Dunia Climbing

Perbincangan teknikal dan tektikal kumpulan sokongan
User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Dunia Climbing

Post by ryu_kyo »

salam sume,
nk kongsi ngan korg pasal dunia mendaki ni,dari pengenalan,alat,climbing calls dan segala macm lagi yg berkaitan climbing.ni sebenarnya modul aku tulis dulu masa kat SRCUTM,mungkin byk yg kurang.mintak kawan2 sume tokok tambah ye :)

CLIMBING

Image


ALPINE CLIMBING
Juga lebih dikenali sebagai ‘ice climbing’. Kaedah pendakian ini adalah tahap tertinggi dalam aktiviti mendaki. Pendakian dilakukan pada tiang-tiang ais dan ketika mendaki gunung-gunung yang tinggi dan diselaputi ais yang memerlukan pendakian ais. Beberapa peralatan tambahan diperlukan untuk tujuan ini. Antara alat yang digunakan ialah crampon, ice axe, dead man dan ice screw etc. Pendakian ini amat berbahaya kerana pendaki terdedah kepada suhu yang sangat rendah, tekanan yang rendah dan runtuhan salji.

Di masa ini, telah terdapat pendakian ais tiruan dan telah diadakan pertandingan mendaki ais untuk menarik peminat-peminat mendaki seluruh dunia. Di Malaysia, aktiviti mendaki ini masih terhad kerana kurang sesuai akibat iklim tetapi ada juga pendaki dari Malaysia mempelajarinya seperti untuk persiapan mendaki Gunung Everest.

Image

Image
Last edited by ryu_kyo on 05 Jul 2007, 10:20, edited 1 time in total.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Free Climbing

Free Cllimbing bermaksud mendaki menggunakan tali, protection (camming device, nuts, hexes, piton, bolt etc). Alat - alat ini digunakan untuk tujuan keselamatan sahaja bukan untuk digunakan sebagai footholds atau handholds (aid climbing). Kaedah ini adalah popular dan dipraktikkan di seluruh dunia. Grade diwujudkan berdasarkan tahap kesukaran mendaki untuk route-route.

Di bawah free climbing, terdapat 2 jenis pendakian yang popular di kalangan pendaki iaitu traditional climbing dan sport climbing.


Traditional Climbing

Kaedah ini mengunakan peralatan-peralatan keselematana yang di panggil ‘natural protection’. Peralatan ini terdiri daripada ‘camming device’, ‘nut’, ‘hex’, ‘big bros’, ‘piton’, ‘lost arrow’ dan macam-macam lagi. Alat-alat ini mempunyai saiz yang berbeza. Biasanya penggunaanya diselitkan atau diletakkan didalam rekahan-rekahan batu untuk tujuan memasang runner/quickdraw.

Alat – alat ini biasanya akan diambil kembali ketika turun atau pun diambil oleh second climber (multi pitch). Tetapi adakalanya seperti penggunaan piton yg diketuk ke dalam rekahan tidak akan diambil kembali dan ini menjadi isu kepada alam sekitar. Oleh itu penggunaan alat yg boleh diambil kembali digalakkan untuk pendakian ini. Di Malaysia terdapat juga route-route yg piton ditinggalkan seperti di Gunung Kinabalu.

Pendakian ini sering digabungkan dengan pendakian aid climbing.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Sport Climbing

Pendakian kaedah ini bukan bermakna ada unsur sukan di dalamnya tetapi merupakan kaedah pendakian sesuatu route yang telah diletakkan fixed protection anchors (biasanya bolt/hanger) dan quickdraw akan dipasang pada bolt untuk keselamatan. Ini termasuk pendakian tembok tiruan. Biasanya pendakian memerlukan pergerakan gimnastik, balancing & flexibility untuk menyelesaikan masalah mendaki.

Di Malaysia kaedah pendakian ini lebih digemari oleh pendaki - pendaki kerana ia lebih berunsurkan ‘sport’. Grade yg lebih tinggi boleh di dapati dengan pendakian sebigini.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Aid Climbing

Pendakian ini adalah salah satu cabang traditional climbing. Pendakian ini dilakukan apabila tiada footholds/handholds pada permukaan batu yang membolehkan pendakian. Selain daripada menggunakan protection, peralatan tambahan seperti sky hook,nylon stirrups (etrier),ascender diperlukan untuk pergerakan ke atas.Teknik jumaring diperlukan untuk tujuan ini.

Peralatan ini menjadi pengganti footholds dan handholds.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Bouldering

Kaedah pendakian ini adalah yang paling mudah kerana tiada alat keselamatan diperlukan seperti tali dan sebagainya, cuma memerlukan ‘crash pad’ . Ini kerana ketinggian pendakian adalah selamat apabila jatuh. Kaedah ini telah menjadi kegemaran bagi ramai pendaki. Terdapat juga grade iaitu tahap kesusahan bagi kaedah ini, ia berdasarkan kecondongan permukaan batu, foot & hand hold.
Biasanya lebih sukar untuk didaki lebih digemari oleh pendaki-pendaki.

