Sekali lagi dengan rasa rendah diri... saya menjemput semua penggiat aktiviti luar Malaysia untuk bertandang ke Majlis RAYA RIMBA 2010 tanpa mengira kelab, persatuan, organisasi, puak, kroni, parlimen dan sebagainya... Tujuan dan motif utama adalah mengeratkan silaturrahim sesama kita yang mempunyai minat yang sama... Ini merupakan RAYA RIMBA kali ke-2 dianjurkan selepas tahun pertama mendapat sambutan dan kritikan yang hangat... hehe... jom baca details kat bawah :
Tarikh : 25-26 Sept 2010 (Sabtu-Ahad)
Lokasi : Warisan Rimba, Kemensah (belakang Zoo Negara)
Bayaran : RM 45 / pax (kanak-kanak bawah 12 tahun free)
Bayaran Meliputi : Makanan, penginapan dan t-shirt aktiviti
DEPOSIT RM45 : No akaun - 1643-9797-5935 MAYBANK, 1224-0073277-52-7 CIMB, DZULHAIZAN BIN HUSIN @ LUTPI, tolong inform lepas buat bayaran - 019-2879818
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 19 Sept 2010 (Ahad)
Jemputan : Semua warga outdoor... 100 orang sahaja
Penginapan : Warisan Rimba, Kemensah... Lelaki/Pompuan tido asing2... kalo kantoi aku nikahkan terus...
Menu : Lemang, Ketupat, Rendang, Ayam BBQ, Dodol, Kuah Kacang, Sambal Kelapa, Sup Tulang, Kudap2 (minum petang + minum malam), Bihun Goreng (breakfast) + Air Minuman
Konsep : Gotong-royong bermula dari pagi Sabtu...
Tentatif:
25 Sept 2010 (Sabtu)
0700 - Shopping dekat pasar borong
0800 - sarapan pagi
0830 - Acara mengemas kawasan kejadian
0900 - Gotong-royong bermula (anyam ketupat, kacau dodol, potong daging, tebang buluh, buat pentas, dll)
1300 - Makan tengahari + Solat Zohor
1400 - Sambung gotong-royong
1430 - Acara memasak + merebus + membakar
1630 - Solat Asar / Pendaftaran
1700 - Minum Petang + Persiapan BBQ
1930 - Solat Maghrib
0800 - Ucapan Alu-aluan
- Takbir Raya
- Sesi Fotografi beramai (WAJIB PAKAI BAJU RAYA LENGKAP (BAJU MELAYU/BAJU KURUNG/KEBAYA))
- Cabutan Bertuah 1
2030 - Solat Isyak
2100 - Persembahan dari kawan2...
- Cabutan Bertuan 2
2130 - Pengumuman King + Queen of Baju Raya dan Couple Paling Secocok
- Sesi Bunga Api
2230 - Ucapan Raya
- Cabutan Bertuah 3
2300 - Minum malam
- Karaoke beramai-ramai
- Bola Tampar Air
- Tido
26 Sept 2010 (Ahad)
0600 - Solat Subuh
0800 - Breakfast
0900 - Musyawarah + Perbincangan ilmiah pasal dunia aktiviti luar + Projek2 lain + Isu berbangkit
1100 - Kemas kawasan kejadian
1200 - Bersurai (lunch kat luar)
Kelengkapan yang perlu dibawa:
1. Baju Raya (Wajib bawak kalau tak bawak tak boleh amik gambar sama-sama + kene campak dalam kolam)
2. Kelengkapan Tido
3. Pakaian untuk gotong-royong
4. Baju Mandi (nak mandi-manda dalam kolam)
5. Gitar + Seruling + Tamborin + apa-apa yang boleh mengeluarkan muzik.. hehe...
6. Bunga api... mercun aku tak berani nak jamin...
Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 019-2879818 or email dzulhaizan@gmail.com (Ujang)
Harap semua AJK yang telah dilantik dapat memberikan kerjasama sepenuhnya...
List Name Yang Dah Kompom (RM 45)
01. Ujang
02. Wan Nazry
03. Aiwa
04. Ujang 2
05. Ujang 3
06. Lyn 2
07. Lyn 2
08. Nisa Abdul
09. Emilly 1
10. Emilly 2
Sekian, terima kasih...

