KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by JeNaL » 24 Oct 2012, 11:49

Salam,

ada sesape tau detail cerita ni. kes macam ni tak best rasanya sembang kat FB.

*** sape ada TOPO MAP kawasan ni... yg softcopy lagi baik.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by azkramm » 24 Oct 2012, 14:41

detail belum tau lagi...dikhabarkan bro Sham Castello dan team sedang buat rescue pada masa msg ni ditaip..

User avatar
mendelalu
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 24 Dec 2010, 17:45
Location: cyberjaya

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by mendelalu » 24 Oct 2012, 19:23

Alhamdullillah, saudara Faiz sudah dijumpai pada jam 5:50pm. Beliau setakat ini dalam keadaan stabil...dijumpai diantara pacat dan pengasih...skang operasi membawa turun beliau tgh dijalankan. Terima kasih diatas doa rakan2 semua. Saya melaporkan dari post kawalan gunung nuang.

syambulls
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 01 Mar 2009, 18:22

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by syambulls » 24 Oct 2012, 19:43

Syukur dapat jugak jumpa...trtunggu jgk info saudara faiz,lau tak mmg nk turun mncari,

User avatar
mendelalu
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 24 Dec 2010, 17:45
Location: cyberjaya

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by mendelalu » 24 Oct 2012, 21:49

Gunung online ada crita sebenar tak disebalik kehilangan faiz

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by shahrul » 25 Oct 2012, 07:55

Lelaki sesat di Gunung Nuang ditemui
25/10/2012 3:35am

KUALA LUMPUR — Seorang pendaki, Faiz Wan Zahidi, yang sesat dan dipercayai hilang sejak Isnin lepas di Gunung Nuang, Hulu Langat ditemui oleh pasukan penyelamat pada 5.50 petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, Faiz, 32, ditemui di atas gunung, tiga jam perjalanan dari kaki gunung oleh anggota bomba, dalam keadaan selamat dan stabil.

Beliau berkata, Faiz yang sesat ditemui dalam keadaan keletihan dan dua hari tidak makan.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Ampang untuk rawatan susulan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Sani berkata, pendaki dari Bangi itu mendaki secara individu dan telah dihantar oleh rakannya ke sana pada Isnin lepas.

"Kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakannya apabila seharian tidak pulang. Rakan mangsa cuba menghubunginya tetapi tidak dapat,” katanya.

Operasi menyelamat dimulakan pada 1 petang semalam sejurus menerima laporan dari pihak polis.

Turut membantu operasi mencari dan menyelamat ialah polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), keanggotaan keseluruhan melibatkan seramai 27 orang. — BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.a ... =bt_01.htm
_________________
_________________

User avatar
mendelalu
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 24 Dec 2010, 17:45
Location: cyberjaya

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by mendelalu » 25 Oct 2012, 09:37

Diberitakan Sangkut kat PACAT..

azkramm
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 09 Jul 2012, 12:09

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by azkramm » 25 Oct 2012, 09:47

seluruh warga gunung mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau.

terima kasih diucapkan kepada pasukan penyelamat.
Syukur Alhamdulilah.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by biNGai » 01 Nov 2012, 01:52

cite sebenar? dengarnye frust dgn awek pastu layan nek gunung..sampai puncak rasa gatal lak nk turun ke janda baek..otw janda baek kene kaco antu pastu patah balik naik puncak..pastu nyorok kt pengasih..sampai la resque jumpe balik kasi makan minum sap kok lu baru turun renjer..

aaa takut tak? takut tak? hiihihihihihihi (cam gelak di pokok buluh otw ke lolo)
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by shahrul » 01 Nov 2012, 20:04

OPS SAR DI GUNUNG NUANG
29 October 2012 at 17:57 |

Pada 22hb Oktober 2012, beberapa rakan komuniti ADARC terlibat secara langsung dalam operasi menjejaki kehilangan seorang pendaki solo Faiz Wan Zahid ( 32 tahun) yang dilaporkan hilang setelah seharian mendaki pada Isnin petang dan kehilangannya telah disedari oleh rakannya sendiri.

