Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur

Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by cwyap »

Semalam baru saya tahu bahawa kemudahan penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh telah diswastakan. Harga sudah naik.

Chalet untuk 4 orang yang berhawa dingin sekarang kosnya RM90 satu malam berbanding dengan RM50 sebelum ini.

Tak tahu bila penswastaaan ini berlaku. Cuma semalam sewaktu nak tempah chalet untuk bermalam lepas keluar dari Kuala Juram baru tahu.

Kepada mereka yang ingin menyewa chalet sebelum/selepas pendakian Gn Tahan menggunakan laluan Merapoh, sila dimaklumkan bahawa semua chalet habis ditempah dari 15 hingga 20 Mac 2011 oleh sekumpulan pencinta alam dari negara jiran. Sekarang cuma ada dari 12 hingga 14 Mac 2011.

Yang ingin menyewa penginapan di Taman Negara Pahang, Sg, Relau, Merapoh bolehlah telefon En. Ismail atau isteri beliau, Pn. Noraini di 012-9832651. Mereka adalah tuanpunya syarikat yang mengambil alih pengurusan chalet & dormitory.
"Lead me, follow me, or get out of my way" - General George Patton Jr

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by kambinggurun »

timekaseh atas info.. dulu aku tido tempat parking je.. sdey takde duet.. hahaha!
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by cwyap »

Saudara kambinggurun,

Saya tak kisah tidur mana mana pun. Cuma kawan-kawan nak selesa sikit selepas balik dari pendakian. Sekarang ini pun tak tahu sama ada tempahan saya confirmed atau tidak sebab kumpulan saya akan kembali ke Park HQ pada 15 Mac 2011. Mengikut Pn. Noraini dia cuba dapatkan satu chalet untuk kami. Kalau tak ada, saya terus berkhemah sahaja dengan tapak perkhemahan sebab di tandas kan ada tempat mandi.
"Lead me, follow me, or get out of my way" - General George Patton Jr

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by nazryst »

Cwyap dan kepada pencinta Alam,

Memang dah jadi lumrah, setiap apa yang jabatan perhutanan dan perhilitan lakukan buat keselesaan pendaki dan aktivis nature telah memberi kemudahan dan harga yang berpatutan. Harga ini bukan lah terlalu murah dan terlalu mahal, tetapi ia memberi harga keselesaan keseluruhan kepada semua golongan masyarakat. Kebiasaannya, apabila ada pihak yang melihat boleh buat keuntungan, maka ia akan di ambil dari Jabatan Hutan dan Perhilitan... maka timbul situasi lain berlaku....

Begitulah yang berlaku di Sg. Congkak apabila Kementerian Pelancongan mengambil alih resort dan challet, penyelenggaraan makin teruk dengan hanya memantau kemudahan tapi tidak kepada flora dan fauna yang sedia ada oleh kerana tiada pengetahuan didalam penjagaan alam sekitar. Kementerian Pelancongan memandang pada keuntungan, lalu di Ali baba kan yang mana di tender kan semua kemudahan dan harga akan naik mendadak dari harga asal.... Look Out point di bukit Ampang/Hulu Langat pun menerima nasib yang sama... dulu siapa sahaja boleh naik ke menara kawalan yang memang dah tentu guna duit rakyat tapi telah di buat restoran... hanya celebrity dan berkemampuan sahaja yang dapat tempat yang terbaik...

Apa pun sahaja yang akan berlaku pada masa hadapan, sama ada Nuang akan dikomersialkan dan perlu dibayar mendaki Gng Nuang sehingga RM90 sekepala spt di Gng Chenuang Sg. Congkak tidak mustahil akan berlaku... terima dengan terbuka hati atau pun boleh buat sesuatu supaya jabatan terus mengurus kemudahan sedia ada

User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by cwyap »

Saudara Nazryst,

Yang dikatakan mendaki Gn Nuang perlu bayar RM90 cuma khabar angin ke ataupun dalam perancangan? Adoi... kalau akan dilaksanakan sakit dompet saya nanti. Sebab daki Gn Nuang, sungguhpun tak sampai ke puncak, memang baik untuk menaikkan tahap fisikal seseorang.