Walaupun pendakian ini kadangkala boleh dilakukan bersendirian, tetapi sebaiknya pendaki memerlukan seorang spotter. Fungsinya untuk guide pendaki ketika fall.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Solo Climbing

Free solo/solo adalah kaedah mendaki dengan tidak menggunakan sebarang alat keselamatan seperti tali atau quickdraw. Di dalam komuniti pendaki professional, kaedah ini dijauhi kerana akibatnya. Jika fall, terus mati. Sudah ramai antara pendaki-pendaki hebat mati kerana mencuba dengan kaedah ini dan tidak digalakkan dicuba oleh mana-mana pendaki sekiranya tidak yakin dengan kemampuan sendiri.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Mixed Climbing/Dry Tooling

pendakian ni adalah gabungan rock climbing ngan alpine climbing tapi more to alpine climbing.peralatan yg digunakan still sama mcm peralatan digunakan utk alpine climbing.

Image

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Brovo bro...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Pertandingan Dalam Mendaki

ni nk citer lak pertandingan yang berkaitan dengan mendaki,pada kebiasaannya pertandingan menggunakan artificial wall dan ade badan yang mengawasi pertandingan2 ni di peringkat antarabangsa iaitu IFSC (International Federation of Sport Climbing) yg baru ditubuhkn januari lepas (sebelum ni di bawah pengawasan UIAA).peringkat tertinggi pertandingan sudah semestinya world cup (beberapa siri),dan biasanya 3 kategori utama yang dipertandingkan adalah lead,speed dan bouldering.


Difficulty

Pertandingan jenis ini melibatkan lead climbing, pendaki akan mendaki berdasarkan hold yang telah tersedia. Pelbagai bentuk wall digunakan untuk pertandingan ini untuk tujuan menambah kesukaran.

Format pertandingan adalah pemilihan pendaki terbaik melalui saringan, pendaki berjaya akan mara ke peringkat seterusnya. Setiap peringkat mempunyai route dan tahap kesukaran berlainan, pendaki tertinggi (point system) menjadi pemenang.sebelum pendakian,peserta akan diberi tempoh untuk observation dan semua peserta wajib berada didalam isolation zone ketika climber lain sedang pjt.

Route telah tersedia dengan quickdraw, pendakian memerlukan penelitian supaya tidak tersalah hold atau move.pemenang dikira sape paling tinggi.

Image

Image


Bouldering

Dalam acara bouldering, ketinggian tembok adalah 6-8 meter dan 4-6 meter lebar dan bentuk wall mcm2 jenis.

Format pertandingan adalah, pendaki akan diberi masa untuk menyempurnakan untuk setiap pendakian, pendaki boleh beberapa kali mencuba dalam masa yang ditetapkan.seperti difficulty,peserta akan membuat observation route pastu duduk dalam isolation zone semasa climber lain pjt.

Pendaki – pendaki akan disaring melalui saringan dan yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya. Pendaki yang mengumpul mata tertinggi (final) akan dikira pemenang.

Image

Image


Speed climbing

Ketinggian tembok dalam acara ini adalah 12 - 20 meter. Acara ini adalah pertandingan kepantasan di mana peserta terpantas akan memenangi pertandingan ini. Dua peserta akan bertanding serentak di wall pada laluan yang berbeza dan mereka akan bertukar tempat untuk pendakian yang kedua. Setelah mendaki kedua-dua route, dan dicampurkan masanya, peserta dengan masa yang terpantas akan menjadi pemenang.Pada awalnya, pendaki akan disenaraikan mengikut ujian masa (saringan) dan kemudian akan mara ke pusingan kalah mati.

Image


walaubagaimanapun,terdapat juga pertandingan yg menggunakan batu betul.tapi lebih kepada bouldering.berikut disenaraikan beberapa pertandingan yg femes

1.climbing world cup (lead,bouldering,speed)(artificial)
2.Arco RockMaster (lead,bouldering,speed)(artificial&rock)
3.X games (bouldering)(artificial)
4.Phoenix Bouldering Contest (bouldering)(rock)
5.Petzl Roc Trip (Lead,Bouldering)(rock)
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

champ teruskan... crite lak tempat climbing kat malaysia, pas tu step nak belajar, macam mana nak mulakan, basic gear, sampai full gear

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

cayalah champ..
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

orca wrote:champ teruskan... crite lak tempat climbing kat malaysia, pas tu step nak belajar, macam mana nak mulakan, basic gear, sampai full gear
ok bro,pasni nk citer pasal alat2 lak,yg basic2 je dulu.tgh edit lagi.sape2 yg nk topup/betulkan info dipersilakan
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

PERALATAN DALAM MENDAKI

ROCK BOOT/SHOE
A. Fungsi
  • 1. utk mewujudkan sentuhan yg optimum antara kaki dengan batu tanpa sebarang kecederaan
    2. utk mengelakkan berlaku tergelincir walaupun pada foothold yg kecil melalui geseran.
    3. utk melindungi kaki dari tercedera
Sole diperbuat daripada getah yg berasaskan petroleum iaitu TDR (Thermo Dynamic Rubber)

