kes study - sesat (sila beri pendapat)

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by JeNaL » 31 Mar 2010, 16:04

satu kes study.

1. Satu kumpulan yang bercampur dari 3 kumpulan kecil yang boleh kata tidak mengenali antara satu sama lain untuk perjalanan lebih kurang 3-4 jam sehala.

2. Antara ramai ini, terdapat seorang trekker yang berbadan besar (Si A) (maaf jika menyingung jika berkaitan) yang mempunyai keadaan fizikal yang kurang cergas dan tidak tahu banyak perkara tentang ilmu hutan.

3. Permulaan perjalanan, semuanya berada di posisi yang rapat.

4. Selepas 30minit perjalanan, seudah menampakkan jarak terutama Si A, yang makin ketinggalan dan suka bersendirian dan suka mengambil gambar.

5. Jarak masa antara Si A dan kumpulan pertama sampai di destinasi adalah 1 Jam.

6. Semasa kumpulan utama berpatah balik semula ke kemsite Si A baru sampai ke destinasi yang sepatutnya.

7. Setelah menikmati keindahan alam yang ditemani kumpulan sweeper selama 30minit, Si A bergerak kembali di kemsite lebih kurang jam 1500.

8. Oleh kerana sikap Si A yang tidak suka diganggu dan suka bersendirian semasa trekking, kumpulan sweeper terpaksa menjarakkan kedudukan sehinggakan tidak nampak dalam pandangan.

9. Nak di jadikan cerita, pada jam lebih kurang 1630 Si A sudah tersasar trek yg sepatutnya akibat cuba mengelak dari balak tumbang.

10. Si A tersasar ke sebalik bukit yang tak sepatutnya selama hampir 11/2 jam.

11. Setelah sweeper(2 Orang) menyedari akan kehilangan Si A setelah berjumpa dengan kumpulan 2 terakhir, seorang sweeper dan seorang ahli kumpulan dr kumpulan 2 terakhir backtrack semula untuk mencari Si A dan baki kumpulan 2 terakhir meneruskan pejalanan ke kemsite untuk meminta bantuan.

12. Nasib menyebelahi Si A kerana beliau teringat akan posisi sungai dan bukit dan cuba mencari trek yang sepatutnya dan kebetulan laungan sweeper didengari oleh Si A.

13. Akhirnya Si A dan sweeper sampai ke kemsite pada jam 1915

Nota tambahan;
a. Si A beranggapan trekker hadapan sepatutnya menjaga beliau di trek

b. Oleh kerana day trip, majority atau hampir keseluruhannya tidak membawa lampu suluh

c. Si A merasakan rimas jika ada trekker mengikutinya.



dari situasi ini, apa pandangan anda
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by matsaiko » 31 Mar 2010, 23:35

-seboleh2nya jalan dlm 1 kumpulan dan kurangkan gap masa antara satu sama lain.sbb dalam berxpdc ianya berkenaan grouping bukan one man show.cuba elakkan perkara2 yang boleh mencipta jurang antara pendaki/peserta.

-orang didepan/leader perlu bijak mengawal pergerakan dan memantau gap masa jika ade perpecahan antara 'slow train dgn fast train'.Orang depan Juga kena peka dgn trek.Jika ada trek yg bercabang,tutup trek yg tak sepatut dilalui,utk org belakang.

-sweeper perlu berhati kering,fit dan tegas.Jgn dilayan karenah pendaki lemah yg tak releven dgn keadaan semasa.