Kumpulan kami telah pergi Gn Nuang sebanyak 4 kali sebagai persediaan mendaki Gn Tahan. Dan lepas balik dari Gn Tahan, kami masih akan ke Gn Nuang lagi. Kalau kena bayaran RM90, tak boleh pergi sesuka hati dah. RM10 kira munasabah sebagai yuran konservasi. RM90 macam rompakan tu.
"Lead me, follow me, or get out of my way" - General George Patton Jr

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2787
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by matsaiko »

Baru rm22.50 seorang ..ok lagi la tu
kalo turun ke kuala tahan lagi banyak option ...tido hostel lebih murah
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
pgurlz
Pendaki Sondol
Posts: 423
Joined: 06 Jun 2006, 13:40
Location: just nearby
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by pgurlz »

nazryst wrote:Look Out point di bukit Ampang/Hulu Langat pun menerima nasib yang sama... dulu siapa sahaja boleh naik ke menara kawalan yang memang dah tentu guna duit rakyat tapi telah di buat restoran... hanya celebrity dan berkemampuan sahaja yang dapat tempat yang terbaik...
gua pernah makan ctue dowh.. GILERRRRRRRRRRRRR mahal :tembak: : , rasa cam biasa jerk.. lampchop Sri teja lagek best :minum:
se-simple yg boleh

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by JeNaL »

itulah industri...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by nazryst »

Mengikut kata ranger hutan di Nuang... baru baru ini kementerian perlancongan ada datang melawat dan juga beberapa ahli politik kerajaan negeri selangor (PKR) sedang meninjau dan membuat perangkaan apakah hasil yang akan dapat dituai dari kaki gunung nuang. Apa yang kita lihat sekarang dengan kemudahan yang sedia ada memang dah cukup mantap... Jabatan Hutan cuba mempertahankan hutan simpan Nuang kerana itulah satu satunya yang ada di negeri selangor... Tetapi ada segelintir dari mereka menyarankan Jabatan Hutan Nuang di pindahkan ke Sungai Tekala di Semenyih... hehehehe... Sedia maklum kepada semua pendaki... jika di periksa rekod pendaki di Nuang ... Sebulan boleh mencecah 1000 pendaki, kalau satu pendaki di minta bayaran RM 25 itu pun paling komannn laa... kalau kena jadi RM60 apa cerrr kan... Adakah kita bermasalah untuk membuat pembayaran... atau kita harap dengan bayaran berpatutan dapatlah di pelihara keadaan sedia ada.... tetapi selalunya memang gagal...... Jadi bersedia dengan kemungkinan ... dan kemungkinan mendaki mengikut Sg. Lopo laa jawabnya.....

User avatar
shah_1816
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 31 Jan 2011, 13:31

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by shah_1816 »

duit...duit...duit...suma duit...eeeeeee..satu kapla sampai rm 25...dasat2.. :tembak:

harap2 krjn negeri slangor xwat cmtu la... :| :|

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2787
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by matsaiko »

kalo depa naikkan bayaran,kite pakat ramai2 bawak sepanduk membantah jom :)
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by frostice »

Kle kena bayar trek lama, bukak trek baru.. :twisted:
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Penginapan di Taman Negara Pahang, Sg Relau Merapoh

Post by am »

frostice wrote:Kle kena bayar trek lama, bukak trek baru.. :twisted:
I LIKE....

p/s: tapi kalau bayaran berpada dengan pemantauan dan pengurusan kawasan persekitaran tempat tersebut apa salahnya.. disamping dapat menjaga kebersihan hutan kita yang semakin hari semakin tercemar dan menambah sumber pendapatan kepada orang lain.
find me more at multiply | blogspot | flickr

Post Reply