B. 3 faktor utama yg perlu diambil tahu mengenai rock shoe

1. Jenis sole

a. sole yg lembut
  • i.beri geseran yg tinggi dan ini akan menghasilkan sentuhan yg maksimum antara kasut dgn batu
    ii.mudah haus dengan cepat
b. sole yg keras
  • i.tidak banyak menggunakan tenaga bila berdiri atas hold yang kecil
    ii.agak tahan lama
2. Bentuk kasut

a. high cut shoe
  • i. lebih selesa & sesuai utk mendaki route yg panjang (trad climbing) lebih sesuai utk melindungi kaki terutama buku lali
    ii. memberi sokongan kpd buku lali dan ini akan mengurangkan pengunaan tenaga ketika mendaki
    iii. lebih dikenali sebagai general purpose shoe
Image
fiveten mortis

b. low cut shoe
  • i. beri kebebasan kpd buku lali utk bergerak
    ii. biasanya bertali
    iii. boleh dibahagi kepada 2 jenis mengikut fungsi
  • edging shoes - sole yg agak keras memudahkan utk berdiri di atas hold yg kecil walaupun setebal duit syiling
    friction shoe - sole yg agak lembut & mudah melengkok mengikut bentuk batu & lebih banyak permukaan tapak digunakan dgn maksimum
Image
la sportiva miura

Image
fiveten V10

c. slippers
  • i. juga dikenali sebagai kasut latihan
    ii. ringan & sole yg lembut
    iii. tiada tali tetapi mpy getah elastik utk mengetatkan kasut
    iv. kelebihannya adalah memudahkan pergerakan ketika mendaki & penggunaan kaki adalah maksimum
Image
la sportiva cobra

bersambung....
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

sambungan....

terdapat 3 versi utama climbing shoe iaitu
  • 1. laced (bertali)
    2. velcro
    3. slipper
Image
laced (evolv demorto)

Image
velcro (evolv clean)

Image
slipper (rockpillars pearl)


3. Fit (muat)
  • 1. Kasut mestilah muat dengan betul kerana tenaga yg dialirkan dr kaki kpd batu mestilah cekap (tiada sedikit ruang langsung)
    2. Selalunya dipakai seketat yg mungkin iaitu ibu jari tertekan spy tenaga dapat dialirkan dengan cekap kepada hujung kasut
Image

2 bentuk umum kasut
  • i. Asymmetrical
    tenaga lebih dialirkan pada hujung kasut (sesuai utk edging pada foothold yg kecil & crack yg kecil). Kasut ini juga dikenali sbg high performance shoe.
    ii. Symmetrical
    tenaga yg dialirkan kurang,sesuai untuk beginner
Image

C. Penjagaan kasut
  • 1. bersihkan kasut dari sebarang pasir sebelum memulakan pendakian
    2. kalau kotor, basuh dengan air tanpa menggunakan detergen
    3. elakkan dari meminjamkan kepada org lain
D. Jenama kasut di pasaran
  • Boreal
    Five Ten
    La Sportiva
    Rock Pillars
    Scarpa
    Mad Rock
    Evolv
    Mad Rock
Last edited by ryu_kyo on 10 Jul 2007, 16:01, edited 1 time in total.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Post by sany ADALAH alger »

:shock:
bila ai nak main rock climbing nie?
CARPE DIEM!

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

try tanya orca,die selalu gi manjat2 batu ni
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

HARNESS (ABAH – ABAH)

A. fungsi
  • 1. utk memberikan keselesaan yg sebanyak mungkin kpd climber semasa fall
    2. pengantara antara climber dgn tali
    3. utk membawa alatan seperti karabiner, sling, quickdraw atau yg lain
    4. hendaklah mengikuti spesifikasi yg telah ditetapkan oleh UIAA,DIN
B. Jenis-jenis Harness
terdapat 3 jenis harness yg utama
  • 1. Sit harness
    2. Chest harness
    3. Full body harness
* dlm climbing selalunya sit harness digunakan

Image
sit harness

Image
chest harness

Image
full-body harness

Image


C. Bahagian – bahagian harness
  • 1. Waist belt - ada padding utk keselesaan dan menyerap hentakan hasil daripada beban akibat fall

    2. 2 leg loop - 3 bentuk :
    • i. O loop - lebih selesa kerana saiz loop mengikut saiz peha
      ii. V loop - kurang selesa kerana loop tetap & agak besar
      iii. Adjustable - boleh digunakan oleh berbagai jenis org lain saiz peha
Image
  • 3. Central tie in loop
    • - sambungkan leg loop & waist belt
      - utk ikat tali
    4. Buckle
    • - sentiasa double back utk elakkan dari terlucut
      - terdapat juga buckle yg auto lock (cuma tarik bagi ketat)
    5. Gear loop
    • - loop utk sangkut quickdraw, karabiner, pro etc
Image

D. Penjagaan
  • 1. Tempoh penggunaan adalah 2 - 5 tahun & selepas itu hendaklah diperiksa kerana mungkin fabrik rosak akibat fall.
    2. Jauhkan dari bahan kimia
    3. Basuh seminggu sekali tetapi bukan dengan detergen
    4. Simpan di tempat jauh dari sinaran matahari & pengudaraan yg baik
E. Jenama harness di pasaran
  • 1. Petzl
    2. Black Diamond
    3. Beal
    4. ArcTeryx
    5. Blue Water
    6. Camp
Last edited by ryu_kyo on 11 Aug 2007, 09:47, edited 2 times in total.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

hhehe kasut aku jenama EB, takde pun kat situ....

