Program Bantuan Kemanusiaan Dan Saudara Baru

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Program Bantuan Kemanusiaan Dan Saudara Baru

Post by soulfly »

Program ini dirancang dan akan dilaksanakan oleh sukarelawan yang terdiri daripada pengiat-pengiat rekreasi. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang kebajikan penduduk luar bandar ataupun dikenali sebagai masyarakat orang asli yang menjadi penduduk peribumi di kawasan pinggir hutan terutamanya di pintu masuk gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia seperti di Banjaran Titiwangsa.

Selain dari memberi sumbangan berupa makanan dan pakaian, program ini juga bertujuan memberikan pendedahan tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan (Health & Hygience) kepada penduduk tempatan. Ujian pemeriksaan kesihatan (Kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan indeks jisim badan (BMI) percuma juga akan dilakukan, di samping memberikan tips-tips kesihatan daripada peserta yang terdiri daripada jabatan kesihatan yang bertauliah.

Memandangkan 50% dari penduduk kampung ini beragama islam, program ini juga menerapkan unsur kerohanian terhadap penduduk tempatan seperti solat berjemaah dan tazkirah yang akan disampaikan dan dipimpin oleh ustaz yang turut serta bagi membantu melaksanakan misi program ini.

Komuniti kali ini juga merancang untuk mengadakan aktiviti pertanian bersama penduduk kampung dengan meminta kerjasama dari pihak tertentu dan pakar di dalam bidang pertanian. Mereka akan diberikan tunjuk ajar, cara berkebun yang betul, supaya penduduk dapat menjalankan aktiviti tersebut mengikut kaedah pertanian yang tepat dan berkesan sebagai bekalan makanan mereka.

Tanaman yang dirancangkan untuk ditanam seperti bawang, tanaman berubi sayuran untuk kegunaan harian serta berterusan untuk jangka masa panjang. Disamping itu, supaya mereka dapat memanfaatkan tanaman mereka untuk dijadikan sebagai makanan seharian dan juga punca kewangan tambahan dengan menjual hasil tanaman itu kepada orang lain di luar sana dan pendaki pendaki gunung yang melalui perkampungan mereka di masa akan datang.

TENTATIF PROGRAM
17 Februari 2012 (Jumaat Malam)
2100 - Berkumpul di Stesen Terminal Putra Gombak
2200 – Bertolak ke Ipoh

18 Februari 2012 (Sabtu)
0300 - Di jangka Sampai Tol Simpang Pulai, berehat seketika
0330 - Bergerak ke Balai Polis Lojing
0600 - Sampai Di Balai Polis Lojing & Solat Subuh
0700 - Berkemas & Sarapan Pagi
0800 - Bergerak ke Kampung OA Sungai Rengil
0900 - Dijangka sampai, disambut oleh penduduk OA & persiapan tapak operasi
1100 - Persiapan makan tengah hari, aktiviti pemunggahan & pengagihan
barang- barang sumbangan.
1330 - Solat Zohor & Makan Tengah Hari
1430 - Persiapan Minum Petang, Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan & Penjagaan
Kesihatan
1630 - Solat Asar & Minum Petang bersama penduduk Kampung Sungai Rengil
1700 - Aktiviti Pertanian bersama Orang Asli serta Persiapan Makan Malam
1930 - Solat Maghrib
2000 - Makan Malam
2030 - Solat Isyak, Tahlil & Tazkirah
2100 - Aktiviti Persembahan Tarian Sewang, Wayang Pacak & Minum Malam
2300 - Tidur

18 Februari 2010 (Ahad)
0600 - Solat Subuh
0800 - Sarapan Pagi
0900 - Majlis Penyerahan Barang-barang Sumbangan
1000 - Berkemas Untuk Pulang & Seisi Fotografi
1200 - Bergerak pulang ke Pondok Polis Lojing
1300 - Dijangka sampai
1330 - Solat Zohor & Bersurai

Kos : RM100 (all in)
Sila bank- in kepada acc- 164155006739 (Mariati Tahir)

Kami menerima
- sumbangan kewangan Bermula dengan RM1- Sila bank- in kepada acc- 164155006739 (Mariati Tahir))

- kami juga menerima bekalan makanan seperti

1) BARANG ASAS
* Beras
* Minyak masak
* Susu tin, susu bayi
* Milo, kopi, teh
* Sardin
* Ikan bilis, ikan masin
* Biskut
* Gula
* Garam
* Tepung gandum

2) UBATAN ASAS
* Panadol
* Vitamin
* Ubat Luka
* Ubat sakit perut

3) Bantuan 4x4 juga diperlukan bagi memudahkan kami menghantar semua sumbangan kepada penduduk kawasan tersebut.

4) Dan lain2... sumbangan BUKU, SEJADAH, pakaian seperti telekung, tudung, pakaian bayi dan kanak2.

Berminat Hubungi:
Azlina Zaini - 013-2634094
Wahid Misbah - 012-6674122
Mariati Tahir - 019-3072229

HULURAN SUMBANGAN DAN KERJASAMA ANDA SEMUA...
SAYA DAHULUKAN RIBUAN TERIMA KASIH...

SEMOGA AMAL SEBESAR KUMAN INI DAPAT MEMBANTU KITA, DISANA NANTI... INSYA ALLAH

koleksi gambar di program yang lepas,kg rekom gua musang
http://www.facebook.com/media/set/?set= ... 633&type=1
lama sangat...

User avatar
ahmad saufi
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 20 May 2006, 12:40
Location: kuala selangor

Re: Program Bantuan Kemanusiaan Dan Saudara Baru

Post by ahmad saufi »

count me in...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Program Bantuan Kemanusiaan Dan Saudara Baru

Post by biNGai »

last menit count you out..hehehe

larriikksssss..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Post Reply