LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
zurek
Pendaki Gunung
Posts: 53
Joined: 12 Dec 2005, 09:49
Location: batu cape
Contact:

LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by zurek »

Innallillah.. :(

Dua doktor maut

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Misteri kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu akhirnya terjawab hari ini apabila mayat kedua-dua mangsa ditemui di Bukit Tabuh, Taman Melawati, Ampang dekat sini.

Kedua-dua mayat berkenaan ditemui pada pukul 2.15 petang, kira-kira enam meter antara satu sama lain oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, polis percaya kedua-dua mangsa tersebut terjatuh semasa mendaki bukit berkenaan daripada ketinggian kira-kira 180 hingga 200 meter.

Beliau berkata, mayat Dr. Haliza Mohd. Shafie dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.30 petang sementara Dr. Amin Tai Abdullah pula 15 minit kemudian.

Menurutnya, polis memulakan operasi mencari kedua-dua mangsa di kawasan tersebut kira-kira pukul 7 pagi selepas suami Haliza, menemui kereta Nissan Latio milik mangsa di kaki bukit berkenaan.

"Kira-kira 40 orang terlibat dalam gerakan mencari itu yang turut dibantu oleh dua helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bomba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Haliza dan rakan setugasnya, Dr. Amin @ Tai Yun Ming dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas kedua-dua mereka tidak pulang ke rumah sejak hari kejadian.

Sebelum itu, kedua-dua mereka dilihat keluar dari hospital tempat mereka bertugas kira-kira pukul 11.30 pagi dengan menaiki sebuah kereta.

Tambah Amiruddin, polis percaya kedua-dua mangsa tidak membawa sebarang keperluan mendaki berikutan tidak menemui peralatan berkenaan ditempat kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan cedera dan luka pada badan mangsa dan kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita dijangka mengetahui puncanya selepas laporan bedah siasat selesai," katanya.

Dalam pada itu, seorang pengawal keselamatan berhampiran loji rawatan air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang enggan dikenali berkata, dia melihat kedua-dua doktor terbabit meletakkan kereta di kawasan tersebut.

Beliau berkata, namun dia tidak mengesyaki apa-apa memandangkan perkara itu adalah biasa untuk mereka yang hendak mendaki bukit di kawasan berkenaan.

"Ketika waktu hampir gelap, semua pendaki dilihat turun dan pulang dengan kenderaan masing-masing tetapi hanya tinggal kereta mangsa.

"Saya menyangka mangsa telah pulang ke rumah menaiki kereta rakannya dan meninggalkan kenderaan itu untuk diambil keesokan harinya," katanya.

Seorang kenalan kepada Amin yang juga doktor dari HKL berkata, mangsa merupakan seorang yang gemar mendaki dan mempunyai kumpulannya sendiri untuk melakukan aktiviti tersebut.

Beliau berkata, tindakan kedua-dua doktor itu mendaki bukit di situ adalah sebagai persediaan mereka untuk aktiviti mendaki gunung dalam waktu terdekat.

Sementara itu, kedua-dua keluarga mangsa yang ditemui di HKL enggan ditemu ramah mengenai insiden tersebut kerana masih terkejut dan bersedih.

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by esir »

alfatihah buat keluarga mangsa..

ada sesiapa yang berada di tempat kejadian...
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by Ezrin »

al-fatihah...

dah makin byk kes nie...
mau sket ari lagi bkt tabo ditutup..
~ ava adore ~

User avatar
mountaineer
Pendaki Gunung
Posts: 41
Joined: 19 Feb 2008, 18:43
Location: area campsite

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by mountaineer »

taboh mane ye? east ke west? klu ikut ketinggian tmpt yg curam tu mcm kt east je...
emmmmm......harap2 taboh tk ditutup setelah byk kecederaan n kematian yg berlaku....
cumenye kite yg lain2 ni hati2 lah ble mendaki...jgn ingat tu skdr bukit so cincai2 jek dtg tanpa persediaan.....penah nmpk org dtg yg lelaki pki jeans n kemeja, yg pompuan pki bju lawa2, cam g melancong ke pantai la pulak...pastu suke2 gelak2 main2....entah la...