-si A jgn perbanyakkan lg masalah yg sedia ada yg telah dia ujudkan
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by JeNaL » 01 Apr 2010, 13:56

tq reen....

yg lain boleh la tambah-tambah lauk sikit sebanyak..... lepas ni kita bagi kes study yg lain lak...

mungkin dengan cara ini dapat berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan sesama kita.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by betterman » 01 Apr 2010, 23:34


-sweeper perlu berhati kering,fit dan tegas.Jgn dilayan karenah pendaki lemah yg tak releven dgn keadaan semasa.
yang nie aku setuju. sweeper mmg kena seorang yang kuat mental dan fizikal. nak melayan budak jalan slow bukannya mudah kalau orang yang nak jadik sweeper tu dah biasa jalan laju.

biasanya kita akan potong orang depan yang jalan slow sebab kalau ita ikut pace orang depan maka kita sendiri akan pancit. ramai yang cakap macam nie.

ini kelebihan yang sweeper kena ada. walaupun jalan slow follow orang tapi dia buleh menten tak pancit dan still kena alert akan trek dan jugak bahaya yang datang.

tahap kesabaran jugak kena tinggi la hehe

tak semua orang buleh jadik sweeper... percayalah
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by pakcik » 06 Apr 2010, 14:46

Nota tambahan;
a. Si A beranggapan trekker hadapan sepatutnya menjaga beliau di trek

b. Oleh kerana day trip, majority atau hampir keseluruhannya tidak membawa lampu suluh

c. Si A merasakan rimas jika ada trekker mengikutinya.

dari situasi ini, apa pandangan anda
a dgn b aku tak terkejut sgt...tapi tang c tu yg aku terkejut...dia rimas eh kalu ade org follow die? tak patut la gitu bang..cam matsaiko kate, ni bukan one man show...suruh dia bikin solo camp satu kali tengok ape macam...

sweeper atau kengkawan lain dlm grup pn jangan la turutkan sangat kehendak dia tu yang tak suka kena polo dan suka bersendirian...kene tegas sikit, untuk kesejahteraan semua dalam grup, kalu ikut je kata dia maknanya tu untuk kesejahteraan dia je, kesejahteraan kengkawan lain apa macam? hhmmppkkkhhhh....

kesimpulan, letakkan keselamatan dan kesejahteraan KUMPULAN melebihi keselesaan INDIVIDU..
Never Crack Under Pressure

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by poncho » 08 Apr 2010, 10:01

1st,
aku setuju gila apa yang Reen, Bett dan Pakcik cakap tu.
kalau lah semua orang boleh baca apa yang diorang nih cakap, memang dunia sweeper indah macam pelangi di sepanjang jalan ke puncak lah kan.

2nd,
guide atau leader MESTI brief atau bagi gambaran trek dan sistem apa yang digunakan oleh team organiser/crew/guide untuk jaga KESELAMATAN group. sambil tu kita boleh highlight kan sekali isu keselamatan terutama peralatan penting walaupun daytrip (priority: headlamp in case terpaksa jalan malam, personal ration, wisel, etc). contohnya macam susunan pergerakan group: ada yang guna sistem nombor, selang-seli lelaki pompuan, group lead-and-chaser, sistem group yang basic semua tu memang masih digunakan. walaupun sepatutnya kita bergerak dalam 1 kumpulan yang tidak terputus, tapi situasi group terpecah 2-3 masih ada dan tak mungkin boleh hilang kecuali dah trek bersama dalam tempoh yang lama.

bila peserta dah dah tau apa sistem yang digunakan (dari pemerhatian/pengalaman aku ikut group berlainan), peserta akan alert dan take note untuk diorang adjust kemampuan diri sendiri. ini sebab perangai masing masing susah kita (organiser/guide) nak bentuk terutama kalau beginner/otai sangat. masing masing nak buat kepala. jadi, apa yang penting ialah komunikasi dan interaksi. kalau kita ego tak nak bagi perhatian apa masaalah peserta atau ego nak minta tunjuk ajar dari leader/guide/senior yang ada, nampak sangat ada communication breakdown. ini tanda-tanda awal sesi post-mortem nanti jadi medan debat.