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

orca wrote:hhehe kasut aku jenama EB, takde pun kat situ....
alamek,tertinggal la bro :lol:

D. Jenama kasut di pasaran
  • Boreal
    Five Ten
    La Sportiva
    Rock Pillars
    Scarpa
    Mad Rock
    Evolv
    Mad Rock
    EB
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Post by sany ADALAH alger »

champ,

best jugak klau ko leh letak rege utk beginner cam aku nie.
at lis bole compare& recce tempat :wink:
CARPE DIEM!

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

sany,

pasal harga tu aku tak berapa tau sangat,sbb website kedai2 yg jual barang2 ni jarang letak harga.kene mintak diorg quote.tapi aku leh bagi range harga ngan kedai2 yg ade jual.mostly,kedai2 outdoor ade jual barang climb ni.tapi sebelum tu aku nk bg skit tips utk beli kasut ni.

untuk beginner,sesuai amik kasut yg bentuk tapaknya symmetrical, sole yang rigid,kalu boleh tebal sole dalam 5mm.sebabnya,kebiasaannya footwork(masa climb) beginner mmg berterabur,normally sole kasut akan cepat haus/berlubang pada ibu jari.so dengan kasut yg ade criteria ni,kasut akan lebih tahan berbanding high perfomance shoe (sole lebih lembut).

contoh kasut yang sesuai utk beginner.
Image
brand - EB
model - boom

review
This entry level slipper shoe is the perfect shoe for starter . Round shape for great comfort. Cotton canvas. All around rubber.
Rubber : EB synthesis rubber for the front sole, 5 mm.
Color: Yellow

Image
brand - EB
model - evasion

review
Improving Slipper shoe, that benefits from EB research, experience and technical assets.
Suede shoe. All around rubber coating, wrapping the heel. Front and back loops to put it on.
Color : Green forest.
Sole : EB rubber 4 mm.
Sizes : from 34 to 46.

p/s:jenal,kasut eb ni kat mane leh dapt?

Image
brand - boreal
model - ninja
review

The NINJA was the original unlined performance climbing slipper that got us thinking about thin cracks, thin edges, smeary routes and also specific training to get our foot and calf muscles strong. Use them for bouldering, thin faces, gym climbing and competitions. This year's NINJA has been updated with a slightly more rounded toe and a tensioned "T" strap across the top - which puts rubber on both sides of the crack and also is useful for "under-toeing" holds. Slip them on for an impromptu bouldering session or pull 'em out of your pack for making easy work of thin, "fingery" crack problems. Half mid sole balances your need for sensitivity on knobs with predictable fore-foot support for edging. New FS-Quattro Soles are unbelievably sticky and firm - providing a good grip on all types of rock.

Image
brand - boreal
model - joker
review

Crank or cruise, VELCRO or LACE - it's totally your choice with the JOKER. Fit comfortable and wear all day or size down for precise sport climbing performance, bouldering or indoor moves. What's exciting about the JOKER is what you can't see - the EVA internal shock absorbing heel pad - which adds considerable comfort to impromptu landings, mandatory walk offs and even hanging out while belaying.

untuk brand boreal,nomadadventure (summit usj) ade jual.utk kasut2 kat atas,price range RM230 - RM300

Image
brand - fiveten
model - spire
review

The Classic SPIRE is the favorite of new cimbers as well as those looking for a comfortable general performance shoe. It will be the foundation of your footware and the shoe you turn to for cruising classic routes. Updated with the latest looks, anti-stretch stiching and climbing cord laces, the Spire is an incredible value. The wider, rounded toe and padded tongue add up to all day climbing fun - ease into a pair whether your just learning to climb or simply appreciate true comfort.. Unlined for stretch- to-fit closeness and fitted with a full length 6mm slab of C4 Stealth rubber to keep you on the rock!

sebenarnya,kasut2 fiveten ni lebih utk technical climbing.so tak byk model beginner.setau aku,dulu deltarovers ade bawak masuk kasut ni,tapi skang dah terbakar,tak tau la.selain tu thebatu pun ade jual brand fiveten ni (www.thebatu.com).price range - RM250 - RM350.

bersambung...
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

sambungan....

Image
brand - rockpillars
model - moab gym
review

It is a comfortable shoe that should fit well on anyone. Suitable for novice climbers or climbers looking for comfort on multi-pitch routes, climbing routes with lower grades or climbing gyms. Moab is a light unlined shoe, of very simple design with laces right to the toe of the shoe. The shoelast “Comfort” is used for its manufacture and the shoes are available in a very wide range of sizes. Thanks to its versatility and affordability, Gym has become very popular and widely used model.

Technical overview:
  • 1,8 mm natural leather
    rusty, brown sugar, green
    peas colour
    unlined
    one pull-on loop
    2,5 mm VISION 228 rand
    1,3 mm THERMOPAT midsole
    COMFORT last
    weight - size 7UK: 425g
rockpillars ni juga ade kat nomadadventure (summit usj),price range RM200 - RM300



Image
brand - saltic
model - spirit rent
review

A universal climbing shoe for a broad spectrum of climbers. This variant is provided with a double golosh and with a reinforced sole. Thanks to these properties, the "Spirit Rent" is placed in an advance position in lending offices and on artificial walls. Its extended durability saves your pocket and time.
  • Material: leather
    Lining: none
    Midsole: Salpa
    Sole: Extasy 4 mm
    Size: 2 - 15 UK
saltic ni ade jual kat camp5 one utama,price tak pasti.mungkin dal range RM250 - RM350


