tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Sebagai kenangan yang terindah.......

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

Image

Salam
sungai/air terjun adalah elemen2 yang selalu kita tempuhi ketika berxpdc.berbagai2 rupa dan bentuk sungai/air terjun dapat kita pelopori didalam hutan di Malaysia ini dan salah satu ciptaan tuhan yang amat cantik jika kita tau menghargainya.

Setiap ciptaan tuhan yg maha indah itu selalunya kita rakamkan menggunakan kamera.Sekarang ni dah ramai budak2 gunung mempunyai dslr sendiri.Mengambil gambar sungai amat mudah.semua orang boleh mengambilnya.Tetapi bagaimana kita nak menggunakan kamera kita agar sesuatu yg indah kite lihat didepan mata tu,diindahkan lagi untuk tatapan rakan2 kita menggunakan teknikal kamera kepunyaan kita.Selain dari Art of Seeing dan basic photography rules,penggunaan long exposure terhadap aliran sungai/air terjun mampu mengindahkan sesuatu imej yg kita rakamkan.

Setup/peralatan yg diperlukan
1-Kamera DSLR (camera compact yg boleh set aperture/shutter manually pon bole)
2-Tripod
3-Shutter cable realese
4-Polariser/ND filter
5-ultra wide lense* - ini hanyalah option.tak ada pon takpa
note:sekiranya ada pertanyaan/kemushkilan terhadap perkara diatas sila kemukakan

Waktu yang paling sesuai
1-ketika pagi.matahari masih malu2 nak muncul.sekitar jam 7am
note:sekiranya ada pertanyaan/kemushkilan terhadap perkara diatas sila kemukakan

Setting
1-Guna manual exposure
2-White balance - Auto
3-setkan ISO serendah yg mungkin seperti 100-200
4-Gunakan bukaan aperture yang paling kecil seperti f22-f32
5-Gunakan shutter speed bermula dari 2 sec - 15 sec bergantung pada cahaya
note:sekiranya ada pertanyaan/kemushkilan terhadap perkara diatas sila kemukakan

exiff untuk gambar diatas adalah seperti berikut:
aperture -f32
shutter - 13 second
iso - 200

Sekian dan selamat berfotografi :lol:

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

tambahan...

1. Kalau boleh elakkan air terkena cahaya matahari yg kuat
2. Kalau terdapat perbezaan ketara cahaya air dan background, bolehlah guna gradual ND filter
3. Elakkan guna subjek yg bergerak lain; contoh model. nak guna boleh tapi kena tahan jangan gerak dalam tempoh waktu yg tertentu la

apa pun jomla kita cuba dulu dan tempek kat sini...pastu kita bincang apa yg kena dan tak

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

orca wrote:tambahan...

aku nak try masukkan human elemen dlm akunye next assigment.tapi planned shot la bukan candid.sbb scenery tanpa ade human elemen nampak kaku la gambar
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

beckham@chayok2
Pendaki Terlampau
Posts: 646
Joined: 03 Apr 2006, 03:21
Location: 30 minit sblm sampai puncak...

Post by beckham@chayok2 »

cantik gambor yg ko ambik reen..
err itu sg kt maner ek??
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*.
-9w2bck-

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

beckham@chayok2 wrote:cantik gambor yg ko ambik reen..
err itu sg kt maner ek??
susah woo nak gi sungai tu..kena menebas,layan bukit bukau br leh sampai kesitu wooo :keke:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

ada berani buat cam matsaiko buat tak.....
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
Lapore
Pendaki Gunung
Posts: 134
Joined: 11 May 2006, 09:30
Location: Kami yg ditinggalkan
Contact:

Post by Lapore »

huh...cantik arrrr...
makasih ar......... :wink:
The Bad, The Good & The Ugly....JiwaKacau?

User avatar
rat-tat-tat
Pendaki Hebat
Posts: 369
Joined: 29 Mar 2006, 19:19
Location: The Cat's Eye Nebula
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by rat-tat-tat »

nak ensem masuk sket dlm photoshop..meaning editing sket..xyah byk²..level sama sharpen je :wink:

Image

p/s : org yg bukak topic nie..tuuuuuuuuu dlm sungai tu .. :kah: :lidah:
Image

stoned
Pendaki Gunung
Posts: 51
Joined: 25 Nov 2008, 10:35
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by stoned »

Image

Salams,

First time try ngan human subject .. macam ada x kena jer. Cuba en jenal and en azreen bagi pandangan sket apa patut dibuat lagi.