3rd,
win the heart orang orang yang ada ciri-ciri di atas tu (Si A) tu dulu. orang yang berfikiran "asalkan gua tak susahkan lu orang" tu patut kita tackle terlebih dahulu.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by nazryst » 08 Apr 2010, 11:26

Perkara dan kes yang kerap sangat terjadi....asalnya sikap diri sendiri. Seperti yang lain lain dah cakap berkenaan ego. Bukan senang nak mengawal ego ya tak. Kena pulak harta, pangkat, darjat, intelektual, hero atau champion dan pelbagai lagi bila di aplikasikan didalam hutan.. perghh memang bebulu beb dapat kategori pendaki beginner macam ni, pergerakan jadi slow, berehat pulak banyak, entah apa apa lagi. Tapi selagi nama manusia perkara sebegini tidak dapat di elakkan.... jadi kalau terjumpa atau terjoin sekali dengan group macam ni.. tabah kan diri dan berdoa lah semoga dilindungi dari segala musibat...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Apr 2010, 11:37

Aku akan tembak si A.
Sebab dia akan menyusahkan anggota lain dalam operasi.

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by ajon » 08 Apr 2010, 16:18

Si A...nie ujud ke....
klau ujud....kita kena dengar cita dia plak...apasal dia suka jln sorang2...mngkin ada sebab kot...mngkin masa tu kpala dia tengah serabut...atau ada menda lain yg memesong kan dia..
dlm ini dunia ada mcm2 prangai manusia...

tp aku x brani jln sorang2.....takut salah simpang. :oops:

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by adventure inc » 08 Apr 2010, 21:44

a & c) sikap cam si A nie selalunya memberi masalah bukan sja kepada leader n sweeper, malah kepada keseluruhan team. so, kepada yang ada style cam si A ni; ubah sikap anda, yela bila kita join group tuk
outing, bermakna kita adalah satu pasukan, team work is crucial. so kalau tak bleh, wat je
solo trip, takde sapa nak cakap apa apa m takde nak susahkan sesapa

b) tak kira la walaupun day trip, lampu suluh tu antara barang MESTI yang kena angkut... kecik besar tu
lain citer...
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by pakcik » 09 Apr 2010, 00:14

Seperti yang lain lain dah cakap berkenaan ego. Bukan senang nak mengawal ego ya tak.
betul tu, jangan bikin pasal dengan ego wooo...kengkadang sendiri pun bleh jadi terego gak, lagi2 penat, pressure, psycho masa dlm utan...tabley kontrol punya...dok depan PC ni bleh la ngaku tak ego sbb takde tekanan...kehkehkeh...
Never Crack Under Pressure

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by abe~G » 09 Apr 2010, 10:51

harap si A tu pun baca kes study ni, dan cuba perbaiki masalah diri tu supaya lain kali tak menyusahkan kumpulan, kalau tak boleh terima teguran dan nasihat juga, erm.. pi main jauh jauh lah... hehehe ( boleh ker pakai ayat tu?)

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by betterman » 10 Apr 2010, 06:45

Ketua xpdc mmg kena main peranan betoi dlm hal mcm nie.
Kalau buleh sebelum iklankan xpdc tu, letak syarat2 "Hendaklah mendengar kata dan arahan Ketua XPDC untuk kebaikan bersama"
kalau di tak buleh ikut arahan orang dan na buat kepala sendiri, for sure dia tak kan ikut punya.

Aku pon pernah jugak lah naik hangin masa bawak beginner yang tak mendengar kata nie dan melawan balik cakap.
Depan semua orang aku marah dia.
Seriously mmg tak patut betoi aku masa tu tapi apa nak buat, dah suruh baik-baik tak mau dgr kata.
bukan sekali dua ckp baik2 tapi berkali-kali...
sekali gua meletup baru tau hehehe....
Aku marah bukan apa, utk kebaikan diri dia dan kumpulan.

