Alcohol fuel

Diskusi khas berkaitan peralatan review dan isu berkaitan.

Moderator: nadir

Post Reply
haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Alcohol fuel

Post by haziq »

Kat sini ada sesiapa yg selalu pakai Alcohol stove tak?
Saya selama ni cuma pernah pakai stove jenis petrol/gas je. Sekarang ni tgh consider satu option lain, iaitu alcohol stove ni la.. Jadi adalah lebih elok saya research betul2 dulu sebelum bertindak. Harap2 otai2 kat sini dapat membantu :)

Saya tengah research sikit psl penggunaan stove jenis alkohol ni:
  • -Kalau setakat persoalan nak guna alcohol stove jenis apa tu tak de masalah kot, option memang banyak (DIY design je dah beribu kot kalau search online, abih2 kurang boleh pakai Trangia je..)
  • -Jadi, saya nak mula dari parameter yg saya rasa paling penting dulu, iaitu: minyak yang nak diguna. Memang, kandungan tenaga dalam alkohol ni kalau nak dikira cuma 50% dibandingkan kandungan stove yang guna petrol/gas canister (maksudnya kena bawak 2x lebih banyak alkohol kalau bandingkan dgn petrol/gas), tapi kalau utk trip2 yg pendek - weight savings bila tak bwk stove+canister jenis petrol/gas yang super-duper berat tu memang sangat berbaloi rasanya..
Bukan apa, bila nak pakai alcohol fuel,pemilihan jenis minyak ni sangat penting sebenarnya. Kalau tak, boleh jadi tak berbaloi utk dipakai, sebab dah tak efisien (kene bwk dlm kuantiti yg lebih banyak=lagi berat).. Silap2 langsung tak leh idup. Belum kira bab toksik nya pulak tu..

Kalau 'kena' bab memilihnya, memang sangat2 berbaloi utk pakai stove yg jenis ni. Siap ada yg dh buat research: cooking system jenis alcohol ni lebih ringan utk dipikul berbanding cooking system yg pakai petrol/gas, utk trip2 yg <53x makan:
Image
(Dia benchmark 1x makan masak pakai 500ml je la). 53x makan boleh buat outing lebih 20hari kot tu... Gila bes.

Setelah berhari2 bertapa dgn pakcik google, ni yg saya dapat setakat ni:
-Kandungan alkohol dalam minyak tu mesti sekurang2nya 90%
-Ada 3 kategori jenis alkohol yang ada orang guna utk backpacking:
  • 1.Etanol (Ethyl Alcohol)
  • 2.Metanol (Methyl Alcohol)
  • 3.Isopropanol (Isopropyl Alcohol)
-Kalau ikut ranking (yg paling efisien kpd yg plg x efisien):
  • 1.Pure etanol (tapi ni tak practical kot, sebab mahal dan susah dapat orang kata..)
  • 2.Denatured alcohol (maksudnya dia tambahkan benda lain pada etanol).. Denatured alcohol ni sepatutnya dibuat dengan kandungan majoritinya etanol. kalau dapat 90% etanol memang paling best.
  • 3.Methylated spirit. Yg ni majoritinya etanol, yg di'denatured' kan pakai metanol.
  • 4.Metanol
  • 5.Isopropanol. Ni yg org panggil rubbing alcohol kat farmasi2 tu. Kalau nak kira benda alah ni memang paling byk heat content per gram dalam kategori alkohol, tapi tak direcommended nak diguna time backpacking, sebab dia paling messy. Jelaga/minyak nya pula agak toksik bila dihidu/kena kulit..
Yg ni semua saya tgk yg mat2 saleh obersea guna/research la..
Kalau yg jenis denatured alcohol tu diorang suka pakai yg jenis camni:
Image
Kalau yg jenis metanol diorang suka pakai yg jenis camni (botol yg warna kuning):
Image
Kalau botol yg kaler merah sebelahnya tu Isopropanol...