Lokasi: Area Kem Sg Cicir
Time : abt 5pm
iso : 200
shutter : 5sec

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

dari apa yg ko bgtau..

1-minah tu adalah main subjek ko tapi minah tu tenggelam,aku lebih nampak daun kat depan tu dari minah tu...minah tu takde contact langsung ngan ko..shot ko ni umpama skodeng shot.pelajari lg bagaimana nak letak subjek

2-Aliran air tu hampir overxpose..brp aperture ko pakai?

3-gambar tak sharp.kaler tak naik - belajar lg post processing

p/s:berusaha keras lg utk menuju ke puncak gunung gear dah lebih dari cukup..ko boleh buat lebih dari tu
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

stoned
Pendaki Gunung
Posts: 51
Joined: 25 Nov 2008, 10:35
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by stoned »

wokeh .. nanti sy ushar teknik meletak subjek camner .. aperture kena check later .. Raw kat notebook la bang ... Tak per nanti pie chemerong saya cuba dan cuba lagik .. thnx for the advice ...

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by nadir »

salam, maaf mencelah...

setuju sangat dengan komen reen, yang daun di foregound tuh mengganggu focus pada subject. Kena ingat bila guna long shutter speed, aperture akan jadi kecik, so depth of field adalah tinggi ( lebih banyak / semua scene in focus / sharp ) so kalau ada bende macam daun tu, elok kluarkan dari frame , samada selak kejap daun tuh atau ejas guna photoshop....

saya saja saja try re edit balik, clone skit air untuk tutup daun, crop sikit +ejas saturation skit. sharpening lupe plak...hehehe :pig:

Image

rasanya focus lebih kemas , walaupun tak seberapa editing yang saya buat...

harap tak marah ya, saya ejas gambar kamu sket... :mrgreen:
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

versi aku :D
Image
-level
-curve
-color balance
-unsharp mask
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

Model = NIKON D90 :D
Exposure Time = 3"
F Number = F29
Exposure Program = Shutter priority
ISO Speed Ratings = 200
Exif Version = Version 2.21
Date Time Original = 2009-01-25 16:30:02
Date Time Digitized = 2009-01-25 16:30:02
Shutter Speed Value = -1.58 TV
Aperture Value = 9.72 AV
Exposure Bias Value = +0.33EV
Max Aperture Value = F4.44
Metering Mode = Pattern
Light Source = unknown
Flash = Off
Focal Length = 50mm
White Balance = Auto white balance
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

semua tip yg sgt bagus. satu soalan bang- kalau x pakai tripod x leh ke? satu lg kalau ada human objek kat dlm tu, dia kena duduk still ke sbb shutter speed dah slow sgt nati kalau bergerak jd blur pulak human tu..

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

9W2RMI:
Fungsi/peranan Shutterspeed adalah mengawal pergerakan.
speed yang laju
memegunkan apa2 objek yang bergerak maka segala pergerakan akan kaku/freeze dan tiada masalah 'blurring image' akibat gegaran pada kamera.kebiasaannya speed yg laju adalah antara 1/30 sec - 1/4000 sec

speed yang perlahan
untuk mendapatkan 'movement effect' sesuatu imej.. jika air akan jadi berkapas,cahaya lampu akan menjadi garisan yg panjang atau 'tail light'.penggunaan tripod adalah wajib kerana speed yang perlahan akan mengakibatkan shaking imej jika ade sedikit kegoyangan pada kamera.Solutionnya adalah TRIPOD.jika human pula,dia kena freeze,sbb jika dia bergerak,imejnya akan blur.Kebiasaannya speed yg perlahan bermula dari 1/30 sec hingga ke 30 sec.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

bereh tq. dah test dah td guna shutter 1/80 iso 1600 - ok la resultnya. problemnya nak membawa tripod tu la susah ckit. satu soalan lg bang : kalau stakat guna lens kit utk dptkan gambar2 cantik blh tak?