budak tu pon dah tak naik gunung dah...
kecik hati dgn aku kot kui kui kui
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by pakcik » 11 Apr 2010, 20:50

budak tu pon dah tak naik gunung dah...
kecik hati dgn aku kot kui kui kui
kehkeh, tu naik gunung masuk utan suka2 la tu kot, ngikut kengkawan atau kene paksa...kalu tegar buat la cemane pun, kene marah ke, pastu masuk utan balik, minat punya pasal...
Never Crack Under Pressure

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by khalid » 11 Apr 2010, 23:20

1.Rasa aku elok juga bagi si A sesat 1 hari bermalam dalam hutan 1 malam sorang2.
Lenkali tak lah dia rimas kalau ada trekker ikut dia ataupun dia takyah ikut trip orang wat
trip solo aje
2. Si A tak da kawan yang sesama minat ngan dia kot. Jalan slow2, ambik gambar.
3. Ataupun aku kena join trip dia, boleh aku koya lebih kat dia. haa haa haa

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by orga » 12 Apr 2010, 09:53

Ada 3 watak dlm case studi ni yg perlu lakukan sesuatu..leader,sweeper dan si A

leader - kena cepat mengesan dan menilai kemampuan ahli pasukan..kena cepat lakukan sesuatu bila ada yg tak kena ngan ahli team..perlu cepat kenal karektor atau watak2 ahli pasukan..jadi bila ada problem, kita tau apa solusi nya..kalo aqu lead, start dr perjalanan kt hiway lg aqu dah start scan sorang2 nye watak..sbb bila kita taw karektor ahli pasukan, kita da ada cara atau kaedah utk atasi lebe awal..

sweeper - perlu tegas dan ada kemampuan utk melaksana..sebarang keadaan yg berlaku pada ahli dibelakang adalah bwh tanggungjawab sweeper..jadi suka atau tidak, sweeper kena pandai saiko-menyaiko nih..

si A - ofkos, dlm kes ni, si A paling byk dtgkan prob..nampaknya terang2 si A blom cukup pengalaman dan ilmu utk beriadah lasak camni..jika secara luaran pon si A tunjukkan sikap camni, dalaman entah camne pulak..so kena tau cari buah kesilapan yg selalu sembunyi ditaman kebenarannya sendiri..mana yg faham mesti faham..hehe

dan perlu faham dlm aktiviti berkumpulan, misi dan visi pasukan adalah lg penting dr individu..
ImageImageImage

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by biNGai » 12 Apr 2010, 11:42

si A - dalam hati ada taman..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by kenshina » 12 Apr 2010, 18:36

Si A...nie ujud ke....
klau ujud....kita kena dengar cita dia plak...apasal dia suka jln sorang2...mngkin ada sebab kot...mngkin masa tu kpala dia tengah serabut...atau ada menda lain yg memesong kan dia..
dlm ini dunia ada mcm2 prangai manusia...

tp aku x brani jln sorang2.....takut salah simpang. :oops:
si A ni wujud dr pengalaman sendiri...
Org yg saya maksudkan adalah saya sendiri.. :mrgreen: masa mula-mula trekking dulu la...
bukan tak suka atau rimas ada org polo blakang.. tapi kesiannn... isk isk isk..
sian tgk cik abang gagah kene pendekkan langkah sbb nk teman kita..
tp bila dh lama-lama baru paham peranan sweeper ..
mmg bukan sumer org layak jd sweeper...hanya yg sabar n tegar je boleh jadi sweeper tau... :P

:mrgreen:
challenge your limit

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by kenshina » 12 Apr 2010, 18:41

satu kes study.

2. Antara ramai ini, terdapat seorang trekker yang berbadan besar (Si A) (maaf jika menyingung jika berkaitan) yang mempunyai keadaan fizikal yang kurang cergas dan tidak tahu banyak perkara tentang ilmu hutan.

c. Si A merasakan rimas jika ada trekker mengikutinya.
kalau ada Si A dlm xpdc..
Somebody kene educate dia la...
kalu dia paham .. InsyaAllah dia leh appreciate fungsi sweeper neh...

