Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

kaknik wrote:Assalamualaikum.

Kinabalu tetap menjadi pilihan pendaki samaada yang baru maupun otai. Jika dilihat caj yang dikenakan melebihi 2 kali ganda (RM 188 => RM 452) ramai yang terkejut pada awalnya. Tak kurang yang patah semangat untuk menjejakinya. Termasuklah kami.

Kalau dilihat memang tegar cara SSL mengendalikan pakej mendaki yang berkuatkuasa tahun 2009. Namun pengalaman bussiness meyakinkan mereka yang strategi itu tetap memberikan mereka lebih pulangan.

Berdiri megah G Kinabalu tetap menggamit pengunjung. Tarikannya sukar ditepis. Atas permintaan beberapa orang kawan rapat Abg Rosmal membuat tempahan untuk bulan May 2009. Budget sekitar RM1000.00 untuk 5 hari 4 malam.

Sekarang payment ke SSL kena settle seminggu dari tarikh tempahan, kalau tak memang terbatal dgn sendirinya. Nak confirmkan tiket penerbangan pun seperti satu perjudian. Huhh... tawakkal ajelah. Harap2 minyak dah turun ni janganlah pulak lain2 kos pengangkutan/penginapan kat sana tetap melambung tinggi.

Hmmm.. ada yang boleh kongsi pengalaman kat sana? yelah semenjak dua menjak harga petrol melambung dulu tu.. (kalau kat Semenanjung walau petrol/diesel dah turun harga pun semua kos lain tetap semakin naik)

thanks... :)
Tahun 2010...kos SSL RM754. Meliputi 2mlm (kpark/mersilau & laban rata) serta 8x makan.
Itu yang dimaklumkan oleh staf SSL pada aku tadi. Lebih kepastian, boleh rujuk SSL
STK

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by biNGai »

apa lagikkk..kasik rentis trek baru laa :keke:

alain robert bole buat, tkkan kite rakyat 1mesia tk bole buat ye dakk? :pig:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

abg ngai lead...saya folo.
alain robert pun xmampu woo....gayat
kalau tak...dah lama dah dia open trek GK

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by che'gu »

gogoyeaha wrote:
Tahun 2010...kos SSL RM754. Meliputi 2mlm (kpark/mersilau & laban rata) serta 8x makan.
Itu yang dimaklumkan oleh staf SSL pada aku tadi. Lebih kepastian, boleh rujuk SSL
STK
mak aih, naik lagi ker? Kene menabung dari sekarang la jawabnya....

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by frostice »

gogoyeaha wrote:
Tahun 2010...kos SSL RM754. Meliputi 2mlm (kpark/mersilau & laban rata) serta 8x makan.
Itu yang dimaklumkan oleh staf SSL pada aku tadi. Lebih kepastian, boleh rujuk SSL
STK

Dah kuar dah rate baru. Last month ada tanya tp derang kata tatau lg.
Thanks for the info.
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by Syahrul_Penang »

salam semua...

Up-date 9/9/09 10pagi...

Ada sedikit perubahan...aku baru aja sembang ngan Cik Zie lepas dia call SSL untuk comfirmkan rate Kinabalu ni , ada sedikit gangguan tentang rate Kinabalu ni..cam gampang SSL ni..
SSL confirmkan rate Kinabalu still dalam harga $452 ( sapa yang booking sekarang still dapat harga lama lagi ) TAPI rate $754 masih lagi dalam URA-URA untuk depa naik kan tahun depan tapi tak tau bulan bila...
Cik Zie pun tak pasti masa call ( SSL ) dia yang pertama tu depa ranjau dia atau depa pun tak pasti dah naik atau tak ...

mintobe
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 04 Jun 2006, 10:49
Location: Celah Batu
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by mintobe »

pada aku klu naik lagi mmg melampau sgt...
pada yg belum merasa naik kinabalu kena lah menabung...
nk buat cam ne...aku pun terpaksa la menabung klu nk naik lg thn depan...
tp klu dh cam ni rupanya... baik layan gng lain kt sana...
melampau SSL nih...