Yang tu semua pengalaman mat2 saleh obersea punya la..
Jadi, endingnya kena la jugak tanya expert2 yg kat Malaysia pulak (dah nama pun nak pakai kat Malaysia ye dak?).. Soalan2 saya kpd penggemar stove jenis alkohol ni:
  • 1.Korang suka pakai yg jenis macam mana? Beli nya pulak kat mana? Apa nama brand nya pulak? Berapa regenye?
  • 2.Ada nampak tak orang jual brand2 yg ada kat atas ni kat Malaysia? Kat mana nampaknya? Berapa pulak regenye?
Harap2 ada yg boleh cerita pengalaman guna stove jenis ni. Terima Kasih..

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

good effort haziq..terbaek
rasanya alcohol kt atas tak pernah lg tengok jual sini..
ImageImageImage

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

orga wrote:good effort haziq..terbaek
rasanya alcohol kt atas tak pernah lg tengok jual sini..
TQ bro orga.. tadi baru dapat maklumat yg ACE hardware ade jual satu brand Denatured alcohol.. nanti bila saya free insyaAllah saya akan compile kan beberapa brand minyak buat benchmark test.. :D

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

ada member yg pakai yg nih..beli kt sini rasanya..

Image
ImageImageImage

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

orga wrote:ada member yg pakai yg nih..beli kt sini rasanya..

Image
A'ah, yg ni ada kat Ace hardware diorang kata.. brand nya sama dgn yg tin ijau kat atas tu (Klean-Strip).
Klean-Strip Green = Warna hijau
Klean-Strip S-L-X = Warna biru

Kalau yg biru je yg ada kat M'sia, mungkin cap ni lah yg paling OK kot yg sy tahu setakat ni.. Tapi kalau baca review, ada banyak kekurangannya bila dibandingkan dgn yg kaler hijau (Klean-Strip Green):
1. S-L-X ni ratio campuran etanol:metanol nye hampir cecah 50:50.. Bila kandungan etanol nye berkurang, maksudnya kapasiti tenaga dia pun berkurang jugak (yg tin hijau tu lebih kurang 90% etanol).. Kiranya yg biru tu mcm RON95 lah kot, haha..
2. Kalau tgk MSDS (material safety data sheet) S-L-X tu, dia ada 5% Metyhl Isobutyl Ketone.. chemical ni agak bahaya sebenarnya kalau dihidu, apatah lagi kalau tertelan.. Dekat MSDS dia ada tulih mende ni:
Routes of Entry: Dermal contact. Eye contact. Inhalation. Ingestion.
Toxicity to Animals:
WARNING: THE LC50 VALUES HEREUNDER ARE ESTIMATED ON THE BASIS OF A 4-HOUR EXPOSURE.
Acute oral toxicity (LD50): 1600 mg/kg [Guinea pig].
Acute dermal toxicity (LD50): 20001 mg/kg [Rabbit].
Acute toxicity of the vapor (LC50): 8000 ppm 4 hour(s) [Rat].
Chronic Effects on Humans: The substance is toxic to lungs, the nervous system, mucous membranes.
Other Toxic Effects on Humans:
Very hazardous in case of ingestion, of inhalation.
Hazardous in case of skin contact
(irritant, permeator).
Maksudnya, bende ni kene handle ngan berhati2, pastu kene packing elok2.. kalau terexpose berjam2 memang sgt bahaya (mungkin tertumpah dalam khemah tanpa kita sedar - masa tidur ke apa - tau2 je dah berjam kita hirup..)

Masa masak pun kena pastikan tangan dicuci selepas handling minyak ni, bahaya kalau terpegang mata/kulit, atau terkena makanan yg kita pegang, kalau tak basuh.. Lepas tu kene sentiasa pastikan tempat memasak ada ventilation la, mcm biasa..