:mrgreen:
challenge your limit

apexx
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 27 Jan 2006, 09:38
Location: S.A
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by apexx » 13 Apr 2010, 16:08

si A - dalam hati ada taman..
si A = Ngai..wakaka

3 mende asas yg perlu di bwk sekiranye hendak jungle or mt trekking, x kira la daytrip or berhari2..

1)pisau/parang
2)mancis/lighter
3)headlamp/lampu suluh

best woo sweep si A ni, klo sy jd sweeper laa..leh layan borak2 n tangkap gmbr byk2 n part yg plg best leh rest byk2..hahah..

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by soulfly » 14 Apr 2010, 22:32

kalo aku treking ngan si A' nih bila sampai kem site aku akn curik berus gigi N suar dalam dia (masa dia tidor lah)
pastuh aku rendam dalm cili api yang telah siap di tumbuk,semalaman, :lol:
lepas aku rendam semalaman esok pgi2 aku pulang lah balik :lol: (diam2)

pastu kita tengok lah apa jadi :lol: :lol:
lama sangat...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by biNGai » 15 Apr 2010, 22:14

kalo aku, aku letak je batu sungai yg beso tuh dlm beg dia..biar padan muke dia..

letak batu? arghhh tidaakkkk..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by matsaiko » 16 Apr 2010, 00:17

kalo aku,aku beli sebotol air zapel,aku kasi minum bg habis pastu aku gantikan dgn minyak masak...dari jauh dia nampak air 'zapel' mesti menyelerakan... :mrgreen:

kawan aku sorg dulu dah penah kena dah !!!
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by maclan » 16 Apr 2010, 11:34

menarik jugak kes ni...

Pandangan peribadi saye...

Sweeper xsepatutnye biarkan si A ni bjalan sorang2..cube ceritakan dia risiko bjalan sorg2 dlm hutan ni..n ajak dia bborak..gelak2..kurangkan stress dia..layankan jek dia ni...n then klu dia xsuka jugak..nk jugk jalan sorg2.just jarak kan jek sikit..tp pastikan still dalam pandangan sweeper si A ni...mean sweeper jgn lalai la kat blakang..tgs anda pastikan semua peserta selamat..

Group depan plak..especially team shooter yg jalan laju xhingat tu..klu dh gap dgn sweeper 2-3 jam tu.bawak2 la pi rescue...anda kan laju..hehe...mane la tau..ape happen kat blkg tu..kot2 sweeper2 pon dh mentel..hehe..
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by pakcik » 16 Apr 2010, 20:56

kalo aku,aku beli sebotol air zapel,aku kasi minum bg habis pastu aku gantikan dgn minyak masak...dari jauh dia nampak air 'zapel' mesti menyelerakan... :mrgreen:

kawan aku sorg dulu dah penah kena dah !!!
member aku dulu penah minum air kabaid, banyak plak tu...lagi haru!!
Never Crack Under Pressure

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by orga » 17 Apr 2010, 15:15

kalo cara cakap baik2 dah tokleh pakai..pakai cara keras skek la..
penah skali aqu sweeper org tetiba lg 30minit nk sampai puncak dia meracau2 nk balik..pukul 10 mlm lak tu..
pastu aqu soh dia perati atas, aqu wat stail wresling kasi dia pengsan..
tp nyesal gak la sbb taim nk pikol dia ke atas tu bau cagon dia mmg cam hareem..
ImageImageImage

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by khalid » 18 Apr 2010, 03:53

kalo cara cakap baik2 dah tokleh pakai..pakai cara keras skek la..
penah skali aqu sweeper org tetiba lg 30minit nk sampai puncak dia meracau2 nk balik..pukul 10 mlm lak tu..
pastu aqu soh dia perati atas, aqu wat stail wresling kasi dia pengsan..
tp nyesal gak la sbb taim nk pikol dia ke atas tu bau cagon dia mmg cam hareem..
kalu yang meracau tu kudis macam mana, abang orga wrestling tak?
ha ha jawab kami nak tau.

