Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

baru saja terima berita ni...
---
assalamualaikum & salam sejahtera.. berita dari Sham Castello ada pendaki yg sesat ketika mendaki gunung Benum melalui route Lata Berembun. standby utk gerakan mencari & menyelamat. maklumat lanjut sila hubungi Sham Castello 012-
_________________
_________________

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by JeNaL »

Lokasi terakhir di lihat
Heading
Nama
Umur
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

Lokasi terakhir di lihat: tidak pasti
Heading: dari puncak Benum menuju ke trail Lata Berembun
Nama: Norliyana Tahir
Umur: tidak pasti

---
info masih terhad kerana rakan2 yg join sekali trip tu tidak dapat dihubungi
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

ok. sedikit kronologi..
-----

Nama Mangsa: Norliyana Tahir
Jantina: Perempuan
Penganjur: KGS (Kembara Geng Seven)
Nama Penganjur: Khairul Nizam

-trip ni naik dari Ulu Cheka, Jerantut
-mangsa dipercayai hilang ketika turun dari puncak
-mungkin tersasar mengikuti trek ke Lata Berembun, Raub
-kumpulan pendaki seramai 13 orang (7 lelaki, 6 perempuan)
-menggunakan guide tempatan berlesen
-Sham Castello ikut sebagai peserta
-mula mendaki hari Khamis 15/11, sepatutnya keluar esok 18/11
-group member yang lain masih lagi menunggu di campsite Permatang Angin
-laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ulu Cheka dan juga PERHILITAN Krau petang tadi
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

antara guide tempatan yg dihubungi & turut menyumbang maklumat:
-Pak Man (Benum Galus Galus) 019-990 xxxx
-Leing Toya 017-931 xxxx

pihak persatuan radio amatur dari PERAMAH turut bersedia memberikan kerjasama dari segi komunikasi radio & repeater.

boleh hubungi setiausaha PERAMAH abg Norzam Abas (9w2www) 013-920 xxxx

kalo nak join meeting malam ni utk merangka strategi sama ada SAR akan digerakkan dll datang Equine Park jumpa JeNaL dan saya (boleh hubungi h/p 012-xxxx xxx)

thanks!
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

Tentatif program diorang:
------------------------


Continued Mision Seven to Eleven at Mt. Benum

Event for KGS • By Khairul Nizam

o November 15 at 8:00am until Today at 11:00am

Moh ler kiter panjat gunung

T a r i k h : 15 Nov - 18 Nov 2012
L o k a s i : Gunung Benum via Pos Perlok
K o s : RM160 (guide,baju program,ration)
T r a n s p o r t : CarPool (KL-Jerantut-KL)
(tong² minyak tol)
___________________________________________________

CarPool Cost : 1 kereta 3 orang

Kadar tol :

Tol Gombak - RM5
Tol Bentong - RM3
Tol Temerloh - RM6

#Total : RM14 x 2 hala = RM28

Petrol : RM50

Total :
RM50(petrol) + RM28(tol)
= RM78/3org
= RM26 seorang

___________________________________________________

D e p o s i t : RM100 sebelum 8/11/2012

boleh bank in deposit ke akaun :

MAYBANK : 164100222083
CIMB : 14190001929207
#KHAIRUL NIZAM BIN MOHD ARIS

* Lepas bank in sms/PM detail banking transactions dan maklumat peribadi :

NAMA :
NO KP :
NO TEL :
NAMA WARIS :
NO TEL WARIS :

_________________________________________________

NO TEL PAK SHEIKH : 017-3294880
_________________________________________________

Peserta group A : 12pax
1- Adam - RM160 (M)
2- Miza - RM160 (L)
3- Ija - RM100 (S)
4- Roman RM160 (S)
5- Julie RM160 (S)
6- Rinda RM160 (M)
7- Ayie RM160 (M)
8- Liana RM160 (M)
9- Apai RM160 (L)
10- Nadd - RM160 (S)
11- Sham - RM160 (M)
12- Arie - RM160 (S)

_________________________________________________

CARPOOL :

Kereta A :
1- Hussein
2- Mida
3- Sham
*3 beg

Kereta B :
1- Nad
2- Liana
3- Apai
*1 beg

Kereta C :
1- Adam
2- Miza
3- Ija
4- Arie
*2 beg

Kereta D :
1- Rinda
2- Ayie

Kereta E :
1- Pak Sheikh
2- beg Liana
3- Beg Apai
4- Beg Ija
5- beg Arie
6- Beg Pak sheikh
7- Ration



__________________________________________________

INFOMASI :-

Rezab Hidupan Liar Krau dimana terletaknya Gunung Benum merupakan kawasan perlindungan yang tertua di Malaysia. Ianya diwartakan pada 9 Jun 1923 dengan keluasan seluas 62,395 hektar. Rezab ini merupakan kawasan perlindungan Hidupan Liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.