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by deep purple »

JeNaL wrote:4-Gunakan bukaan aperture yang paling kecil seperti f22-f32
:D Assalamualaikum & selamat berpuasa...

base pd experience & reference, x ker guna aperture yg terlalu kecil menimbulkan masalah diffraction? setiap camera maupun lensa mempunyai tahap optimum aperture masing2...tak gitu? :?

"A KNOWN ENEMY IS DANGEROUS,
BUT A FALSE FRIEND IS WORSE..."

http://phototrek.wordpress.com/

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

abg rosmal
yup diffaction akan ada jika guna aperture kecil tp tak nampak sgt melainkan gmbr crop 100%.kebanyakan lens paling optimum pada f8.Saya byk guna f8 - f11 jika shoot landscapes.tp dlm kes nak bermain slow shutter,nak taknak kena guna aperture kecil gak utk minimise kan cahaya yang masuk..

9W2RMI
gambar yang cantik ni terlalu subjektif bro..pada saya master kan dulu art of composition.Itu adalah kunci untuk mendapatkan gambar yang bagus.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

pd sy gambar bukit kutu yg anda post tu dah cukup cantik dah. mmg subjektif pun cantik ni. tp biasanya sy x penah puas hati dgn hasil sendiri. bro pakai lense apa tu? kalau guna satu aje dah cukup ke, mcm 28-70mm f2.8 ?

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

kalo masuk utan,sy bawak 2 lens je bro.Tu pon sbb sy tak shoot macro,kalo tak bertambah la berat lens2 yg sy kena pikul hehe

Sy guna nikkor 80-200mm f2.8 utk bermain dgn candid,depth of field,action
Dan nikkor 12-24mm f4 untuk mendapatkan dramatic perspektive,ultrawide point of view
Sy tak guna middle range (24-70,17-50,18-55 apa sumer)

Penggunaan lens bergantung pada 'style' shooting anda..anda nak gambar yang macamana.Jgn ikut orang..yg penting kena kenali sesuatu lens tu apa keupayaan dia dan sesuai untuk shoot apa,kenali 'style' shooting anda,baru anda decide apa lens yg patut anda guna/beli.
Kitlens umpama basic tools untuk anda merakam gambar.boleh je shoot mcm gambar2 seperti 'bukit kutu' tu...boleh dpt sama tapi tak serupa :mrgreen:

Tapi penggunaan lens 'mahal' tak menjamin gamabr yg bagus.Anda kena push to the limit beberapa perkara seperti:

1- Teknikal setting - bagaimana nak operate kamera secara manual.Asas shutter,aperture,ISO.

2- keadaan lighting - bilamasa sesuai tuk shoot sbb dlm utan,lighting agak kritikal..lowlight akan mengakibatkan gambar blur/shaking.

3- moment - anda kena alert,bertindak pantas,mampu predict apa yg akan berlaku semata2 untuk mengejar 'moment' ..sbb gambar akan lebih 'impact' jika ada moment

4- angle - selalu shoot low angle dan kreatifkan angle anda.

5- Post Processing - untuk memperbetulkan gambar,enhance dan memberikan 'mood' pada sesuatu gmbr
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

kayrol
Pendaki Tegar
Posts: 266
Joined: 20 Jan 2008, 21:33
Location: http://mytripadventure.blogspot.com/
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by kayrol »

bro mat nak dapatkan sedikit pandangan,

kalau nak main tangkap objek jauh, cukup ke ngan lens 80 - 200 jer atau lebih baik ambik lens sampai 70 - 300 terus.

