"Jangan bawak telur masuk hutan"..

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
PaCATGUNung
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 19 Jun 2011, 15:26
Location: Bukit Berapit

"Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by PaCATGUNung »

Assalamualaikom dan salam sejahtera..warga GO
Saya sekadar ingin bertanya otai² warga GO tentang quote "Jangan bawak telur masuk hutan" tajuknya agak lawak..tapi saya dan mungkin kawan² lain juga ingin tahu tentang fakta, data ataupun mitos tersebut.

Baru baru ni saya pergi treckking/camping bersama group dlm hutan, dan kami bawak beberapa biji telur..kemudian sahabat kata "Jangan bawak telur masuk hutan" akibatnya telur² untuk stock 3 hari tersebut habis digoreng sebelum hari malam. saya pon tak terkata apa² dan tak tertanya pada beliau mengapa dan kenapa kerana tidak mahu ada yg tersinggung atau kecil hati..jadi terpaksa ikutkan saja...kerana sebelum ni pon pernah dengar quote yg sama..

Selama ini pada saya quote "Jangan bawak telur masuk hutan" adalah bermaksud jangan masuk hutan dengan dada/tangan kosong atau dlm kata² lain sekiranya nak masuk hutan haruslah ada persiapan dari segi peralatan, mental, fizikal dan ilmu pengetahuan. kerana terdapat berbagai kemungkinan bila berada dlm hutan, disamping kerjasama dan ringan tulang dlm group..tapi pada hari tersebut saya jadi blur dan konpius....kerana yg menegur tu pon katanya org lama jugak..

Ada sesiapa disini pernah mengalami situasi misteri apabila membawa telur ayam masuk hutan atau Adakah sesiapa boleh memberi penerangan asal usul quote tersebut atau menceritakan mitos tersebut...?

(saya tak pernah tinggalkan telur walau kemana saja) :lol:
GoMa NuKiH Mo MaNjEk

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by kenshina »

Ada peristiwa p Trans Gopeng - Cameron tahun 2005.. ada satu group tu citer.... sbb biasa ration mmg cai sama rata.. so dapat giliran sorg minah tu kene pikul telur... bila sampai kemsait dia mengadu kata beg dia agak berat.. bila kumpul balik ration.. diorg tgk sebiji telur tu berlubang mcm kene tebuk gitu dan dalam nyer kosong... tp xde apa-apa kesan telur di sekitarnya...

tp dr pengalaman sendiri.. Alhamdulillah... xde pulak peristiwa pelik berlaku bila bawak telur...
challenge your limit

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by seper4alif »

adoi tajuk kamu... camne kaum adam nak jawab nih ek? haahaha

klu citer mistik nya payah nak di cerita takut buleh mendatang kan syirik plak....
klu pada zahir nya plak... mmg sedap telo tuh di goreng dengan minyak yang banyak dan panas di dalam mainstin...
tapi klu pada batin nya.. ha aha tak terkata lah!! haahhaa

bawak jee... jgn pecah dalam bag udah heehee.....

sebab klu sebab haiwan tertarik dengan bau telo ayam... camne ngan ayam? ikan? daging pon ada gak yang bawak kan? heehhee
so... bawak pepelan, masak dalam maggie pepagi bute sambil tengok biew heehehe...

(apa apa pon respek lah yang zahir" ya'ni gogo kamu.. klu dia kata jgn... jgn lah ek.. sebab dia akan di pertanggung jawab kan sekiranya berlaku pepe)
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by shahrul »

setakat ni saya pernah pikul g masuk tahan, GBH, dll alhamdulillah takde apa2..
bacalah a'uzubillahiminassayitaanirrajiim.. masa pack ration tu & jgk sebelum masuk hutan :)
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by seper4alif »

semua tempat pon orang bawak... kecuali laut... tak tahu plak aku kenapa takleh bawak ke laut....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by shahrul »

seper4alif wrote:semua tempat pon orang bawak... kecuali laut... tak tahu plak aku kenapa takleh bawak ke laut....
takot jd telor masin :lidah:
_________________
_________________

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Aku nak cakap bab Laut jer. Sebab aku Kepten kapal laut.
Kalau Kapal besar kitaorang memang bawak telor. Bukan yang kitaorang punya ajer ayam punya pun kitaorang bawak. Tapi bukan ayam yang pandai pakai selipar ya. Sebab nanti kalau jumpa Pelabohan itulah Gumah sementara kita.... telo nak pakai.