pape pun ajal maut ditgn Tuhan....Al-fatihah buat mereka....
~ tuMPaNg LaLu sAt ~

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by nazryst »

Bila agak nya GO nak buat statistik kemalangan di Bukit Taboh?? Dalam setahun berapa kali kemalangan maut yang terjadi di BT? Kategori pengalaman pendaki yang mendaki? Umur dan tahap stamina pendaki? Atau perlukah GO label kan tahap bahaya suatu gunung terutama perkara ini perlu dijelas kan kepada pendaki baru? Selalunya kepada pendaki yang berpengalaman akan melabelkan semua pendakian adalah merbahaya.... Kebanyakan pendaki yang baru berkecimpung selalunya mengambil mudah.... dan ada jugak pendaki lama yang ambil mudah oleh kerana ego dan alpa... Bukan untuk menidakkan takdir dan apa yang telah berlaku cuma ingin memahami dimanakah pembetulan boleh dilakukan....

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by uglysister »

Innalillah..
patotla sabtu lepas aku kat umah nampak heli bomba dekat 10 kali pusing rendah giler kat area Bukit Tabur.. da saspek mesti ada kes rescue.. tapi tak sangka plak kes kematian.. :(

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah.. Haliza Mohd. Shafie dan Amin Tai Abdullah

tp stakat ni polis tolak motif kes jenayah, wallauhua'lam, kene tgu result bedah siasat kot

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by matsaiko »

Innalilah
kematian yg merugikan...seorang doktor
kenapa tabur lagi? dan tak dikawasan "BUKIT" yg lain?
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

nelly
Pendaki Gunung
Posts: 67
Joined: 21 Jun 2007, 19:45

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by nelly »

terkejut gak dgr berita ni semalam.
tapi mcm ada unsur lain je...harap2 polis siasat lagi.
takziah kpd keluarga mangsa.

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by Ezrin »

kedua2 mangsa nie kawan pada sorg akak kat opis aku...
tadi dia cite mcm2 gak, tp just dgr jelah...
kang dismbg2 jadi tak elok pulak...
tp yg nyata dorg tgh buat preparation naik gng tak lama lagi..
dua2 mmg kwn baik dari zaman study...
~ ava adore ~

fitnolips
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 18 Feb 2009, 09:55
Location: sepang,kuantan,kota warisan,putrajaya

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by fitnolips »

Bila agak nya GO nak buat statistik kemalangan di Bukit Taboh?? Dalam setahun berapa kali kemalangan maut yang terjadi di BT? Kategori pengalaman pendaki yang mendaki? Umur dan tahap stamina pendaki? Atau perlukah GO label kan tahap bahaya suatu gunung terutama perkara ini perlu dijelas kan kepada pendaki baru? Selalunya kepada pendaki yang berpengalaman akan melabelkan semua pendakian adalah merbahaya.... Kebanyakan pendaki yang baru berkecimpung selalunya mengambil mudah.... dan ada jugak pendaki lama yang ambil mudah oleh kerana ego dan alpa... Bukan untuk menidakkan takdir dan apa yang telah berlaku cuma ingin memahami dimanakah pembetulan boleh dilakukan....

sokong2...GO tlg labelkan tahap bahaya gunung@bukit...at least dpt jgk panduan keselamatan sikit..kengkwan yg lain blh tulong2

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by JeNaL »

dengar kata ada orang pasang tali keselamatan kat tabuh ye.... kat mana.. cam mana ye... boleh mana yg tau tu update sikit
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by JeNaL »

ada sapa boleh stady dgn detail kat mana selalu berlaku kemalangan.... kalu boleh ambik gambar sekali
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: LAGI KECELAKAAN DI BUKIT TABUH :(

Post by matsaiko »

roger !
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

Post Reply