Page 1 of 1

Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 30 May 2011, 16:36
by irmuaaz
Salam warga Gunung Online,
Kami sedang menganjurkan survey brand dan juga harga stove yang digunakan di Malaysia ini oleh penggiat sukan rekreasi dan kembara. Kami rasa survey ini agak menarik untuk lihat apa jenis stove yang digunakan sebenarnya dan berapa lebih kurang duit yang kita kena standby untuk beli stove. Di harap warga Gunung Online sudi menurut serta dalam survey ini. Kami akan postkan result survey di Forum ini untuk panduan kita bersama setelah selesai survey kami ini.

Kami mengajak warga gunung Online untuk ke page survey kami di http://www.footsteps.com.my/index.php/f ... stove-poll

Kerjasama warga GO amat kami hargai. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah email saya Muaaz Mohamad Nor di info@footsteps.com.my

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 02 Jun 2011, 00:48
by irmuaaz
Terima kasih pada warga GO yang telah turut serta dalam survey ini. Diharap ramai lagi yang akan turut serta supaya kita boleh dapat statistik yang lebih tepat. Setakat ni tgk harga stove yang dibeli oleh warga G.O byk yang lebih RM200. Mahal jugak stove kat Mesia

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 02 Jun 2011, 20:52
by deep purple
basically, stove jenis multi-fuel lebih mahal dari yg guna gas aje...so kalau nk tepat survey perlu amek kira factor ni... :)...or kena split between kedua-dua jenis user 8)

"RHINESTONE COWBOY" ~GLEN CAMPBELL~

http://phototrek.wordpress.com/

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 02 Jun 2011, 22:03
by irmuaaz
Betul jugak kata deep purple. Maybe saya masukkan lagi satu category RM 600 ke atas, itu lebih kurang harga multifuel kat sini. Interesting jugak nak tau kot ada orang pakai multifuel kat sini. Saya personally suka pakai cartridge pasal stove sendiri murah, senang pakai, bersih dan almost takde maintenance langsung. Paling kuat tukar o-ring. Nak pakai pun takyah pump sampai tgn lenguh, preheat, clean jet bla bla.... Regulate pun senang. So unless kena expedition kat tempat yg susah beli gas saya memang takkan guna.
Tapi mesti ada fan multifuel yang guna jugak. Advantage kat harga fuel memang tak boleh ditandingi. Petrol 1 liter baru 1.90. Boleh tahan seminggu pakai utk 2 orang. Kalau gas dah tentu2 RM15 (1 can) seminggu utk 2 orang.
Jadi saya amik advice deep purple dan tambah lagi satu category dalam survey harga utk tgk berapa ramai pakai multifuel.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 02 Jun 2011, 22:39
by irmuaaz
Saya rasa next round ni kita buat survey apa jenis stove pulak kita pakai, remote bottle, tak remote bottle, multifuel, alcohol, hexamine dll.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 06 Jun 2011, 21:52
by irmuaaz
Setakat ni 15 orang yang telah turut serta dalam survey ini. Kami perlukan dalam 100 orang untuk mendapatkan set data yang comprehensif jadi harap warga G.O akan ramai2 turut serta dalam survey ini.
Satu benda yang saya tak sangka adalah ketidak popularan stove jenama Campinggaz walaupun stove ini paling byk dilihat di kedai2 termasuk lah Giant. Gas pun senang carik.
Dilihat warga G.O lebih cenderung kepada fuel alternative seperti cartridge LINDAL yang agak susah nak carik sebenarnya atau lebih byk yang guna cartridge butana yang panjang tu.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 07 Jun 2011, 18:32
by irmuaaz
moderator mintak tolong "sticky" kan thread ini untuk galakkan forumer utk turut serta dalam survey ini

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 28 Jun 2011, 11:17
by Tokwan
Tokwan nak rekomenkan , masukkan Hobo stove, Gas Wood Stove dan jugak Trangia mini stove.
Baru ni test Trangia mini stove...pergghhhh best!

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 28 Jun 2011, 21:19
by hazwan92
saya baru tgk gmbar trangia mini stove tu kt google.. mmg kecik.. menarik.. tapi, api die tu guna apa? x nmpk pown botol gas.. huhu

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 29 Jun 2011, 01:20
by irmuaaz
Trangia ni alcohol stove. Jadi dia guna alcohol sbg bahan api. Kalau kat sini dia panggil spirit lah. Lebih specific lagi methylated spirits. Tapi benda sama spesis alcohol jugak. Kat luar malaysia ada macam2 jenis seperti ethanol, methanol dll. Dia sama je dgn alcohol orang minum buat mabuk tapi dah diletak perisa pahit buat orang tak lalu minum.
Alcohol stove ni boleh buat sendiri sebenarnya. Buat pakai tin air je. Dia ada dua version satu pressurised dan satu lagi non-pressurized. Boleh dibuat dalam mcm2 stail. Ada orang buat jet kat atas, ada yang jet kat tepi. Dekat internet byk lah tutorial untuk buat alcohol atau penny stove ni. Dengan ada basic handtool seperti cutter (exacto blade), hand drill dan sedikit silicone gasket sealer (boleh beli kat spare part kereta) dah boleh jadi dah. Saya pernah buat emergency bantai je pakai swiss army saya pun jadi jugak.
Alcohol dituang dalam stove ni dan dinyalakanlah guna mancis ke, lighter ke ataupun firesteel. Tu pasal dia takde fuel bottle. Lepas dia dah panas (lebih kurang 2 minit) api akan mula keluar lah (kaler biru) ikut jet dia. Kelebihan trangia punya burner adalah boleh adjust api dia. Penny stove ni susah la sikit nak buat simmer ring tapi boleh dibuat. Tak mustahil.