Nelayan.
Banyak pantang larangnya. Daging mentah, telo mentah memang tak buleh bawak ke laut sebab nak keluar dari jetty atau pelabuhan mesti lalu kuala sungai sebab jetty atau pelabuhan selalunya letak di kuala sungai. Kuala sungai ni tempat semua benda dibuangkan termasuk antu antu dan puaka yang ditinggalkan tuan. (Yang mati atau dibuangkan untuk persediaan nak mati.) Telo ni makanan kegemaran diaorang ni la jadi nanti menggangu kita yang nak keluar ke laut.

Kalau jumpa nanti sembang bawah Fly la. Aku nak ke MAHA

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by seper4alif »

ooow ok bang txn txn..... baru saya tahu.... ingat kan pasal apa.... pelik gak akn... klu ambik lojik pengamal perubatan mistik lagi kebatinan... diorang juga ada yang menggunakan telo untuk memanggil makhlus halus masuk ke dalam.. tuh pon aku nengok ada yang tak masuk malah kena tipu lagi ada lah.... but y lee lalu muara antara laut dan sungai... dia senang senang masuk ek??? kompius gak saya...


soa alan.... ayam panai pakai selipar bertelur gak ke bang haahaha? cam FAKE punya ayam je... ha ahaa haaa... adoi hai
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by seper4alif »

shahrul::: siter pasal telur masin nih... agak agak mau leer,... klu mat salih beli telo kat kuala terengganu diorang nak kata apa??
(sebab peniaga kat sana kebanyakannya makcik tua. telor plak diorang taruk bawah meja, mean tak nampak, jadi nak nyebut nya dah sah sah le susah kan? hahaha )
tuh klu mat saleh... kalu mat negro lak nak beli.... agak agak le dia dapat telo apa plak kat sana??? haahahhahaha adoi
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
PaCATGUNung
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 19 Jun 2011, 15:26
Location: Bukit Berapit

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by PaCATGUNung »

seper4alif wrote:semua tempat pon orang bawak... kecuali laut... tak tahu plak aku kenapa takleh bawak ke laut....
Yang darat pulang ke darat yg laut balik ke Laut agaknya...kalau tak silap mengikut amalan dan sunah Nabi pun makanan Laut dan darat tidak digalakkan bercampur..mungkin itu sebabnya...tp saya bila masuk hutan bawa juga ikan bilis dan ikan sardin..abih camno..
GoMa NuKiH Mo MaNjEk

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Ok aku sambung balik.
Setahu aku telo ngan daging mentah ni makanan diaorang terutama yang dah tak bertuan. Lama tak makan kan. Jadi kalau korang bawak dan lalu berhampiran tempat diaorang makan jadi makanan diaorang la menda tu. Setakat makan je tak pe tapi takut ada yang cuba menggangu sebab menggangu Anak Adam tu memang keja diaorang. Sebab Tuhan dah berjanji bahawa sayton akan terus menganggu sekelian cucu adam hingga hari kiamat.
Ayam panai pakai seliper tak betelo... makan telo khi kih kih :kah: Sudah belayo tiga mpat bulan... asli kat Pos Kemar pun lawo beb. Nak pakai tu ayam yang panai pakai selipar tu tengok abang punya tolo tada. Tak ke haru. Ni batang kelapa ke hapa. :tembak:

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by seper4alif »

kaah kah kah,..... hampeh nyer teloq.......
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by kabusgunung »

order ayam pakai kasut tumit tinggi satu.....

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: "Jangan bawak telur masuk hutan"..

Post by roket* »

Kalau kes telur nie, pernah sekali di Gunung Bubu, Kuala Kangsar, waktu dah masuk senja dan sweeper (co-guider) kata beg dia berat gila. katanya "berat macam bawak steamroll", bila buka beg tengok 1st guider bagi dia telur dalam mestin dan sweeper nie pun xtaw dalam mestin tue telur, dia maen bawak je.

Sweeper nie pun buka tayang lah telur ayam tue, siap kata "nah, makan telur nie. nak sangat". sambil dia mengupas dan memakan limau CNY sementara bagi chance 'steamroll' tue 'makan'. 15 mins lepas tue, dia amek telur tue, simpan balik dalam beg. Telur itu telah selamat digoreng dan dicernakan oleh guider-guider itu, alhamdulillah tak ada masalah pun.
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

Post Reply