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by adventure inc »

hemmmm... apa nak buat, SSL yang monopoli kat Mt K tu... memang ridiculous! nak mendaki
kat tanah air sendiri pun kekadang kita tak mampu...

member aku kat KK gtau, SSL lebih utamakan climbers dari overseas yang kebanyakan mereka
beli full package yang kosnya ribu ribu... so kita local climbers diorang tak berapa nak kisah...
then takde option yang boleh kita pilih, sume dah fixed.. :tembak:
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

Ujang
Pendaki Tegar
Posts: 221
Joined: 15 Dec 2005, 00:22
Location: Damansara
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by Ujang »

mak aih... naik lagik? baru plan nak pergi tahun depan... huurrmmm

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by Syahrul_Penang »

Nak gi..? menabung le,sehari sekupang lama-lama cukup le..
Kita ni cam timun nak buat camna..dah kasik sama swasta,terima lah kesan dia..
sanggup bayau $$$$ lebih baru bleh gi..

Depa tumpu kat orang luar...orang m'sia bukan bleh kaya..kita naik kat tempat
lain dah laa...

User avatar
abe~G
Pendaki Tegar
Posts: 246
Joined: 20 Oct 2006, 15:19
Location: Manjung
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by abe~G »

apa nak buat dah berbakul bakul komplen yang di buat ke atas SSL pasal Kinabalu melalui satu laman web terus ke kementerian, aku sendiri pun pernah buat komplain dan di hubungi oleh seorang mamak india dari kementerian tersebut katanya pihaknya tak boleh buat apa apa sekadar memaklumkan jer kepada kinabalu park, kata mereka kinabalu bukan dibawah kuasa mereka, herm itu ler jawapannya. herm.apa nak buat itu jer yang mampu kita buat dan bertindak nak tak nak kena ler bayor lebih gak kalau berkeinginan sangat nak kesana.

siapa berani buat trip ke Cartenz Piramid plak.. hehehehe ( jangan minta aku organise sudah).

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by orga »

sy ada kontek di sana abe G..tp rasa tak mampu lak nk kesana..sesatunya gng di hutanhujan yg ada salji ooo..fuh, kalo tengok youtube mmg meleleh oo..tunggu la rasa aura berkembang balik bole gak pasang impian ke sana..org kita sapa yg penah lepas? tau tak..

pasal kinabalu plak..bayaran yg melampau bg spec local cam kita ni mebi sbb kuasa da sampai pd org asing..org asing ni berani melabur sbb sikap org atasan kita jugak yg tak berani nk melabur bila ada projek pelancongan berasas alam semulajadi..mereka lebe komited pd terma bhw pelancongan alamsemulajadi hutanhujan hanya setakat dihutan lipur..kita masih menerima ideologi bhw nilai ekonomi hutanhujan bole dibangunkan hanya oleh xtvt pembalakan shj..sedangkan pelancongan pon sebenarnya mampu menyamai malah melebihi dr nilai ekonomi bersumber pembalakan..alasan yg selalu diberikan ialah kita telah merezabkan byk kaw hutan utk taman negara bg tujuan pelancongan tetapi ia kurang menyumbang utk kepentingan ekonomi..jawapannya ialah pada pengurusan taman negara itu sendiri..nilai ekonomi bole ditingkatkan jika kompetensi dan efisensi turut meningkat..adakalanya aqu sendiri meragui peranan pd pihak yg ada kuasa..sbb padahnya lebe byk dirasai oleh rakyat marhain cam kita..cuma arapnya tindakan lepas ini lebe baik dr sebelumnya..
ImageImageImage

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

sorry kekeliruan telah berlaku.
aku pun xpaham.
masa aku call 1st tu....minah reservation agent tu ckp...."booking utk tahun depan dah naik harga encik...bla bla bla RM754".
tadi (semlm) aku saja call lagi, minah reservation agen yg lain kata lain pulak "buat masa ni harga tahun depan masih 452, tp saya ada dengar management nak naik tp saya xtau berapa".
kemungkinan harga ni berbeza-beza mengikut mood reservation agen :pig:

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

mintobe wrote:pada aku klu naik lagi mmg melampau sgt...
pada yg belum merasa naik kinabalu kena lah menabung...
nk buat cam ne...aku pun terpaksa la menabung klu nk naik lg thn depan...
tp klu dh cam ni rupanya... baik layan gng lain kt sana...
melampau SSL nih...
xpe min....ko buat je timpohon terus shoot gurkha hut. esoknya turun gurkha hut>mersilau. makan minum masak sendiri kat gurkha. hadcore sket, tp aku rasa pendaki tegar mcm geng2 GO ni mampu.

fadzli
Pendaki Gunung
Posts: 96
Joined: 09 Feb 2006, 23:57
Location: selangor
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by fadzli »

kawan ari tu ada call SSL dan bertanya mengenai nya..
kalau ikut timpohon dan mersilau ratenya berbeza2..
rate seperti di bawah

kalau dari timpohon Rm 753 = 7x mengcekik
kalau dari mersilau Rm 694 = 7x mengcekik

kalau ada info lain sila update...
LiveLEARNhikePLAY

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by adventure inc »

team kami dah tanya kat SSL; nak wat day trip trus sampai summit... tapi diorang cakap TAK BLEH wat camtu,
kena pit stop jugak kat laban rata... reason: baru SSL bleh charge climber kaw kaw... tonyettt laa

bukan nak cakap besar, tapi kalu nak ikut kan trek Mt K tu baik ikut mesilau maupun timpohon, bleh terus shoot je
sampai summit... lebih lebih lagi tuk otai otai hardcore. kan ok kalu leh wat day trip, banyak leh save cost tu... sebab
yang mahalnya kos kat laban rata tu...
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by biNGai »

ala susah2 korg booking je laa dgn XPlorer Adventure..sume kautim laa :lidah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

adventure inc;
kalau nak daytrip/shoot terus puncak...xperlu tanya SSL, tapi tanya sabah parks. sebab kita xguna langsung kemudahan SSL. kita hanya guna permit/guide/insuran sabah parks.
ko tanya SSL mmg lah dia kata xboleh.

bagi aku...alang2 nak buat shoot puncak terus....bagus lajak bermalam di gurkha hut. GH dimanage oleh sabah parks, kos 1malam pun dalam rm20. tp xboleh ramai lah...max4 orang tidak termasuk guide. kalau guide tido situ sekali...mmg berhimpit lah 5 orang. aku hari tu guide hantar kami sampai GH, pastu dia balik laban rata. esoknya kami sendiri backtrack ke puncak dan jumpa guide kat situ.

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by azlanhuzaifah »

aku dh call suterasanctuary tadi. Bulan 10 2009, pakej paling murah, RM290. aku dh book 2 tempat. pastu bulan november & december, kena (wajib) ambik pakej 3 hari. pastu aku letak telepon. aku call lagi and book utk bulan Feb 2010, dia kata boleh buat pakej 2 hari satu malam mcm biasa, harga dah naik kpd yg paling murah RM452. Untuk bulan mac, booking tak bukak lagi sb x cukup 6 bulan lagi dr skang.

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by adventure inc »

gogoyeaha wrote:adventure inc;
kalau nak daytrip/shoot terus puncak...xperlu tanya SSL, tapi tanya sabah parks. sebab kita xguna langsung kemudahan SSL. kita hanya guna permit/guide/insuran sabah parks.
ko tanya SSL mmg lah dia kata xboleh.

bagi aku...alang2 nak buat shoot puncak terus....bagus lajak bermalam di gurkha hut. GH dimanage oleh sabah parks, kos 1malam pun dalam rm20. tp xboleh ramai lah...max4 orang tidak termasuk guide. kalau guide tido situ sekali...mmg berhimpit lah 5 orang. aku hari tu guide hantar kami sampai GH, pastu dia balik laban rata. esoknya kami sendiri backtrack ke puncak dan jumpa guide kat situ.
tq untuk info nih... buleh consider untuk future trip.

