu
1-men freeze kan atau mendapatkan motion movement pada subjek
2-mencepat atau melambatkan penutupan lubang aperture utk hasil terang atau gelapnya gambar.


men freeze kan atau mendapatkan motion movement sesuatu imej
Basically gunakan speed yang laju utk mem freeze kan subjek yg bergerak.
Image
contoh gambar diatas adalah menggunakan shutterspeed yg laju (1/1125) dimana burung tu kelihatan sangat statik

Dan utk mendapatkan motion movement seperti ini,
Image
kelihatan ada motion movement dimana shutterspeednya dikurangkan untuk mendapatkan motion movement tersebut

mencepat atau melambatkan penutupan lubang aperture utk hasil terang atau gelapnya gambar
Dimana jika kita melambatkan penututpan shutter,maka cahaya yg masuk akan lebih lama dan elbih banyak cahaya terdedah pada sensor,tapi jika kita melajukan shutter sedikit cahaya sj yg sempat didedahkan pada sensor.

bersambung...
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

Whitebalance
WB adalah suhu warna.wb agak penting juga agar ramalan warna yg diberi/dibaca oleh kamera anda menepati citarasa anda ataupun warna yg neutral.Sifat WB ialah mendapatkan warna yang neutral

WB dikaitkan dengan suhu sejuk (warna kebiruan) dan suhu panas (warna kekuningan)kita boleh set kan utk mendapatkan color cast mengikut citarasa kita melalui beberapa kaedah
1-Auto WB
2-Auto preset
3-Kelvin
4-manual preset


contoh gambar yg wam colorcast menggunakan auto preset (sunny) utk mendapatkan mood sunset
Image

contoh gambar cool colorcast
Image

Semua kenyataan2 diatas merupakan pengetahuan asas yang perlu difahami sebelum kita mendalami lagi ilmu2 fotografi yang ternyata cukup luas untuk dieksplore dan teramat subjektif.

Mana2 fakta/kenyataan yang terkurang dan perlukan ditambah/diperbetulkan diminta mereka yg diluar sana boleh share sesama disini..moga kita semua mendapat manfaatnya

sekian dan selamat berfotografi :lol:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

camne cara nak hafal / ingat sumer tu time amik gamba...? ada tips tak? :roll:
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

asasnya adalah 1 FAHAMI sifat2 asas fotografi tersebut iaitu (iso,aperture,shutter) bila dah faham,prektis selalu.jadikan ia sebati dgn anda seperti anda memandu...ketika nak tukar gear,secara automatik anda perlu menekan clutch.

bila dah sampai tahap dimana,anda berada je di lokasi tuk shoot anda dah tau bagaimana nak set kamera tuk anda mendapatkan gambar yg bagaimana anda nak,itu bermakna anda dah berada di landasan yg betul utk berlari :lol:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Post by esir »

good info reen.. :D
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

ya macam reen cakap, kene faham konsepnya , baru boleh praktikkan. lagi satu, baca dan hafal tak jadi. kena guna camera.... guna guna dan guna. kalau camera jenis file, orang kata lepas 30+ roll , baru kita kenal kamera kita. kalau digital entahler... hehehe

macam saya, sekarang pun masih refer manual sekali sekala... maklum la, function dia maaak ai macam macam....
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

baca manual book ketika baru beli kamera dengan guna dulu kamera kemudian baru refer manualbook lain input yg kita dapat

biasa kalo aku

1-beli kamera,baca manualbook utk tau asas2 function dia je

2-xplore sendiri kamera tu puas2..fahami asas2nya dan sifat2nya

3-buka manual book balik tuk mendalami lg fungsi2nya

:lol:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

bro mat, ta nak wat kelas tusen ke utk beginner? :oops:
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

siti situ sana sini wrote:bro mat, ta nak wat kelas tusen ke utk beginner? :oops:
boleh
cukup 10 org bole proceed
tuk kelas asas photography digital
lebih kepada cemana nak guna/setting dslr anda
kelas 1 hari
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

tambahan...

jadikan camera sebagai sebahagian diri anda
dan
basic info about photography sebagai tabiat anda

so bila ini dah sebati

proses compose lebih lancar dan hasil karya terarah
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Along-X
Pendaki Tegar
Posts: 266
Joined: 28 Jan 2008, 14:38

Post by Along-X »

waaaaaaaaaa...
ilmu nie...
:roll:
kishirosan.multiply.com
<b>X-TREKKER</b>
Mencari Rahsia Alam

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

orca wrote:tambahan...

jadikan camera sebagai sebahagian diri anda
dan
basic info about photography sebagai tabiat anda

so bila ini dah sebati

proses compose lebih lancar dan hasil karya terarah
kiranya kita kena ada chemistry ngan kamera kita eh en jenal! :)

bro mat, kalo ada kelas utk beginner bgtau ye. TQ :oops:
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

kayrol
Pendaki Tegar
Posts: 266
Joined: 20 Jan 2008, 21:33
Location: http://mytripadventure.blogspot.com/
Contact:

Re: tutorial:kenali sifat2 kamera digital anda

Post by kayrol »

bagilah lagi tip-tip tentang kamera slr ni bro, aku ni masih baru dlam slr ni

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

kayrol wrote:bagilah lagi tip-tip tentang kamera slr ni bro, aku ni masih baru dlam slr ni
bro
sila kemukakan pertanyaan jika ada apa2 masalah tentang pengendalian kamera anda.Insyaallah kami boleh terangkan mana yg termampu.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

SEBARAU
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 21 Mar 2009, 17:54

Re: tutorial:kenali sifat2 kamera digital anda

Post by SEBARAU »

salam suma abang2 kakak2. soalan saya berbunyi......
macamana nak buat cahaya matahari tu jadi cam ada bintang kat keliling dia?
dulu pernah buat abang rosmal tunjukkan seting dia tp lupa dah. (manusia mudah lupa)
saya gunakan kamera D80.
terima kasih....