OK aje cap S-L-X ni sbenarnya, ramai gak yg guna.. cuma kene lebih berhati2 la. sementara saya belum dpt jumpa yg tin kaler hijau, memang pakai yg ni juga lah agaknya nanti :)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

thanks good info..

ni campuran yg S-L-X kan..
Image

ni plak yg green..
Image

paling risau kalo methyl isobutyl ketone tu meresap kt ration masa dlm beg lg..pastu beg plak dah grip ngan drybag..fuhh cam kena perap gitu..haha
jd cara handling chemical ni kt dlm beg pon kena betul ye tak..
ImageImageImage

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

Wah, cayalah bang Orga. Ni bagus buat reference ni, TQ.. Tp yg green tu pun ada MIK jgk eh? igtkn takde.. Siap sampai 10% tu content dia, lagi lah bahaya dari SLX kalau camni, huhu..
orga wrote:paling risau kalo methyl isobutyl ketone tu meresap kt ration masa dlm beg lg..pastu beg plak dah grip ngan drybag..fuhh cam kena perap gitu..haha
jd cara handling chemical ni kt dlm beg pon kena betul ye tak..
betul jugak tu bang, tak terpikir pulak time dlm beg.. nampaknya botol minyak ni nk kene bubuh dlm ziplock plastic bag yg airtight tu lg nih,lepas tu asingkan dari pot ngan makanan.. ok2. TQ bang Orga...

lepas research2 lagi kat internet, ni maklumat yg sy dpt psl minyak yg green tu:
1. kene guna stove yg lebih efisien utk manfaatkan high heat output dari kandungan etanol dia yg tinggi tu.. kalau masuk kat stove yg cikai je, performance dia jadi lebih kurang je ngn S-L-X, sebab stove yg cikai2 tu tak dapat handle haba yg extra tu.. kalau masuk ke stove yg efficient mcm trangia ke insya allah dapatlah benefit dia..
2. minyak yg green ni baunya lg teruk dr yg blue.. soot nye pn lg teruk dr blue (lauk lah pot kene bakar dgn bende ni).
3. yg green ni lagi mahal dr yg blue.

kesimpulan saya skrg ni, kalau tak jumpa yg green ni pun takpelah.. yg biru ni pun dah cukup ok. pasal bahaya tu pulak, semua jenis minyak stove (termasuk petrol) ni bahaya kan? jadi semuanya kena handle dgn berhati2, tak kira la apa jenis minyak pun.. betul tak kesimpulan saya ni bang Orga?

nanti kita try compare yg biru ni dgn minyak cap lain pulak, manalah tau boleh jumpa brand malaysia yg lagi ok ke.. 8)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

kesimpulan saya skrg ni, kalau tak jumpa yg green ni pun takpelah.. yg biru ni pun dah cukup ok. pasal bahaya tu pulak, semua jenis minyak stove (termasuk petrol) ni bahaya kan? jadi semuanya kena handle dgn berhati2, tak kira la apa jenis minyak pun.. betul tak kesimpulan saya ni bang Orga?
yup betul tu..perlu plan camne nk organise brg2 dlm beg masa trip..kalo bawak liquid mudah terbakar, lebih baek taruk dalam fuel bottle..

nnt bg la review kalo dah test ngan mcm2 minyak nih..sharing is caringg kan..hehe
ImageImageImage

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

orga wrote:
nnt bg la review kalo dah test ngan mcm2 minyak nih..sharing is caringg kan..hehe
boleh bang, xdehal punye.. setakat ni sy baru jumpa beberapa candidate utk testing nih:
1. Kleenstrip S-L-X
2. Methylated Spirit (dlm botol kaca)
3. Pure Spirit (dlm botol kaca)
4. Rubbing alcohol dr farmasi2 (cuma belum dikenalpasti brand apa yg ada kat M'sia ni)

Nanti bila dah siap test saya kasi upload finding sy kat sini, insya allah..