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

kayrol wrote:bro mat nak dapatkan sedikit pandangan,

kalau nak main tangkap objek jauh, cukup ke ngan lens 80 - 200 jer atau lebih baik ambik lens sampai 70 - 300 terus.
boleh juga.value for money..kalo bole guna yg ada VR (vibrate reduce).Tapi nak jugak tau..objek jauh tu,objek apa? orang,? kalo orang 200mm dah cukup dah at least pada aku.lain la ko nak shoot burung..300mm pon tak cukup panjang lg hehe

Lens tu range antara 70 hingga 200mm sharp,tp lebih dari tu (@300mm) imej akan soft due to optik elemen
Sesuai tuk still subjek..kalo ko nak shoot moving subjek in lowlight situation,better invest pada 80-200 lagi.Sbb tu aku pakai 80-200 sbb keupayaannya bole shoot in lowlight dan aperture nya constant.
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

kayrol
Pendaki Tegar
Posts: 266
Joined: 20 Jan 2008, 21:33
Location: http://mytripadventure.blogspot.com/
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by kayrol »

matsaiko wrote:
kayrol wrote:bro mat nak dapatkan sedikit pandangan,

kalau nak main tangkap objek jauh, cukup ke ngan lens 80 - 200 jer atau lebih baik ambik lens sampai 70 - 300 terus.
boleh juga.value for money..kalo bole guna yg ada VR (vibrate reduce).Tapi nak jugak tau..objek jauh tu,objek apa? orang,? kalo orang 200mm dah cukup dah at least pada aku.lain la ko nak shoot burung..300mm pon tak cukup panjang lg hehe

Lens tu range antara 70 hingga 200mm sharp,tp lebih dari tu (@300mm) imej akan soft due to optik elemen
Sesuai tuk still subjek..kalo ko nak shoot moving subjek in lowlight situation,better invest pada 80-200 lagi.Sbb tu aku pakai 80-200 sbb keupayaannya bole shoot in lowlight dan aperture nya constant.

macam tu ka...tima kasih...abg mat..banyak membantu info yg diberikan,

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

salam bang. soalan : kalau kita set shutter speed lebih dari 1/50 utk landscape@potrait, ada effect tak pada brightness? satu lg brapa aperture yg paling ideal utk dapatkan gambar landscape yg paling jauh? stakat ni sy try f29 & shutter 1/40, ISO 200 & white balance daylight - kira ok la tp mcm ambik gambar guna compact aje...

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

kalau kita set shutter speed lebih dari 1/50 utk landscape@potrait, ada effect tak pada brightness?
Soklan ni berkenaan dedahan cahaya.Dan tiada jawapan yg paling tepat utk soklan ni kerana segalanya bergantung pada keadaan cahaya ketika itu.Dan saya andaikan bro masih tak faham/kuasai basic Shutter,Aperture dan ISO . Ketiga2 ini adalah asas dalam mengawal dedahan cahaya agar imej mendapat dedahan yang tepat

satu lg brapa aperture yg paling ideal utk dapatkan gambar landscape
Tiada sebarang aperture yang wajib,tapi gunakan f8 - f16 utk landscapes agar DOF yang lebar maka gambar akan sharp baik foreground maupun background.
kira ok la tp mcm ambik gambar guna compact aje...
apekata bro post kat sini gmbr tu,maybe kite leh discuss serba sikit :D
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

bro mat, mcm mana nak post gambar kat topic ni? sy nak minta komen ckit...

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

ni gambar ambik masa trip berembun 23 sept 2010. shutter 1/6, ISO 100, f11 dan masa 6.30 ptg. minta komen ckit bro mat...

Image

Uploaded with ImageShack.us

Image

Uploaded with ImageShack.us

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by matsaiko »

gambar no 1 exposure dah ok cuma darisegi composition boleh perbaiki lagi...kalo boleh slowkan lagi shutterspeed.

gambar no 2 bahagian kiri gambar dah overexposed..cuba lagi
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
9W2RMI
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Aug 2010, 11:11
Location: KOTA BHARU

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by 9W2RMI »

ok tq. tapi kalu nak cuba lagi kena pi skali lagi la jwbnya. trip 2 hr 1 mlm ni letihla ckit. gambar no 2 tu lebih kurang jam 7 pagi. mmg matahari dah terang sgt masa tu. tengokla next year nak pi gunung Tera. kat sana banyak view waterfall yg cun2. skrg ni blh la kumpul duit cari lense yg ok lagi kut..

damienkie
Pendaki Gunung
Posts: 165
Joined: 08 Apr 2008, 15:50
Location: kelantan
Contact:

Re: tutorial:bagaimana nak dapatkan aliran air sehalus kapas

Post by damienkie »

jangan sampai hilang identiti air yang mengalir....

Post Reply