Gunung Chondong,Ulu Kinta

Ruangan data dan info gunung terkini berhubung denai dan rintis sebagai rujukan Pendaki

Moderator: bEkamBinG

Post Reply
User avatar
bEkamBinG
Ahli Kehormat GO
Posts: 232
Joined: 07 Jan 2006, 19:25

Gunung Chondong,Ulu Kinta

Post by bEkamBinG »

Nama Gunung: Gunung Chondong

No ketinggian pada senarai ketinggian gunung Malaysia: ???

Lokasi: Ulu Kinta, Perak

Ketinggian: 1465m dari aras laut

Sempadan Negeri: Sempadan Daerah Ulu Kinta d Kuala Kangsar

Tempoh Pendakian: 3 Hari 2 Malam

Bantuan Terdekat: Renjer Hutan/ Kampung Asli Pos Makmur/ Balai Polis Tanjung Rambutan

Pengangkutan Ke Pintu Masuk: 4wl dr Ipoh ke permulaan denai

Alamat Balai Polis: Balai Polis Tanjung Rambutan

Alamat Pihak Berkuasa:???


Kem 1: Kem M’c D
Jenis Hutan: Hutan Sekunder Telah Dibalak
Keunikan Sekitar Kem: Banyak Agas Dan Dingin
Keluasan Tapak Khemah: Kapasiti Peserta 20 orang
Kemudahan Asas Disediakan: Kemsite jee...
Jenis laluan: Jalan Balak dilitupi resam, buluh,pokok kekait dan denai hutan
Sumber Air: Anak sungai berhampiran Campsite
Tempoh Masa ke kem seterusnya: 5 jam
Perhatian Khusus: Bahaya binatang..

Perjalanan bermula dari Sungai Senoi-oi tempat turunnya pendaki dari “4wl”.Melalui denai ke G.Korbu, tetapi selepas melintasi sungai yang kedua sebelum turun ke Sungai Gajah.Pendaki perlu meneruskan perjalanan melalui trek balak itu tanpa turun ke lereng sisi Sungai Gajah.Perjalanan dari tempat bermula tadi, ke Kem 1 mengambil mase dalam linkungan 6 ke 7 jam.Melalui trek balak tinggal yang dilitupi resam dan buluh.

Kem 2: Puncak
Jenis Hutan: Hutan Bonsai Dan Buluh Sumpit
Keunikan Sekitar Kem: Panorama pekan Ipoh dan Gunung Korbu
Keluasan Tapak Khemah: Kapasiti Peserta 15 orang
Kemudahan Asas Disediakan: Kemsite Sahaja
Jenis laluan: Jalan Balak dan Denai Hutan
Sumber Air: Tiada
Tempoh Masa ke kem seterusnya:-
Perhatian Khusus:Gaung curam..

Perjalanan dari Kem M’c D ke puncak melalui trek balak tinggal dan terus mendaki ke pematang sempadan daerah sehingga melalui Kem Ketar.Jarak masa perjalanan dari kem 1 ini untuk sampai ke Kem Ketar dalam linkungan 3 jam.Manakala dari KemKetar ke puncak dalam masa 2 jam melalui denai hutan.Perjalanan dari Kem Ketar ke puncak amat mencabar kerana perlu mendaki dalam kecuraman 80% selama 1 jam.untuk ke puncak..Sumber bekalan air perlu dibawa dari Kem M’c D tadi.

Bantuan Talian Kecemasan: 999/991

Image

Image

"Tai Ka Hai Tung Pau"

tumbrio
Pendaki Gunung
Posts: 99
Joined: 09 Feb 2006, 17:12
Location: Bawah Tanah

Post by tumbrio »

bila ko nk bawak aku p cni dan ???
Hailz

gununganang
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 21 Oct 2009, 14:12

Re: Gunung Chondong,Ulu Kinta

Post by gununganang »

nak ikut bila nak p nya.

Post Reply