poncho wrote:atas permintaan sifu Orga jom share sikit sejarah global brand nie.
dari masa ke semasa, aku try update pulak sejarah brand nie kat Malaysia. kasi real story. hehe.
sejarah brand nie secara ringkas bermula lebih 40 tahun lepas.
pada 1966, dua pendaki tegar dari Timur Laut England iaitu Lockey dan Davidson telah memilih untuk membuka satu kedai yang menjual peralatan rekreasi yang betul-betul memenuhi kehendak dan standard diorang sendiri. diambil dari gabungan permulaan huruf kepada dua nama pengasas brand ini, LD Mountain Centre dengan cepat dikenali dengan reputasinya dari bermula dari bahagian rekaan, ujian sampailah ke proses pengilangan produk yang diiktiraf yang terbaik dalam bidang ini.
ciptaan berinovatif, berprestasi tinggi dan pelbagai kit ini dinamakan atas satu nama iaitu Berghaus.
ianya adalah satu-satunya pakaian berprestasi tinggi di pasaran dan tiada saingan langsung ketika itu. dan sehingga selepas lebih 40 tahun, prestasi dan kualitinya kekal berada di tahap tertinggi. chewah.
tidak dinafikan, produk yang benar-benar meletakkan nama Berghaus sebagai True Innovator dalam bidang pakaian dan peralatan rekreasi berprestasi tinggi ialah beg model Cyclops (model beg aku tu..pergh. huhuhu). Cyclops nie adalah beg galas yang pertama di dunia yang mempunyai tulang dalaman atau internal frame. pertama di dunia tau. kunun lah (refer official site ye). heheh.
sebab?
pada masa itu (sebelum 1974-75), kebanyakkan beg camping atau haversack nie besar gedabak dan tidak selesa disebabkan tulang (frame) luar yang dibuat dari besi keras tu dan juga padding (span) yang nipis dan minima. Cyclops nie lah kununnya (sebab masih didebat sesama pengeluar beg sekarang) mengubah tradisi beg ketika itu. ketika dilancarkan, beg model nie popular mendadak terlampau (hehe) dan sekaligus ini memberikan Berghaus satu reputasi tertinggi dan pasaran yang lebih luas. jenama ini teguh berdiri di pasaran peralatan rekreasi terutama di sebelah Eropah sana.
betul best ke?
tak percaya cuba tengok keadaan beg yang masih lagi kekal sampai ke hari ini. masih mantap.
semua fakta nie ada kat internet. nak lagi pure, jom ke official site. hehe.
err..nanti sambung lagi ye.
SAYA SETUJU 1000% sebab saya ada berghaus 80 + 20 litre yang masih bertahan setelah hampir 10 tahun di dalam hutan.
Dan saya ada 5 British DPM Bergen buatan Berghaus 80 + 20 litre...bagi saya, Berghaus makes the best and mosrt durable backpack!!!
Sayang sekali....mahal dan mujurlah saya dapat beli British DPM saya secara second hand akan tetapi masih baik infra red proof layering dan waterproofing nya juga!
Bagus info yg diberikan saudara Poncho tu!