hummm dah macam macam version harga pasal kinabalu nih... tak lama dulu ada kuar kat dlm paper isu nih, tapi tak ke mana jugak
pun... hope lepas ni ada la pihak pihak yang boleh membetulkan keadaan... takde la nanti ada yang gi panjat kinabalu version
alain robert... :keke:
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by soulfly »

biNGai wrote:ala susah2 korg booking je laa dgn XPlorer Adventure..sume kautim laa :lidah:
tu nk mula lah tuh :tembak:
lama sangat...

mintobe
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 04 Jun 2006, 10:49
Location: Celah Batu
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by mintobe »

gogoyeaha wrote:
mintobe wrote:pada aku klu naik lagi mmg melampau sgt...
pada yg belum merasa naik kinabalu kena lah menabung...
nk buat cam ne...aku pun terpaksa la menabung klu nk naik lg thn depan...
tp klu dh cam ni rupanya... baik layan gng lain kt sana...
melampau SSL nih...
xpe min....ko buat je timpohon terus shoot gurkha hut. esoknya turun gurkha hut>mersilau. makan minum masak sendiri kat gurkha. hadcore sket, tp aku rasa pendaki tegar mcm geng2 GO ni mampu.
zie..
klu yg cam nih..SSL tetap gak charge yg sama gak ke...

mintobe
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 04 Jun 2006, 10:49
Location: Celah Batu
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by mintobe »

gogoyeaha wrote:adventure inc;
kalau nak daytrip/shoot terus puncak...xperlu tanya SSL, tapi tanya sabah parks. sebab kita xguna langsung kemudahan SSL. kita hanya guna permit/guide/insuran sabah parks.
ko tanya SSL mmg lah dia kata xboleh.

bagi aku...alang2 nak buat shoot puncak terus....bagus lajak bermalam di gurkha hut. GH dimanage oleh sabah parks, kos 1malam pun dalam rm20. tp xboleh ramai lah...max4 orang tidak termasuk guide. kalau guide tido situ sekali...mmg berhimpit lah 5 orang. aku hari tu guide hantar kami sampai GH, pastu dia balik laban rata. esoknya kami sendiri backtrack ke puncak dan jumpa guide kat situ.
klu btl satu mlm kt GH rm20... mmg jimat la...sbb kita x tido kt laban rata... kita cuma bayar insuran,sijil,permit + upah guide je la...x yah bayar SSL yg CEKIK DARAH tu... :tembak:

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

Min;
Pendek kata...kos nya jauh murah kalau xguna pakej SSL.
Cuma trip Kinabalu ko bukan trip senang lenang mcm kebiasaan lah. Kena masak sendiri=kena bawak ration & kelengkapan masak. Pastu kena bawak lantern/ufo/carrymate. Kiranya mcm naik gunung semenanjung (bermalam) cuma xperlu bawak khemah je.

Boleh...geng2 GO (regular climber) boleh.

Ni gambaran Gurkha Hut & perjalanannya
viewtopic.php?f=4&t=2485

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

lagi satu...kalau betul ssl naik harga ke tujuh ratus lebih, bagi aku...bagus ambil pakej buat Via Ferrata dengan Mountain Torq. Kos VF aku xtau lah berapa, tp alang2 dah bayar mahal...bagus tambah duit sket lagi buat naik puncak GK mcmbiasa, pastu turun buat VF

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

Dapat info dari salah satu agent yg buat VF.
Katanya kos VF rm1200
Dari KK hingga KK
2h1m meliputi semua.
Daki sampai laban rata ikut timpohon (mennginap di Pendant Hut=Mountain Torq punya)
Esok daki gunung K mcm biasa, masa turun buat VF.
Checkout laban rata terus turun timpohon, terus balik kk.