Gunung Benum merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benum terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.

Perjalanan Pendakian Gunung Benum
Pendakian ke puncak Gunung Benum merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan oleh pendaki-pendaki. Rentisnya boleh dikategorikan sebagai sukar atau hardcore trail serta mempunyai pemandangan panorama indah ditambah dengan jeram dan lata di kaki gunung yang sedia menanti para pendaki semasa dalam perjalanan balik. Punca air di beberapa tapak perkhemahan hanyalah dari tangki tadahan oleh itu pendaki perlu bersedia dengan keadaan sumber air terhad dan keperluan membawa air yang mencukupi semasa sedang berjalan/ trekking.

_______________________________________________

LALUAN PENDAKIAN GUNUNG BENUM ANGGARAN JARAK PERJALANAN (KM)

Pos Perlok – Kem Jeneruh = 9KM

Kem Jeneruh – Gunung Lilin = 4.5KM

Gunung Lilin – Permatang Angin = 5KM

Permatang Angin – Puncak G. Benom – Permatang Gunung Cermin = 11KM

Permatang Gunung Cermin – Kem Lata Bujang = 6KM

Kem Lata Bujang – Pos Perlok = 2.5KM

______________________________________________

ITINERARY :

14/11/12 (Rabu)
Kuala Lumpur - Jerantut-Pos Perlok

15/11/12 (Khamis)
Pos Perlok - Kem Jeneruh (bermalam) 7jam

16/11/12 (Jumaat)
Kem Jeneruh - Batu Serondoh/Permatang Angin (bermalam) 9jam

17/11/12 ( Sabtu)
Permatang Angin - Puncak - Permatang angin - Gunung Cermin (bermalam) 12jam

18/11/12 (Ahad)
Gunung Cermin - Kg Perlok (TAMAT) 9jam

_________________________________________________
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

perancangan skrg:

-cukupkan korum 4/5 org utk recce jalan mengikut trek Lata Berembun
-report polis di balai polis sg ruan/ulu cheka utk bantuan
-carik powil kat Klau utk masuk ke Lata Berembun
_________________
_________________

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by azkramm »

Doa kami agar semuanya selamat

Alfatihah

syambulls
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 01 Mar 2009, 18:22

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by syambulls »

Gambar budak ilang tu xde ke??

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by seper4alif »

adoi nye lah... sadis tol... ilang masa musim ujan plak tuh... nak carik mg 4 kal ganda payah nyer laah.....
mangsa plak lagi leer tak keruan klu takda pepe.....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by Denan »

sharul... apa perkembangan terkini ye

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by azkramm »

syukur alhamdulillah..

pendaki telah selamat ditemui..
terima kasih kepada pasukan penyelamat dan semua rakan-rakan pendaki yang mendoakan..

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by Denan »

syukur alhamdulillah..

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by esir »

alhamdullillah..
tahniah sebab selamat..!!
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by rembau »

Taniah
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
pgurlz
Pendaki Sondol
Posts: 423
Joined: 06 Jun 2006, 13:40
Location: just nearby
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by pgurlz »

alhamdulillah.....

Terima kasih kepada semua kengkawan yg sudi update info, turun 'meeting' dan g SAR.
se-simple yg boleh

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

Denan wrote:sharul... apa perkembangan terkini ye
perkembangan terkini bang?..

den dah balik KL dgn Hari Solo & En Stoned dgn selamatnya
pagi tadi start mendaki 6 jam sampai dekat LWP.. pehtu dpt tau dr radio jam 2 ptg Liana dah dijumpai
so kamipun stand down, call powil, buat report semula kat balai & balikkk

skg ni tgh kat opis sambung kije :lidah:
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

terima kasih kepada rakan2 yg mendoakan si Liana & jugak team kami selamat sejahtera
nak mention satu2 panjang berjela listnye.. so saya doakan anda semua juga selamat & sejahtera sentiasa..

alhamdulillah semua dah sampai rumah kut time ni :)
_________________
_________________

User avatar
mork-kenji
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 18 Nov 2012, 19:32
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by mork-kenji »

TQ pada Geng Gunung Online yg bantu mencari Lyana tempoh hari, beliau dalam keadaan sehat.
Dah satu muzium kecoh dengan kehilangan beliau.. tunggu dia sehat sikit.. baru nak tau
pengalaman beliau di hutan seorang diri :P

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by kabusgunung »

kim salam kat lyana yer.....