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by orga » 18 Apr 2010, 10:14

resling gak..tp lain stail la..ekeke
taim tu dak ni cam nk kena rasuk dah
ni masa jaman ai ganas n kejam dulu la..skang dah sopan santun lemah lembut yuu
ImageImageImage

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by matsaiko » 19 Apr 2010, 05:49

hebat la avam orga !!!! :mrgreen:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by orga » 19 Apr 2010, 11:27

lg hebak air zapel minyak masak reen..haha
ImageImageImage

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by poncho » 19 Apr 2010, 18:30

kes study nie ada keperluan dari segi apa lagi Nal?
kalau ada, letak je untuk dibincang dan dikupas. mesti banyak point segar dari kengkawan untuk dikongsi sesama.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by JeNaL » 21 Apr 2010, 14:33

kes study nie ada keperluan dari segi apa lagi Nal?
kalau ada, letak je untuk dibincang dan dikupas. mesti banyak point segar dari kengkawan untuk dikongsi sesama.
ponch dan kengkawan....

kenapa aku buat kes study ni.... ni mcm post moterm la jugak.... bila sebut post moterm ramai yg tak nak reply... tapi bila letak kes study lain sikit ayat dia...hehhe tapi kes study ni lebih khusus pada sesuatu masalah....

sebenarnya bila kita membincangkan kes study ni secara tak langsung kita bertukar pendapat dan pengalaman dan seterusnya mendokumenkan apa yg kita fikirkan.

cuma bila nak buat kes study ni pada umum, kita kena paham akan sensitiviti supaya tidak menjatuhkan imej sesiapa secara langsung... ambik secara umum. tapi jika si yg rasa yg diperkatakan tu kena batang hidung, cuba ambil secara membina. dari sini kita dapat belajar

aku harap sesapa pun boleh bagi kes study ni untuk dibicarakan umum.... tapi syaratnya seperti aku kata sebelum ini... kalu tidak aku akan DELETE post tu

terima kasih pada kengkawan yg sudi memberi pandangan teruskan,,,,, moga ada ilmu dan pengetahuan yg dapat dikongsi pada peminat gunung yg mengunjung....


TERUSKAN.....
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by betterman » 21 Apr 2010, 15:21

bila kes mcm nie yang menampakkan pentingnya keperluan radio amatur atau walkie talkie...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

nelly
Pendaki Gunung
Posts: 67
Joined: 21 Jun 2007, 19:45

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by nelly » 15 May 2010, 12:03

salam..
itulah gunanya runner dan sweeper..
runner boleh cover orang group depan..sweeper boleh cover orang group belakang.tapi dua2 mesti ada sikit ilmu dan pengalaman la.jgn la bagi yg sweep tu jenis yg sama dgn si A yg freshie tu.dan sape yg mcm si A tu plak tak boleh la terlalu santai sgt masa trekking lain la kalo dia dah biasa dgn trek tu.kita kena pikir jugak org yg kat depan menunggu kita yg kat belakang ni.
guide pun main peranan penting.kalo guna khidmat satu guide kena pastikan group yg trekking laju di depan tak terlalu jauh.sbb guide kdg2 pun kena gak berenti2 tgh trek nak jenguk2 group belakang.so bila dah make sure group belakang on trek kena bagi semangat kat dorang n brief skit sebanyak tentang trek kat depan.so guide boleh lari ke depan semula untuk pastikan group depan tak off trek.
kalo amik khidmat dua orang guide itulah gunanya guide sorang lead dan sorang lagi sweep.macamana keadaan sekali pun jgn la tinggalkan orang terakhir dlm group belakang.
betul kata bett zaman teknologi ni seeloknya kita ada alat telekomunikasi mcm walkie talkie, radio, henfon on trek.ni just nak pastikan yg di depan dan belakang still communicate sepanjang trek.