User avatar
bizzyleng
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 04 Oct 2007, 23:45
Location: QuLaiForNia
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by bizzyleng »

aDoi...
Baru Igt Nk g...
dah NaeK HarGe LAgi Ker...
Haram JADah toL La...

baEk g TrusmaDi N tambuyukon...
BtuL X...
heheheeh

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

bizzyleng wrote: baEk g TrusmaDi N tambuyukon...
BtuL X...
heheheeh
trusmadi & tambuyukon boleh pikul beg besar...xkan kinabalu xboleh. hehehe.
kinabalu tetap kena naik....bapok segala gunung malaysia tu. naik tetap naik

User avatar
bizzyleng
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 04 Oct 2007, 23:45
Location: QuLaiForNia
Contact:

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by bizzyleng »

bToL2...
Gng kinAbAlu Suggh tiggi,
KeNe NaeK PaDe PaGi HAri,
AntarA gNG Yg Mest g,
Raser Cam X LengKap je KLu X g...

AdOi...
biLer La Nk G ni...
Duit2 d Maner Ko Duit...
8) 8) 8)

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by roket* »

aku ade kemusykilan dengan SSL, member aku booking track untuk 10 orang dapat harga rm589 tapi dalam beberapa minggu lepas tu aku booking dapat rm489 date yang sama..entah lah..
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by azlanhuzaifah »

baru baru ni (bulan ni), ada seorang pendaki mati terjatuh di KM5.5 mesilau laban rata (dekat periuk kera besar tuu) . Pendaki dari Inanam Sabah. Kes ni baru ditutup minggu lepas. Kalau ikut cerita dari guide, pendaki tersebut jalan dulu selepas diorang rehat dekat hut KM5.0. Kemudian guide tu jalan dan tetiba guide tu tak sedap hati dan u-turn balik belakang. Kemudian guide tersebut tgk ke dalam gaung dan ternampak pendaki tersebut.

Ketika dijumpai, dalam mulut pendaki tersebut ada coklat dan plastik coklat tu masih ada di kawasan tersebut. di syaki pendaki tersebut jatuh ketika duduk utk memakan coklat. kawasan KM5.5 tu pun kalau ikut logik, mmg luas trek dia & mustahil boleh jatuh.

Guide ni pernah bawak aku & wife & adik adik aku ikut mesilau-kinabalu bulan October tahun lepas.

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by azlanhuzaifah »

Info mengenai pakej gng kinabalu. Last week during Matta Fair di KK, pengurusan SSL telah ditembak oleh pihak Sabah Park & tourism Sabah kerana mewajibkan pakej 3H2M yg berharga RM752 kpd climber. Sabah park juga memberikan penjelasan bahawa prosedur sebenar adalah memohon permit mendaki dahulu sebelum mem'booking' accomodation tp skarang SSL buat yg sebaliknya.

Minggu lepas aku pergi panjat gunung kinabalu, dpt info baru. Sapa nk buat daypack...boleh buat. Sampai kt Kinabalu park, pergi ke office kinabalu park yg baru (belakang souvenir shop, sebelah kaunter transport) & mohon dgn management. Pendaki boleh shoot puncak dgn syarat sampai ke sampai ke Laban Rata sebelum pukul 12 tgh hari atau keadaan puncak tidak berawan.

Mengenai Via feratta (VF), booking hanya dibenarkan dgn agent shj. SSL & sabah park & Mountain Torq sdn Bhd (pemilik VF) tidak dibenarkan ambik booking. Aku sempat tanya kaunter Mountain Torq sdn Bhd, kalau nk murah, ambik pakej mendaki biasa dgn SSL dan bila sampai laban rata, pergi ke VF punya accomodation dan ckp nk join. Tambahan bayaran cuma RM380. so still murah la kalau RM400 (pakej ssl )+ RM380 = RM780 utk via feratta.

Last 2 weeks aku booking utk member aku utk penginapan di Panar Laban, dapat harga RM290 seorang utk mendaki pada 28 hb Oktober ni. yg last week, aku dpt bilik di laban Rata dgn harga RM320. Utk bulan 11 & 12, diorang kata wajib ambik pakej 3H2M. Utk bulan 3 tahun depan, dapat pulak aku book utk member aku utk pakej 2H1M dgn harga RM452. Banyak sgt la cerita kt sana. Aku pun dah konfius. hahahhahaha.

