Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
silverman
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 18 Jan 2006, 19:51
Location: somewhere between there n here

Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Post by silverman » 11 Jun 2012, 11:11

Jurupandu maut ditimpa dahan
Oleh Khairulmizan Yahya

2012/06/11

KUANTAN: Seorang jurupandu arah maut akibat parah di kepala selepas ditimpa dahan ketika membawa sekumpulan pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Kuantan mendaki Gunung Tapis dekat Sungai Lembing, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Mohamad Ngah, 55, bersama anak saudaranya, Muhammad Badrul Md Shariff, 36, bersama 28 peserta pendakian bermalam di Base Camp 3 di gunung itu sebelum ribut kencang melanda kawasan perkhemahan mereka.
Angin kencang menyebabkan dahan patah dan menimpa khemah dihuni beberapa pelajar dan mangsa bergegas mengarahkan mereka berpindah.
Bagaimanapun, ketika sedang memantau pemindahan itu, satu dahan jatuh menimpa tepat di kepala menyebabkannya rebah.

Kejadian itu menyebabkan seorang pensyarah, Mohd Syah Mohd Rawi, 30, cedera dan patah tangan kiri.

Difahamkan, kumpulan terbabit mula mendaki gunung jam 8 pagi Sabtu lalu dan sepatutnya meneruskan pendakian ke puncak gunung semalam.

Rakan mangsa, Noradly Othman, 37, berkata kejadian itu yang kedua menimpa pemandu arah di Sungai Lembing selepas kejadian pertama berlaku ketika membawa pelancong dari Singapura beberapa tahun lalu.
“Saya menerima berita itu daripada rakan malam tadi (semalam) ketika menonton perlawanan Euro 2012 di sebuah warung dekat Muzium Sungai Lembing, di sini.

“Mangsa bekerja sebagai jurupandu arah sepenuh masa sejak 20 tahun lalu antara pemandu arah dihormati kerana mahir dengan kawasan pergunungan namun tidak menyangka kejadian itu menimpanya,” katanya yang juga pemandu arah.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sofian Ahmad berkata, operasi menyelamat disertai bomba, polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung dilancarkan sejurus menerima panggilan daripada kumpulan berkenaan.

“Cuaca kurang baik dan kabus tebal menyebabkan operasi menyelamat sukar dijalankan tetapi mayat mangsa dikeluarkan jam 2 petang menggunakan helikopter bomba sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob turut berada di Padang Kemunting, di sini, menunggu ketibaan jenazah didaratkan sebelum di hantar ke HTAA. Jenazah Mohamad dikebumikan Tanah Perkuburan Bukit Sagu, di sini selepas bedah siasat dijalankan petang semalam.

*Al-Fatihah untuk arwah.

kansas_k1d
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 20 Mar 2010, 14:42

Re: Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Post by kansas_k1d » 11 Jun 2012, 12:24

Al-fatihah..smoga roh nya dicucri rahmat..aminn

Denan
Pendaki Sondol
Posts: 411
Joined: 09 Feb 2011, 14:44
Location: USJ

Re: Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Post by Denan » 11 Jun 2012, 15:30

al-fatihah...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Post by kambinggurun » 12 Jun 2012, 03:55

al fatihah...
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
pulut_itam
Pendaki Gunung
Posts: 193
Joined: 30 Dec 2005, 10:06

Re: Jurupandu maut ditimpa dahan (MENDAKI GUNUNG TAPIS)

Post by pulut_itam » 19 Jun 2012, 09:07

Al-Fatihah....
Pulut a.k.a pitam

Marlenecrutt
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 26 Aug 2019, 06:52

Jurupandu maut ditimpa dahan MENDAKI GUNUNG TAPIS

Post by Marlenecrutt » 19 Oct 2019, 18:22

that I interrupt you, but it is necessary for me little bit more information.

Post Reply