Image
brand - evolv
model - quest
review

The QUEST is a versatile general purpose shoe that is technical enough to use on hard trad climbs in Yosemite and Indian Creek and when sized comfortably can be used on long all-day climbs in the Dolomites without sacrificing performance. We equipped it with a full length stiff midsole for extra support and edging power. The low-tension heel rand and plush nylon lining make them a pleasure to wear while the asymmetric toe profile provides good technical performance. The versatility of the Quest can benefit climbers of all levels and is the leading choice for climbing gyms and guide services who desire a higher performing comfortable shoe.
  • *PROFILE asymmetrical toe profile (KA-1 last)
    *SOLE 5 mm TRAX® XT-5 high friction rubber
    *RAND 2.2mm TRAX® duro-rand
    *UPPER Non-stretch Synthratek synthetic upper
    *LINING Nylon lining
    *MIDSOLE MX-2 2mm stiff full-length midsole
    *SIZES 2to 15 US men, including half sizes
evolv pun ade jual kat camp5 one utama
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

kalau nk beli kasut,better beli kat climbing gym.sebabnye,diorg leh guide kite beli kasut.pastu kite leh try jap kat wall utk make sure kastu ngam ngan kaki kite.

harness lak, criteria pemilihan tak mcm kasut.better beli ape kita termampu,sebab harness ni kira insurans la.utk beginner harga dalam rm250 - rm300 dah boleh dapat harness yang baik.harness aku (BD Chaos aku dalam RM270)

untuk harness,criteria pemilihan aku:
  • aku prefer 2 brand ni,petzl ngan black diamond sebabnya,padding yg inovatif dan baik.
    pastu ringan
    harga yang berpatutan (RM300 - RM350) biasanya PETZL lebih mahal.
    fully adjustable supaya bile gemok skit pun leh pakai lagi :lol:
harness petzl leh beli kat,outdoor centre jlan ampang,the batu,allsport tmn midah.
harness black diamond leh beli kat nomadadventure,mycorezone (price range RM207 - RM336),camp5
harness camp ade kat mycorezone (price range RM187 - RM414)
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

ROPE

A. fungsi
  • i. utk menahan climber daripada fall
    ii. hendaklah mengikut spesifikasi DIN/UIAA (Union international des Association D ' Alpinisme)
B. Sejarah
  • i. 1800s
    • - org mendaki gunung menggunakan tali jerami (natural fibers), utk membantu pendaki lemah.
    ii. WWII
    • - sejenis bhn baru dicipta iaitu nylon, climber lebih yakin
      - tali dipintal (laid) & terlalu memeri bila berlaku fall iaitu pemanjangan hampir 40% & ini bahaya
      - tali dipintal (twisted rope)menyebabkan susah untuk diuruskan & menyebabkan climber berpusing bila tergantung
      Image
      - low melting point – mudah panas & putus apabila berlaku geseran
    iii. 1950s
    • - binaan tali baru dicipta iaitu kernmantle (braided). Kern lapisan luaran yg dijalin & mantle adalah teras yg terdiri jalinan fiber
      Image
      - mpy ciri menyerap tenaga hasil daripada berlaku fall (shock load) & memberi keanjalan.
      - ketahanan kepada geseran adalah tinggi
C. Perkara yg penting mengenai tali
  • 1. Jenis tali
    • i. dynamic - mpy ciri menyerap tenaga hasil daripada berlaku fall & memberi keanjalan lebih tinggi, sesuai untuk aktiviti climbing & berwarna warni
      Image

      ii. static - kurang memberi keanjalan & sesuai utk aktiviti kawalan di kawasan curam, flying fox, kerja-kerja menyelamat, menggua & top roping
      Image
    2. Diameter
    • i. single rope - diameter 9 - 12 mm, utk climber berat adalah baik gunakan tali yg besar diameternya, byk digunakan dalam pendakian biasa, selalunya panjang adalah 50 - 80 m
      ii. double rope - tali berdiameter 8.8 mm atau 9 mm, masih kuat jika digunakan satu sahaja tetapi sebagai langkah-langkah keselamatan guna 2 sekali, biasanya panjang dalam 50 - 55m
D. Penjagaan tali
  • 1. Elakkan dari memijak tali kerana akan menyebabkan bendasing halus masuk ke dalam tali & boleh merosakkan tali berkenaan
    2. Sentiasa memeriksa tali dari masa ke semasa terutama selepas fall yg tinggi (hardfall)
    3. Simpan di tempat yg terlindung dari sinaran terus matahari & panas lampau
    4. Elakkan dari terkena bahan kimia yg menghakis seperti asid/alkali
    5. Jika hendak membasuh tali, elakkan dari menggunakan detergen
    6. Tali yg basah hendaklah dikeringkan dalam tempat yg mpy pengudaraan yg baik & bukan dijemur
E. Bila untuk melupuskan tali
  • 1. Guna utk 5 tahun & selepas itu periksa & selaluya keupayaan menyerap tenaga telah berkurang dalam tempoh itu
    2. Jalinan luar telah berserabut & berbulu dgn teruk
    3. Jalinan-jalinan fiber pada teras telah kelihatan pada luar tali
    4. Selepas jatuh yg agak kuat (hardfall)
F. Jenama di pasaran
  • 1. Mammut
    2. Beal
    3. New England
    4. edelweiss
    5. Petzl (latest)
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

hehee kasut aku

Brand:EB
Model:Easy

This shoe remains EB ‘s best selling shoes.
Microfiber Lorica, Velcro to tie it up, all around rubber coating, wrapping the heel, rubber on the top of the feet for the tiptoe's hooks.
Color: Corn/ Burgundy
Sole: EB rubber 4 mm

harga asal; RM380 pastu dapat 50% kat Outdoor Center jln ampang

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

champ, cam na lak latihan climbing ni......