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

okeh terbaek tu haziq..tengok hasilnya nnt..
tu 4 jenis alkohol yg biasa pakai dan senang nk dpt..
ImageImageImage

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by nadir »

wah menarik!

satu lagi precaution kalau guna alcohol - kene pastikan guna botol fuel yang betul , cam akata Orga. Selain mengelakkan kebocoran , kena ingat , alcohol tidak berwarna dan ada yang tidak berbau ( macam yang jual kat kedai hardware ) , so ada kemungkinan orang tersilap ingat air kosong.

pernah dan kerap jadi , orang letak dalam botol air mineral, pastu kawan tengok ingat air , telan seteguk dua... huuuu haruuuu
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

pasal rubbing alcohol kat farmasi tu pulak lagi jadi konpius bab nak carik nya. sbb bile dah kat situ, perasaannya dah rasa mcm salah masuk department pulak, haha.. tapi lepas sedikit aktiviti di google, ni antara produk yg kat Malaysia (ada denatured alcohol content katanya..):
Image
Peratus kandungan alkohol kat benda ni pulak belum dikenalpasti.. Ada sesiapa kat sini yg agak prihatin dgn produk2 kecantikan tak? hehe. kalau kat farmasi2, brand apa yg sesuai buat minyak stove ni? kalau boleh yg sudah dpt dikenal pasti tinggi kandungan alkoholnya..

bukan apa, bagus rasanya kalau ada knowledge ttg alternatif minyak yg lain ni.. katakan lah: bile kita traveling ke tempat orang, pastu minyak pulak dah abis. belum tentu kita dapat jumpa jenis minyak yg kita biasa guna, kalau dah terdesak tak jumpa kedai hardware, boleh la serang farmasi plak carik minyak :wink:
orga wrote:okeh terbaek tu haziq..tengok hasilnya nnt..
tu 4 jenis alkohol yg biasa pakai dan senang nk dpt..
rilex ye bang, perlu masa sikit nak setup test ni, hehe..
nadir wrote:wah menarik!

satu lagi precaution kalau guna alcohol - kene pastikan guna botol fuel yang betul , cam akata Orga. Selain mengelakkan kebocoran , kena ingat , alcohol tidak berwarna dan ada yang tidak berbau ( macam yang jual kat kedai hardware ) , so ada kemungkinan orang tersilap ingat air kosong.

pernah dan kerap jadi , orang letak dalam botol air mineral, pastu kawan tengok ingat air , telan seteguk dua... huuuu haruuuu
TQ bro Nadir.. Betui gak tu, tak terpikir pulak.. Saya pun igt nak pakai botol mineral je gak ni, lepas tu tulih ngan pen marker besar2.. Tapi kalau orang dah haus mana la sempat dia nak baca2 label ni ye dak? kene pikir pjg lagi bab botol ni nampaknya..

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by irmuaaz »

Salam,
Geng fastpacker memang ramai yang minat alcohol pasal ringan setup. Aku pun masa muda2 dulu masa gila fastpacking memang pakai alcohol stove je. Cuma kalau pakai alcohol fuel kena budget cun cun la.

Dari pengalaman aku la 1l methylated spirit masak memang kurang la dari satu canister 270g propane/butane. Aku rasa dari observation tak scientific aku satu 270g propane butane equivalent dengan 2l methylated spirits. Of course lah bergantung kepada variation cuaca, climate etc. Utk fastpacker tak kisah sangat pasal trip cepat masuk cepat keluar. Tapi kalau group besar mungkin tak sesuai la nak pakai alcohol je. Atau nak masak meriah2 gulai kawah ke. Itu susah sikit la nak bincang

Bagi aku alcohol memang bersih kalau tumpah pun tada hal boleh sapu je. Aku dulu simpan dalam botol PET plastic biasa je (botol mineral) cuma label la terang2 takut terminum. Kalau kejap daytrip atau semalam je aku simpan dalam squeeze bottle je (botol madu) Alcohol tak corode PET jadi takde masalah. Cuma jangan tumpah atas khemah/tarp yang ada coating atau seam taping. Terkelupas nanti.

