Kekal aktif ketika haid

Khas untuk kaum wanita...perbincangan permasaalah berkaitan wanita sebelum, semasa dan selepas beraktiviti.

Moderator: Freelance

Post Reply
User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Kekal aktif ketika haid

Post by kaknik »

Petikan dari KOSMO!

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kitaran haid anda normal dan kadar pendarahannya seperti biasa? Jadi, jangan ragu-ragu untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti bersukan.

Image
PRESTASI seseorang terganggu jika mengalami pendarahan yang banyak.

KENYATAAN yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh bergiat aktif ketika haid adalah mitos semata-mata. Sebaliknya jika kitaran haid seseorang wanita itu normal dan kadar pendarahannya seperti biasa, mereka masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, bersukan dan sebagainya.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak.

Image
WANITA yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal dan menopaus lebih bermasalah.

"Wanita bebas untuk melakukan apa sahaja ketika haid. Sama ada mereka ingin bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sebagainya, ia terpulang kepada mereka. "Cuma jika seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak normal atau mengalami pendarahan yang banyak, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi wanita berkenaan.

"Namun jika haid mereka normal setiap bulan, ia tidak menjadi masalah," kata Jamiyah kepada KOSMO! ketika dihubungi. Tambah Jamiyah, aktiviti lasak yang dilakukan oleh seseorang wanita, bukan punca yang menyebabkan pendarahan mereka bertambah atau tersekat-sekat.

"Sebenarnya mengikut sains, darah tersebut terkumpul di bahagian atas vagina dan jika ia keluar dalam bentuk berketul-ketul dalam jumlah yang banyak, ia merupakan satu proses semula jadi. "Oleh itu saya ingin tekankan bahawa aktiviti lasak yang dilakukan seseorang wanita bukanlah penyebab kepada masalah tersebut."

Selain itu, walaupun kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal wanita akan merosot apabila tiba waktu haid, ia tidak dihadapi oleh semua wanita. Hormon yang dirembeskan sewaktu tiga peringkat kitaran haid mungkin mencipta perbezaan dalam prestasi yang dipamerkan.

Antara hari pertama hingga hari ke-13, tahap estrogen lebih rendah. Tetapi apabila folikel mula membesar dalam ovari, tahap estrogen akan meningkat. Ketika proses pengovulan, biasanya pada hari ke-14, lebih banyak hormon akan dibebaskan. Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron meningkat manakala tahap estrogen mula menurun.

Image
SEIMBANGKAN sumber yang hilang dengan pemakanan sesuai.

Dalam terma aturan senaman, sebahagian wanita melaporkan bahawa dua minggu pertama kitaran haid, rentak kerja atau prestasi mereka adalah lebih baik sementara dalam tempoh dua minggu berikutnya, ia menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya.

Individu yang berbeza terjejas oleh faktor hormon pada tahap berlainan. Menurut Pensyarah dan Penyelidik Psikologi Senaman di Universiti Leeds, England, Dr. Karen Birch, beberapa individu memberi tindak balas teruk kepada perubahan hormon.

Tetapi ia tidak terjejas buat atlet profesional. Sebaliknya wanita yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal atau menopaus lebih berbermasalah. Rosalyn Carbon, doktor untuk pasukan triatlon Britain bersetuju bahawa atlet profesional kurang terjejas disebabkan oleh perubahan hormon.

"Melalui pengalaman saya, atlet profesional kurang menghadapi masalah akibat perubahan hormon berbanding wanita dalam populasi umum. Sebahagian wanita merasakan mereka perlu berehat ketika haid tetapi ada juga yang tidak.

"Kebanyakan atlet wanita mendapati, disebabkan haid, mereka kurang berminat bertanding dalam kejohanan utama. Bagi wanita tersebut, kami cadangkan supaya mereka mengambil pil kontraseptif. "Mereka juga boleh mengambil ubat yang disahkan penggunaannya untuk atlet yang tidak mahu pendarahan mengganggu mereka dalam pertandingan di peringkat kebangsaan."