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

orca wrote:hehee kasut aku

Brand:EB
Model:Easy

This shoe remains EB ‘s best selling shoes.
Microfiber Lorica, Velcro to tie it up, all around rubber coating, wrapping the heel, rubber on the top of the feet for the tiptoe's hooks.
Color: Corn/ Burgundy
Sole: EB rubber 4 mm

harga asal; RM380 pastu dapat 50% kat Outdoor Center jln ampang
pergh RM380,seb baik ade diskaun
orca wrote:champ, cam na lak latihan climbing ni......
bro,aku ingat nak abiskan topik basic equipment ni dulu (pasni belay device,karabiner,chalk,chord ngan helmet).kendian baru masuk pasal trening.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

tergopoh sikit...... mungkin ko buka new topic for trainning ni. aku sokong sangat.... hhheee

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

KARABINERS

A. Fungsi
  • - digunakan utk menghubungkan tali, slings utk quickdraw & anchor
    - digunakan semasa belaying, abseiling, set-up belay station (multi pitch)
Image

Image


B. Juga dikenali sebagai biner, snap link & crab dan diperbuat daripada aloi aluminium kerana ringan & kuat.

C. Bahagian- bahagian asas
  • 1. Spine - tetulang (bhg utama karabiner yg menanggung beban)
    2. Hinge - engsel (bhg yg memegang gate)
    3. Gate - pintu ( bhg yg bergerak utk menutup/membuka karabiner)
    4. Latch - cangkuk (bhg yg menyambung antara gate dgn spine)
Image

D. Bentuk
  • 1. Binaan
    • i. Oval - bentuk asal karabiner, selalu digunakan utk setting anchor
      ii. D-shape - lebih kuat (boleh tahan beban tinggi) kerana tali melalui siku pada biner & beban selari dengan bhg kuat biner iaitu spine.
      • a. asymmetrical - quickdraw
        b. symmetrical - belaying
      iii. HMS (pear shape) - digunakan untuk belay dan abseiling, ketahanannya moderate
Image

2. Gate
  • i. locking
    • - lebih selamat
      - utk belay, anchor top roping, abseiling & kerja-kerja menyelamat
      - tali tidak akan terkeluar jika berlaku rope cross over pd gate
    ii. non-locking
    - bent gate
    • - mudah untuk memasukkan tali semasa clipping utk pendakian secara leading

    - straight gate
    • - selalunya digunakan bersama karabiner bent gate utk btk quickdraw. Selalunya di clip pada anchor (bolt)
      - boleh digunakan utk buat anchor top roping tetapi guna 2 secara gate bertentangan
    - wire gate
    • - gate bukan dari jenis solid iaitu terdiri dari dawai.
      - lebih ringan, bukaan gate lebih luas dan ini memudahkan clipping.
      - digunakan untuk quickdraw.
Image

E. Penjagaan
  • 1. Ketahanan agak lama berbanding tali
    2. Tidak boleh digunakan jika berubah bentuk akibat dari fall yg tinggi (hardfall)
    3. Tidak boleh digunakan jika gate tidak brfrrngsi dgn betul seperti spring tidak memeri lagi
    4. Jgn jatuhkan krn ia akan mengganggu struktur dalam & ini akan mengurangkan ketahanan sesuatu karabiner
F. Jenama di pasaran
  • 1. Petzl
    2. Black Diamond
    3. Wild Country
    4. DMM
    5. Camp
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

BELAY/RAPPEL DEVICE (DECENDERS)

A. Fungsi
  • - utk abseiling (kawalan dikawasan curam), sebagai brek
    - menjaga keselamatan climber (belaying)
B. Digunakan pada harness bersama karabiner & dgn alat ini boleh mengawal kelajuan ketika abseiling.

C. jenis-jenis yg biasa digunakan
  • 1. Figure of 8
    • i. btk 8
      ii. cara bekerja - tali yg melaluinya akan mengalami geseran tinggi & kurangkan kelajuan akibat geseran tadi
      iii. Btk yg ada di pasaran - conventional, angle, with ears (anka)

      Image
      conventional

      Image
      angle

      Image
      anka
    2. tube type belay/rappel device
    • i. btk bakul telur
      ii. cara bekerja - tali akan dimasukkan melalui lubang padanya & ditahan oleh karabiner.
      iii. Kelebihannya adalah hanya sedikit sahaja daya diperlukan untuk lock-off tali
      iv. model yg ada di pasaran - ATC (Air Traffic Controller) dr Black Diamond, Reverso dr Petzl, HB Sheriff dr Wales etc.

      Image

      Image
    3. Belay plate /Sticht plate
    • i. Penggunaa sama dgn tube type belay device, tetapi btk berlainan iaitu nipis & sekeping
      ii. Ada yg berspring utk elakkan tali daripada jam bila hendak give rope selepas fall.