Clickstand S-2 with Trangia Burner
ImageImage

Geng fastpacker selalu bwk alcohol stove (trangia/esbit) dengan pot stand je dan tak pakai set besar2 macam Trangia. Ada byk stand dalam market skrg cam Trangia Mini, Esbit, Clickstand. Favourite aku Clickstand la pasal dia ringan, packing footprint kecik pasal boleh fold flat, dan yang paling penting, dia cukup besar untuk kita adjust api pakai simmer ring stove. Selalu stand lain dia tak design untuk pakai simmer ring tu sekali jadi mungkin masak nasik hangit :).

Clickstand s-2 Packed
ImageImage

P.S : Satu tip. Kalau nak simpan stove dalam periuk (macam aku selalu buat) pastikan takde fuel dalam dapur. Kadang o-ring dapur tu dah keras jadi fuel tumpah. Sebab nak elakkan orang minum alcohol industrial ni dia letak perisa pahit. Memang pahit gila kalau tertumpah dalam periuk. Tension tu kalau nak kena pakai air cuci bila air kena ration.

Yang pasal denatured alcohol tu hand sanitizer dettol, lifebouy ada jual kat farmasi dalam5 ringgit sebotol. Elok bawak bukan aja utk nyala api tapi boleh gak cuci tangan untuk elakkan keracunan makanan :). Nak buat fuel tak sesuai kot. Api dia kurang panas pastu mahal lah. Buat umpan api boleh la.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

irmuaaz wrote:Salam,
Geng fastpacker memang ramai yang minat alcohol pasal ringan setup. Aku pun masa muda2 dulu masa gila fastpacking memang pakai alcohol stove je. Cuma kalau pakai alcohol fuel kena budget cun cun la.

Dari pengalaman aku la 1l methylated spirit masak memang kurang la dari satu canister 270g propane/butane. Aku rasa dari observation tak scientific aku satu 270g propane butane equivalent dengan 2l methylated spirits. Of course lah bergantung kepada variation cuaca, climate etc. Utk fastpacker tak kisah sangat pasal trip cepat masuk cepat keluar. Tapi kalau group besar mungkin tak sesuai la nak pakai alcohol je. Atau nak masak meriah2 gulai kawah ke. Itu susah sikit la nak bincang
TQ bro irmuaaz kerana sudi berkongsi :)
Betul sgt tu, stove jenis alcohol ni mmg xsesuai utk group yg besar ataupun golongan chef2, hehe.. Nak guna stove jenis ni memang kene optimize byk hal, terutamanya cara memasak dan pemilihan menu. sebaik2nya semua benda dah kene consider sebelum sumbat dalam beg lagi (berat setiap ingredient, kalori content,cooking duration,etc.).. cuma bila jadi minimal ni tak semestinya kena sacrifice nafsu makan time backpacking, boleh aje hidup dgn perut yg happy bila pandai pilih menu, termasuklah bila guna alcohol stove - byk menu yg bes2 boleh carik online.. pd amatan saya lg, stove jenis ni bukan aje sesuai utk fastpacking, tp sesuai utk trip long distance gak. tapi kena apply skill2 ultralight backpacking la.
irmuaaz wrote: Bagi aku alcohol memang bersih kalau tumpah pun tada hal boleh sapu je. Aku dulu simpan dalam botol PET plastic biasa je (botol mineral) cuma label la terang2 takut terminum. Kalau kejap daytrip atau semalam je aku simpan dalam squeeze bottle je (botol madu) Alcohol tak corode PET jadi takde masalah. Cuma jangan tumpah atas khemah/tarp yang ada coating atau seam taping. Terkelupas nanti.
Menarik gak idea pakai botol madu squeeze tu, takyah lah susah2 nak cari squeeze lid yg lain dah.. TQ jugak utk tips pasal coating/seam taping tu, tak terpikir pulak dia boleh makan chemical coating/tape tu.. Alkohol fuel ni memang senang nak bersihkan berbanding fuel jenis lain, tapi kena hati2 la dgn exposure to eyes/skin/mouth bila tertumpah.. sbb fuel ni takkan dijual dgn 100% etanol, sbb nanti org buat minuman mabuk. so dia akan 'denatured'kan etanol tu dgn chemical lain macam metanol dan bende2 alah lain tu. metanol tu pulak sangat toksik sebenarnya, kena elakkan drp dihidu/minum/kena kulit...
irmuaaz wrote: Yang pasal denatured alcohol tu hand sanitizer dettol, lifebouy ada jual kat farmasi dalam5 ringgit sebotol. Elok bawak bukan aja utk nyala api tapi boleh gak cuci tangan untuk elakkan keracunan makanan :). Nak buat fuel tak sesuai kot. Api dia kurang panas pastu mahal lah. Buat umpan api boleh la.
TQ utk tips pasal brand ni bro muaaz.. barulah tau produk yg biasa ada denatured alcohol kat farmasi ni rupanya jenis hand sanitizer.. dah check brand dettol, kandungan etanolnya 66%. taktau la percentage chemical lain dalam tu. hand sanitizer ni tak mungkinla dia nak letak metanol, so kandungan total alkohol dalamnya mmg xkan lebih 70% la.. brand2 lain pun camtuh, yg paling tinggi cuma 70% etanol.. so produk2 hand sanitizer ni mmg tak sesuai la sbb heat content per gram dia dah terlampau rendah.. kurang2 nak 90% alkohol.. insyaallah nanti saya compile kan benchmark test utk semua jenis minyak alcohol yg sy jumpa :wink:

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by irmuaaz »

Ni ada lagi satu tip keselamatan kalau pakai stove alcohol. Kadang kita nak masak nasik ke bubur ke tak sempat masak alcohol dah habis. Jangan la pulak terus tuang alcohol baru bila stove masih panas. Boleh menyambar. Biar sejuk dulu, dalam 5 minit dah cukup dah. Baru tuang dan nyala. Utamakan keselamatan. Mengikut statistik dari Wilderness Medical Institute-NOLS kecederaan paling common dalam outdoor setting adalah disebabkan accident semasa aktiviti memasak. Bukan sebab jatuh gaung....

Long distance aku dah pernah buat sekali dah pakai alcohol. 18 hari dekat Sweden. Ini aku punya preferance la mungkin orang lain rasa lain pulak tapi aku dah serik la nak pakai alcohol kalau trip lelama. Berat nak bwk fuel. Jadi kalau expedition lelama aku akan pakai gas gak atau multifuel. Terutama kalau cuaca sejuk kita pakai fuel bukan untuk masak tapi utk heating sekali. Laju je alcohol tu habis....
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

irmuaaz wrote:Ni ada lagi satu tip keselamatan kalau pakai stove alcohol. Kadang kita nak masak nasik ke bubur ke tak sempat masak alcohol dah habis. Jangan la pulak terus tuang alcohol baru bila stove masih panas. Boleh menyambar. Biar sejuk dulu, dalam 5 minit dah cukup dah. Baru tuang dan nyala. Utamakan keselamatan. Mengikut statistik dari Wilderness Medical Institute-NOLS kecederaan paling common dalam outdoor setting adalah disebabkan accident semasa aktiviti memasak. Bukan sebab jatuh gaung....

Long distance aku dah pernah buat sekali dah pakai alcohol. 18 hari dekat Sweden. Ini aku punya preferance la mungkin orang lain rasa lain pulak tapi aku dah serik la nak pakai alcohol kalau trip lelama. Berat nak bwk fuel. Jadi kalau expedition lelama aku akan pakai gas gak atau multifuel. Terutama kalau cuaca sejuk kita pakai fuel bukan untuk masak tapi utk heating sekali. Laju je alcohol tu habis....
TQ bro muaaz :)
tapikan, kalau masak nasi bila guna alcohol stove kene guna pot cozy, baru fuel-efficient sikit rasanya: masak beras tu sampai boil, pastu alihkan ke dalam pot cozy sampai nasi tu masak. kiranya pot cozy tu act as a simmering technique la.. kalau x pakai pot cozy mmg sakit la nak pakai minyak byk2, sbb berapa minit sgtla stove tu boleh nyala kn?