Di samping itu, wanita yang mengalami kitaran haid, perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk mengurangkan simptom prahaid dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik. Menurut Jamiyah lagi, wanita yang datang haid kehilangan zat besi. Namun jumlahnya tidak banyak.

"Kebiasaannya, seseorang wanita itu secara purata akan kehilangan 80 mililiter (ml) darah setiap bulan ketika haid. Jumlah zat besi yang hilang yang terdapat dalam darah itu pula amat sedikit. "Bagi wanita yang mengalami pengaliran darah yang banyak, contohnya melebihi 80 ml untuk setiap kitaran haid, ia juga masih boleh dikategorikan sebagai kehilangan zat besi dalam jumlah sedikit.

"Bagaimanapun, tidak salah jika seseorang wanita itu mengambil langkah untuk menambah atau menyeimbangkan zat besi yang hilang dengan mengambil pemakanan yang sesuai. "Contohnya, mereka digalakkan memakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, organ-organ dalaman seperti hati, limpa atau sayur-sayuran hijau.

"Tetapi untuk makluman, sayur-sayuran hijau seperti bayam atau kekacang mempunyai kadar kandungan zat besi yang amat sedikit.

Image
KITARAN haid yang normal tidak menjejaskan mereka yang melakukan apa-apa aktiviti.

"Oleh itu jika wanita yang kehilangan banyak darah, mereka disyorkan supaya mengambil pil zat besi untuk mempercepatkan proses pertambahan nutrien tersebut. "Bagaimanapun harus diingatkan bahawa jika mereka mengambil pil itu sejam sebelum makan, mereka harus menghindari telur, tauhu, kubis, teh dan susu bagi mengelak kehilangan zat besi yang ada dalam pil tersebut.

"Sia-sia sahaja jika mereka mengambil pil itu tetapi makan makanan seperti yang disebut di atas kerana ia akan bercantum dan diserap oleh usus," jelas Jamiyah. Apa yang pasti, ujar Jamiyah setiap wanita mempunyai persepsi berbeza mengenai haid dan mereka sebenarnya banyak terpengaruh dengan mitos yang mengatakan tidak boleh bergiat aktif dalam tempoh tersebut.

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

terima kasih kaknik ..bagi info dan up topik ni. buat masa ni..lily masih tgh kumpul apa bahan nak up kt bahagian hal ehwal wanita...

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

gd info..thanks k.nik..

dulu2 kalu period mls nk naik gng..
leceh..remeh...lg pn dok teringat2 kt org tua
kalau period antu setan suka..hihhi..
mula la terbyg mcm2 kt mata.. :evil:

rasanya skrg kaum hawa dh tk ngelat
nk naik gng time period..dunia dh maju
la katakn..hihihi

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Post by kaknik »

Makasih...

Hmmm.. akak sebenarnya lagi suka mendaki masa 'bercuti' gini, i meant selepas hari kedualah. Sebabnya tak payah pikir nak prepare/sucikan diri utk bersolat, tak bergelut kejar masa. Yelah.. perempuan lagi sulit nak prepare utk sholat banding ngan lelaki.

Selalu juga minta hubby setkan time mendaki yang releven dgn situasi ini. Namun tak kira time apa punlah. Itulah sebahagian dari cabaran ketika mendaki kan :lol: . Mudah-mudahan kesulitan tu tidak melemahkan malah membina semangat kita dan InsyaAllah 'pemergian' kita ke gunung diberiNya pahala ibadah kerana tidak mengabaikan ibadah khusus.

