Cadangan format iklan..

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Cadangan format iklan..

Post by kenshina »

Salam,

Berikutan ngn isu panas bujang Melaka yg mengerikan tu.. saya cadangkan utk GO kemukakan format utk iklan trip yg merangkumi:-

1. Jenis trip – trip gogo, bayar n hulur pinggan je :mrgreen: , trip tong-tong, trip sondol – sondol ada trek, sondol bukak trek etc
2. Kos – merangkumi apa.. ration, transport, guide, permit etc..
3. Peserta – terbuka utk sumer, tertutup utk yg berpengalaman sbb trip hardcore ke etc..
4. Pengangkutan – bas di sediakan, kenderaan sendiri
5. Tentative program – tmpt berkumpul, masa berkumpul, gaid n sweeper…
6. Ration/meals – apa yg disediakan… 3 kali sehari ke 8 kali sehari ke :lidah: Hehe
7. Peralatan utk dibawa – full equip ke… beg , headlamp, air & kudap sendiri, air utk kampeni, sleeping bag, jacket, toiletries atau half equip.. beg kecik & selimut je ok.. :lol: etc
8. Keadaan trek – pacak, landai, jalan balak, trek lama org tak masuk, trek lunyai n berlumpur. Ada port mandi best etc..
9. DO & DON'T – peringatan utk peserta utk TIDAK MEMBUANG APA-APA YANG MEREKA BAWA DI SEPANJANG TRIP. Nti kalu kata jangan buang sampah.. diorg buang pulak.. kasut la selipar la baju la … kata omputeh “ Take Nothing but Photograph, Leave Nothing but Footprint”.

Harap dipertimbangkan utk kemajuan bersama sukan rekreasi & pendakian. Kalu ada idea leh tambah lagi le.. hehe

:mrgreen:
challenge your limit

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Re: Cadangan format iklan..

Post by Hangar 18 »

Agree..

Dgn adanya format @ standart scripts akan lebih membantu gogo untuk publishkan trip. Juga memudahkan pendaki @ pelancong untuk memilih trip yg mereka nak join.

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Cadangan format iklan..

Post by bargading »

Saya setuju banget dgn Kak Yatie. Tuan Mod wajib kuatkuasakan tindakan ini dan gogo perlulah amik tindakan pro-aktif sebegini.

Supaya jelas dan telus.

Supaya pembaca paham dengan jenis trip (pendaki@pelancong), apa nak kena bawa, bayaran merangkumi aspek apa, koi bapa/kat mana meeting point dsbnya.

Sila highlightkan tempat, tarikh mendaki dan bayaran untuk mengelakkan drp. kesilapan.
Sbg. contoh;
Trip Mendaki Gunung Rapat
Tarikh : 29 Feb - 1 Mac 2020
Bayaran : RMxx

Majulah pendaki untuk negara.
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Cadangan format iklan..

Post by Freelance »

bargading wrote:Saya setuju banget dgn Kak Yatie. Tuan Mod wajib kuatkuasakan tindakan ini dan gogo perlulah amik tindakan pro-aktif sebegini.

Supaya jelas dan telus.

Supaya pembaca paham dengan jenis trip (pendaki@pelancong), apa nak kena bawa, bayaran merangkumi aspek apa, koi bapa/kat mana meeting point dsbnya.

Sila highlightkan tempat, tarikh mendaki dan bayaran untuk mengelakkan drp. kesilapan.
Sbg. contoh;
Trip Mendaki Gunung Rapat
Tarikh : 29 Feb - 1 Mac 2020
Bayaran : RMxx

Majulah pendaki untuk negara.
tenguklah iklan akak di aktiviti gunung.. trip gunung ledang hehehe!!!

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Cadangan format iklan..

Post by bargading »

Hehe ye betoi kak.... Baru nak buat contoh atau template utk trip akn dtg... clear !!!
viewtopic.php?f=2&t=4580
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

Post Reply