POWER BAR

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

Post Reply
User avatar
azliePSG
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 22 Apr 2010, 09:22
Location: GOMBAK, kL

POWER BAR

Post by azliePSG »

salam,

kawan2 yg penah try mende ni tlg bg review skit?
bkesan ke?

TQ

achik84
Pendaki Gunung
Posts: 68
Joined: 25 Aug 2009, 12:53

Re: POWER BAR

Post by achik84 »

kalo dh pewai tahap gaban, sedut power gel.perisa tangerine/banana/strawberi...
ok la...top up energy...

power bar lmbat sikit reactionnyer..gel cepat betindak

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: POWER BAR

Post by poncho »

power sangat ke menda nie? heheh.
actually semua makanan ada bahan yang diperlukan oleh badan walaupun dari sekeping biskut mayat. sebab masih ada nutrien kat situ walaupun nampak macam kering takde bahan segar. semua nie sains pemakanan dan memang luas nak cover. senang citer, Power Bar nie brand untuk makanan atau minuman yang mempunyai protein/nutrien tambahan (hasil kemajuan sains sukan dan pemakanan) dalam bentuk yang padat, bersesuaian mengikut sukatan dan mengikut bajet pengguna.

secara ringkasnya, menda nie adalah makanan/minuman bertenaga yang padat dalam pek atau botol.
untuk semua pengguna tapi direka khas untuk para atlit atau orang yang aktif cergas dan perlukan sumber tenaga yang berterusan.

dari yang saya perhatikan, ramai juga yang salah mindset pasal PowerBar nie. mungkin ada yang fikir makanan nie adalah sumber tenaga yang kekal seharian. sebenarnya PowerBar nie ada cara dan step untuk kekalkan tenaga di tahap optimum. secara umumnya, tenaga seorang manusia tetap akan habis bila semua sumber tenaga (protein/nutrien/air/glukos/dll) habis. jadi, kena selalu fikir tenaga nie mesti ditambah/refill atau cas balik. salah satu caranya, PowerBar nie lah. dan brand nie memang ada siapkan jadual atau sistem pengambilan makanan (produk) nie. secara basic, ada 3 step pengambilan iaitu BEFORE (sebelum aktiviti), DURING (semasa aktiviti) dan AFTER/RECOVERY (selepas aktiviti dan pemulihan). jadi, setiap produk tu ada fungsi mengikut step-step ini.

yang menariknya dalam dunia pergunungan kita, ramai beli mengikut sedap rasa atau janji ada PowerBar dalam personal ration. ada pulak yang jadikan sebagai jajan atau dessert (macam gua la tu. kekeke). semuanya mungkin sebab salah faham pasal brand POWER nie. ada menda nie je terus rasa kuat padahal beliau terbeli set untuk recovery punya produk. tak ke mana la powernya tu. heheh. jadi, kalau boleh sebelum beli, buat lah research sikit supaya berbaloi apa yang kita beli (ingat PowerBar nie murah?? payah jumpa pulak tu). lepas tu, janganlah jatuhkan airmuka/profile sendiri sebab pada fikiran orang lain (atlit atau mereka yang tau) kita nie main ikut dan je. orang beli PowerBar, kita pun nak beli PowerBar padahal..ntah lah.

secara basic, makanan dalam paket bar tu adalah untuk kategori BEFORE (ada tulis kat label sebagai Step 1). yang gel tu baik untuk power booster (kira NOS untuk tambahan tenaga paling cepat diserap badan) dan kategori DURING (Step 2). air dalam botol cap PowerBar pun sama la. untuk RECOVERY (Step 3) pulak biasanya dalam paket wafer atau crispy tu. selalu saya jumpa, paket bar tu dimakan semasa aktiviti (konon nak tarik power la kan. kekeke). memang tak nampak sangat la kesan kecuali menghilangkan lapar je. baik bawa roti atau nasi lemak power. heheh.