Hobo stove seperti tokwan cerita tu adalah stove menggunakan kayu api/daun kering/ranting. Paling senang adalah pakai tempat letak sudu garfu macam ikea punya. Ada jugak manufacturer yang buat tapi kalau boleh buat pakai tin susu atau rak sudu ikea ni buat apa nak beli dah.

http://www.youtube.com/watch?v=lXbWg4pI ... re=related

Kalau pakai pot primus eta solo pot atau primus eta litech trek kettle memang duduk ngam2 dan cun dalam ikea punya tempat letak sudu garfu ni. Kena modify sikit lah bagi tangkai dia muat. Kelebihan stove ini adalah, bahan api boleh didapati di mana2. Kekurangan dia adalah, malaysia slalu hujan jam ni. Jadi bahan api pun basah lah jadinya kalau hujan dan mungkin kita akan duduk termenung kalau tak jumpa bahan api kering!

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 29 Jun 2011, 07:48
by Tokwan
Betul apa Irmuaaz tulih tu...la ni Tokwan dah pakar buat Penny Stove...kurang dari 10 minit..hehehehe....
Bab alcohol pulak, methylated spirit, rubbing alcohol, medical alcohol, denatured alcohol dan Isoprophy Alcohol atau IPA, adalah sama, semuanya 90% alcohol content. Tak leh minum, buleh menyebabkan sakit atau maut.
Tokwan selalu bawa setengah litre alcohol dan masukkan dalam beg Giant Loop Coyote, tetapi letak disebelah motor yang tak ada exjos...takut panas. 500 ml atau setengah litre ni cukup untuk masak 3 kali sehari selama 3 hari 2 malam. Ini sebab Tokwan hanya masak bubor dan air saja (Tokwan makan nasi bubor dgn Bovril, Oats dan minum air campur dgn Bovril saja ketika outing.

Tetapi sejak ada Trangia Mini Stove yang Tokwan beli dari Nadir, kira lagi baguih, sebab Trangia ni jimat alcohol berbanding double walled alcohol stove atau Penny Stove.

Packing pun kecik saja dan amat sesuai untuk solo camper.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 29 Jun 2011, 07:50
by Tokwan
Bab HOBO stove pulak, tokwan sellau bawa wood chips buatan sendiri, (ala, cincang ja kayu kering tu, dan masukkan kedalam poket jaket atau beg motor). Kalau kayu lembab, keringkan dgn cara menuang alcohl keatas dan bakar.
Last test, dapati rolling boil buleh didapati dalam masa 7 minit, tapi ...jelaga kat periuk punyala dasyaaaaattt!

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 06 Jul 2011, 23:57
by irmuaaz
Tokwan rubbing alcohol beli kat Pharmacy kena tgk jugak. Ada yang hanya 60% alcohol. Saya pernah terkena. Nak nyala payah, masak air tak mendidih pun :(

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 07 Jul 2011, 08:48
by aliph
mau ka alcohol 90%@industrial methyl spirit

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 12 Jul 2011, 00:49
by irmuaaz
Aah white spirit tu dah 90% dah. Yang dalam botol kaca kat hardware. Tapi jelaga dia boleh tahan la hitam bontot periuk. Saya selalu taruk i sikit 1 part air 9 part spirit. Macam tu tak teruk sgt jelaga.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 12 Jul 2011, 11:48
by Tokwan
Tokwan selalu beli rubbing alcohol 90% kat farmasi dekat rumah. Sekali beli 5 liter. Tajk pernah mengecewakan.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 06 Mar 2012, 00:18
by ironore
Tok wan... rubbing spirit ni sama ka yg jual kat kedai Hardware tu?...
Atau ni utk on medical purpose punya?..

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 15 Mar 2012, 14:32
by Tokwan
Rubbing spirit yang jual kat kedai farmasi tu dikenali sebagai :-
1. Methylicated Spirit...
2. Rubbing alcohol.

IPA (Isopropyl Alcohol dan denatured alcohol pun boleh)........tapi elok pakai yang dari farmasi sebab clean burning sikit.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 10 Apr 2012, 17:19
by irmuaaz
Kat giant ada jual Methylated Spirit. Tgk kat seksyen cat/hardware. Minyak tanah pun ada bagi sesapa yang kaki multifuel sebagai alternatif kepada petrol yang menyambar. Selamat sikit. Tak gerun sangat masa priming.

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 14 May 2012, 04:06
by ironore
So far saya pakai Methylated spirit beli dari kedai Hardware..Murah...dan guna Trangia stove..Perfomance tak mengecewakan..kadang2 di rumah tu makan maggi pun masak guna Trangia stove tu walaupun ada dapur gas.

Setakat ni saya dah buat koleksi 4 dapur...ada campingaz, Kovea Multifuel, Firemapple dan Trangia..

Campingaz dah grounded pasal harga gas cannister yg mahal...walaupun ada alternatif boleh refill pakai gas ronson. tapi simpan lagi sekali sekala pakai.

Dan setakat ni..mana2 trip yang 2-3 hari keatas saya akan Pakai Kovea Multifuel..dan daypack akan pakai Firemaple atau trangia..

dan bila tgk irmuazz punya blog dan baca pasal review Primus stove...tu..rasa mcm nak tambah koleksi lagi..je :keke: :keke:

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 29 Sep 2012, 04:30
by biNGai
ko mao beli dapo primus aku man? ehehehehe..

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 23 Aug 2013, 11:25
by UnderAge
ngai : elok lagi ker dapur ko tu ...

Re: Survey brand dan harga stove untuk panduan bersama

Posted: 23 Aug 2013, 11:56
by biNGai
cempiun punye mesti elok maa..ekekeke