nazryst wrote:Salam,
Persoalan, adakah perlu sangat Guide Berlesen, atau ini semua "wayang", atau perlu "guide berlesen yang pandai main wayang", atau kita buat tak tau dan main kan peranan masing masing dan buat wayang sendiri???
TQ, Matsai, Poncho, Lt, Forest, Castello, nadir, lastman, yonrawk, ngaii dll di atas keterangan yang isu cukup sensitif di kalangan kalangan mereka yang cuba mematuhi undang undang, tetapi ada segilintir yang merosakkan keharmonian sedia ada..... Selamat berbincang
Sepengalaman aku la yg masih cetek ni...
Aku pernah dimintak oleh sekumpulan pegawai kerajaan ni utk jadi guide naik Bukit Tabur (Bukit Tabur je tu bukan gunung ape pon). So kat pala hotak aku ni, nak bawak orang gomen kena la ikut prosedur. So aku pegi la buat repot polis kat Tmn Melawati tu secara bertulis nak bawak org gomen naik bukit tabur weekend. Seminggu sebelum aku bawak diaorg naik ada budak cina jatuh dari bukit tabur tu.
Nak jadikan cerita pihak polis pon call aku nak mintak detail sape yg jadi guide orang gomen aku bawak ni. Apon bagi la detail aku.
Pihak polis pon tanya "awak ni guide bukit tabur ni ke?" aku cakap aku bukan guide.
Polis "Habis... siape guide"
Aku "Saya tolong tunjuk jalan je"
Polis "la... guide la tu"
Aku ..... diam sambil tersengih...
Polis "ni ada lesen tak ni jadi guide ni"
Aku "takde tuan"
Polis "takde lesen berani awak bawak orang naik bukit tu.....(panjang la membebel)..... ni awak ni dah berape kali naik bukit tu?"
Aku "banyak kali tuan lebih dopoloh kali"
Polis "Mane saya tau awak dah naik lebih doploh kali? mane bukti? logbook? rekod? masa? tarikh??... semua tu perlu dah bentuk hitam putih, bertulis, bukan main cakap je...... bla3 (panjang membebel)....
Setelah paus aku disekolahkan ngan pihak polis, dan taknak menghampakan orang gomen yg dah berpeluh tuggu kat Klang Gate tu, aku pon bawak le orang gomen tu nak secara haram (diaorg paksa aku eh hehehe).
Ini pengalaman aku la... bukit tabur je, mungkin bukit tabur time tu banyak sgt kes orang jatuh ngan org mati. Tu yang agak ketat tu kot. Tapi make sense la jugak ape yg polis tu cakap. Mane pihak berkuasa nak tahu anda tahu jalan masuk jalan keluar, tahu keadaan hutan tu, tahu nak handle emergency situation. Mcm logbook tu, dah berapa kali masuk hutan tu? masuk jalan mana? keluar jalan mane? tarikh ? waktu? berapa orang? Pastu siapa yang nak mengesahkan kesahihan rekod tu? ke main kencing je
