Kedai

Jual/beli peralatan rekreasi

Moderator: poncho

Locked
User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Kedai

Post by poncho »

salam buat semua taukeh khasnya, dan warga GO sekalian secara amnya.

firstly, timekasih atas sokongan korang semua kepada GO dan juga ruangan Kedai di GO ini. sebagai orang yang ade tanggungjawab memantau dan mengendali ruangan ini di sini, aku sungguh berbesar hati dengan sambutan dan kerjasama semua selama aku mengenali GO nie. semakin meriah dan semakin maju seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan terkini dunia outdoor di Malaysia. kiranya, kalau orang luar masuk dan perhati suasana forum kita nie, kita boleh berbangga sebab ruangan nie tetap meriah dan mendapat sambutan walaupun tak segempak site lain yang totally menjurus ke arah perniagaan dan keuntungan (business and profit-oriented site) seperti eBay, Rei, Lelong, atau Mudah, dll. syukurlah.

cuma, ingin aku mengingatkan semua warga GO termasuk diri aku sendiri supaya kita tidak lupa niat asal kita menjadi warga GO dulu. niat aku dulu ialah mencari info dan ilmu pergunungan serta turut sama merasa perkembangan dunia outdoor di Malaysia melalui local point of view. rencah asli dunia pergunungan di Malaysia ada di sini. atas sebab itu aku join dan berbangga menjadi warga GO sebab kita ada satu platform khusus untuk hobi ini. di mana lagi kita boleh jumpa Natural Ground sebenar yang satu kepala dan satu dunia dengan kita? di sinilah tempatnya -- Gunung Online. dan atas niat ini, aku masih dan insya-Allah akan tetap menjadi warga GO walaupun aku bukannya pengendali lagi di sini. GO is my world sekarang. rasanya, majoriti kita punya niat yang sama walaupun taste kita lain-lain kan? at least, rasa untuk melihat GO ini kekal sebagai forum gunung - khasnya dan outdoor amnya, yang terulung di negara kita tetap sama di hati kita semua.

atas sebab itu, aku ingin berpesan kepada semua pihak yang terlibat supaya sama-samalah kita cuba kekalkan rasa dan niat asal kita menjadi sebahagian keluarga GO ini agar GO tetap rancak dan meriah dengan input atau mesej yang sangat diperlukan oleh mana-mana forum sekalipun untuk terus berkembang dan dihargai. sama-sama kita berkongsi info, idea atau pandangan sesama kita sebagai tabiat utama kita di sini selain dari mendapat sedikit pulangan atau keuntungan sebagai bonus kita menjadi keluarga GO. ye, point aku sebenar kat sini ialah jangan kita abaikan topik lain di GO nie. sama-sama memeriahkan GO dengan cara menyumbang, menambah input atau join sekali berbincang, berborak atau membahan sekalipun di topik-topik yang lain sebagai tanda kita menghargai sesama kita. kita ibarat keluarga besar dan kalau tak bertegur, berbual atau tanpa sumbangan (walaupun kritikan - yang membina, sekalipun) sesama kita..apalah yang tinggal untuk kita berkongsi sesama kita?

kebanyakkan kita nie adalah pendaki. pendaki yang sama-sama mengenali dunia mendaki kita di Malaysia nie. kecuali kita jenis katak di bawah tempurung yang tak penah ambil tahu, tak tau atau memang buat-buat-buat tak tahu, dunia mendaki kita nie sebenarnya berkembang pesat. dan GO adalah antara penyumbang terbesar yang bertindak sebagai tempat pertemuan (secara maya) para pendaki. di sinilah kita mula mengenali sesama kita, berkongsi idea atau info dan kemudian mula berinteraksi sesama kita dengan cara bertukar-tukar barang, mula mengenali selok-belok dunia peralatan dan berkongsi info untuk mengumpul peralatan sendiri sedikit demi sedikit dan akhirnya secara bijak mula berniaga sesama kita secara sistem barter atau tunai yang berlandaskan niat murni membantu sesama kita. dari sini, idea untuk mewujudkan ruangan kedai ni adalah sesuatu yang brilliant! secara harmoninya, wujudnya ruangan ini membantu kedua-dua pihak yang berurusniaga di samping memeriahkan lagi GO, memberi manfaat dan banyak lagi kelebihannya. janganlah ada yang ambil kesempatan sebab semua warga GO ni kawan-kawan kita juga. keluarga mendaki kita juga kan? untung tu memang hak kita kalau kita berniaga kat sini dan takde sape yang nak melarang pun sebab GO memerlukan kehadiran peniaga-peniaga dari kalangan kita supaya terus maju dan berkembang dunia pendakian kita khasnya dan dunia outdoor amnya. tak salah dan takde kena banned punya. you're most welcome here my fren! please keep it up. cuma, bak kata seorang pendaki kita yang famous dengan lawaknya kat sini "aku berniaga tapi tetap support GO dengan cara aku sendiri..". hehehe.

lastly, diharap tiada salah faham dengan post ini ye. aku cuma cuba lakukan sebahagian tanggungjwab aku iaitu sama-sama saling ingat-mengingatkan sesama kita dan memantau ruangan ini. just for reminder OK. bukan warning, bukan teguran atau bukan bermotif politik. keh keh keh. ilebiu all..seriously. we need you all. tiada larangan (kecuali perlu sahaja) dan tiada blacklist ape kemende semua tu. aku pun berniaga juga ape. takkan taukeh hentam taukeh. nanti ade yang kata aku nak bolot semua plak..monopoli namanya tu. persaingan berat sebelah. heheh. OK lah, semoga kita sama-sama memahami fungsi ruangan ini dan aku nak ambil kesempatan memohon kerjasama anda semua memeriahkan GO nie dengan menyumbang juga di topik-topik yang lain. please. bagi apa-apa jua input yang berguna atau respon yang diperlukan dalam usaha kita bersama untuk menghidupkan, memantapkan dan menjayakan matlamat menjadikan GO kekal menjadi dunia keluarga gunung Malaysia berkumpul, berkerjasama, bersatu dan meriah harmoni. tanpa korang (sumbangan) GO cuma tinggal nama. meh lah join sembang. meh lah join komen. meh lah ikut menggerakkan aktiviti kita. meh lah campur sama. jom kita happening gaya outdoor!


sekian. wasalam.
ilebiu all!
:mrgreen:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

just nak bagitau:
tolong baca syarat untuk pos iklan di GO nie ye.

timekasih atas kerjasama.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: suara dari kedai GO

Post by JeNaL »

salam kepada peniaga di Kedai GO

- minta kerjasama anda semua untuk menghadkan membuat banyak topik untuk promosi penjualan anda di Kedai
- ada yang saya nampak ada beberapa topik boleh di gabungkan
- jika ianya berterusan, saya akan memikirkan alternatif lain untuk mengatasi masalah ini
- walaupun kita mengamalkan pasaran bebas dan terbuka pada asasnya, saya juga berharap antara penjual dan pempromosi barangan dan perkhidmatan menghormati antara sama lain di kalangan anda.
- jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemuskilan berkaitan perkara di atas, sila PM saya

sekian
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Locked