Insiden di Gunung Nuang

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Insiden di Gunung Nuang

Post by shahrul »

salam..

kat tv3 tgh hari tadi ada klua kes rescue kat Nuang (lagi...)
just sharing
Pertembungan Antara Mistik Dan Realiti Di Gunung Nuang

By ondscene on March 11th, 2012

Gunung Nuang

Hulu Langat, Selangor

10 Mac 2012

4 ptg – 9 malam

Nota – Kes ini ada unsur mistik. Gunakan penilaian anda secara bijaksana untuk
memahami kisah di dalam kes ini. Ia seperti diceritakan oleh rakan mangsa kepada
saya.

Belum lagi hilang penat menyelesaikan kejadian banjir di beberapa lokasi sekitar
Kuala Lumpur dan Selangor beberapa hari lalu, anggota penyelamat sekali lagi
dikejutkan dengan panggilan kcemasan ini.

Kira-kira jam 3 petang polis menerima panggilan kecemasan dari Gunung Nuang,
Hulu Langat meminta bantuan akan kes menyelamatkan seorang pendaki yang cedera.

Lebih menggusarkan, apabila panggilan turut menyatakan bahawa mangsa diserang
histeria.

Penyelerasan dilakukan segera, dan polis meminta bantuan Jabatan Pertahanan Awam
dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini.

Cabaran paling utama ialah untuk sampai ke lokasi mangsa dengan keadaan cuaca
buruk, trek yang licin, curam, bergaung dan risiko pokok tumbang di pertengahan
pendakian.

Rujuk kes ini di dalam ondscene:

16 September 2011 - Kes Gunung Nuang 1-Malam Yang Gelap

17 September 2011 – Kes Gunung Nuang 2-3 Pendaki Cedera

Beberapa kumpulan dari kelab 4 X 4 turut diminta dan menawarkan bantuan untuk
melaksanakan operasi ini.

Untuk operasi menyelamat di sini, cara paling cepat untuk sampai di pertengahan
pendakian ialah mengunakan pacuan 4 roda, tetapi yang telah diubahsuai dengan
segala kelengkapan ‘hardcore’ dan mereka yang benar-benar pakar
mengendalikannya.

Walaupun risikonya begitu tinggi terutama dalam cuaca buruk, 4 x 4 amat
diperlukan dalam operasi ekstrem sebegini.

Pasukan bantuan awal terdiri dari anggota bomba dan JPAM memulakan perjalanan
naik kira-kira jam 5 petang setelah 2 buah 4 X 4 sedia untuk membawa mereka.

Dan akhirnya kira-kira jam 6 petang, setelah lebih 1 jam 4 X 4 mendaki dalam
hutan belantara , mangsa ditemui di ‘check-point’ pertama iaitu di Lolo bersama
ahli kumpulannya.

Apakah yang berlaku sebenarnya?

Pagi, 10 Mac 2012, sekumpulan 38 pelajar dan 2 jurulatih @ pensyarah dari
Wataniah Politeknik Port Dickson memulakan pendakian untuk perkhemahan di puncak
Gunung dan dijangka turun semula 11 Mac 2012.

Kira-kira jam 1 petang, dalam pendakian dari Lolo ke Pacat (check-point ke 2),
salah seorang pendaki, Norfatimahsa Mohamed Sazali, 19 tahun ,difahamkan
tiba-tiba mengalami kekejangan otot dan tiba-tiba diserang histeria.

Keadaan menjadi agak panik dan usaha memulihkannya menjadi sukar kerana mangsa
menjadi aggresif dan berlarutan kira-kira sejam.

(Suara dari mangsa juga mendedahkan mengenai situasi beberapa ahli di dalam
kumpulan tersebut)

Bantuan diperlukan segera, tetapi laluan itu tiada liputan telefon bimbit.

Akhirnya 2 ahli kumpulan terpaksa turun ke bawah sehingga Lolo untuk mendapatkan
isyarat talian telefon bagi membuat panggilan kecemasan
.

Dan ketika itulah polis menerima panggilan kecemasan tersebut.

Mangsa dijumpai

Setelah pasukan penyelamat menemui mangsa, usaha untuk membawanya turun
tergendala.

Mereka dimaklumkan mangsa akan meneruskan perkhemahan dan ketua ekspedisi juga
enggan membatalkan perkhemahan dan akan meneruskannya juga.


Sementara itu, di kaki gunung, pusat operasi menyelamat yang mendapat makluman
itu melalui radio 2 hala (walkie-talkie), terkedu mendengar maklumat tersebut.

Setelah segala susah-payah segala keperluan anggota, logistik dan komitmen yang
diberikan penyelamat, keputusan itu benar-benar mengecewakan.