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

salam sumer, aku pun nak nyibuk gak kat sini..hehehhe.. :)

sblm ni kalo kebetulan time treking jatuh pada tarikh nampak anak bulan, aku akan gi klinik & amik pil dari dokter, pil ni dia akan delay kan period kita utk beberapa hari, & period akan datang sebaik je kita berenti makan.

bila dah 2-3 kali amik pil ni, dokter tak bagi aku amik lagi dia kata karang hormon bercelaru...so dokter sajes bila period tgh heavy (time beraktiviti), makan pain killer 2 bijik 3 kali sehari, cara ni akan mengurangkan heavy flow tu, kuar2 jugak tapi tak heavy ler..lite2 gitew... & yg penting aku dah cuba & mujarab sangat.. :lol: :lol:
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

siti
satu masa dulu aku penah gak beli pil delay period tp
tk termkn..mcm tk smpai hati jekr..risau..hahah

kalau period pn terjah jekr..kalu rasa nk kena senggugut
mkn ubat tahan sakit..selalunya kalau aku dh pikul brg berat rasa
mcm "tersentot" plak pengalirannya...ada 2-3trip pnjg yg jatuh pd
1st day period..phew! sakit tk dpt elak..cpt penat dn moody sikit..
nk bukak mulut pn mls..

User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

Post by wonder pets »

WP x penah ambik pil tuk delay kan piyed ni..takut effect mase akan dtg..(wa tak kawin lg beb..huhu)

bila trekking 1st day mmg sakit le..
mmg terasa metal gak..huhu sbb badan rase sejuk n lenguh2..
badab akan cepat penat,tp layankan je..hehe lepas tu ok la dia kan..

hmmm, bila time piyed ni mcm mana pulak korang uruskan benda ni?
ni pun perlu diambil berat kan?
biasenya kita org islam akan basuh dulu..then baru leh buang.
so klu tempat xde air mcm mana eh?
apa yg korang buat? blh ar share..

-period? x kisah..kan ade kotex..hahaha-
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

wonder pets wrote: hmmm, bila time piyed ni mcm mana pulak korang uruskan benda ni?
ni pun perlu diambil berat kan?
biasenya kita org islam akan basuh dulu..then baru leh buang.
so klu tempat xde air mcm mana eh?
apa yg korang buat? blh ar share..

-period? x kisah..kan ade kotex..hahaha-
yg dh kawen pn tk berani nk amik..takut nnt lari plak "date" dia..pyh nk budget..kihkihkih...

lain org lain cr nk lupuskn "pad" nie..ada suka kambus kt dlm utan..

tp bg aku..kalu period aku akn pakai spender pakai buang tuh..ada air cuci la bersih2 then balut ngan surat khabar..masuk dlm plastik itam simpan tuk di buang kt luar..kalau tmpt tu tk der air pn bungkus cntek masuk dlm plastik gak bila jmpa air baru bsh bg bersih ..pad yg dh di guna nie dlm beg taruk la kt tmpt paling tersembunyi jgn cmpo aduk ngan brg lain yea..hihihi..tp ada gak yg tk setuju sbb katanya nk bwk mnda kotor lama2 dlm utan xelok..

kotex ok ker? selalu pakai whisrper sbb bila cuci tk hancur..lg pn tahan lama..daya serapan lg bagus..xbocor..kering selalu...hahah..lg pn tk perlu tukar dgn kerap..ada yg pakai pad herba..tp yg nie mahai sikit..kihkihkih

User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

Post by wonder pets »

WP pun wat mcm mana yg kak melati wat tu..
klu tempat xde air mengalir kite simpan je elok2..org kata tak baik kan..takut apa2 benda ikut lah..tapi klu kita buang merata2 lg lah bahaya, x basuh pulak tu (eee takot). :evil: .cume kita niat dlm hati.
bkn kita x nak uruskan dgn baik..tapi dh darurat. tu je jln yg terbaik..

whisper tu ade jelly lah..x suke..
penah 1 time dulu WP guna yg CNI punya..daya serapan mmg cukup baik..sbb ada jelly..tapi bila masuk air..jelly dia kembang semangkuk..bayangkan le :oops: .. terus kena tukar..huhuhu
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

wp
erk! whisper ada jelly ke? mana der dek ooi...stayfree/laurier jerk ada..bila cuci dia pecah n hancur2...eeeiii...kalu kena lintas sungai leceh..yurk!

menurut kt org tua la..kalu tk mo bg "bnda" ikut..taruk paku/pin rambut/bnda tajam dlm tuh..jd atau tk tk tau la..mak jekr kt cm tuh
hiihih...dia kt mcm uri beby la kalu nk tnm tk bg benda kacau tanam sekali
bnda tajam..so formula/kepercayaan nya sama mcm kita bwk pad yg kotor tuh..apa2 tu wallahualam la kn..org tua yg kt kita muda ikut ja..
huuhhu..

