mintak maaf pasal ambe senyap 3 4 hari ni.. baru keluar dari tasik kenyir semalam..
info terkini :
Lokasi kejadian : Kawasan Sungai Cendhana.. Balak dalam air ( pakai heli memang la tak nampak gondol pasal tebang dari dalam tasik)
balak telah ditebang pada tarikh 4 atau 5 hb julai 2010.. setelah balak ditebang bot² tu keluar setelah dihalau oleh Renjer Perhilitan..
setelah tarikh itu bot² tu menyusup masuk balik ke tempat kejadian utk menarik keluar balak.. dipercayai berlaku pada malam hari khamis / jumaat 9 atau 10 hb julai 2010.
pada 10 hb julai 2010.. dalam perjalanan ke Lasir dari Taman Negara Terengganu.. terserempak bot tunda ini sedang menunda balak di kawasan Sungai Mentong dipercayai menghala ke Galong.. masa kejadia antara jam 2 - 3 ptg. gambar tidak dpt diambil kerana
faktor keselamatan.. (sedang bawa pelancong) Bot tunda tu ditanda dengan TKK14 dan TKK114 (2 nombor mungkin utk mengabui no sebenar). Berwarna Kuning dan mempunyai tangki diesel yg besar dihadapan. balak ditunda dengan 20 biji pelampung.. satu pelampung ada 2 atau 3 btg balak bergantung saiz..
harap maklumat membantu..
diharap kawan² yg ahli NGO seperti WWF atau SAM atau apa saja tolong bg tau pada rakan² ahli.. kerana "pihak berkuasa" mintak NGO hantar aduan/komen/pertanyaan pada mereka agar mereka boleh menyekat aktiviti pembalakan tu atas tindakan kita semua.. harap membantu kami di Tasik Kenyir ini..
kalau bukan ahli NGO harap ada yg buat aduan pada
WWF -
http://www.wwf.org.my/
SAM -
http://www.foe-malaysia.org/
MNC -
http://www.mns.org.my/article.php?aid=278