PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by kambinggurun »

ape pendapat korang tentang "pencapaian dalam mendaki"?

adakah pegi ke EBC tu pencapaian lagi besar daripada mendaki Chamah-Ulu Sepat-Gerah?

adakah trip berkos besar dianggap sebagai pencapaian besar?
adakah trip dengan membawa 100 orang masuk dan kuar Nuang ngan selamat dikatakan pencapaian besar?
adakah trip sondol yang pertaruhkan nyawa di utan dikatakan pencapaian besar?
adakah membuat sesuatu yang bermanfaat untuk pendaki lain dikatakan pencapaian besar (letak repeater radio kat Tok Nenek contohnya)?

tu hanya sedikit persoalan..

so secara peribadi, apa yang korang anggap sebagai pencapaian besar dalam outdoor nih...

ataupun mungkin korang bley letak idea/cita2/plan nak mencapai/improvise something dalam outdoor kat Mesia nih..?
::SRC-Total Outdoor::

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by yongyap »

pencapaian terbesar aku dalam mendaki ialah kepuasan melepasi rintangan mental dan fizikal selama beberapa hari dengan kemudahan yg serba terhad bersama rakan² mendaki dalam melihat kebesaran Allah Taala walaupun tidak mencapai matlamat asal iaitu ke puncak gunung.
Kasihan Hutan Kita

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by nazryst »

Pencapaian Besar atau PROJEK RAKSASA...RAKYAT DIDAHULUKAN.. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.... SELIT KEMUDIAN.... Kpd orang orang gomen ... hamba gurau ajer...

Apa pun semua kepada objektif serta matlamat projek laa kan.... peratusan lulus dan gagal mesti ada ya tak.... kalau setakat mendaki objektif sampai puncak.. anda mencapai pencapaian besar kan... tapi kalau anda tinggal sampah dan buang merata rata, kira otomatik pencapaian tu fail laa... Kalau projek ke puncak kata 20 orang naik tapi sampai 15 og dan lagi 5 tu kecundang dan ditinggal kan berseorangan di Track... lagi laa fail... eh pencapaian ni subjektif laa bang.... pencapaian individu dan kumpulan tak sama.... kategori pendaki pun tak sama dalam GO ni... ada yang dah lama mendaki pentingkan diri sendiri maki maki orang dan sebagainya... dan ada yang baru mendaki dah ego tinggi.. macam macam faktor yang menyebabkan pencapaian itu CEMERLANG tapi akan GAGAL oleh kerana sekelumit kesilapan... \

Setakat mendaki pastu bila ada orang injured dari kumpulan lain ditinggal kan... sifat kemanusiaan dan kasihan tiada... memang dah nyata laa pencapaian tu gagal.... Nak jadi pendaki dan mencapai kegemilangan pencapaian objektif tak susah dan senang brader.... apa projek sekali pun kalau lu rasa lu dah bagus dan sombong... lu memang charok... peduli hapa orang cakap pencapaian besar atau kecik.. dah memang sifat bodoh sombong kat situ.... walau kita kata kan kat sini mereka itu adalah dari kaum pendaki yang gagal dalam segala gala nya....

Kita berjaya melahirkan ramai pendaki dari segi kekuatan jasmani... dari rohani kita gagal.... Apa barang bersyukur kehadrat Allah dan bertahmid lalu bertakbir.... sampah buang jugak... orang susah ditinggalkan pasal awek dah tunggu kat bawah atau sebagainya... ehhh payah laa bang nak citer kat sini... tapi ia adalah satu permulaan yang baik laa... aku pun bukannya bagus sangat...

Apa pun pendapat aku.... PENCAPAIAN BESAR SESUATU PROJEK PENDAKIAN AKAN MENINGGALKAN KESAN YANG DALAM SEHINGGA AKHIR HAYAT YANG MANA DAPAT DIJADIKAN IKTIBAR BUAT DIRI SERTA MASYARAKAT KESELURUHANNYA....yang lain semua subjektif dan abstrak....

No hard feeling bro...

kayrol
Pendaki Tegar
Posts: 266
Joined: 20 Jan 2008, 21:33
Location: http://mytripadventure.blogspot.com/
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by kayrol »

bagi aku pencapaian dalam mendaki bila dapat organize satu trip yg besar dan dapat bawa semua grup aku pulang ngan selamat dan dia orang berpuas hati terhadap trip yg di buat.

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by solo »

apa yang ko nak cari ni memey........aku lum capai apa2 lagi lam pendakian....
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by JeNaL »

ni mcm soalan kenapa mendaki gunung...hehehe

mungkin bergantung pada masa, tempat dan niat.

setiap orang ada jalan dan nafsunya yang sendiri...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
azlinazaini
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 20 Feb 2009, 10:35
Location: kl
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by azlinazaini »

bagi saya... saya mendaki kerana ini...