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

SEBARAU wrote:salam suma abang2 kakak2. soalan saya berbunyi......
macamana nak buat cahaya matahari tu jadi cam ada bintang kat keliling dia?
dulu pernah buat abang rosmal tunjukkan seting dia tp lupa dah. (manusia mudah lupa)
saya gunakan kamera D80.
terima kasih....
1-guna lubang aperture yg kecil (f11 - f22)
2-low ISO
3-guna lens hood tuk elakkan lens flare

p/s: elakkan fokus tepat kearah matahari.sayangi sensor anda :-P

kemudian kawal dedahan guna shutter speed.Teknik ni juga sama sekiranya nak bagi lampu jalan,kereta berbintang

harap membantu
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

SEBARAU
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 21 Mar 2009, 17:54

Re: tutorial:kenali sifat2 kamera digital anda

Post by SEBARAU »

owhhhhh terima kasih banyak2. saya akan praktikkan....

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by siti situ sana sini »

cikgu mat! (pehhhh... dah 2 purnama tak jengah sini :P )

nape majoriti guna nikon? canon tak bagus ke? :oops:
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

siti
ehh sapa kata canon tak ramai?? cuba pegi kelab canon ...majoriti sume pakai canon hehehehehe
pada saya tiada istilah elok dan tidak pada sesebuah kamera.kamera hanyalah alat.dan segala fungsi untuk merakam imej ada pada setiap kamera tak kira apa jenama sekalipun.Ianya terpulang pada orang dibalik kamera itu sendiri.apa kriteria atau specs yg dia mahukan dan apa jenama yg banyak digunakan dikalangan kawan2 nya.

jika nak berdebat antara nikon dgn canon ni,sampai kesudah tiada noktahnye sbb kedua2 jenama ini saling berlumba mencipta teknologi2 yang baru dan canggih untuk menarik perhatian pengguna.sebagai contoh,sekarang jenama canon 5D MarkII paling hot diperkatakan kerana ia dilengkapi dengan video full HD.memang Nikon belum keluarkan teknologi tersebut,tetapi pada saya yg tak memerlukan fungsi video tersebut,saya takkan beli model tersebut.Jadi kesimpulannya ia berbalik pada apa yg kita mahukan pada sesebuah jenama dan model kamera tersebut.

jika newbies,saya galakkan anda beli jenama yg sama dikalangan rakan2 agar anda mudah bertanya pendapat selok belok mengendalikan kamera dengan rakan anda dan saling boleh menukar2 lensa dikalangan rakan.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by siti situ sana sini »

oic....tenkius..tenkius!! :P
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

kwang-kwik
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 04 Mar 2009, 19:17

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by kwang-kwik »

matsaiko wrote:
jika newbies,saya galakkan anda beli jenama yg sama dikalangan rakan2 agar anda mudah bertanya pendapat selok belok mengendalikan kamera dengan rakan anda dan saling boleh menukar2 lensa dikalangan rakan.
ok bang mat, saya dah beli...

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

kwang-kwik wrote:
matsaiko wrote:
jika newbies,saya galakkan anda beli jenama yg sama dikalangan rakan2 agar anda mudah bertanya pendapat selok belok mengendalikan kamera dengan rakan anda dan saling boleh menukar2 lensa dikalangan rakan.
ok bang mat, saya dah beli...
tahniah.mulai sekarang,fahami dan kuasai asas ISO,aperture dan shutter..banyakkan outing n shooting n enjoy ur photography :D
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com


User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by abe~G »

reen yg saya sebut image properties tu apa term yg digunakan? lupa ler plak, adoi.
dan .. link sample3 image yang ada benda alah tu. ada rujukan dekat memana ker ke kena google dulu eh?

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

abe~G wrote:reen yg saya sebut image properties tu apa term yg digunakan? lupa ler plak, adoi.
dan .. link sample3 image yang ada benda alah tu. ada rujukan dekat memana ker ke kena google dulu eh?
opanda exiff viewer
kita kena download dan install software tu ke pc kita
once dah install,buka s/w tu,open file dan pilih gmbr mana yg kita nak check exiff gmbr tersebut
dia akan jadi camni
Image

nak donlod klik sini:
http://www.brothersoft.com/opanda-iexif-37207.html
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by abe~G »

exiff kasi besar sikit senang ingat.
thank you : download and install progressed :lol:

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by nadir »

bagus lah reen....

kalau nak view exif masa tengah surf, aku guna exif viewer plug in utk mozilla firefox.. right click + select view exif saja.
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

nadir wrote:bagus lah reen....

kalau nak view exif masa tengah surf, aku guna exif viewer plug in utk mozilla firefox.. right click + select view exif saja.
yup itu utk view exif ketika surf tapi kadang2 tak semua gambar boleh tgk exiff nya terutama gmbr yg dah kena edit secara heavy dan satu lagi opanda ni boleh check shuttercount sesebuah body camera

kalau dalam flickr,dah siap ada exiff viewer..tak perlu guna apa2 software
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by nadir »

ya betoi...... bang reen... bila mau buat model photoshoot? yang jenis "kawai" gitu...... hehehehe
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by matsaiko »

aku kalo shoot model nak yg seksi2 dalam air jeeeeee ...hehehehehehe :twisted:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: tutorial::kenali sifat2 kamera digital anda

Post by nadir »

heheheeeeee..
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

Post Reply