      Image
    4. Self-Arresting Belay Device
    • i. mudah digunakan kerana ia akan ‘lock’ tali secara automatik apabila beban dikenakan (tali tegang). Tetapi kena berhati-hati menggunakannya (always see the manual)
      ii. cara penggunaan selalunya terdapat pada alat tersebut secara grafik
      iii. boleh juga digunakan untuk abseiling
      iv. agak mahal
      Image

      Image
D. penjagaan
  • 1. Jgn bagi jatuh seperti karabiner
    2. Penggunaan agak lama
    3. Ganti dengan yg baru jika berlaku kehausan pada permukaan atau retak.
note : untuk tujuan climbing,digalakkan guna belay device selain dari figure of 8. sebabnya,tali akan lebih cenderung utk berpintal (kink) kalau guna FO8
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

SLINGS

A. Fungsi
  • - bila digunakan bersama karabiner (runner), ia akan menjadi penghubung yg fleksibel antara anchor dgn tali menggunakan karabiner.
    - utk memastikan tali dalam keadaan lurus, spy dpt meminimakan kesan drag
    - buat anchor pada batu
    - juga digunakan sebagai belay anchors
    - boleh digunakan sebagai sit & chest harness.
    - digunakan juga dalam kerja-kerja menyelamat.
    Image
B. Kekuatan standard untuk sling berjahit (quickdraw) adalah lebih kurang 22 kN, biasanya sling diperbuat dari bahan jenis nylon, dyneema & spectra. Kekuatan sling dari bahan jenis dyneema & spectra adalah tinggi dari nylon
Image

C. Bentuk-bentuk sling
  • 1. Flat tape - biasanya digunakan sebagai quickdraw, tak fleksibel & rigid
    2. Bentuk kelongsong - btk seperti tiub yg leper, lembut & fleksibel, boleh digunakan juga sebagai runner, buat anchor & pada nut atau hex (pro)
    Image
D. Biasanya lebar sling adalah 15 - 25 mm, panjangnya pula utk flat tape adalah 10 - 15 cm & btk kelongsong (tubular) adalah 30 cm - 1.5 m

E. Penjagaan
  • 1. Sepatutnya sling tidak boleh digunakan lagi selepas 3 - 4 tahun dan terdapat koyakan
    2. Penjagaan sama seperti tali
    Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

ACCESSORY CORD (TALI PRUSSIK)

A. Fungsi
  • - boleh buat anchor pada bolt
    - digunakan sbg runner bersama nut/hex
    - buat ikatan prussik utk kerja menyelamat
    - boleh dibuat sbg pro (buat thumb knot & selit pada crack)
    Image
B. Diperbuat daripada bahan jenis nylon, kevlar, dyneema & spectra

C. kekuatan tali ini adalah kurang dari tali kernmantle tetapi keupayaan gagal static adalah tinggi bg tali dr bhn kevlar, dymeema & spectra

D. Tali daripada Kevlar mudah berpintal, dyneema & spectra mpy melting point yg rendah (145° C) dari nylon (250° C)

E. Saiz bergantung kepada diameter iaitu 4 - 9 mm, kadar gagal berdasarkan diameter.

F. Adalah digalakkan menggunakan tape sling kerana kadar untuk gagal bagi tali ini adalah tinggi dari tape sling

G. Penjagaaan
  • 1. Penggunaan selepas 2 tahun & hendaklah diperiksa
    2. Jika digunakan sebagai prussik, penggunaan adalah singkat kerana tali bergeser dgn tali kernmantle
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

CHALK & CHALK BAG

A. Fungsi - utk menyerap peluh & mengeringkan jari jika basah

B. bahannya adalah magnesium karbonat & boleh didapati dalam btk blok & serbuk, selalunya diisi ke dalam chalkbag yg digantung di belakang pinggang

C. chalkbag ada berbagai saiz dan bentuk & dustproof bermakna chalk tidak akan keluar jika diisi

D. kini telah ada chalk mengikut warna permukaan batu kerana ada sesetengah pencinta alam tidak bersetuju dengan penggunaan chalk berwarna putih & menjadi kontroversi kepada konservasi alam kerana tompokan - tompokan putih pada batu mencacatkan pemandangan pada batu itu.

Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

HELMET

A. Fungsi – melindungi kepala (climber dan belayer) dari terkena benda-benda yang jatuh dari atas seperti batu (loose rock) dan macam-macam lagi.

B. Helmet hendaklah melepasi standard dari DIN dan UIAA

C. Perkara yg perlu diberi perhatian :
  • 1. Jarak (webbing strap) antara kepala dan helmet mestilah 2 – 4 cm
    2. Tidak menggangu penglihatan (oversize)
    3. Warna yg terang dan mempunyai pengudaraan yg baik
    4. Ringan (400g – 500g)
Image
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Image

Image

Image

sekian sudah pengenalan kepada peralatan2 asas climbing,pasni kite gi nngok lak ikatan asas yg digunakan dalam climbing
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
9w2sti
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 14 Oct 2008, 15:02
Contact:

Post by 9w2sti »

Assalamulaikum..