Berdasarkan info pertama yang kami terima daripada salah seorang rakan komuniti iaitu 9W2NDS yang telah melaporkan tentang kehilangan tersebut kepada rakan komuniti seterusnya bertindak untuk menghubungi rakan komuniti lain untuk mendapatkan info berkaitan. Info demi info kami perolehi dari pihak-pihak berkenaan dan hasil kata putus dan perbincangan antara rakan komuniti, beberapa orang rakan iaitu 9M2BMX, 9W2NDS, 9W2WPG, 9M2AIR, 9M2AIS dan 9W2BXT bergegas ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan secara sukarela.

Sekitar jam 11.00malam kami tiba di Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan dan di rujuk kepada SM Akma selaku pegawai yang mengendalikan operasi ini. Selesai membuat laporan kami dan keluarga mangsa di arah untuk menunggu anggota JPAM sampai lebih kuang jam 12.09pagi dan terus bergerak ke kaki gunung nuang untuk operasi seterusnya.

Di lokasi, 9W2BXT selaku "command center" menjalankan tugas untuk menerima laporan dan info penting sepanjang operasi yang di pantau oleh pihak polis. Manakala 9W2MHJ membantu dengan monitor segala laporan dari base beliau dan menyampaikannya kepada rakan komuniti dan anggota JPAM menyusul tidak lama kemudian ke lokasi. Setelah berbincang, kami mengambil kata putus untuk bergerak ke Kem Lolo untuk menjejaki mangsa pada jam 2.00pagi dan tiba di lokasi jam 3.30pagi. Perjalanan dengan keadaan yang gelap dan trek yang agak sukar membuatkan kami lebih bersemangat untuk bergerak bersama dan sampai ke lokais dengan selamat. Tetapi mangsa masih tidak ditemui dan kami terus monitor setiap laporan dari masa ke semasa hingga jam 5.00pagi kami bergerak turun semula ke kaki gunung. Walaupun mangsa tidak berjaya kami temui, namun kami tetap bersemangat untuk berusaha sebaik mungkin dalam operasi ini.

Hasil usaha anggota penyelamat dan pihak yang berkenaan akhirnya mangsa telah ditemui dalam keadaan keletihan di Kem Pacat pada jam 5.30petang pada 24hb Oktober 2012. Mangsa juga kini dalam keadaan stabil dan di rawat di hospital berdekatan. Dengan ini, kami komuniti ADARC akan sentiasa menghulur bantuan dalam operasi-operasi sebegini kerana kami menganggap ia adalah tanggungjawab kami bagi menjalankan misi menyelamat selain bergerak aktif dalam radio amatur. Dan ini adalah kebaikan dan manfaat yang kami perolehi dengan penggunaan radio amatur dalam waktu-waktu kecemasan seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada rakan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi ini. Jasa kalian amat di hargai.

http://adarc47.blogspot.com/2012/10/ops ... nuang.html
_________________
_________________

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by nazryst » 04 Nov 2012, 23:17

Salam...

Agak keberatan nak bercerita dan berkongsi cerita dan pengalaman kes ni. Ada yang tersalah anggap dan andaian, ada yang nanti nampak perkara ni provokasi terhadap pihak pihak tertentu. Apa pun jua yang anda baca dan cuba mentafsirkan. Berhemah, berdiplomasi lah sebaiknya. Jangan ada pihak yang terasa, biar jadi iktibar dan hikmah disebalik kejadian. Persoalan demi persoalan akan timbul.. kebijaksanaan pembaca untuk mentafsir selebihnya

Tarikh 24 oktober 2012

1030 Hrs - Dapat panggilan dari Sham, maklumat:- seorang pendaki lelaki tidak ketahui status hilang atau ghaib di Nuang.. memerlukan rakan SAR