Mangsa pula dilihat berada semakin lemah dan keputusan perlu diambil segera
untuk membawa mangsa turun, kerana cuaca semakin gelap dan trek semakin
merbahaya untuk dilalui.

8 buah lagi kenderaan 4 X 4 tiba di kaki gunung untuk membantu operasi
menyelamat ini.

Keputusan juga diambil bahawa semua peserta harus dibawa turun segera
menggunakan 4 X 4 yang telah bersiap sedia untuk naik.

Di lokasi kejadian, mangsa akhirnya di bawa turun juga kira-kira jam 7 malam,
bersama 3 lagi rakannya sebagai pengiring, manakala ahli lain berada di Lolo.

Jam 7.45 malam, kenderaan yang membawa turun mangsa masih belum tiba di kaki
gunung , dan keputusan terpaksa diambil segera untuk menghantar 5 kenderaan dan
5 anggota JPAM untuk mendaki sebagai ‘back-up’ dan mengambil baki 36 ahli untuk
dibawa turun.

Bagaimanapun, semua kenderaan terbabit terpaksa berpatah balik kerana laluan
yang terlalu merbahaya dan tidak memungkinkan kenderaan yang turun dapat
berselisih dengan mereka kerana trek yang sempit dan hanya muat untuk 1
kenderaan melaluinya sehala.

Maka terpaksa dilupakan hasrat untuk membawa turun kesemua peserta lain ke kaki
gunung.

Jam 8.30 malam, mangsa akhirnya berjaya tiba di kaki gunung dalam keadaan lemah
dan segera diberikan rawatan awal di dalam ambulan JPAM sebelum dibawa ke
Hospital Ampang.

Nota -

1-Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Selangor, dengan ketinggian 1,498
meter dari aras laut.

2- Ia mempunya 3 ‘check-point’ sehingga tiba di puncak iaitu Lolo, Pacat dan
Pengasih.

3 – Untuk tiba di ‘check-point’ pertama iaitu Lolo, ada 2 cara untuk tiba :

i-Berjalan kaki melalui trek mengambil masa kira-kira 45 minit untuk pendaki
yang ‘fit’ dan sehingga 2 jam bagi pendaki amatur dan bergantung kepada cuaca.

ii-Pacuan 4 roda/motosikal scrambler – perjalanan kira-kira 30 minit. Laluan
hanya muat untuk perjalanan satu hala pacuan 4 roda. Jika cuaca buruk,
perjalanan sehingga 2 jam.

4 – Dari Lolo, tiada kenderaan dapat melaluinya dan mesti mendaki secara
berjalan mengambil masa kira-kira 20-45 minit ke Pacat.

5 – Dari Pacat, perlu mendaki lagi kira-kira 30-45 minit lagi untuk tiba ke
puncak Gunung Nuang iaitu ‘check-point’ Pengasih.
source: http://ondscene.my/operasi-menyelamat/p ... nung-nuang

----------------------------------

ekspedisi ini disertai oleh student Kelab Wataniah Politeknik Port Dickson seramai 38 orang dan 2 jurulatih

belah2 sini skrg petang2 selalu hujan, adakala lebat
so sapa2 yg nak mendaki Nuang dalam waktu terdekat ni perlu lebih berhati-hati, nilai risiko dan manage masa bebaik... kalo taknak glamer masuk tivi/sokabar bagai.. :wink:
_________________
_________________

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by kabusgunung »

Mereka dimaklumkan mangsa akan meneruskan perkhemahan dan ketua ekspedisi juga
enggan membatalkan perkhemahan dan akan meneruskannya juga.
what the h.............giloooo

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by seper4alif »

Kes ini ada unsur mistik.
:::: sory to said laah.... mistik tuh hape yeer?????? copy kat mana nih bang???

Lebih menggusarkan, apabila panggilan turut menyatakan bahawa mangsa diserang
histeria.
::: nih tak leh di panggil mistik lagi nih... selagi tak kompom oleh seseorang... klu doktor ada kat situh pon dia kata normal heehehehee

beberapa kumpulan dari kelab 4 X 4 turut diminta dan menawarkan bantuan untuk
melaksanakan operasi ini.
::: ha ahaa teringat dulu kes sahabat.... sampai terbalik ek 4x4..... aku pon kompius masa tuh

Untuk operasi menyelamat di sini, cara paling cepat untuk sampai di pertengahan
pendakian ialah mengunakan pacuan 4 roda, tetapi yang telah diubahsuai dengan
segala kelengkapan ‘hardcore’ dan mereka yang benar-benar pakar
mengendalikannya.
:::: pergh statement nih mmg aku ragui.......... aku tak pernah main ler benda nih, tapi pernah polow walau pon baru dua kali...
tapi info peserta yang aku ikut cukup tepat dan cukup puas..... klu nuang nih nyer trek dia kata HC... aku rasa aku lah yang salah belajar dan dari org yang salah.....


