Gunung Angsi via Bukit Putus

Ruangan data dan info gunung terkini berhubung denai dan rintis sebagai rujukan Pendaki

Moderator: bEkamBinG

Post Reply
kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Gunung Angsi via Bukit Putus

Post by kenoi »

Nama Gunung: Gunung Angsi via Bukit Putus Trail

Lokasi: Hutan Simpan Gunung Angsi, Kuala Pilah

Ketinggian: 834 meter

Permulaan Trek: Tepi jalan lama Bukit Putus (terus mencanak selama sejam)

Tempoh Pendakian: Daypack (setengah hari pon boleh kalo fit)

Bantuan Terdekat: Pejabat Jabatan Hutan Negeri Sembilan, Taman Rekreasi Ulu Bendul/Balai Polis Tanjung Ipoh/Balai Polis Paroi

Pengangkutan Ke PermulaanTrek: Kenderaan Sendiri/Bas Awam (kalo boleh berhenti kt tengah laluan baru Sban-K.Pilah laa...kalo tak, berhenti kt Taman Rekreasi Ulu Bendul, kena la jalan kaki ke starting trail BP)

Kem: 1. BaseCampBukitPutus (tepi jalan lama sebelum naik) 2. TrailCampsite 3. Pang'sCampSite 4. SummitCampSite

Kemudahan Asas Disediakan: Kemudahan Tempat Mandi Semulajadi (air gunung@BaseCampBukitPutus), WP+tandas tanam@Pang'sCampSite

Jenis laluan: Jalan Balak+Denai Hutan+Permatang

Sumber Air: Ada (tepi jalan & 10 minit sebelum sampai Pang'sCampSite)

Tempoh Masa: 2 Jam (santai version), mungkin lebih pantas drpd itu bg otai gunung

Perhatian Khusus: tanah runtuh di laluan permatang/akar kayu berselirat (kalo jatuh mmg takde ampun)/laluan berlumpur (jika hujan)/juga awas dengan kehadiran kerbau pendek...


Nota:

1. Trek pilihan pendaki untuk elakkan caj RM5/seorang kalo ikut trek UB
2. Lebih cepat sampai ke puncak berbanding ikut trek UB
3. Kalo rajin/training, naik ikut BP dan turun kt UB pon boleh
4. Boleh buat NightWalk kalo nak, takde masalah

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: Gunung Angsi via Bukit Putus

Post by am »

Trek ikut Bukit Putus memang cantik dan dekat berbanding daripada Ulu Bendul.

Mengikut nota nombor 1 tu.. Komen saya sebagai pendaki nie, kalau boleh bayar ajer permit RM5.00 tuh... Lainlah kalau pengganggur atau student yang wat underground trip yang naik gunung. Kalau ada apa-apa berlaku nanti dan kalau-kalau perlukan bantuan renjer takderlah kena sindir atau kena saman nanti.
find me more at multiply | blogspot | flickr

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: Gunung Angsi via Bukit Putus

Post by kenoi »

terbaru, den donga dah RM6/seorang.
trek nih mungkin elok untuk training solo atau kumpulan kecik je dalam erti kata lain pandai naik, pandai la turun.
tapi untuk rombongan rasmi cikKiah seramai 2-3 bas tu, elok la pi dftr dulu kt pihak berkuasa.

sweet_rock
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 29 Nov 2010, 23:55

Re: Gunung Angsi via Bukit Putus

Post by sweet_rock »

kalau tak banyak berenti InsyaAllah kurang dari 2 jam sampai puncak (trail Bukit Putus)

zu1kif1ee
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 05 Apr 2012, 13:12

Re: Gunung Angsi via Bukit Putus

Post by zu1kif1ee »

fyi.
ikut Bukit Putus pun dah kena bayar rm5/dewasa... budak sekolah free.
sbb ada kes singaporean buat parti haram kat atas tu...

Post Reply