User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

Post by wonder pets »

ye ke whisper xde jelly?
ooo klu mcm tu boleh le guna lepas ni..hehehe..tq
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

melati, mmg betul takut ada side effect makan pil tu sbb tu dokte tak bagi mamam selalu.

camne cara cuci? uisshh! takpe ke tulis kat sini? :oops:

takpe, sharing is caring kan! be positif! heheheh.. :P

aku penah time tu ke YB,adehhhh... udah ler LWP nunnnn jauh di sana, & tak berani cuci kat LWP tu (seriau beb! nak2 kat tudung periuk tu.. :shock: tatuttttt! )...so aku pikul air kat kemsait, gali lubang & cuci p*d tu kasik bersih,pastu kambus lubang tu balik, p*d yg dah cuci tu bungkus baik2, masuk pelestik & simpan dlm beg, bawak kuar.

kalo lepas 'salin' plak & tmpt tu takde air, aku juz bungkus dgn paper elok2 & masuk dlm beg , pastu bila jumpa air baru cuci.

pasal 'aroma' plak, pekata pakai p*d herba! :P , ni tips aku dpt dari salah sorang otai wanita tersohor kat sini (nama dirahsiakan...tak berani nak bgtau...heheheh) & aku rasa mmg mujarab.

lagi satu tips, bila korang tgh mengalami piyed time treking ni, better bgtau gogo @ kalo segan bgtau sesapa je lah...yelah mana tau kut2 apa jadi... (yg ni apply utk trip yg makan lebih 3 hari le..heheheh) :oops:

** syok plak topik nie..heheheh.. :lol:
Last edited by siti situ sana sini on 21 Nov 2008, 14:26, edited 1 time in total.
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Post by siti situ sana sini »

silap..heheh.. :oops: :oops:
Last edited by siti situ sana sini on 21 Nov 2008, 14:24, edited 1 time in total.
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

Post by wonder pets »

siti situ sana sini wrote: pasal 'aroma' plak, pekata pakai p*d herba! :P , ni tips aku dpt dari salah sorang otai wanita tersohor kat sini (nama dirahsiakan...tak berani nak bgtau...heheheh) & aku rasa mmg mujarab.
bagus lh tips ni...ok boleh cube..thanks 4 sharing :)
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati »

aku tk blh pakai herba punya...nnt jd ruam...lg la leceh..huwaaa....

eija_nabila
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 07 Dec 2005, 13:19

Post by eija_nabila »

i suke pkai tampon..senang, mudah dan menjimatkan

:wink:
aqu tak singel..jangan ngorat !!

adah
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 12 Feb 2008, 10:20
Contact:

Post by adah »

menarik btul topik ni...:)
slalu nye time pegi trip terkena time period...kekdg je kena time clear...tp kalau time period...mesti nak mandi..if water point 2 jauh dr kemsite,adah akan berenti dulu b4 kemsite n settle kan ape yg ptt....

kalau keadaan mcm tu..adah dah bgtau awl2 kat gogo...yg adah akan berenti jap kat LWP :?
"Love your job but never fall in love with your company,because you never know when it stop loving you!!!"

