Penggunaan material seperti polyamid, poliester dan silicon memberi jaminan kalis air dan ribut malah sebahagiannya mempunyai bahan khas yang dapat menjauhkan khemah daripada ancaman serangga. Kecanggihan teknologi Jerman pada produk itu melengkapkan khemah dengan ciri-ciri kestabilan, keselesaan ruang tidur dan penyimpanan barang serta pengudaraan yang baik. Untuk penggunaan lebih praktikal, setiap produk telah dihasilkan dengan sukatan berat tertentu sehingga ada yang dihasilkan begitu ringan supaya beban tidak menjejaskan pengembaraan.
Apa sahaja bentuk, sama ada kubah atau tirus, khemah Vaude dihasilkan dengan kaedah pemasangan dan pembungkusan semula yang ringkas mudah. KHEMAH ini dilengkapi ciri tahan ribut dengan keluasan 120 sentimeter lebar yang memenuhi keperluan perkhemahan untuk dua orang. Paras ketinggian 105 sm Hogan Ultralight yang disokong tiang tunggal melengkung bukan sahaja memberikan kestabilan malah keselesaan pada paras separa berdiri.
Walaupun hamparan lantai dengan keluasan baring sepanjang 220 sm agak terhad, Hogan Ultralight memadai untuk ruang penyimpanan dua buah beg sandar. Dengan berat maksimum 1.7 kilogram (kg), penggunaan khemah ini juga sesuai untuk isian seorang lelaki dewasa yang pasti memberikan lebih ruang. Perlindungan kalis air Hogan Ultralight pula menggunakan dua muka kain hamparan terbang silikon yang mampu menghalang tiris air walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Hogan Ultralight Specifications
Min Weight : 3 lbs 3 oz (1.44 kg )
Max Weight : 3 lbs 12 oz (1.70 kg)
Approx. Floor Area : 26 sq ft (2.4 sq m)
Packed Size : 22" × 6" (56 × 15 cm)
Fly Fabric : 40D Polyamid Ripstop 240T, bothside siliconized, 3.000 mm
Floor Fabric : 40D Polyamid Ripstop 240T, laminated, 10.000 mm
Inner tent : 30D Polyester Ripstop 285T
Poles: Anodised Aluminum 7001 T6 Alloy
Berminat utk dapatkan barang yang rare ni? RM 950.00 only.
COD Kajang Bangi or Poslaju.
016-4438409