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by bargading »

amboiiiii mawi....
ko gi lah interbiu dia tgk ....

Tahniah dan TQ buat team SAR..... jasamu dikenang.....
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

mork-kenji wrote:TQ pada Geng Gunung Online yg bantu mencari Lyana tempoh hari, beliau dalam keadaan sehat.
Dah satu muzium kecoh dengan kehilangan beliau.. tunggu dia sehat sikit.. baru nak tau
pengalaman beliau di hutan seorang diri :P
terima kasih mork-kenji mendaftar di G.O..selamat datang

kalau boleh diaturkan perjumpaan dgn Liyana dan jugak gogo/ahli grup yg mendaki aritu..bukan nak mencari salah tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman agar menjadi iktibar kepada pendaki2 lain..amacam?

dengan itu dpt jugak kita buat penilaian program mendaki/SAR yg dijalankan sekaligus menutup tirai program SAR secara rasmi mcm tu..

just my 2cents
_________________
_________________

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by kambinggurun »

yup aku rasa post mortem tu penting.. kita kene kaji tu.. nanti len kali bley wat guideline..

kita kene paham ape kesilapan yang salu kita buat tapi kita anggap menda tu bukan kesilapan..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

sape tu sorang lagi anak mufti yg sesat kat Nuang aritu..

kalo dapat kumpul sekali dua-dua orang ni share pengalaman diorang utk dijadikan pedoman/iktibar bagi pendaki2 baru mcm saya ni lagi best aaan.. :minum:
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

kambinggurun wrote:yup aku rasa post mortem tu penting.. kita kene kaji tu.. nanti len kali bley wat guideline..

kita kene paham ape kesilapan yang salu kita buat tapi kita anggap menda tu bukan kesilapan..
post mortem kalo takde si mangsa tak lengkap jugak ni mimi...
aku dah try menyampaikan hajat nak bertemu tapi mcm takde sambutan je..
kosong..kosong...kosong... kate Najwa Latip

kawan2 rapat si mangsa pun mcm buat dekkk je anggap mende ni tak perlu.. tak penting.. anb
(mungkin diorang tak pernah dengar lagi kes Hasan Ayat yg hilang tak jumpak-jumpak sampai skrg kut.. :roll: )

tapi takpelah kita dah tunaikan tanggungjawab sosial kita sebagai rakan pendaki.. tolong-menolong dlm kesusahan

tanggungjawab mangsa yg ditolong - ceritakan pengalaman anda bagaimana ia dapat menjadi pedoman dan iktibar buat rakan2 pendaki lain agar kisah yg sama dapat dielak..insyaallah :)
_________________
_________________

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Part Hassan Ayat tu aku paling teruja.
Kalau ingat la untuk jadi pedoman untuk rakan rakan lain.

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by kenoi »

terima kasih Tuan Shahrul kerana bersusah payah utk korek info drpd mangsa utk rujukan pendaki lain. w/pon x dpt nak jumpa mangsa utk mendapatkan cerita sebenar, sekurangnya Tuan dah berusaha.
kalo Tuan dpt info (next time), boleh berkongsi di sini.

cikgunik
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 18 Sep 2013, 23:33

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by cikgunik »

Slm...boleh siape2 di sini nyatakan umur norliyana tahir yg hilang maaa trip 17/11/12 ni...? Tq

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Kes HILANG di Gunung Benum 17/11/2012

Post by shahrul »

kenoi wrote:terima kasih Tuan Shahrul kerana bersusah payah utk korek info drpd mangsa utk rujukan pendaki lain. w/pon x dpt nak jumpa mangsa utk mendapatkan cerita sebenar, sekurangnya Tuan dah berusaha.
kalo Tuan dpt info (next time), boleh berkongsi di sini.
saya mentah lagi bang.. tak layan dipanggil tuan
:D
_________________
_________________

Post Reply