Saya selama ni cuma pernah pakai stove jenis petrol/gas je. Sekarang ni tgh consider satu option lain, iaitu alcohol stove ni la.. Jadi adalah lebih elok saya research betul2 dulu sebelum bertindak. Harap2 otai2 kat sini dapat membantu

Saya tengah research sikit psl penggunaan stove jenis alkohol ni:
- -Kalau setakat persoalan nak guna alcohol stove jenis apa tu tak de masalah kot, option memang banyak (DIY design je dah beribu kot kalau search online, abih2 kurang boleh pakai Trangia je..)
- -Jadi, saya nak mula dari parameter yg saya rasa paling penting dulu, iaitu: minyak yang nak diguna. Memang, kandungan tenaga dalam alkohol ni kalau nak dikira cuma 50% dibandingkan kandungan stove yang guna petrol/gas canister (maksudnya kena bawak 2x lebih banyak alkohol kalau bandingkan dgn petrol/gas), tapi kalau utk trip2 yg pendek - weight savings bila tak bwk stove+canister jenis petrol/gas yang super-duper berat tu memang sangat berbaloi rasanya..
Kalau 'kena' bab memilihnya, memang sangat2 berbaloi utk pakai stove yg jenis ni. Siap ada yg dh buat research: cooking system jenis alcohol ni lebih ringan utk dipikul berbanding cooking system yg pakai petrol/gas, utk trip2 yg <53x makan:

(Dia benchmark 1x makan masak pakai 500ml je la). 53x makan boleh buat outing lebih 20hari kot tu... Gila bes.
Setelah berhari2 bertapa dgn pakcik google, ni yg saya dapat setakat ni:
-Kandungan alkohol dalam minyak tu mesti sekurang2nya 90%
-Ada 3 kategori jenis alkohol yang ada orang guna utk backpacking:
- 1.Etanol (Ethyl Alcohol)
- 2.Metanol (Methyl Alcohol)
- 3.Isopropanol (Isopropyl Alcohol)
- 1.Pure etanol (tapi ni tak practical kot, sebab mahal dan susah dapat orang kata..)
- 2.Denatured alcohol (maksudnya dia tambahkan benda lain pada etanol).. Denatured alcohol ni sepatutnya dibuat dengan kandungan majoritinya etanol. kalau dapat 90% etanol memang paling best.
- 3.Methylated spirit. Yg ni majoritinya etanol, yg di'denatured' kan pakai metanol.
- 4.Metanol
- 5.Isopropanol. Ni yg org panggil rubbing alcohol kat farmasi2 tu. Kalau nak kira benda alah ni memang paling byk heat content per gram dalam kategori alkohol, tapi tak direcommended nak diguna time backpacking, sebab dia paling messy. Jelaga/minyak nya pula agak toksik bila dihidu/kena kulit..
Kalau yg jenis denatured alcohol tu diorang suka pakai yg jenis camni:

Kalau yg jenis metanol diorang suka pakai yg jenis camni (botol yg warna kuning):

Kalau botol yg kaler merah sebelahnya tu Isopropanol...
Yang tu semua pengalaman mat2 saleh obersea punya la..
Jadi, endingnya kena la jugak tanya expert2 yg kat Malaysia pulak (dah nama pun nak pakai kat Malaysia ye dak?).. Soalan2 saya kpd penggemar stove jenis alkohol ni:
- 1.Korang suka pakai yg jenis macam mana? Beli nya pulak kat mana? Apa nama brand nya pulak? Berapa regenye?
- 2.Ada nampak tak orang jual brand2 yg ada kat atas ni kat Malaysia? Kat mana nampaknya? Berapa pulak regenye?