lagi satu, biasanya org pakai stove ni pakai pot/mug kecik2 je. pot/mug 600ml tu dah cukup besar sebenarnya kalau sorang.. bro muaaz pakai pot primus yg mcm dlm gambar kat atas tu ke? yang tu 1.7L kan? kalau size tu mmg lagi elok pakai stove yg jenis gas la rasanya:
Image
kalau ikut chart yg kat atas tu, 1x meal pakai 500ml air je (kalau sekali masak pakai 1.5L mcm dah 3x meal kat chart tu).
katakanlah trip 18hari:
1 hari = 2xmeal
18 hari = 36xmeals
Kalau every meal masak 1.5L maksudnya kat chart tu kene multiply by 3:
36x3 = 108meals.
From the chart, 108meals kene bwk lebih kurang 1.25kg alcohol atau 0.85kg gas.. alcohol pulak byk makan space dalam beg b'banding gas, so memang betul la decision bro muaaz utk pilih stove jenis gas bila conditionnya macam tu :wink:

apa2pun, mmg betul la apa yg bro muaaz kata: nak masak utk group atau meal yg fancy2 mmg out lah alkohol stove ni rasanya.. nanti pun saya nak kena kumpul duit beli balik primus stove yg dah ditolak aritu nih.. dapat express/spider pun orait lah, tauke primus byk lagi stock kan? hehe..

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by irmuaaz »

Haha aku pot Primus 1.7l tu utk demo sahaja. Kalau pakai alcohol aku akan pakai pot 1l je. Samada Pot trangia Alu 1l aku atau Primus ETA Power Pot 1l. ETA Power Pot ada heat sink jadi save byk fuel. Byk gila sebenarnya aku pun terkejut first time pakai. Kalau dah reramai kena pakai pot besar2 pakai gas jela. Tapi ok je takat 3 orang(ikut teori 1.5l awk) boleh daya lagi pakai alcohol. Tapi cam biasa la menu ringkas2 dah la.
Aku masak nasik takat 2 pot lepas satu load kalau dapur Trangia atau Esbit Alcohol. Penny stove DIY aku buat tak lepas. Tapi lepas ngam2 soi la. Tu kalau lebih 3 orang susah sket la. Kena sambung api.
Anyway aku jarang bwk beras sebenarnya. Aku bwk couscous kecuali kalau camping dengan bini aku. Couscous masak pakai air panas je. Majerin sket garam sket. Selesai. Kerja tak dan 5 minit. Aku ada gak cadang dengan member2 makan couscous dan bukan nasik tapi ramai protes kata tak kena dengan tekak. Jadi ini citarasa masing2 la.
Chart tu pon kau kena ambik with a pinch of salt. Sebagai baseline reference bagus tapi akan di finetunekan dengan pengalaman kau bila memakai. Byk factor bergantung kepada altitude dan cuaca. Pengalaman/observation aku sejak balik Malaysia dari Europe negara sejuk adalah kita kat Malaysia tak perlu fuel bebanyak mcm Mat Salleh.
Contoh cerita kelakar : first expedition balik dari Europe adalah 2 minggu berkayak dengan bini aku utk honeymoon kami. Memang aku nak glamping habis jadi aku budget kalau masak 3x sehari (p.s: aku lunch pun masak gak hehe) style mewah utk 2 orang 14 hari sama dengan 7 tong. Bwk la 8 tong spare satu. Siap masak cucur lah, goreng keropok lah, mcm kat rumah. Last last pakai 2 tong setengah je haha... fyi masa tu aku pakai (set Trangia Set 27-UL dengan gas burner dan satu Primus Express Ti)
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Alcohol fuel

Post by biNGai »

haziq wrote:nanti pun saya nak kena kumpul duit beli balik primus stove yg dah ditolak aritu nih.. dapat express/spider pun orait lah, tauke primus byk lagi stock kan? hehe..
errr kene beli balik ke? :lidah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

biNGai wrote:errr kene beli balik ke? :lidah:
berapa nak tolak? keh3...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Alcohol fuel