dipaksi azali... dinihari
wahai jasad diri...hari2 kau melangkahkan kaki
apakah yg engkau cari... apakah yg ingin kau daki
dalam jiwamu adalah sepi
sesepi sentuhan kabul diri
wahai tangan.. apakah janji yg ingin kau kotai
wahai telinga... apakah sebenarnya yg ingin kau dengari
dan wahai mulut.. apakah kata2 yg ingin kau ucapkan pada pemilik azali
pagi ini ku terfikir aku hanya pelakon di atas kanvas bumi...
aku tercari2 apakah sebenarnya amanat ILLAHI

macam2 ragam wooo...leh nampak bila naik gunung... mengajak berfikir dan terfikir
yang lain2 adalah bonus... contoh nak mencipta rekod ka... dan sebagainya

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by khalid »

saya rasa semua diatas adalah pencapaian yang besar...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by kambinggurun »

solo wrote:apa yang ko nak cari ni memey........aku lum capai apa2 lagi lam pendakian....
aku cari pramugari nih hari... :lidah:
::SRC-Total Outdoor::

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by nazryst »

kambinggurun wrote:
solo wrote:apa yang ko nak cari ni memey........aku lum capai apa2 lagi lam pendakian....
aku cari pramugari nih hari... :lidah:

Memey... tengah cari PASAL

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by ajon »

Pencapaian besar saya...

Terus meminati gunung dan terus mendaki gunung, ..dan masih belum ada rasa nak bersara...walaupun ramai kawan2 yg dah gantung bag teruss...dgn pelbagai alasan..

Lagi lama menceburi aktiviti ini..lagi banyak yang harus saya tahu..

UnderAge
Pendaki Gunung
Posts: 145
Joined: 16 Jan 2006, 11:45

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by UnderAge »

aku dpat kenal kawan2 yg gikos best...hehehee...TQ kepada rakan2 yg penah jadi partner trekking sama2 dgn i ..auwwwwww..muachh..
::: SuCCESS :::

User avatar
CarSharF
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 Dec 2005, 14:53
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by CarSharF »

baru kini saya tahu bahawa saya tidak boleh mendaki melebihi ketinggian 10,000 kaki dari aras laut. Kalau lebih daripada ketinggian itu, maka saya akan mengalami acute mountain sickness (AMS), seperti yang saya alami kat Laban Rata Gunung Kinabalu baru-baru ini.

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by deep purple »

CarSharF wrote:baru kini saya tahu bahawa saya tidak boleh mendaki melebihi ketinggian 10,000 kaki dari aras laut. Kalau lebih daripada ketinggian itu, maka saya akan mengalami acute mountain sickness (AMS), seperti yang saya alami kat Laban Rata Gunung Kinabalu baru-baru ini.
salam,

masalah ni sbnrnya biasa pd altitude lebih 3,000 meters...dh buat proper training ker bro?...try minum air byk2 & treking slow2... tp bila kena ams ni jgn makan painkiller sbb condition boleh jadi lagi terok...kalau boleh telah pil diamox (acetazolamide) tp x taulah if kt m'sia senang dpt pil ni...kt nepal senang beli as over the counter drugs... :shock:

"BLUE MORNING, BLUE DAY" ~FOREIGNER~

http://phototrek.wordpress.com/

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by solo »

AMS is also genetic. Kalo ada gen tu takleh nak buat apa.

Drug tu boleh beli kat farmasi AA Lucky Garden Bangsar.
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by castello »

Pencapaian terbesar belum dapat lagi...pencapaian sikit2 tu adalah...mengurangkan perasaan baran...lebih bersabar...banyak senyum...berhenti merokok...akhirnya...
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by matsaiko »

castello wrote:Pencapaian terbesar belum dapat lagi...pencapaian sikit2 tu adalah...mengurangkan perasaan baran...lebih bersabar...banyak senyum...berhenti merokok...akhirnya...
baru ingat nk paw rokok...lek la abammm....sap kok luuuuu :-)
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by Denan »

castello... cayok2...!!! :mrgreen:

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by Fiftyhertz »

pencapaian dari segi dalaman ialah ketenangan hati ketika dapat solat dan berdoa dalam hutan di saksikan gunung ganang luas terbentang, mmg rasa feel beb. lagi2 bila dpt lihat ciptaan allah yang hebat2 ni. puas hati den haha.
heal the world. make it better place.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by am »

Bosan melayankan internet... Saje balas2 topik yang ada~

Bagi saya, kalau nak cerita bab Pencapaian Besar dalam mendaki nie adalah:-

1) Waktu Bersendiri : Apabila saya selamat sampai ke puncak sesebuah gunung itu dan melaungkan "Allahuakbar!" @ "Subhanallah~"
2) Waktu Bekerja : Apabila client yang saya bawa berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, mereka berjaya melaksanakan misi dan selamat pulang ke rumah.

* Pencapaian seterusnya yang mampu membuat am tersenyum 24jam adalah apabila berjaya memiliki gunung kecil yang montok lagi cumel...... Kehekhekhekhe...
find me more at multiply | blogspot | flickr

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: PENCAPAIAN DALAM MENDAKI

Post by shahrul »

kenapela aku mendaki gunung?

padahal boleh je duduk bersenang lenang kat umah layan astro byond men ps3
last2 masa semayang baru rasa tak sama mcm smayang kat atas sinun.. tenang dan aman

eh, ni kira pencapaian ke? lantokle.. lain org lain objektif nye dok.. :keke:
_________________
_________________

Post Reply