setelah pasukan penyelamat menemui mangsa, usaha untuk membawanya turun
tergendala. mereka dimaklumkan mangsa akan meneruskan perkhemahan dan ketua ekspedisi juga
enggan membatalkan perkhemahan dan akan meneruskannya juga.
:::: peeergh terbaik lah penyelia atau gogo dia.... klu aku jabatan hutan kompom aku kaji program nih, permit, insurans, redgistration semua sekali... ada yang silap or tertinggal... kasi saman itu gogo... takda ayat yang terpuji lansung untuk dia....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by shahrul »

bang mawi,

mungkin diorang dah sampai puncak pengasih kut, dah dekat dgn puncak Nuang sbb tu nak terus jugak
wallahu a'lam
-

bang atan,

dari web ondscene, ada saya letak URL dia kat sinun..
kluar kat buletin 1:30 tv3 semalam
camna dia rate trek tu hardkor ke idak, terpulang pada penulis asa dio :D
_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by seper4alif »

tuah pasal.... main taruk jer, jgn ah camtu..... kesian story tuh bila org baca....
padahal tak seberapa jer pon....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by frostice »

Aku kebetulan jalan2 bawak anak ke area situ. Nampak ramai Bomba, JPAM ngan Polis kat pintu masuk tu..
Rupanya ada org tersangkut yer..
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by frostice »

seper4alif wrote:tuah pasal.... main taruk jer, jgn ah camtu..... kesian story tuh bila org baca....
padahal tak seberapa jer pon....

Jantan.. Sembang macam2.. Ko tahun bile last masuk utan? :kah:
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by seper4alif »

hampeh haa haa... masuk beb masuk.... selalu gak menebas haahahahahaha
eh!!!


berani trans TT lagik ah beb, reunion 2007...
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
bargading
Pendaki Terlampau
Posts: 542
Joined: 10 Jul 2006, 14:22
Location: KL
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by bargading »

Trek hardcore & 8 bijik 4x4 hardcore dari renjer ke Lolo !!!
hehe ganaizzzzz

Tapi tu x cukup ganas lagi sbb cip landy CAH x trun....
L i f e i s a j o u r n e y | I never see what has been done; I only see what remains to be done.
Image

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by seper4alif »

tu ah phob... cam kamu nyer LC tuh setup tuh masuk sungai chiling jer kot haahaha
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by roket* »

jangan pernah pandang mudah pada Gunung Nuang, biarlah jaguh naek beberapa belas puluh kalipun, keselamatan pendaki serta adab mendaki perlu dijaga.

untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang laen. =)
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

fadzli
Pendaki Gunung
Posts: 96
Joined: 09 Feb 2006, 23:57
Location: selangor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by fadzli »

Wow !! menyeramkan .....
naik nuang ikut janda baik Ok kot?..
LiveLEARNhikePLAY

kak ngah
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 02 Dec 2010, 17:12

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by kak ngah »

aku ke nuang masa yg sama dgn kumpulan ni..mereka tak sampai ke puncak nuang mahupun puncak pengasih.sampai kem pacat je terus turun ke lolo semula.offer nak bantu pun ketua kumpulan cam taknak jer..ketua pasukan ni dari mlm jumaat tu dah tunjuk garang semacam dgn anak2 buah dia depan kami sebelum kami gerak ke kem lolo.dia org tido di kaw pejabat renjer mlm jumaat tu..sabtu pagi baru mula bergerak.

since tawaran nak bantu tak di terima, aku pun larang geng2 aku dekat2 sangat sebab grup kami ramai pompuan kan katanya org pompuan lemah semangat senang kena histeria..so kami pun mandi manda & lepak makan cekodok sementara menunggu maghrib.alasan kenapa nak juga tido kem lolo tidak dijelaskan oleh komandan askar wataniah yg cam singa tu..

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by deep purple »

[quote]
Pertembungan Antara Mistik Dan Realiti Di Gunung Nuang

By ondscene on March 11th, 2012

Nota – Kes ini ada unsur mistik. Gunakan penilaian anda secara bijaksana untuk
memahami kisah di dalam kes ini. Ia seperti diceritakan oleh rakan mangsa kepada
saya.


boring lah....sket2 mistik...sket2 mistik...apalah mistik sangat dengan insiden ni....

"TOKYO..." ~EARTHSHAKER~

http://phototrek.wordpress.com/

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by seper4alif »

hee hee... layan misfit lagi syok wo solo dia heehehehee

biasak ah.... kena bukak hakikat insan demo nih
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Insiden di Gunung Nuang

Post by JeNaL »

kes 22.10.2012
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Post Reply