Post by biNGai »

hehehehe..tetibe rasa chinte daa bebunge plakkk, sayang katenye..hehe
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

ironore
Pendaki Gunung
Posts: 86
Joined: 19 Feb 2009, 03:01

Re: Alcohol fuel

Post by ironore »

Multifuel stove gak the best pada pendapat aku. 1ltr bahan api cukup utk seminggu punya trip.hiking, touring, backpackers bahan api senang nak dapat. Pergi ceruk mana pun senang nak dpat bahan api utk multifuel stove ni. Alcohol ok jugak , cuma kena bawak extra. Murah. Multifuel ni memang mahal..tapi berbaloi di pakai.

Lambat hari tu nak sambar stove tu..aleh2 ngai sudah sambar..

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Alcohol fuel

Post by biNGai »

apa sambar2? ko ingat api petrol ke nk sambar2 nih? haha
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Shahril
Pendaki Gunung
Posts: 1
Joined: 10 Apr 2012, 17:53

Re: Alcohol fuel

Post by Shahril »

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya.
Ni post pertama sy. Bila baca bab "Alcohol Stove" ni, nak tanya sikit. Kalau kita guna minyak "Thinner" tu ok tak?, yg tu ja yg terdapat kt tempat sy. terima kasih.

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Alcohol fuel

Post by haziq »

Waalaikum salam..

Istilah thinner tu diguna sbb tujuannya nak cairkan cat, jd minyak Thinner tu boleh dijumpa dlm mcm2 bentuk (turpentine,nafta,mineral spirit,...).. Jd kalau nak tau dibuat dr apa kene selidik la maklumat dr botolnya. Ada yg flammable,ada yg tak; ada yg toksik,ada yg tak toksik sgt.. Tapi secara umumnya orang tak guna benda alah ni buat minyak stove rasanya, sebab byk lg benda lain yg didesign utk tujuan tu.. belum kira bab kandungan kimia toksik yg kita tak tau lagi tu..
Dekat tempat yg jual thinner biasanya ada jual jugak 'pure spirit' (jual dlm botol kaca). Yg tu lg ok kot. Usha la kedai2 hardware lain kalau kat situ takde..

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by irmuaaz »

Tambah rencah sikit

JANGAN PAKAI PETROLEUM BASED FUEL DALAM ALCOHOL STOVE!!!!!!!!

Bahaya yang amat sangat. Bila aku cakap Petroleum based fuel adalah minyak tanah, petrol, naphta, white gas, lamp oil. Thinner pun setahu aku memang petroleum based. At least yang botol kaca cap kuda belang tu confirm petrol based.

Begitu juga dengan sebaliknya multi-fuel tak boleh pakai alcohol based fuel cam spirit. Pun bahaya jugak.

Camana aku tau?
Pasal aku gatal pernah try.... dua dua. Sapa baca instruction manual kan?
Jadi harap rakan2 ambil iktibar dari kerja bangang aku dan jangan diulangi buat kerja bangang ini.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Alcohol fuel

Post by shahrul »

so.. kalo travel bawak multifuel stove nih.. apa bahan bakar terbaek utk digunakan?
_________________
_________________

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by orga »

bergantung pd apa yg ada kt tempat yg kita pegi tu kot..kalo alcohol tader, petrol la paling senang dpt..
bahan bakar mmg tak lepas la kalo bwk naik flight..
ImageImageImage

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Alcohol fuel

Post by irmuaaz »

orga wrote:bergantung pd apa yg ada kt tempat yg kita pegi tu kot..kalo alcohol tader, petrol la paling senang dpt..
bahan bakar mmg tak lepas la kalo bwk naik flight..
Kalau gi Nepal dapat bakar taik kerebau :). Yg ini lepas kot bwk flight kalau kau letak dalam tapoware Shahrul
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

Post Reply