User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by cwyap »

azlanhuzaifah wrote:Minggu lepas aku pergi panjat gunung kinabalu, dpt info baru. Sapa nk buat daypack...boleh buat. Sampai kt Kinabalu park, pergi ke office kinabalu park yg baru (belakang souvenir shop, sebelah kaunter transport) & mohon dgn management. Pendaki boleh shoot puncak dgn syarat sampai ke sampai ke Laban Rata sebelum pukul 12 tgh hari atau keadaan puncak tidak berawan.
Saudara azlanhuzaifah,

Kalau macam itu, ertinya pendaki kena menyempurnakan pendakian (sampai ke Low's Peak & turun balik ke Timpohan Gate) pada hari yang sama? Ini susah, ni :x , kecuali lah kalau diberi masa bermalam kat 11,000 kaki.
"Lead me, follow me, or get out of my way" - General George Patton Jr

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

daypack mmg boleh....mmg dah ramai matsalleh buat skang. cuma...rushing sket lah.
sebab tu saya syorkan guna gurkha hut sebagai tempat bermalam.
kena pikul barang pun...xdelah teruk mcm pikul naik gunung semenanjung.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by biNGai »

chezie :

ujung taun nih jadik agen aku bole? mau shut trus gurkha hut laa..mau rasa berak tempat paling tinggi..tu pon kalo pojek aku pas raya nih mletop laa..hehehe
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by gogoyeaha »

ngai;
insyaallah boleh ba kalu ko
aku pun nak test drive jugak shoot direct ke puncak & gurkha
tp kalu boleh bawak chics lah sorang dua...kalau tidak sangap woooo tengok muka ko je dlm gurkha hut tu.

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by azlanhuzaifah »

cwyap: rasanya tak mustahil utk sampai puncak dlm pkol 12. Timpohon-Laban Rata 2 jam atau 3 jam boleh capai. Laban Rata Puncak dlm 2 jam. Mat salleh buat daypack biasa bertolak jam 7 pagi. Tapi kena arrange 1 day before naik la sbb Sabah Park bukak pukul 8 pagi. Rushing masa naik..time turun slow slow la. Tapi kalau ikt mesilau nk buat daypack, susah kot. Tak termampu den nk buat.

Tapi kalau nk menghayati alam, baik tak yah buat daypack. Rugi tak tgk view. Gurkha hut tu lebih kurang satu jam dari Low's Peak. Dari Low's peak dah boleh nampak hut tu. Dia kat area Oyayubi peak sana.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by biNGai »

Timpohon-Laban Rata 2 jam atau 3 jam boleh capai
ni stendet pace sapa nih? kalo pace aku bole sampai?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by kabusgunung »

tau laaa pace kau skang dh laju ngai.... sr turbo katakn.....

User avatar
cwyap
Pendaki Gunung
Posts: 156
Joined: 17 Dec 2005, 20:07
Location: Kuala Lumpur

Re: Kinabalu Oh Kinabalu...lagi

Post by cwyap »

azlanhuzaifah wrote:Timpohon-Laban Rata 2 jam atau 3 jam boleh capai. Laban Rata Puncak dlm 2 jam.
Wow!! Itu standard yang saya pasti tak dapat capai. Selalunya saya jalan selamba aje - start pukul 8am dari Timpohan sampai Laban Rata 2pm. Sebab utama - nak bagi body acclimatized dengan ketinggian gunung, kedua nak enjoy udara segar & alam sekitar, dan last sekali (hehehe...) tak cukup fit.

Ada tak sesiapa yang nak buat trip ke Gurkha Hut untuk tahun depan dalam bulan April 2010? Nampak best. Tapi sayang sekali cuma 4 pendaki sahaja yang boleh bermalam kat situ.

Ini semua pasal celaka punya SSL :evil: !! Kalau dia tak caj melampau, kan bagus?
"Lead me, follow me, or get out of my way" - General George Patton Jr

Post Reply