Dua pelajar UMP mati lemas

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
CRAZYhAMStER
Pendaki Terlampau
Posts: 592
Joined: 05 Dec 2006, 12:12
Contact:

Dua pelajar UMP mati lemas

Post by CRAZYhAMStER »

21 April 2013
KUANTAN - Dua pelajar Universiti Malaysia Pahang ditemui mati lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah, dekat Maran lewat hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata, mayat mangsa ditemui 6.05 petang selepas dilaporkan hilang ketika mandi manda jam 1.09 tengah hari.

Katanya, mangsa yang masing-masing berusia 20 tahun itu ialah Amer Fahmi Othman berasal dari Pulau Pinang dan Mohd Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor Bahru.

"Mayat mangsa ditemui di dasar air terjun berkenaan oleh Unit Penyelam Bomba sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, seramai lima anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Taman Tas dan enam anggota dari Unit Penyelam terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan. - Bernama (sinar harian)

[ADVENTURE IN LIFE] SURVIVAL through degrading nature

www.crazyhamster.multiply.com

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Dua pelajar UMP mati lemas

Post by Denan »

al-fatihah...

Post Reply