Kalau guna dengan dapur remote ( macam firemaple spider stove - fms 100 , fms 105 , fms 104 etc ) bersama adapter ( lindal ) sila pastikan notch atau lekuk pada tabung gas tersebut berada di bahagian atas.
Ini adalah kerana dalam tabung gas tu, ada satu paip plastik yang hujungnya sama arah dengan notch tersebut. Kalau notch tersebut berada di bahagian bawah atau mengiring, hose tersebut akan terendam dalam cecair gas, dan dapur akan mengeluarkan api kuning / flare up ( kecuali dapur FMS 100 dan FMS F2 )
boleh tengok gambar kat bawah ni supaya lebih jelas. pastikan hose putih tu menyedut gas sahaja, bukan cecair - so ada dua cara, samada tegakkan tabung gas, atau kalau nak baringkan, pastikan notch tu berada di bahagian atas.
harap dapat membantu .