apapun, ini cuma pandangan dari pemerhatian saya secara personal point of view ye. bukan dari duta PowerBar. kalau nak lebih detail impak dan hasil penggunaan produk nie, sila la jumpa kawankawan pendaki yang selalu join adventure race/climbathon/marathon semua tu. diorang dah endure tahap paling extreme dan dari diorang mesti bleh dapat komen paling relevan. saya cuma pengguna kecilkecilan je. itupun untuk dijadikan menu dessert saya. kekeke
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: POWER BAR

Post by orga »

dr segi pemakanan, mmg benda ni ada byk khasiat utk sumber tenaga..
tp dr segi nilai utk wang, aku rasa amat tak barbaloi sbb reganya mahal sgt..
sbb dr reganya nya tuh, kita bole beli byk lg bhn makanan yg tinggi kandungan tenaga..
byk atau sikit kadar serapan nutrien oleh badan pon berbeza utk setiap org..
bentuk molekul pon main peranan..cecair lg senang diserap berbanding pepejal..
jadi..utk mengatakan power bar kasi impak tenaga yg sama utk setiap org aqu rasa tak tepat..
akan ada yg kata ia bagus atau ada yg kata tak menampakkan kesan..
betul kata poncho, kita perlu buat 'research' dulu ttg keperluan tubuh sendiri..sbb setiap org ada beza..
ImageImageImage

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: POWER BAR

Post by nazryst »

aku ada try jugak... ermmm tapi badan aku reject selepas 10 minit makan... siap muntah dan sakit perut..... mungkin perut orang kampung tak sesuai kot..

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2787
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: POWER BAR

Post by matsaiko »

baik ko guna power gel...
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: POWER BAR

Post by ajon »

klau POWER ROOT cam mana plak...ok ke bwk gi treking

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: POWER BAR

Post by nazryst »

matsaiko wrote:baik ko guna power gel...
memula tu gel bang lepas aku dah take five.... nak sambung aku gigit sikit yang macam biskut punya pulak pastu terus telan air dua teguk... 10 minit ajer reen....hahaha aku cakap kat bebudak depan korang jalan dulu.... burrrr... kantoiiii abang mat oiiiii.... memang engine lamo tak nak punyo.... dio totap nak sambal belacan, cencaluk, tempoyak... kono ado yang kek dopan masak cili api.... pandai pulak dio laju dongan sondiri nyo.... budak gunung ni kalau di bagi power bar takder mendanya....dia bantai tido... kalau di rasuah sikit makan rokok dan sebagainya... haaaa tau laaaa kau....

achik84
Pendaki Gunung
Posts: 68
Joined: 25 Aug 2009, 12:53

Re: POWER BAR

Post by achik84 »

kacip fatimah lak? huhuhuhu

User avatar
epol
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 05 Sep 2011, 23:59

Re: POWER BAR

Post by epol »

ok x kalau before jalan telan pil B complex?..biase klu sy mmg amek vitamin ni before g keje, mmg ade nmpk beza, naik turun tangga kilang, xla mengah sgt...
asyik naik je....amek nafas jap....

blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

Re: POWER BAR

Post by blacksword »

saya tak penah gune power bar nie, tapi makanan yang saya cuba untuk gantikan atau tambahkan kalori (tenaga) dengan segera saya makan kurma je...cepat je rase tambah tenaga

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: POWER BAR

Post by biNGai »

aahh..aku kalo nk tambah tenaga kene tido on trek dulu barang sejam 2..pastu baru la terasa power..siriessss berrrooo..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: POWER BAR

Post by frostice »

Aku power gel okay la. Power Bar ni kureng sikit.. Tabley gi. tp bak kata Nazryst, nasi lomak lagi best. he he
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: POWER BAR

Post by Denan »

biNGai wrote:aahh..aku kalo nk tambah tenaga kene tido on trek dulu barang sejam 2..pastu baru la terasa power..siriessss berrrooo..
haha... teknik ni mmg aku slalu guna... lps bangun tido minum air sket pastu sak kok lu... mmg berkesan :keke:

Post Reply