Walaupun topic ini dah lama... dan saya org baru... hehee... nampaknya peminat rock climbing amat kurang di Malaysia... Dimaklumkan Kg Wira Damai telah dikemas kini oleh Kementerian Perlancongan dan Putrajaya juga kini akan mempunyai indoor rock climbing center yang akan dibuka...

Manalah tahu masa akan datang kite leh buat mountain climbing.. bukan lagi mountaineering sahaja...

MArilah mencuba sukan baru ini :D...
Azmin
web: cordura.multiply.com
callsign: 9W2STI

User avatar
pendaki_labuan
Pendaki Gunung
Posts: 118
Joined: 03 Apr 2006, 20:35
Location: xpenang,xseremban,xlimbang,xKK Sabah n Putrajaya
Contact:

Post by pendaki_labuan »

9w2sti
Dimaklumkan Kg Wira Damai telah dikemas kini oleh Kementerian Perlancongan dan Putrajaya juga kini akan mempunyai indoor rock climbing center yang akan dibuka...
9w2sti Nak tanya kalau Yen masih di kg Wira damai ke? kalau ada kirim salam dari member climbing lama :D Kat putrajaya nak bukak indoor climbing Gym ke????? Kat mana.......????????????? senang la hidup tak yah gi Kl nak training climbing :D :D :D
The JUNGLE can be your BEST friend or your WORST enemy :-)

User avatar
9w2sti
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 14 Oct 2008, 15:02
Contact:

Post by 9w2sti »

Yup... masih di sana... Masih menjaga tempat tersebut dan juga sekarang menyediakan kursus tali di sana.. :D OKay tak jadi masalah... :D

Yup.. Precint 20 kalau tak silap... masih belom buka secara rasminya.. tapi dah ader dah yang climb... aku dah usha... datang bawak tali pun okay... runner dah fix kat situ.. route memang menarik... :D
Azmin
web: cordura.multiply.com
callsign: 9W2STI

User avatar
pendaki_labuan
Pendaki Gunung
Posts: 118
Joined: 03 Apr 2006, 20:35
Location: xpenang,xseremban,xlimbang,xKK Sabah n Putrajaya
Contact:

Post by pendaki_labuan »

ryu_kyo tahniah dengan usaha anda menunjuk ajar komuniti nie... :D :D
semoga warga climbing akan bertambah....... saya dah lama cuti climbing ingat nak mula climbing n ajar anak2 saya bila berpindah ke Sg Merab.... Salam buat warga climbing di putrajaya, bangi n kajang......
The JUNGLE can be your BEST friend or your WORST enemy :-)

User avatar
9w2sti
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 14 Oct 2008, 15:02
Contact:

Post by 9w2sti »

additional info:

Type of Rope

Nylon
Nylon is the strongest of all ropes in common use. When stretched it has a "memory" for returning to its original length. For this reason it is best for absorbing shock loads, as is the case when lifting or towing. Nylon lasts 4-5 times longer than natural fibers because it has good abrasion resistance and is not damaged by oil or most chemicals. Like manila, nylon has good resistance to ultraviolet deterioration from sunlight, referred to as "U.V. stability".

Polyester
Polyester is very close to nylon in strength when a steady force is applied. However, unlike nylon, polyester stretches very little and therefore cannot absorb shock loads as well. It is as equally resistant as nylon to moisture and chemicals, but is superior in resistance to abrasion and sunlight. Polyester is the most popular general purpose rope in the boating industry.

Polypropylene (Poly)
Because of its light weight, polypropylene is the only rope which floats. For this reason, it is very popular for pool markers and water sports. Poly is affected by sunlight deterioration, more so than any other synthetic or natural fiber rope, but its life can be extended by storing it away from direct sunlight. Poly begins to weaken and melt at 150°F, the lowest melting point of all synthetic ropes. It is not as strong as nylon or polyester, but 2-3 times stronger than manila. Because poly is less expensive than other fibers, it is the most popular all-purpose rope for the average consumer. Hollow braided poly can be spliced.

Manila
A hard natural fiber, manila is especially resistant to sunlight. It is very popular for public utility construction and repair because it will not melt on contact with hot wires or equipment like synthetics do. It will burn, however, if the temperature is very high or if the rope is in contact with the wires/equipment for an extended period of time. Manila holds knots firmly and stretches very little. It must be stored dry to avoid mildew. Chemicals will cause it to deteriorate.

Sisal
Sisal, like manila, is a hard natural fiber, but its strength is about 20% less than manila. It too has excellent resistance to sunlight, little stretch, and good knot-holding ability. Sisal must be stored dry to avoid mildew, and chemicals will cause it to deteriorate. Common uses include gardening, bundling, shipping, and tiedowns where strength is not a critical requirement.



Ryu - Aku pun dah rehat lama... rerakan dah bising lama tak climb.. ingat nak layan balik.. jom start pelan2 layan 5c jer dulu :D

P.Labuan - alhamdullilah.. pendedahan dari kecil.. kalau aku dah ader anak leh la mengajar.. leh turunkan ilmu.. :D

Info: Dengar berita Shah Alam extreme park akan buat comp. Kalau tak masuk pun jom bagi sokongan pada mereka.. nanti dapat tahu diinfo-infokan..

"Climb for today, tomorrow and yesterday"

73
Azmin
web: cordura.multiply.com
callsign: 9W2STI

Post Reply