1240 Hrs - Tiba di Jabatan Hutan Nuang
Maklumat pendaki: - Nama: Faiz, 32 tahun, telah mendaki pada hari Isnin 22/10/2012. Bermula jam 0700 Hrs. Dihantar oleh rakan ke Jabatan Hutan akan pulang pada hari yang sama. Di sah kan daripada sahabat dan adik Faiz yg mana sepatutnya ada yang akan menjemput pada petang hari yang sama. Faiz dijangka kan hanya membawa bekalan makanan dan air 12 ke 24 jam..
Maklumat JPAM:- Anggota telah dihantar ke Lolo dengan 4WD pada seawal jam 1100 pagi. Operasi akan ke Puncak Nuang.

1300 Hrs - Meeting tergempar bersama para pendaki yang akan bergerak. Memberi taklimat kemungkinan perkara yang akan berlaku.

1315 Hrs - Anggota penyelamat Bomba Kajang tiba

1345 Hrs - Memberi taklimat kepada pegawai bertugas modus operandi pendaki
Maklumat - 12 pendaki akan memulakan operasi dari track baru dan akan menutupi segala laluan dgn "red tape". Estimate SAR dikawasan laluan baru ke Lolo sehingga jam 1630 hrs. Akan melakukan SAR sehingga kawasan Kem Lolo, dan akan melapor diri kembali di HQ pada jam 2200 hrs. Sama ada Faiz ditemui atau tidak
Hasil - tiada apa apa kesan atau jejak track dilalui. Hasil temu bual dengan OA. Tiada mana mana pendaki di jumpai melalui denai baru.

1630 Hrs - 12 pendaki tiba di penghujung track balak dan regroup bersama anggota Bomba
Maklumat - Anggota menerangkan, anggota JPAM tidak menjumpai mangsa PARAMETER pencarian sehingga ke PUNCAK NUANG dan telah pulang ke Kem Ranger. Perbincangan bersama pendaki, Hasil maklumat diberi - semua pendaki bersetuju untuk memberi tumpuan mencari Faiz di kawasan Lolo.

1700 Hrs - 9 pendaki ke Kem Lolo memulakan operasi mencari. 1720 Hrs menjumpai sekumpulan pendaki dari Uitm, hasil dari maklumat Faiz berada tidak jauh dari Kem Lolo ke Track Pacat. Maklumat:- Faiz dijumpai di pertengahan Pengasih dan Pacat seterusnya mengikuti team Uitm menuruni pacat ke Lolo. Dipertengahan Faiz berehat dan ditinggalkan oleh team Uitm. Regroup pendaki dan terus ke wakaf terakhir. 4 pendaki di hantar menjejaki membantu anggota Bomba yg telah naik dahulu. 5 pendaki SAR standby sehingga jam 1830 hrs.

1800 Hrs - 3 anggota JPAM dan 2 anggota Bomba (unit tambahan) tiba. Maklumat:- anggota dimaklumkan... bersedia untuk night tracking. Pendaki SAR membuat perlarasan logistik oleh kerana anggota JPAM tiada peralatan head lamp atau torch light

1840 Hrs - Faiz tiba di wakaf terakhir.

1910 Hrs - Operasi bergerak menuju ke track balak. Recce & sweeper - pendaki dan diikuti selang dgn anggota Bomba bersama pendaki, untuk membantu pencahayaan. Kekuatan terdiri 16 unit SAR dan Faiz