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by maclan »

leh ke nk mencelah ni...

malu2.....tp xpe..nk belajar..hehe..

saye selalu jadi gogo trip tuk kelab saye..so stiap kali trip...pasal ni saye amt amik berat la..n mmg brief btul2 kag girl2..terutama firts timer...ade juge info saye amik dalam ni...n ade jgk brtanye pada akak2 yg dh otai camne care nk manage ni...

ade 1 persoalan yg timbul ni coz ade girl tanye...

saye nasihatkan peserta basuh dlu tu b4 simpan....then ade pserta tanye..klu basuh..xke kite dh mengotorkan tempat tu? :roll:

leh tolong jawab kan bagi pihak saye?huhu
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by nizran »

hish, saya mana leh jawab nie...
takpe2... anggap aje saya nie perempuan..

just nak bg pendapat..

kalo dulul2 setahu saya mmg perlu basuh, sebab ajaran dari guru2 dulu dan ustaz..
teorinya senang, darah juga adalah jisim badan yg datangnya dari tanah, dan kembalikannya kepada tanah. maka, sebaiknya sewaktu basuh,

1. basuh dan cuba buat agar aliran airnya ke tanah dan timbuskan.

pada saya, yg di istilahkan sebagai kotor itu adalah apabila, barang tersebut dengan keadaan berdarah dibiarkan ianya di tempat terbiar. maka barang tersebut boleh membusuk, merosakkan kecantikan alam semulajadi dan mengeluarkan bauan. berpandukan kisah2 mistik dolu2 juga, brg yg tidak dibasuh dan dibiarkan itu akan mendatangkan menatang alah yg akan menghisap darah tubuh badan dari pad itu. ada juga kes dimana, pemilik itu disantau melalui darah itu. (pakai sepender pun boleh santau, inikan pula barang macam pad.)
2. menghormati org kampung...
orang2 kampung yg tidak dapat dilihat ini, setidaknya, akan menghormati seorang muslim itu apabila seorang muslim tersebut baik tertibnya dan adabnya di kawasan tersebut. maka, apabila diambil kira akan perihal tertib dan adab, kita mendapati, membasuh dan membawa keluar barang tersebut adalah yg terbaik.
macam berak dalam hutan la, kalo pihak taman negara afrika, diorang meminta lubang taik yg digali dalam jarak 20-50 meter dari sumber air, ini adalah kerana tidak mahu mencemarkan air. tapi logiknya, dah mencemarkan tanah juga. namunbegitu, proses alam semulajadi yg mengompos bahan buangan tersebut dan menukarkannya kepada baja akan membantu pembaik pulih tanah itu kembali. (merapu pulak)
oleh yg demikian, saya kira, saya berpendapat, membasuh adalah tidak mengotorkan tanah atau tempat itu. ini sebaiknya disertakan dengan mana2 doa pendinding diri. sekian.

my 1 cent.
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by maclan »

menjawab soklan saye...thanks bro...

** ingatkan akak2 otai yg jawab..rupenye bro otai jugak yg jawab.. :keke: ..
xpe bro..same2 kite belajar..hehehe
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by nizran »

otai takde, petai ade..
same2... harap dpt membantu..
mane satu belakang pokok???
Image

aida
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 07 Jan 2011, 06:53
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by aida »

rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu :(

tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

aida wrote:rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu :(

tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.
kalo semangat kita kuat..insyallah kita tak de pe2... yang afdhalnya.. niat dan tujuan kita masuk hutan.. dan Allah ada bersama2 kita kan... so berdoa semoga selama pergi dan balik.. lindungi diri kita dan kawan2 kita dari sebarang musibah..

tak faham... maksud aida tentang solat tersebut..

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by deep purple »

Freelance wrote:kalo semangat kita kuat..insyallah kita tak de pe2... yang afdhalnya.. niat dan tujuan kita masuk hutan.. dan Allah ada bersama2 kita kan... so berdoa semoga selama pergi dan balik.. lindungi diri kita dan kawan2 kita dari sebarang musibah..
tabek puan...betol3x...kalau nk sumer jadik :minum:

Freelance wrote:aida wrote:
rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu
tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.
...kalau trekking tu nyusahkan, x pyh gi...lagi baik dok umah aje... :mrgreen: :keke:


"ALONE AGAIN" ~DOKKEN~

http://phototrek.wordpress.com/

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

deep purple wrote:
Freelance wrote:kalo semangat kita kuat..insyallah kita tak de pe2... yang afdhalnya.. niat dan tujuan kita masuk hutan.. dan Allah ada bersama2 kita kan... so berdoa semoga selama pergi dan balik.. lindungi diri kita dan kawan2 kita dari sebarang musibah..
tabek puan...betol3x...kalau nk sumer jadik :minum:

Freelance wrote:aida wrote:
rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu
tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.
...kalau trekking tu nyusahkan, x pyh gi...lagi baik dok umah aje... :mrgreen: :keke:


"ALONE AGAIN" ~DOKKEN~

http://phototrek.wordpress.com/
rasanya stakat ni tak de masalah lah kalo sendiri menghadapi situasi ni.. benda yg sukar jgn ler anggap susah sangat.. permudahkan adalah lebih senang kita selesaikan masalah tersebut.. sedangkan kita sakit mcamana pun.. solat tetap wajib kita wat.. kalo kita tak leh nak solat berdiri ..kita duduk ..tak leh duduk kita baring.. tak leh gak nak wat solat.. isyarat mata pun boleh... Allah dah permudahkan kepada kiter...

aida
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 07 Jan 2011, 06:53
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by aida »

deep purple wrote:
Freelance wrote:aida wrote:
rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu
tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.
...kalau trekking tu nyusahkan, x pyh gi...lagi baik dok umah aje... :mrgreen: :keke:


"ALONE AGAIN" ~DOKKEN~

http://phototrek.wordpress.com/

tak kira nak gak pi trekking. bak kata sis lily janji semangat kuat and niat yg betul hek3 :lidah:

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by deep purple »

tak kira nak gak pi trekking. bak kata sis lily janji semangat kuat and niat yg betul hek3 :lidah:

baru betol3x..."if u cannot beat them, join them!"... :minum:

"HOLIDAY" ~SCORPIONS~

http://phototrek.wordpress.com/

User avatar
adlyana
Pendaki Gunung
Posts: 102
Joined: 04 May 2006, 13:11
Location: KL
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by adlyana »

bab-bab gangguan masa trekking taim period tu, so far tak pernah ada.

cuma leceh je lah esp kalau pi trip yg kurang byk waterpoint. mana nak tukar pad, nak simpan pad (yg dah diguna - coz kalau tanam pun mender nih amik masa gila lama utk di-biodegrasi-kan. so kena fikir efek pd alam sekitar jugak). cuma kalau guna tampon tu mungkin senang nk bwk balik sbb kecik dari segi saiz.

aida
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 07 Jan 2011, 06:53
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by aida »

ahaa, ckp pasal tampon, tak sakit ek bila pakai? huhuhu. lom penah pki tampon. tp kalo nak kira senang nak bawak balik tu mmg la sbb kecik :)

User avatar
adlyana
Pendaki Gunung
Posts: 102
Joined: 04 May 2006, 13:11
Location: KL
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by adlyana »

aida wrote:ahaa, ckp pasal tampon, tak sakit ek bila pakai? huhuhu. lom penah pki tampon. tp kalo nak kira senang nak bawak balik tu mmg la sbb kecik :)
tak sakit lah. cuma utk first timer mungkin rasa tak selesa kut.
ada org ckp, kalau blm kahwin jgn pakai tampon sbb takut selaput dara terkoyak.
tp x sure pulak kalau ada bukti bertulis tentang nih.

aida
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 07 Jan 2011, 06:53
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by aida »

ahaa. tgk la camner nnt. thanks info pasal tampon. baru teringat. at least ada alternative nnt :)

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

aida wrote:
deep purple wrote:
Freelance wrote:aida wrote:
rasa mcm tak berani plak bila nak trekking masa period ni. bila pk2 pasal kesan & makhluk2 lain tu
tp kalo tak period urusan solat pun cam complicated gak as compared ngan yg lelaki.
...kalau trekking tu nyusahkan, x pyh gi...lagi baik dok umah aje... :mrgreen: :keke:


"ALONE AGAIN" ~DOKKEN~

http://phototrek.wordpress.com/

tak kira nak gak pi trekking. bak kata sis lily janji semangat kuat and niat yg betul hek3 :lidah:
yang penting bila kita period.. kita tau camner nak uruskan brg2 kiter tu.. perkara ni ada diperbincangkan dlm forum ni..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

adlyana wrote:bab-bab gangguan masa trekking taim period tu, so far tak pernah ada.

cuma leceh je lah esp kalau pi trip yg kurang byk waterpoint. mana nak tukar pad, nak simpan pad (yg dah diguna - coz kalau tanam pun mender nih amik masa gila lama utk di-biodegrasi-kan. so kena fikir efek pd alam sekitar jugak). cuma kalau guna tampon tu mungkin senang nk bwk balik sbb kecik dari segi saiz.
ad.. memang problem kalo masalah dgn waterpoint.. tapi cara akak kan..akak kena kaji dulu trek2.. kemsite.. kt mana ada air ...biasanya akak akan bungkus tebal2.. jangan smpi kuar bau hanyir.. kalo leh memang kena cuci gak..sbb ianya adalah sebahagian dari anggota jasad kiter... bila sampai di kawasan yg ada water point.. baru akak basuh.. kemudian sesiapa nak tanam, tanam ler pad tu.. nak2 kalo kita treking berhari2... biasanya akak bwk keluar.. lagipun kita dah cuci bersih2..
kalo ada sesiapa ada pendapat lain.. sila kemukakan.. kita sama2 berkongsi masalah tentang hal wanita ni..

User avatar
pgurlz
Pendaki Sondol
Posts: 423
Joined: 06 Jun 2006, 13:40
Location: just nearby
Contact:

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by pgurlz »

selalu klu kena time nak outdoor.. guna yg mahal sket la.. yg sistem serapan dier bagus drpd yg biasa.. n guna yg slim.. senang sket nak manage.. n jgn lupa bawa kertas tuk balut sama eks...

so far mmg zam akan bawak keluar jugaks.. n x pernah plak terfikir nak pakai tampon takut x selesa...
se-simple yg boleh

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

pgurlz_eazmz wrote:selalu klu kena time nak outdoor.. guna yg mahal sket la.. yg sistem serapan dier bagus drpd yg biasa.. n guna yg slim.. senang sket nak manage.. n jgn lupa bawa kertas tuk balut sama eks...

so far mmg zam akan bawak keluar jugaks.. n x pernah plak terfikir nak pakai tampon takut x selesa...
betul tu zam.. biasanya akak pakai pad herba.. so pad tu tak ler berbau hanyir sangat...tahan lama gak..

kak ngah
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 02 Dec 2010, 17:12

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by kak ngah »

banyak tips berguna dari kawan2,terima kasih.

pendapat saya,

bagi masalah trekking tempat2 yg takde waterpoint, cara yg selalu saya buat ialah simpan dulu pad terpakai, dibungkus baik2 dgn suratkhabar & plastik, manakala untuk kebersihan diri sendiri, boleh guna baby wet wipes.sementara aje, dah jumpa punca air, boleh la proceed proses pencucian secara biasa.
( giler skema ayat)

nana1776
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 12 Apr 2011, 16:34

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by nana1776 »

ooo baru saya tau.. kena belajar ni sbb tak penah plak gi taim bedaroh....huhuhu
mekasih..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

Pad lebresse.. kurang berkesan... sbb nipis sangat..

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Freelance »

Pad teknologi baru.. pakai basuh.. sesuai gak digunakan kt dalam hutan.. mau try ler. .samada berkesan untuk penggunaan bila treking kt dalam hutan ..sila tenguk di

http://www.facebook.com/baby.snowdrop

Image

Uploaded with ImageShack.us

Lionel Messi
Pendaki Gunung
Posts: 37
Joined: 27 Feb 2018, 10:02

Re: Kekal aktif ketika haid

Post by Lionel Messi »

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak

กำถั่ว/color]
RedDragon

Post Reply