cuma pandangan yg tak seberapa..

stoned
Pendaki Gunung
Posts: 51
Joined: 25 Nov 2008, 10:35
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by stoned » 02 Jul 2010, 16:33

setuju ngan pendapat semua .. Si A nih memang sah NGAI :lol: :tembak:

Sweeper kena la lebih berkeras sebab melibat kan keselamatan kumpulan. Selalunya saya lihat masa skrg nih sweeper pun banyak yg dah pandai ... kebanyakkan sweeper kini pandai carik kengkawan yg tahu jugak route/trek supaya kalau2 ada kes seperti Si A nih boleh la saiko si A nih reramai .. kalau banyak sket mulut bercakap kat tinger dia kurang la dia nak bercakap lak yer dak ... hehhehe

Si A nih pun ok la jugak .. at least dia tahu nak cam terrain and back track .. kita tak leh la kata dia dungu 100% .. maybe memang dia nih jenis anti-social kots .. apa2 pun tanak la jumpa org camnih kat trek .. boleh penin ooo

-=peacE=-

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by biNGai » 02 Jul 2010, 16:58

ooo itu kes taun lepas, taun nih colgate amik alih jawatan..hahaha
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

stoned
Pendaki Gunung
Posts: 51
Joined: 25 Nov 2008, 10:35
Contact:

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by stoned » 02 Jul 2010, 19:48

ada sesuatu yg terlintas di pala saya en jenaL,

.. saya memang ada terjumpa jenis trekker sebegini ... dia memang suka duduk belakang sendirian, belakang lagi dari sweeper .... setelah saya amati saya membuat konklusi bahawa dia nih sebenarnya bukan team player .. dia duk belakang sebab dia tak nak membantu/mengasuh trekker2 baru/pewai walhal dia bertenaga/berkebolehan untuk melakukan sedemikian. dalam ertikata lain dia malas nka menyusahkan diri dia sendiri. itu mungkin salah satu sebab kenapa la kejadian sesat Si A dalam kes study nih.

Wallahhuallam.....

ooooo . awak dah passing baton ke en gate ker en ngai ... wahahahahaha

User avatar
fulltimesinner
Pendaki Gunung
Posts: 102
Joined: 23 May 2010, 06:22

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by fulltimesinner » 04 Jul 2010, 17:51

takpun dia pewai sbb letih sgt pastu dr awal lg dia underestimate track tu (walaupun day trip)... rasanya guide/gogo kena brief org2 camni betul2 sblm mana2 trip supaya kejadian tak diingini berlaku...

pendapat tak seberapa saya :D
just a small time adventurer :D

helmie
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 16 Jul 2010, 01:02

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by helmie » 24 Jul 2010, 02:27

salam...hamba budak baru belajar...permasalahn ni hamba rasa berpunca dari mula2 skali...dan nabi bersabda"jikalau kamu berpemergian lebih dari 3 orang maka angkatlah,lantiklah seorg dr kamu(yg pling layak) utk menjadi ketua....." setiap dr kita mestilah diterangkan utk melancarkan sesebuah perjalanan...ahli2 tersebut harus faham hkum sebab akibat dalam masa yg sama pendapat semua ahli mesti diambil kira....dalam masa yg sama arahan ketua harus dipatuhi...kalau ini d terangkan awal lg percentage adanya mslh ni insyallah nipis...ni hanyalah pendapat hamba....jgn lah hamba di tiaw pulak... :P :P

User avatar
Ajis_AJ
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 17 Apr 2006, 19:19

Re: kes study - sesat (sila beri pendapat)

Post by Ajis_AJ » 08 Aug 2010, 13:55

Sesat lg....... xabis-abis....... huh.....

Post Reply