1945 Hrs - Tiba di track balak dan menaiki 4WD ke jabatan hutan

2030 Hrs - Tiba di lokasi

2130 Hrs - Melapor kepada pegawai bertugas... semua pendaki 12 anggota telah selamat keluar.... OVER & Out

Post moterm: Hasil dari maklumat yang diberi oleh anggota yang melakukan operasi amat lah berguna kepada pendaki dalam membuat penilaian dimanakah kebarangkalian mangsa boleh dijumpai. Pertimbangan pendaki sama ada Faiz hilang disebabkan kemalangan atau mistik adalah menjadi faktor besar. Oleh keran anggota JPAM yg telah ke Puncak Nuang memberi kan maklumat tiada kesan apa apa bahawa Faiz berada di kawasan parameter, telah menutup ruang kepada pendaki untuk memberi perhatian ke Puncak. Oleh kerana masa dan keadaan yg ada kepada pendaki adalah terhad. Memahami ration dalam tempoh 24 jam dan kehilangan lebih 48 jam boleh menyebabkan semua pendaki akan lemah. Faktor cuaca hujan dan lembab, hypo dan sebagainya adalah penyebab besar kesukaran berjumpa mangsa. Mankala faktor logistik dari skuad penyelamat beruniform, yang mana ada segelintir tidak ada walkie talkie, GPS dan paling malang membuat persediaan bermalam, atau jalan malam atau sebagainya, menjadi pertanyaan kepada skuad pendaki. Siapa perlu selamatkan siapa apabila tiba waktu darurat apabila berhadapan risiko yang berlainan. Kepada mereka yang membuat penilaian, sy harap topik dan penceritaan ini tidak di kontroversikan. Cuma berharap agar setiap mereka tidak kira dari pihak pendaki, Bomba, JPAM.. bersedia lah dgn kelengkapan yang sebaiknya... day operation atau night operation... Mungkin kecacatan berlaku dan tak dijangka... tetapi setiap perkara mesti ada LIMITASI atau pun HAD dibenarkan.....

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by ikan-lelumba » 05 Nov 2012, 14:11

"JPAM tiada peralatan head lamp atau torch light". silap ari bulan JPAM yg kena diselamatkan

Dah byk kes2 org kandas kt Nuang sbb mendaki tk bwk keperluan2 penting, tp masih ramai lagi yg underestimate g.nuang nih.
Biar pengalaman menjadi pengajaran.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by biNGai » 06 Nov 2012, 02:00

jpam tkde headlamp? astagaa..mebi dorg terang mate ati kot..bole nampak dlm kegelapan..hehe

abg nazryst nih laa yg byk kuar dlm gamba bebudak rescue nih kan? mintak sain otograf kt dada saya bole bang? im a big fan of you..hehe
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by nazryst » 06 Nov 2012, 19:07

ahakss... abang ngaii d legend.. kalau nak dibandingkan saya dan pengalaman abang... ibarat saya di bumi dan abang ngaiizz di langit... saya yang kena mintak otograff abang tau... aii tak relaa uuuuu

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by biNGai » 07 Nov 2012, 02:43

poddaahhh :lidah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by kabusgunung » 19 Nov 2012, 10:27

ko tak gi benum ker ngai....

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by kabusgunung » 27 Oct 2014, 10:51

hilang lagiii faiz nih... kali ni blue lagoon

afira
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 26 Oct 2014, 22:24

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by afira » 31 Oct 2014, 12:37

pulak dah.org yg sama? hmmm ingat nk pgi hike/camp gunung nuang bulan 11 ni..mcm best je sbb blum penah pegi..

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: KES SESAT 2012 10 Gunung Nuang

Post by seper4alif » 04 Nov 2014, 09:50

blue lagoon? PD keeee? ada hutan ke situ mawi???
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Kelzemo
Pendaki Gunung
Posts: 135
Joined: 25 Aug 2019, 08:15

Cialis Wirkung Nicht Kelzemo

Post by Kelzemo » 07 Oct 2019, 17:21

Canadiancialissources Acheter Du Clomid En Bus Cialis 20mg Prix En Pharmacie viagra Effet Du Cialis 20 Sisw Effects Cephalexin Dogs
Pharmaceutical Products Viagra Verapamil Isotretinoin mail order Virginia Beach viagra online prescription Peut On Acheter Du Viagra Sans Ordonnance Diflucan Online Rx Drugs Zithromax Cost Without Insurance

Post Reply